Penulisan Akademik 1.docx

  • Uploaded by: fffffffffffffffffff
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Akademik 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,293
  • Pages: 9
1.0 PENGENALAN Agama merupakan sesuatu sistem keyakinan yang dianut oleh masyarakat dan amalan yang diwujudkan oleh sesuatu kelompok dalam mentafsirkan dan memberi pandangan terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Sistem agama menimbulkan keseragaman dari segi kepercayaan, tingkah laku, pandangan dunia dan nilai. Contoh agama di negara Malaysia termasuklah agama Islam, agama Buddha, agama Kristian dan sebagainya. Agama merupakan satu pegangan yang harus dimiliki oleh semua manusia. Antara tujuan setiap masyarakat harus beragama ialah agama dapat mengatur kehidupan masyarakat dengan lebih baik di samping melahirkan insan yang bermoral dan berbudi pekerti mulia selaras dengan peraturan-peraturan dalam agama. Menurut pendapat tokoh Abdul Rahman Aroff (1986), insan moral hanya menerima nilai-nilai murni, dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Jika manusia tidak beragama, maka kehidupan manusia akan menjadi huru-hara kerana tiada arah hala tuju terhadap sesuatu yang dilakukan.

2.0 MEMBINCANG SECARA KHUSUS NILAI-NILAI DALAM SESUATU AGAMA DAN CARA NILAI-NILAI TERSEBUT DALAM MEMBENTUK INSAN BERMORAL. Agama Buddha adalah sebuah agama dan filsafat yang berasal dari anak benua India dan meliputi beragam tradisi kepercayaan, dan praktik yang sebahagian besar berdasarkan pada ajaran yang dikaitkan dengan Siddhartha Gautama, yang secara umum dikenal sebagai Sang Buddha. Terdapat beberapa nilai yang telah diajar dalam agama Buddha sebagai langkah untuk membentuk insan bermoral. Antara nilai yang diajar dalam agama Buddha ialah nilai hormat-menghormati. Agama Buddha mengajar penganut-penganutnya supaya sentiasa mengamalkan nilai hormat menghormati dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita perlu menghormati ibu bapa kita. Setiap arahan yang diberi oleh ibu bapa janganlah kita ingkari sebagai satu langkah untuk menjadi seorang insan yang bermoral. Jika kita menanamkan nilai hormat-menghormati dalam jiwa kita, apabila kita telah melakukan sesuatu kesalahan, kita akan mengelakkan diri daripada menggunakan bahasa yang kasar atau meninggikan suara kita sewaktu ditegur oleh ibu bapa kita. Kita akan sentiasa ingat dan mengamalkan nilai hormat-menghormati seperti mana yang diajar dalam agama Buddda iaitu perlulah menerima teguran ibu bapa dengan hati yang terbuka, menghormati dan menerima kata-kata ibu bapa kita dan selepas itu

meminta keampunan mereka dengan mengunakan nada suara yang sopan. Pebuatan yang akan mengagalkan diri kita sebagai insan yang bermoral iaitu melawan kata-kata ibu bapa yang mana merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dari segi ajaran agama Buddha pun juga tidak akan dilakukan oleh diri kita. Selain itu, nilai-nilai dalam agama Buddha ialah nilai toleransi. Toleransi adalah perilaku terbuka dan menghargai segala

perbedaan yang ada dengan sesama.

Biasanya agama Buddha mengajar kita nilai toleransi supaya kita sentiasa bertoleransi, sabar dan mengawal diri dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan mudah berlakunya perselisihan dengan orang lain serta nilai toleransi adalah salah satu syarat untuk menjadikan kita sebagai insan yang bermoral. Contoh situasi yang menunjukkan cara nilai toleransi menjadikan kita seorang insan yang bermoral ialah kita menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam suatu rumah terbuka anjuran kita. Perbuatan ini menjadikan kita sebagai insan yang bermoral kerana kita tidak memaparkan sikap mementingkan diri, sebaliknya kita bertoleransi dengan adat dan kepercayaan kaum lain supaya rakan-rakan kaum lain tidak berasa kekok semasa datang ke rumah kita. Oleh itu, sebagai seorang penganut agama Buddha, kita sepatutnya sentiasa berpegang kepada nilai dalam agama Buddha, iaitu sentiasa bertolak ansur dalam kehidupan seharian tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan seperti tidak menghina ajaran agama kaum lain kerana agama Buddha mengajar kita supaya hidup dengan harmoni dalam masyarakat. Jika kita mengamalkan nilai bertoleransi, kita akan dipandang sebagai insan yang bermoral kerana sentiasa meletakkan kepentingan orang lain setaraf dengan kepentingan diri sendiri. Di samping itu, nilai dalam agama Buddha ialah nilai mempunyai pertuturan yang baik. Sebagai langkah menjadi insan bermoral, kita diajar supaya sentiasa mempunyai pertuturan yang betul seperti menghidari kita daripada bercakap bohong, fitnah dan gosip. Contohnya kita telah membuat satu kesalahan semasa di sekolah, kita mestilah bersikap jujur mengakui kesalahan yang sudah kita lakukan dan elakkan diri kita daripada menipu ataupun menfitnah rakan-rakan lain supaya mereka menjadi kambing hitam untuk menanggung kesalahan kita. Seterusnya, apabila kita perasan rakan-rakan kita sedang bergosip tentang keburukan seseorang, kita mestilah mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbicaraan mereka kerana amalan gosip dipandang sebagai amalan

yang tidak bermoral. Kita mestilah

mengetahui bahawa mulut dan lidah kita adalah seperti sebilah pisau yang tajam. Jika disalahgunakan ia bukan sahaja menyakitkan orang lain, malahan ia mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Jika kita sentiasa mengamalkan

pertuturan yang baik dalam kehidupan seharian, tidak

bercakap bohong,

menyebarkan khabar angin dan bercakap sia-sia kita akan dipandang mulia oleh masyarakat sebagai seorang insan yang bermoral. 3.0

MENILAI

SECARA

KRITIS

SIKAP

PENERIMAAN

DAN

BERBUDAYA

CEMERLANG DALAM MENJADI INSAN BERMORAL SECARA TERPIMPIN. Penerimaan

akan

memperlihatkan

perlakuan

yang

positif

menerima

sepenuhnya sesuatu dengan hati yang ikhlas tanpa sedikit unsur paksaan. Penerimaan tidak bermakna bahawa kita berasa gembira bahawa apa yang berlaku kepada kita. Ia hanya membawa makna kita berdamai dengan keadaan tertentu dan tidak menggunakan tenaga kita untuk menegakkan sesuatu yang diingini. Kita akan mempunyai sikap penerimaan sekiranya kita diajar dengan pelbagai nilai murni seperti nilai hormat-menghormati. Sekiranya kita mengamalkan nilai hormatmenghormati dalam kehidupan seharian, kita akan mempunyai sikap penerimaan yang lebih tinggi seperti sanggup menerima teguran atau kritikan daripada orang lain dengan hati yang terbuka tidak mengira sama ada kritikan atau teguran yang diberi baik ataupun buruk. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada mudah terlibat dalam pergaduhan atau konflik bersama-sama manusia lain. Nilai penerimaan itu ditandai oleh suatu perlakuan yang positif, menerima sesuatu kebenaran dengan hati yang tulus, ikhlas dan terbuka supaya kita akan menjadi seorang insan yang bermoral. Seterusnya, apabila orang lain melakukan kesalahan, kita akan menghormati mereka dengan tidak menghebohkan kesalahan mereka di depan khalayak, menerima kesalahan mereka dengan menyedari bahawa dunia ini tidak mempunyai insan yang sempurna. Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan dan memberi mereka peluang untuk insaf. Kita mestilah sentiasa menerima keperibadian mereka dan mendapat pengajaran dari kelakuan orang lain supaya dapat meningkatkan nilai keperibadian diri dan juga sebagai langkah menuju ke arah menjadi seorang insan yang bermoral. Tambahan pula, sikap penerimaan yang harus seorang insan bermoral hayati dan fahami ialah mengenai perbuatan, sikap anggapan dan pendapat terhadap hakikat sesuatu kebenaran fakta, misalnya hakikat sejarah Malaysia dan sifat kepelbagaian yang ada. Usaha ke arah untuk membentuk insan bermoral dapat dicapai sekiranya kita memupuk sikap penerimaan berdasarkan nilai yang diajar dalam agama seperti nilai bertoleransi. Dengan adanya sikap penerimaan, kita akan mewujudkan sifat keikhlasan dan bukannya paksaan dalam menerima kaum lain. Contohnya, kita akan melayan kaum-kaum lain dengan hati yang ikhlas, menerima adat dan kepercayaan

kaum lain yang berbeza dengan kita dengan hati yang terbuka. Insan akan mendapat apa yang terbaik bagi mereka jika mereka sanggup menerima apa yang terbaik bagi kaum lain. Jika kita sanggup mempratikkan sikap penerimaan dalam kehidupan seharian, segala tindakan yang akan mencerminkan kita sebagai insan yang tidak bermoral seperti bergaduh dengan rakan-rakan yang berbeza kaum kerana kurang memahami adat dan kepercayaan masing-masing tiidak akan berlaku kerana dengan adanya sikap penerimaan, kita akan dipandang sebagai insan bermoral secara terpimpin, sentiasa menjaga hubungan persahabatan antara rakan yang berlainan bangsa. Seterusnya, untuk menjadi seorang insan yang bermoral secara terpimpin dan mencapai kecemerlangan hidup, kita mestilah mengamalkan budaya yang cemerlang dalam kehidupan kita. Amalan berbudaya cemerlang termasuklah bersikap jujur dalam pergaulan seharian tanpa mengira dari segi pertuturan atau pun perlakuan. Contohnya, segala perkataan yang hendak dikeluarkan daripada mulut kami mestilah sudah sah kebenarannya, segala khabar angin yang mungkin menimbulkan suasana yang huru-hara janganlah kita hebohkan kepada orang lain. Dari segi tingkah laku, kita mestilah bersifat jujur seperti mengelakkan diri daripada menerima rasuah hanya setakat untuk memiliki kesenangan hidup. Contoh lain yang menggambarkan kita berbudaya cemerlang dalam kehidupan ialah kita sentiasa menjaga tutur kata iaitu tidak mengeluarkan bahasa kasar sewaktu berkomunikasi dengan orang lain terutamanya berkomunikasi dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa kita. Jika kita sentiasa menjaga tutur kata kita seperti bercakap menggunakan bahasa yang tepat dan bercakap menggunakan nada suara yang sopan, kita akan dikira sebagai seorang insan yang bermoral secara terpimpin. Kita akan menjadi insan yang bermoral sekiranya mengamalkan budaya cemerlang dalam kehidupan seharian.

4.0 MENJELASKAN PENDIRIAN SENDIRI TENTANG KEPENTINGAN BERAGAMA DALAM USAHA MEMBENTUK INSAN BERMORAL SECARA TERPIMPIN BAGI MENANGANI ISU-ISU MORAL. Berdasarkan

pendapat

saya,

kepentingan

beragama

dalam

usaha

membentuk insan bermoral termasuklah agama mengajar kita sentiasa mengenang jasa orang lain. Sebagai contoh, kita mestilah selalu mengingati jasa ibu bapa terhadap kita. Ibu bapa ibarat lilin yang membakar diri, untuk menerangi jalan kita, mereka sanggup berkorban masa dalam usaha mendidik kita tanpa mengharapkan sebarang balasan. Oleh itu, agama mendidik kita agar sentiasa menjadi insan yang bermoral iaitu perbuatan yang melupakan jasa ibu bapa, bak kata pepatah bagai kacang lupakan kulit seperti menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan sibuk bekerja dan tiada masa lapang untuk menjaga mereka janganlah kita lakukan. Kita sepatutnya menjaga mereka apabila kita sudah dewasa. Contohnya, semasa ibu bapa sakit, kita mestilah memberi rawatan perubatan yang terbaik kepada mereka sebagai tanda membalas budi ibu bapa. Jikalau kita beragama dan agama mengajar kita sentiasa melakukan kebaikan iaitu menghargai jasa orang lain terutamanya ibu bapa, kita akan menjadi seorang insan yang bermoral serta isu seperti ibu bapa ditinggalkan oleh anak-anak tidak akan berlaku. Selain itu, kepentingan beragama dalam usaha membentuk insan yang bermoral berdasarkan pendirian saya ialah agama mengajar kita sentiasa mengekalkan hubungan yang baik bersama-sama orang lain walaupun berlainan bangsa. Kita mestilah mempunyai fikiran yang sama rata seperti memberi layanan yang baik kepada semua orang tanpa mengira sesiapa dan apa agama yang telah dianut oleh seseorang. Agama merupakan alat untuk memupuk perpaduan antara kaum. Dengan adanya beragama, kita akan lebih memahami kepentingan hormatmenghormati, bertoleransi, dan bekerjasama antara rakan-rakan mahupun jiran-jiran yang berlainan agama. Jadi, kita akan sentiasa menjadi seorang insan yang bermoral seperti tidak mengejek agama bangsa lain. Kita juga akan menjadi lebih bersemangat dalam usaha memahami ajaran agama kaum lain bagi mengelakkan sebarang salah faham yang berlaku kerana saling tidak memahami adat dan kepercayaan masing-masing. Dengan adanya agama, kita akan lebih berfikiran terbuka seperti mengajak rakan-rakan yang berlainan bangsa untuk menyambut hari perayaan bersama-sama kita untuk mengekalkan hubungan yang baik dan juga mengeratkan hubungan silaturahim. Akhirnya, segala isu-isu moral seperti pergaduhan tidak akan berlaku jika kita sentiasa mengingat ajaran agama iaitu

menjadi seorang insan yang bermoral seperti saling hormat-menghormati dan bertimbang rasa dengan antara satu sama lain untuk menjamin hubungan yang baik. Di samping itu, pendirian saya terhadap kepentingan beragama dalam membentuk insan bermoral ialah agama mendidik kita supaya mempunyai pertuturan yang betul. Cara yang paling baik untuk kita bagi mengenali perwatakan seseorang ialah mendengar pertuturannya. Sekiranya kita beragama, kita akan sentiasa menjaga pertuturan kita dalam pergaulan seharian. Sebagai contoh, kita akan mengelakkan diri daripada percakapan yang jahat dan tidak berfaedah atau perbuatan yang paling buruk iaitu menyebar khabar-khabar angin. Jika kita beragama, kita akan bertutur dengan suara yang lemah lembut dan tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat dalam komunikasi kita ataupun mengeluarkan kata-kata yang salah yang akan menyakitkan hati orang yang bertutur dengan kita. Menipu merupakan salah satu pertuturan yang salah. Segala persengketaan yang berlaku puncanya yang paling teruk ialah sebaran khabar angin yang tidak sah kebenarannya. Jika kita beragama dan mempunyai ilmu dalam pertuturan, kita akan menjadi insan yang bermoral iaitu sentiasa mengamalkan nilai kejujuran, sentiasa berkata benar. Dengan cara inilah pastinya kita dapat mengelakkan isu-isu moral seperti isu mengambil nyawa yang berlaku atas punca seorang mangsa salah mengeluarkan kata-kata yang akan menyinggung perasaan pemangsa. Seterusnya, saya berpendapat agama mengajar kita supaya menjadi insan yang bermoral iaitu mempunyai pemikiran yang baik. Contohnya, agama mengajar kita supaya selalu berfikiran positif. Semasa menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan, kita mestilah sentiasa berfikir dari sudut yang baik iaitu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya asalnya kita ada hati untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan adanya kita beragama, kita tidak akan berfikiran negatif seperti hendak menamatkan nyawa sendiri kerana berasa diri sendiri tidak berupaya mengharungi cabaran hidup. Dengan fikiran yang baik inilah segara isu-isu bermoral dapatlah kita atasi. Jika kita mempunyai pemikiran yang baik, kita akan pandai membezakan perkara yang betul atau salah. Sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita akan berfikir sebelum bertindak. Kita akan mengelakkan diri daripada terjebak dalam aktiviti yang akan merosakkan peribadi sendiri. Jikalau kita mempunyai pemikiran yang baik, kita tidak akan mempunyai niat yang jahat terhadap orang lain seperti ingin menganiayai seseorang walaupun seseorang itu telah memberi layanan yang buruk kepada kita. Kita akan memikir bagi pihak mereka bahawa kita sebagai manusia pasti akan melakukan kesalahan, janji diri sendiri

mestinya mempunyai pemikiran yang baik, sentiasa sedia memaafkan orang lain supaya mereka mempunyai peluang untuk menginsafkan kesalahan diri. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya,

insan

yang

bermoral

merupakan

insan-insan

yang

mempunyai sifat-sifat moral. Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya berpandukan kepada ajaran agamanya. Agama penting sebagai tiang kehidupan kita, tanpa agama, kita tiada hala tuju bagi meneruskan kehidupan, tanpa agama kita mudah dipengaruh oleh ajakan yang jahat lalu menjadi insan yang tidak bermoral serta dibenci oleh masyarakat sekeliling. Oleh itu, janganlah kita bersikap acuh tak acuh terhadap peranan agama, jika kita tidak beragama, susahlah untuk diri kita menjadi insan yang berrmoral. Akhir sekali, marilah rakan-rakan sekalian supaya sentiasa menghayati nilai dan berpegang pada ajaran agama sendiri sebagai cara yang paling penting untuk menjadi seorang insan yang bermoral.

6.0 BIBLIOGRAFI Buku Amran Idris, Ismail Kosman dan Lasa Yahya. (2015). Pengajian Am Stpm. Selangor: Maxima Colour Sdn. Bhd. Kaladevi Arumugam, Chang, K. L. dan Napisah Muhammad. (2010). Pendidikan Moral Tingkatan 5 Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Malek Mat Akib. (2017). Pendidikan Moral. Malaysia: Pelangi. Sdn. Bhd.

Internet Farah Liyana. (2016 Ogos 24). Kepentingan Beragama Kepada Setiap Manusia. Dilayari pada 17 Februari 2018 di laman web http://pengajianmalaysiadat1. blogspot.my/2016/08/kepentingan-beragama-kepada-setiap.html?m=1 Maran Ramping. (2013 Januari 15). Pendidikan Moral. Dilayari pada 17 Februari 2018 di laman web http://kemayangambai.blogspot.my/2013/01/pendidikanmoral-fungsi-dan.html Nurshaherayahya. (2010 Disember 26). Kepentingan Mengamalkan Budaya Cemerlang.

Dilayari

pada

17

Februari

2018

di

http://budayahidupcemerlang.blogspot.my/2010/12/kepentinganmengamalkan-budaya-yang.html?m=1

laman

web

7.0 LAMPIRAN

Related Documents


More Documents from "Nur Sakinah Wahab"