Penulisan Akademik Pendidikan Inklusif Connie.docx

  • Uploaded by: Connie Ling
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik Pendidikan Inklusif Connie.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,120
  • Pages: 4
1.0 Pengenalan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) telah termaktub dalam Peraturanperaturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan murid berkeperluan khas (MBK) menghadiri kelas yang sama dengan murid lain di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Matlamat PPI adalah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama. Di samping itu, objektif PPI adalah memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan, membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum, memastikan MBK dapat menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka dan meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK. Pelaksanaan program inklusif banyak memberi kebaikan kepada MBK malah mampu bersaing dengan rakan sebaya normal yang lain (Cheong, Keok Lee, 2018). 2.0 Tanggungjawab dan peranan ibu bapa dalam menjayakan PPI 2.1 Ibu bapa perlu menyokong Program Pendidikan Inklusif Pengaruh ibu bapa amat penting untuk membantu pihak sekolah menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif (Leyser& kirk, 2011). Peranan ibu bapa dalam menjayakan PPI ialah sebagai seorang penyokong dengan menghantar anak berkeperluan khas ke PPI. Sebagai seorang penyokong yang baik, ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah. Ibu bapa perlu melibatkan diri secara aktif dalam program yang diadakan oleh pihak sekolah seperti hari sukan. Melalui hari sukan, ibu bapa boleh memerhati dan memahami prestasi MBK. Selain itu, ibu bapa juga boleh menyertai kempen tentang MBK yang diadakan di dalam sekolah. Hal ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan dan manfaat amalan dan budaya inklusif. Ibu bapa juga perlu sentiasa berinteraksi dengan guru supaya lebih memahami kurikulum dan mengetahui tahap perkembangan anak mereka. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pihak sekolah dan program Pendidikan inklusif. Keyakinan yang dipupuk oleh ibu bapa ialah percaya kemahiran guru kelas biasa dapat mengendalikan keperluan khas bagi MBK dan masih dapat menumpuhkan perhatian kepada murid normal. Tegasnya, sokongan ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan kesediaan melibatkan diri dalam program yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat memperkukuhkan struktur dan amalan sekolah ke arah mewujudkan budaya sekolah yang inklusif.

2.2 Ibu bapa perlu menjadi pembimbing kepada anak mereka Peranan ibu bapa yang menyumbang ke arah kejayaan PPI ialah menjadi seorang pembimbing yang baik untuk memenuhi keperluan MBK. Ibu bapa perlu berusaha mendapatkan maklumat dan kemahiran khusus untuk melengkapkan diri mereka supaya dapat membimbing MBK berdikari dan menyesuaikan diri dalam PPI. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menentukkan terlebih dahulu jenis masalah yang dihadapi oleh anak mereka seperti hiperaktif lalu memahami secara mendalam tentang cara membantu anak hiperaktif menyesuaikan diri dalam kehidupan harian. Hal ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dalam PPI. Selain itu, ibu bapa boleh memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas jika mendapati emosi mereka tidak stabil. Ibu bapa perlu peka akan perasaan anak mereka dengan memahami perkara yang dihadapi oleh MBK di sekolah kerana MBK mungkin didiskriminasikan dan dibuli oleh rakan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mencari jalan penyelesaian dan membimbing MBK mengurus emosi mereka. Oleh kerana tahap kognitif MBK tidak sama dengan murid normal, pengetahuan yang diperolehi oleh MBK tidak seperti dengan murid normal (Jamila, 2005). Jadi, ibu bapa perlu membantu MBK mengulangkaji pelajaran di rumah. Hal ini dapat membantu MBK memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Tidak hanya sedemikian, ibu bapa perlu menyediakan satu ruang yang sihat kepada MBK mengulangkaji pelajaran supaya mereka tidak berasa tekanan. Tegasnya, MBK memerlukan bimbingan daripada ibu bapa supaya mempunyai emosi yang baik, menyesuaikan diri dalam PPI dan dapat mengikut silibus PPI. 3.0 Isu dan cabaran yang sering dihadapi oleh murid sewaktu program PPI 3.1 Isu pemahaman yang terhad tentang murid berkeperluan khas (MBK) Murid-murid normal biasanya mempunyai tahap pemahaman yang terhad tentang masalah pembelajaran dan keadaan sebenar murid-murid yang berkeperluan khas (Norliah& Hanafi, 2016). Murid-murid berkeperluan khas mempunyai ciri-ciri seperti keterencatan fizikal, tahap kebolehan bertutur atau kognitif yang rendah, pendengaran atau pergerakan yang terhad dan lain-lain. Murid-murid normal tidak dapat memahami keunikan murid berkeperluan khas (MBK) iaitu mempunyai emosi yang sensitif dan mempunyai masalah fizikal dan mental sekiranya tidak didedahkan pengetahuan tentang MBK sejak kecil lagi. Kekurangan maklumat tentang MBK akan menyebabkan persepsi negatif dan penerimaan murid-murid normal

terhadap MBK. Lama kelamaan tahap integrasi sosial

antara murid-murid normal dan MBK menjadi kurang walaupun belajar bersama di satu kelas yang sama. Keadaan ini akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu terutamanya aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Murid-murid normal akan berasa tidak selesa dan enggan berkumpulan dengan MBK kerana ketidaksamaan antara

mereka. Selain itu, kes buli juga akan diwujudkan dalam kelas (Murnie Bte Hassan, 2013). Murid-murid normal kemungkinan mengusik MBK untuk menyeronokan sendiri jika mereka tiada kefahaman tentang cara menjalinkan hubungan dengan MBK. Hal ini menyebabkan murid berkeperluan khas berasa terpinggir dan rendah diri. Tegasnya, tahap kefahaman tentang MBK yang terhad bagi murid normal akan menyebabkan program pendidikan inklusif tidak dapat dijalankan secara berkesan. 4.0 Penutup Kesimpulannya, PPI merupakan satu peluang yang disediakan bagi MBK belajar dalam kelas arus perdana. Akan tetapi, terdapat lagi isu dan cabaran yang melingkari sepanjang pelaksanaan PPI. Untuk menjayakan program pendidikan inklusif, peranan ibu bapa iaitu sebagai seorang penyokong dan pembimbing adalah penting kerana mereka dapat menggalakkan penglibatan murid secara berkesan dalam suasana inklusif. Selain daripada ibu bapa, sokongan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan agar keberkesanan program dapat dicapai. Hal ini amat penting kerana melalui kejayaan PPI, MBK dapat berinteraksi dengan semua murid normal dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat. Dengan ini, MBK boleh menjadi seorang yang berdikari dan berguna kepada negara supaya menjadi modal insan yang gemilang pada masa depan.

Rujukan Abidah binti Abd. Rahman. (2014). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Murid Berkeperluan Khas. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Cheong, Keok Lee (2018). Pendidikan Inklusif. Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Jamila K. A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Leyser, Y., & Kirk, R. (2011). Parents’ perspectives on inclusion and schooling of students with angelman syndrome: suggestions for educators. International Journal of Special Education, 26(2), 1-14. Murnie Bte Hassan. (2013). Pelaksanaan Program Inklusif bagi Pelajar Pendidikan Bermasalah Pembelajaran di Program Integrasi. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Norliah Mohd Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016). Pelaksanaan program pendidikan inklusif murid berkeperluan khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. A paper presented at the International Conference on Special Education in Southeast Asia Region 6th Series 2016. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 29-35. Siti Rahaimah. (2017). Program Pendidikan Inklusif. Retrieved from https://www.pdfcoke.com/document/356194403/PROGRAM-PENDIDIKAN-INKLUSIFpdf

Related Documents


More Documents from "Ah Ying"