PENGERTIAN SEMANTIK Kata semantik yang berasal dari bahasa Yunani ‘sema’ (kata benda) yang bererti ‘tanda’ atau ‘lambang’. Kata kerjanya adalah semiano yang bererti ‘menandai’ atau ‘melambangkan’. Apa yang dimaksudkan sebagai lambang atau tanda di sini sebagai padanan kata ‘sema’ itu adalah tanda linguistik (Perancis: Signe linguistique) seperti yang dikemukakan oleh Ferdinand de Saussure (1966), iaitu yang terdiri daripada dua komponen iaitu komponen yang mengertikan, yang wujud bunyi-bunyi bahasa dan komponen yang diertikan atau makna dari komponen yang pertama itu. Kedua-dua komponen ini adalah merupakan tanda atau lambang, sedangkan yang ditanai atau dilambangkan itu adalah sesuatu yang berada di luar bahasa yang lazim atau hal yang di tunjuk. Kata semantik ini kemudian dijadikan sebagai istilah yang digunakan untuk bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan halhal yang ditandainya. Atau denga kata lain, bidang linguistik yang mempelajari makna atau erti dalam bahasa. Oleh kerana itu, kata sematik dapat diertikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti, iaitu salah satu daripada tiga tataran analisis bahasa termasuklah fonologi, gramatik dan semantik. Selain istilah semantik dalam sejarah linguistik terdapat juga istilah lain yang digunakan seperti semiotik, semiologi, semasiologi, sememik dan semik untuk merujuk pada bidang yang mengkaji makna atau erti daripada suatu tanda atau lambang. Namun, istilah semantik lebih umum digunakan dalam kajian linguistik kerana istilah-istilah tersebut mempunyai bidang cakupan objek yang lebih luas, yakni mencakupi makna tanda atau lambang pada umumnya. Termasuk tanda-tanda lalu lintas, kod, tanda-tanda dalam ilmu matematik dan banyak lagi. Sedangkan cakupan ilmu semantik hanyalah makna atau erti yang berkenaan dengan bahasa sebagai alat komunikasi verbal. Oleh itu, kita harus berhati-hati memakai kata bahasa. Menurut Leech (1974), yang melihat semantik sebagai fenomena linguistik perlu diberi penekanan yang serius. Hubungan makna dengan bahasa adalah apat, khusus dala ayat. Jadi, untuk mengkaji makna kita perlu mengkaji hubungan perkataan dengan ujaran. Seseorang yang mengetahui semantik akan berupaya mengenali ujaran atau ungkapan yang bersifat ’tidak semantik’ yakni
tidak masuk akal logik atau ayatnya sukar diterima logik. Menurut Ogden dan Richard (1923), makna dilihat sebagai ’pengaruh bahasa terhadap pemikiran’. Bagaimana penutur dan penerima menggunakan pemikiran mentafsir makna. Kepelbagaian takrifan di atas berlaku kerana para sarjana akan membuat interpretasi menurut fahaman dan latihan yang mereka perolehi dan selalunya dipengaruhi dengan bidang yang mereka ceburi.