Penulisan Akademik Pnddikan Inklusif.docx

  • Uploaded by: jocajoldin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik Pnddikan Inklusif.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 876
  • Pages: 4
Penulisan Akademik – Pendidikan Inklusif Murid bekeperluan khas (MBK) merujuk kepada murid yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan murid normal. Murid-murid ini berbeza daripada murid normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal (Rohana, n.d.). Dalam kes cikgu Nordin, terdapat 3 MBK yang berada dalam kelasnya iaitu kelas arus Perdana. Ini adalah kerana 3 MBK tersebut telah berjaya dalam memenuhi kriteria MBK yang boleh dicadangkan untuk mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI). Antara kriteria tersebut adalah MBK berjaya melepasi tahap penilaian menggunakan instrument yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dapat mengikuti proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) aliran perdana, dapat bersosialisasi dengan murid aliran perdana dan juga umur MBK adalah mengikut kohorot umur di arus perdana atau tambahan satu tahun sahaja deripada umur arus perdana (Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Bagi seorang guru baharu, cikgu Nordin terlebih dahulu mengkaji dasar PPI agar beliau faham matlamat, objektif, rasional dan prinsip pendidikan inklusif. Dengan ini, beliau dapat menanamkan sikap keterbukaan dan penerimaan MBK dalam kelasnya. Sememangnya terdapat strategi pengajaran inklusif yang khusus digunakan untuk mengajar dalam PPI. Strategi pengajaran inklusif merujuk sebarang pendekatan pengajaran yang bertujuan menangani keperluan murid-murid yang pelbagai latar belakang, stail pembelajaran dan kebolehan. Strategistrategi ini menyumbang kepada persekitaran pembelajaran inklusif secara keseluruhan yang murid-muridnya dapat merasakan diri mereka dihargai sama seperti rakan-rakan yang lain (Lee, 2018). Cikgu Nordin harusnya menjadi seorang guru yang kreatif, penyayang, sabar, inovatif dan fleksibel. Beliau harus sentiasa bertindak mengikut kesediaan murid yang ada pada satu-satu masa serta mata pelajaran dan topik yang diajar. Antara strategi yang cikgu Nordin boleh gunakan dalam melaksanakan PdPc dalam kelasnya adalah membuat prarancang, rancang dan pascarancang pengajaran dengan objektifobjektif berstruktur (Corbett, 2010). Beliau sebelumnya harus tahu kekuatan dan kelemahan setiap murid dalam kelas termasuk MBK, seterusnya merancang proses PdPc mengikut kekuatan dan kelemahan mereka dan terakhir membuat refleksi terhadap rancangan pengajaran sama ada perlu penambahbaikan atau tidak dengan berpandukan objektif yang telah ditetapkan. Dengan ini cikgu Nordin dapat mengatur PdPc yang menarik, adil dan saksama kepada semua dan mencapai objektif pengajaran pada masa tersebut. Selain itu, cikgu Nordin perlu mengajar

sesuatu topik dari mudah kepada yang kompleks dengan memecahkan topik kepada bahagianbahagian yang mudah difahami (Mok, 2009). Contohnya dalam topik siratan makanan, cikgu Nordin perlu memperkenalkan dahulu rantai makan, memberi contoh-contoh rantai makanan dan barulah memperkenalkan siratan kepada murid iaitu gabungan kepada beberapa rantai makanan. Cikgu Nordin perlu menggunakan pendekatan langkah demi langkah, dan mengajar dalam bahagian-bahagian yang kecil (Walton, 2016). Latihan dan ulangan sangat diperlukan dalam PPI terutamanya kepada MBK agar tiada ada satu pun murid yang tercicir dalam PdPc tersebut. Strategi seterusnya yang boleh digunakan oleh cikgu Nordin adalah beliau hendaklah menggabungkan elemen-elemen sensori murid iaitu visual, auditori dan kinestatik (Siti Irene, 2013). Penggabungan elemen sensori ini bukan sahaja melatih intelek mereka, malah melatih psikomotor kasar dan lembut murid. Tambahan pula ianya akan membuatkan fokus murid bertahan lebih lama. Cikgu Nordin juga perlu menggunakan kekuatan murid untuk mengajar mereka. Contohnya, jika murid tersebut tidak suka nombor dan lemah dalam matematik tetapi suka bergerak atau melompat, benarkan murid tersebut melompat sambil belajar matematik (dengan pengawasan guru). Menurut Skinner (1934) dalam penulisan Fatehah (2010), jika terdapat kejayaan yang dicapai oleh murid, berikan banyak pujian spesifik dan membina terutamanya kepada MBK. Jangan hanya berkata, “Kamu melakukan ini dengan baik” atau “Cikgu suka hasil kerja kamu”. Sebaliknya, berilah komen yang spesifik yang dikaitkan dengan aktiviti tersebut. Contohnya, “Cikgu suka cara kamu hasilkan bika skrap bersama-sama Khalid dan Ariff”. Akhir sekali, cikgu Nordin perlu berikan galakan aktiviti pembelajaran kooperatif. Beliau perlu merancang agar MBK bekerja bersama-sama untuk menyiapkan sesuatu projek atau ke arah matlamat yang sama. Beliau perlu mewujudkan keadaan komuniti pembelajarannya dimudahkan dan dapat ditingkatkan. Sekiranya Cikgu Nordin menghadapi masalah, guru pendidikan khaslah yang dapat memainkan peranan dan tanggungjawab dalam membantu cikgu Nordin. Guru pendidikan khas (GPK) berperanan sebagai guru pendamping bagi MBK (Lee, 2018). GPK membimbing dan membantu MBK semasa PdPc yang dijalankan oleh cikgu Nordin. Selain itu, GPK membantu menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) MBK melalui perbincangan dengan cikgu Nordin dan seterusnya bekerjasama dengan cikgu Nordin berkaitan dengan perkembangan murid. GPK juga berperanan sebagai guru resos (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). GPK membantu cikgu Nordin dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan keperluan MBK. Di samping itu, membantu cikgu Nordin dalam kelas arus perdana

semasa beliau mengajar. Oleh itu, cikgu Nordin dan GPK haruslah sentiasa berbincang dan berkolaborasi antara satu sama lain bagi menjayakan PPI dengan sempurna.

Rujukan Rohana Binti Aziz. (n.d.). Mengenal pasti dan penempatan murid bekeperluan khas. Diambl pada 6hb

Mac

2018

daripada

https://www.academia.edu/5294421/MENGENAL_PASTI_DAN_PENEMPATAN_MURID _BERKEPERLUAN_KHAS. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis panduan program Pendidikan inklusif murid bekeperluan khas: Edisi percubaan. Bahagian Pendidikan Khas: Putrajaya. Lee, K. C. (2018). Pendidikan Inklusif – Siri Pendidikan guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Corbett, J. (2010). Teaching approaches which support inclusive education: A connective pedagogy. San Francisco, CA: Wiley. Mok Soon Sang (2009): Psikologi Pendiidkan dan Pedagogi: Murid Dan Alam Belajar : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Walton, N. W. (2016). Kaedah dan strategi pengajaran abad ke-21. Diambil pada 6hb Mac 2018 daripada https://issuu.com/tchrnida/docs/strategi_dan_kbat. Siti Irene binti Abd Salleh. (2013). Gaya belajar visual, auditori dan kinestetik. Universiti Negeri Yogyakarta: Fakulti Ilmu Pendidikan. Fatehah binti Zulkifli. (2010). Teori Skinner: Pelaziman Operan. Diambil pada 8hb Mac 2018 daripada

http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-skinner-

pelaziman-operan.html.

Related Documents


More Documents from "Nur Sakinah Wahab"