BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF
KONSEP MAKNA
Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan. Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem. Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal @ referensial dan aliran operasional @
kontekstual.
PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL
Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda
(signifie).
Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja.
Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.
Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik.
Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.
Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL
Stuart Chase (1938:7) menerangkan makna secara ‘operasional’, iaitu The
true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it.
Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use in the
language).
TEORI SEMANTIK
Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT:
Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.
Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.
KEPELBAGAIAN MAKNA (HUBUNGAN MAKNA DAN KATA-KATA) Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang
sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya: jemput kereta iktisad siasah mangkat biduan seniman
= = = = = = =
undang motokar ekonomi politik mati penyanyi pelakon
Antonim:
Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya: malam laut menjual memberi tua baru
lwn lwn lwn lwn lwn lwn
siang darat membeli menerima muda lama
Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya: progresif prasejarah induktif seniman
lwn lwn lwn lwn
regresif pascasejarah deduktif seniwati
Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis: 1. 2. 3. 4.
Antonim komplementar Antonim gradabel Antonim relasional Antonim resiprokal
POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM Polisem: Satu perkataan yang mempunyai
banyak makna atau satu set makna yang berlainan. Misalnya, telur boleh bermakna ‘sesuatu yang dilahirkan oleh burung’, atau ‘markah kosong’, atau ‘benjol’, atau ‘hasil’, atau ‘sejenis karangan bunga’.
Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan
bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki ‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.
Homofon: Kata-kata yang sama bunyi,
tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan.
Homograf: Kata-kata yang sama ejaan,
tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak ‘belukar’ atau ‘kusut’.
Hiponim: Kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatan dalam struktur makna. Misalnya kata bunga yang mempunyai banyak jenis.
Ini menunjukkan kata bunga merupakan satu golongan dan cempaka, melur dsb. terdiri sabagai anggotanya. Contoh dalam BI seperti kata sheep.
Perubahan Makna
Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77).
Antara faktor-faktor perubahan makna adalah :
Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur. Perubahan makna kerana perluasan maksud. Perubahan makna kerana pembatasan maksud. Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.