Penulisan Akademik Hubungan Etnik.docx

  • Uploaded by: Ah Ying
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik Hubungan Etnik.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,743
  • Pages: 7
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana kemajmukannya melibatkan masyarakat yang berbilang kaum, agama, bangsa, bahasa dan budaya dengan keunikannya sendiri. Rakyat di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain etnik yang mempunyai identity tersendiri. Namun begitu, salah satu cabaran utama yang digariskan dalam misi untuk membangunkan negara ke arah negara maju pada Tahun 2020 adalah kemajmukan masyarakat Malaysia yang multiagama ini. Hal ini disebabkan oleh penggunaan bahasa yang tidak sama, agama yang berbeza dan budaya yang diamalkan juga berbeza dalam Malaysia yang berbilang kaum ini. Perbezaan yang dinyatakan akan mewujudkan pelbagai isu-isu bahasa dan agama yang berpotensi dalam menggugat serta mengancam keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa melayu membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia Tenggara. Bahasa melayu juga dijadikan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi dan sebagai bahasa penghantar utama pada masa kini. Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar utama dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga melalui penggunaan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan di Malaysia.

Namun begitu,

kebanggaan terhadap bahasa melayu semakin tenggelam dan pelbagai isu dan cabaran yang terpaksa dihadapi hari demi hari pada masa kini. Antara isu-isu bahasa yang kian ditimbul dan dihadapi oleh Malaysia adalah penggunaan bahasa Cina atau Mandarin oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai salah satu medium terjemahan kepada bahasa rasmi kerajaan persekutuan iaitu bahasa Melayu. Tindakan ini menunjukkan beliau telah melupa bahawa penggunaan bahasa melayu dalam urusan rasmi kerajaan sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (ABK) serta pekeliling kerajaan persekutuan. Penggunaan bahasa selain daripada bahasa melayu sebagai salah satu medium utama dalam urusan rasmi adalah satu kesilapan walaupun penggunaan bahasa lain adalah dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Hal ini bukan untuk menafikan hak penggunaan bahasa Cina atau

bahasa lain di Malaysia, namun bahasa melayu perlu digunakan dalam semua tujuan atau urusan rasmi kerajaan telah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (1)(a). Ini jelas menunjukkan kewajipan penggunaan bahasa melayu kepada pihak kerajaan. Sekiranya sesuatu perkara rasmi memerlukan terjemahan, bahasa yang wajar digunakan adalah bahasa universal iaitu bahasa inggeris dan bukan bahasa cina yang majority rakyat Malaysia langsung tidak tahu berbahasa Cina. Tambahan pula, terdapat satu isu yang ditimbul disebabkan oleh penggunaan bahasa cina atau mandarin dalam papan tanda. Hal ini boleh dijadikan sebagai satu isu disebabkan oleh majoriti rakyat di Malaysia adalah kaum Melayu yang tidak dapat memahami bahasa Cina. Jika papan tanda ditulis dalam Bahasa Cina, maka ramai yang tidak memahami dan akan menyebabkan pelbagai masalah yang bakal dihadapi oleh mereka yang tidak dapat berbahasa cina seperti tidak dapat mencari sesuatu tempat dengan cepat dan tepat. Sekiranya ingin menterjemahkan papan tanda dalam bahasa lain agar pelancong asing dapat memahami, wajarlah menggunakan bahasa Inggeris iaitu bahasa antarabangsa atau universal yang dapat difahami oleh pelancong di seluruh dunia, Penggunaan bahasa cina hanya dapat diterjemah oleh kaum cina dan pelancong dari China sahaja, ini akan menyebabkan pelbagai masalah yang tidak diingini di Malaysia. Oleh itu, papan tanda seharusnya menggunakan bahasa melayu atau menggunakan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris yang dapat memudahkan rakyat dan pelancong di Malaysia. Seterusnya, isu penggunaan bahasa rojak iaitu bahasa yang terhasil campuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain ke dalam pertuturan dan penulisan (Ridzuan Kamis, 2012) juga menjadikan satu isu penting yang dapat menggugat keharmonian di Malaysia. Contohnya ayat berikut: i. Cutenya baby itu. (Comelnya bayi itu.) ii. Sorry, I tak sengaja (Maaf, saya tidak sengaja.) Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menghormati bahasa kebangsaan kerana ia dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini sejak sekian lama. Setiap kita haruslah menguasai bahasa Malaysia dengan baik dan boleh memahami serta membaca dan menulis dengan lancar kerana bahasa kebangsaan adalah sebahagian daripada jati diri kita sebagai anak Malaysia. Satu contoh yang paling baik ialah Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman yang mampu bertutur dengan

baik dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa Inggeris dan Perancis selain mempunyai pengetahuan asas bahasa Mandarin, Tamil, Hindi, Sepanyol, Itali, Portugis, Greek dan Jepun. Namun begitu, pembelajaran bahasa lain langsung tidak mengubah jati diri beliau sebagai rakyat Malaysia kerana mampu menguasai bahasa Kebangsaan dengan cemerlang sehingga menjadi pembaca berita yang amat dikenali serta ikon pengacaraan negara. Selain daripada Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, terdapat juga ramai tokoh daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Malaysia yang amat cemerlang sehingga mampu berbicara, berpidato atau berdebat dalam bahasa kebangsaan yang teratur dan menepati laras bahasa. Isu bahasa rojak ini telah banyak diperkatakan oleh tokoh-tokoh bahasa dan para pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau pernah menyatakan kekecewaannya kerana orang Melayu tidak mementingkan mutu penggunaan bahasa, seperti menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan Inggeris dalam pertuturan seharian atau dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, beliau menyatakan bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana ia dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak dalam sebuah kenyataan akhbar. “Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang utuh. Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris.” Menurut Pensyarah Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad, penggunaan singkatan perkataan di dalam bahasa Melayu sebenarnya tidak salah dan tidak mendatangkan masalah. Namun begitu, kecenderungan mencampur adukkan bahasa timbul dipercayai kerana didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa atau merasakan perkataan bahasa Inggeris mampu meberikan penerangan yang lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada menggunakan bahasa Melayu.” Sebenarnya semua ini datang dari dalam diri kita sendiri. Jika ada kemahuan sudah pasti ada jalan. Pembelajaran bahasa ini bersifat berterusan dan tidak akan ada titik noktah.

Dari segi isu-isu agama, terdapat pelbagai definisi agama dikemukakan oleh para intelektual, seperti Wilfred C. Smith (1962) menyatakan betapa sukarnya mentakrifkan agama secara tepat. Agama bererti mengikat dari segi bahasa yang membawa maksud agama adalah ketentuan hidup manusia berdasarkan satu ikatan antara alam rohani dengan alam ghaib yang berkuasa terhadap dirinya dan dunia yang diketahuinya dan juga terhadap “siapa” yang ia rela memperhambakan diri (Smith 1962:351). Agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan dan hubungan yang dianggap suci ini telah membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. E.B.Tylor (1903), seorang sarjana klasik dan ahli antropologi yang tersohor telah mentakrifkan agama sebagai kepercayaan kepada makhluk halus. Sementara Durkheim (1915: 47) pula berpendapat bahawa agama sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan yang bersepadu berhubung dengan benda-benda suci. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Secara ringkasnya, agama boleh dilihat secara substantif dan fungsional. Sudut yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya. Manakala sudut fungsional ialah melihat agama dari sudut fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Agama tersohor di Malaysia ialah Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Manakala Kepercayaan beragama ialah Taoisme, Konfusius dan animisme. Kepercayaan berbudaya pula ialah petua, pantang larang, nilai, norma, mores dan folkways. Penanda jati diri rakyat Malaysia ialah agama. Hal ini telah menyebabkan Malaysia memperuntukkan prinsip Rukun Negara yang pertama “Kepercayaan kepada Tuhan”. Isu agama perlu ditangani dengan bijak. Dalam Perlembagaan turut memperuntukkan Perkara 3 ceraian (1) menegaskan bahawa Islam sebagai agama persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan. Tidak boleh menyebarkan agama lain dalam kalangan orang Islam. Manakala ajaran Islam pula tidak menjadi paksaan kepada penganut agama lain.

Namun begitu, terdapat kedai yang bukan Melayu yang menggunakan nama Melayu telah menimbulkan isu-isu dalam kalangan rakyat Malaysia. Misalnya, kedai makan yang dibuka oleh kaum lain selain daripada kaum Melayu telah menggunakan nama Melayu seperti Kedai Makan Swee Ling. Hal ini telah dijadikan isu kerana kedai tersebut ada kemungkinan besar adalah kedai makanan yang bukan halal iaitu makanan yang dimasak mengandungi babi yang tidak boleh dimakan oleh penganut Islam di seluruh dunia. Sekiranya, kedai makanan yang menggunakan nama Melayu amat mengelirukan orang Melayu dan sukar untuk mengenal pasti sama ada kedai tersebut adalah halal atau tidak. Selain itu, bible Kristrian yang pernah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan disebar luas dalam masyarakat Malaysia. Di Perlembagaan Malaysia, agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu adalah bebas diamalkan dan tidak boleh menyebarkan agama tersebut di kalangan orang Islam. Penterjemah bible atau kitab dalam Bahasa Melayu dan disebarkan di kalangan orang Islam telah melanggar perlembagaan di Malaysia. Hal ini akan menyebabkan keliruan masyarakat terhadap agama yang dipercayai dan mewujudkan satu perselisihan faham antara rakyat Malaysia bahawa ajaran Islam telah menjadi paksaan kepada penganut agama lain. Perspektif negatif terhadap ajaran islam makin menambah dan ini akan menjejas keharmonian yang lama dikekalkan oleh Malaysia yang multi-agama ini. Tuntasnya, kita perlulah memahami dan menghormati agama, budaya dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini agar keharmonian di Malaysia tidak terggugat disebabkan oleh isu-isu yang ditimbulkan.

Bibiografi

Durkheim, E. (1915). The elementary forms of the religion life. terj. Joseph Ward Swain, London: Allen & Unwin. Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. (1995). Wawasan 2020. Petaling Jaya: Penerbit Setiamas. Ibrahim Abu Bakar. (2003). Beberapa cabaran utama kepada agama-agama di Malaysia. Dalam Jaffary Awang(Ed.), Agama dan Perpaduan Etnik di Malaysia, Bangi: Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, Bil 27 (2008) 81-92. Lee Lam Thye. (23 Ogos 2018). Antara bahasa kebangsaan dan bahasa rojak. Diakses

pada

14

Mac

2019

daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-bahasa-kebangsaan-danbahasa-rojak1.734178#ixzz5iImPjfwg Ridzuan Kamis. (2012). Penggunaan Bahasa Tidak Peka tentang Ejaan. Pelita Bahasa, 4. KL: Pelita. Bhd. Saodah Abd Rahman. (03 Februari 2017). Fahami isu sensitive berkaitan agama. Diakses

pada

14

Mac

2019

daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/fahami-isu-sensitif-berkaitanagama-1.439691#ixzz5iM6A7ssg Smith, Wilfred, C. (1963). Memburu makna agama. Terjemahan Landung Simatupang. Bandung: Mizan. Taylor, E.B. (1903). Primitive culture, research into the development of mythology, philosophy, religion, language, arts and customs. London: John Murray Utusan Melayu (M) Bhd. (08 Oktober 2018). Bahasa SMS Budaya Tidak Kekal. Diakses pada 14 Mac 2019 daripada http://www.utusan.com.my/renca na/utama/bahasa-sms-budaya-tidak-kekal-1.392169#ixzz5iJ2VIHxu Vaughan, J. D. (1974). The Manners and Customs of the Chinese of the Straitssettlement. Kuala Lumpur: Oxford University Pres.

Zulkifli Hasan. (2012). Memahami Isu Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti. Bengkel Kefahaman Islamofobia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2012.

Related Documents


More Documents from "Nur Sakinah Wahab"