Semantik

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semantik as PDF for free.

More details

  • Words: 493
  • Pages: 3
Perkembangan Ilmu Semantik Tiga komponen utama tatabahasa ialah fonologi, sintaksis dan semantik. Fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa. Sintaksis ialah pengkajian tentang ayat dan semantic pula berkaitan dengfan pengkajian makna. Pada peringkat semantik, pengkajian makna hanya terhad kepada maklumat linguistik sahaja. Menurut Sperber dan Wilson, pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Oleh itu, pengkajian makna perlu melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor bukan linguistik. Kombinasi antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan faktor linguistik ini benar-benar dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Perkembangan ilmu semantik dalam masa dua puluh tahun telah cuba memikirkan kenapa semantik tidak merupakan fenomena yang tunggal dalam memberikan maknsa yang sebenar. Seterusnya cuba menerangkan bagaimana salah faham tentang masalah ini dapat diselesaikan. Terdapat tiga peringkat yang nyata dalam perkembangan ilmu semantik iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga. Pada peringkat pertama semantik dikenali sebagai semantik struktural yang didefinisikan sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang menguntukkan reresentasi semantik kepada ayat. Golongan semantik pada peringkat ini mengekalkan tradisi ahli struktural. Semantik dianalisis sama sebagaimana ahli struktural membuat penganalisisan ilmu fonologi. Contohnya, jika /p,t,k/ mempunyai fitur [- suara] maka /b,d,g/ pula mempunyai fitur [+ suara]. Dengan itu, setiap perkataan diberikan fitur distingtif untuk memperlihatkan fitur khasnya dan hubungan antara fitur tersebut. Contohnya lain seperti teruna [+ lelaki] dan gadis [-lelaki]. Pada peringkat

kedua pula, semantik dikenali sebagai semantik generatif dan interpretatif. Dimana semantik dilihat sebagai salah satu daripada komponen tatabahasa yang menguntukkan bentuk-bentuk logik kepada ayat. Ahli logik berpendapat mereka mempunyai sistem logik serupa bahasa bagi memberikan representasi semantik dengan menggunakan predikat kalkulus yang dapat memperlihat set peraturan logik atau kebenaran dalam bentuk deduktif yang sistematik seterusnya lebih mudah menerangkan makna ayat dengan menggunakan rumus logik daripada menggunakan huraian yang panjang. Cara yang dilakukan oleh ahli logik adalah seperti sesuatu ayat akan diberikan fitur khas semantiknya. Semantik pada peringkat kedua ini telha diganti pula dengan semantik syarat-benar yang juga dikenali sebagai semantik interpretif. Antara tokoh yang mempelopori teori ini termasuklah Phil Johnson-Laird, Ruth Kempson dan lain-lain. Golongan semantik syarat-benar mempunyai idea yang tersendiri tetapi menuju ke arah tujuan yang sama iaitu mencari kebenaran idea masing-masing bagi sesuatu argumen. Persoalan utama yang mereka tonjolkan ialah apakah gunanya rumus inferens logik. Johnson-Laird berpendapat manusia lebih menggunakan model fikiran bagi memberikan makna beberapa jenis perkara. Seterusnya memberikan contoh bagi menunjukkan kelemahan golongan semantik yang menggunakan bentuk topik. Beliau memberi contoh ’Siti lebih tinggi daripada Ani tetapi lebih rendah daripada Alik yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ahmad yang sama tinggi dengan Zahar, dan sebagainya’. Manusia akan terus membayangkan di dalam kepalanya gambaran ini tanpa memerlukan inferens. Jadi beliau memebuat kesimpulan bahawa manusia tidak memerlukan rumus inferens dalam memberikan makna. Kesimpulan, jika kita hanya kekal dengan sistem semantik pada peringkat pertama, kedua dan ketiga yang mengatakan hanya ayat bahasa semula

jadi sahaja memepunyai syarat-benar, maka suka bagi kita untuk melihat syarat-benar dengan pengertian yang diperolehi melalui persepsi seperti yang diterangkan.

Related Documents

Semantik
June 2020 8
Semantik
November 2019 20
Semantik
November 2019 15
Semantik
May 2020 7
Pengertian Semantik
June 2020 5
Teori Semantik
June 2020 5

More Documents from ""