Nota Pengajian Am

  • Uploaded by: H.J.KUNG
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nota Pengajian Am as PDF for free.

More details

  • Words: 850
  • Pages: 4
BAB 1--- KONSEP KENEGARAAN Konsep Negara Negara: • Suatu kelompok masyarakat yang mediami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. Ciri-ciri: • Penduduk tetap • Sempadan • Kerajaan yang teratur • Kedaulatan • Ideology sendiri • Sistem pemerintahan yang ditentukan sendiri

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Malaysia: • Sebuah negara berdaulat yang terletak di rantau Asia Tenggara • Terdiri daripada sebuah Kerajaan Pusat, 13 buah kerajaan negeri, 3 buah Wilayah Persekutuan Ciri-ciri Malaysia: • Pemerintahan demokrasi • Masyarakat yang berbilang kaum • Sempadan • Bebas daripada pemerintahan asing • Mempunyai kedaulatan, raja dan pemerintah yang berdedikasi • Mempunyai ciri-ciri kenegaraan

Sistem Kerajaan Kerajaan Kesatuan • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dominant berbanding Kerajaan Negeri • Kerajaan Pusat boleh membatalkan sebarang perudangan yang diluluskan oleh manamana peringkat kerajaan dalam sebuah negara Kerajaan Konfederasi • Kuasa pemerintahan terletak di bawah penguasaan Kerajaan Negeri • Kerajaan Negeri mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih tinggi • Kerajaan pusat mempunyai kuasa yang terhad • Wujud atas dasar perjanjian longgar antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri • Tidak wujud pada masa ini Kerajaan Persekutuan • Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bergabung melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara • Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang • Kesemua peringkat kerajaan menjalankan bidang kuasa mereka tanpa gangguan peringkat lain tapi masih dipantau oleh Kerajaan Persekutuan dalam beberapa hal

Jenis Kerajaan Kerajaan Kesatuan

Kuasa Pemerintahan • Kerajaan Pusat menguasai pentadbiran dan perundangan • Kerajaan Negeri mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat

Contoh Negara • Great Britain • New Zealand • Malayan Union (tahun 1946)

Kerajaan Konfederasi

• Kerajaan Negeri menguasai pentadbiran dan perundangan • Kuasa Kerajaan Pusat sangat terhad

• Negeri-negeri Selatan Amerika Syarikat

Kerajaan Persekutuan

• Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bergabung melaksanakan pentadbiran negara

• India • Malaysia • Amerika Syarikat • Australia

Kerajaan Pusat Kerajaan Negeri

Jenis-jenis Kerajaan Jenis-jenis Kerajaan Monarki

Autokrasi Totalitarian

Sosialis

Repulik

Ciri-ciri

Contoh

• Kuasa Penuh terletak di tangan raja • Raja sangat berkuasa dan membuat keputusan sendiri • Raja mempunyai kata putus • Tiada parti politik • Diperintah oleh individu atau badan politik • Penduduk diperintah secara dan dihukum jika tidak menurut perintah • Pemilihan pemimpin bagi mengekalkan ideologinya • Mempunyai banyak tanah jajahan • Arahan pemimpin tidak boleh ditentang • Pemimpin mempunyai kuasa mutlak • Bersifat kemasyarakatan (mengutamakan rakyat jelita terutama golongan berpendapatan rendah) • Tidak mementingkan hak perorangan tetapi milik negara • Kegiatan ekonomi terhad • Mempunyai presiden • Tiada raja yang memerintah negara • Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa • Perdana Menteri dilantik untuk mrntadbir negara

• Brunei Darussalam

Negara Komunis • Cuba • Korea Utara

• Algeria • Laos

• India • Singapura

Komunis

• Semua anggota masyarakat adalah sama daripada aspek sosial • Tiada percaya akan kewujudan Tuhan • Menghalalkan kekerasan untuk mencapai tujuan • Ekonomi dimiliknegarakan untuk kepentingan bersama Demokrasi • Pemimpin dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya Berparlimen • Setiap rakyat mempunyai persamaan hak • Menegakkan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat • Raja ialah ketua negara • Perdana Menteri ialah ketua kerajaan • Mempunyai kebebasan bersuara • Terdapat juga negara yang mempunyai ketua eksekutif yang bergelar Presiden

• Korea Utara

• Malaysia • Thailand

Pengasingan Kuasa • Merupakan ciri utama demokrasi – pengamalan doktrin pengasingan kuasa • Doktrin pengasingan kuasa dikemukakan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis yang mengutarakan pembahagian kuasa kepada tiga badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman • Ketiga-tiga badan ini hanya melaksanakan bidang kuasanya dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain. • Tujuan – untuk mengelakkan pemusatan kuasa pada sesuatu pihak tertentu sahaja

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia • Berbeza dengan doktrin asal kerana menekankan kuasa secara relatiF antara ketiga-tiga badan yang bebas Ciri-ciri saling kebergantungan (relatif) antara ketiga-tiga badan tersebut: • Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara yang berkuasa dalam badan perundangan, badan kehakiman • Perdana Menteri dan Kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli Parlimen yang terlibat dalam membuat dan menggubal undang-undang • Penguam Negara turut diberi kuasa istimewa oleh Parlimen dalam hal-ehwal pemerintahan dan perundangan • Di peringkat negeri pula, raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri menjadi ketua negeri dalam tiga badan berkenaan • Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan merupakan ahli dewan Undangan Negeri

Pembahagian Kuasa Badan Perundangan (Legislatif) • Pada peringkat persekutuan ialah Majlis Parlimen yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat • Pada peringkat negeri ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) • Berperanan untuk membuat dan menggubal undangundang

Badan Pentadbiran (Eksekutif) • Pada peringkat persekutuan ialah Kabinet (jemaah Menteri) yang melaksankan dasar kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri, kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan badan awam • Pada peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) yang melaksanakan dasar kerajaan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kementerian (di Sabah dan Sarawak) • Berperanan untuk merumuskan dan melaksasnakan dasar-dsar kerajaan

Badan Kehakiman (Judisiari) • Pada peringakat persekutuan dan negeri dibahagikan kepada Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan, Mahkamah Khas serta badan pengadilan atau tribunal • Berperanan untuk menyemak undang-undang,melaksankan keadilan, membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri serta mengistiharkan undangundang yang bercanggah dengan Perlembagaan Negeri sebagai tidak sah

Related Documents