PENULISAN ESEI PENGAJIAN AM • Fahami apa kehendak soalan. Kesilapan dalam memahami kehendak soalan menyebabkan anda memberikan idea yang tidak relevan yang menyebabkan anda kehilangan markah. • Jangan beri idea yang kurang dari 4. Jika anda hendak beri lebih masih dibenarkan tetapi yang terbaik sahaja akan diberi markah. • Lazimnya:Bentuk soalan lazimnya meminta - 2 pro + 2 kon, 4 pro ,4 kon. Lihat kata kunci seperti sejauhmanakah, bincangkan, jelaskan dan sebagainya. • Anda harus ingat bahawa penggunaan bahasa yang betul dan tepat amat penting untuk pemberian markah dari segi bahasa. Kesilapan yang berulang dari segi ejaan boleh menjejaskan markah anda. Struktur ayat yang salah juga boleh menjejaskan markah. • Pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolaholah tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan. Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1. Contoh: Universiti Putra Malaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3). Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1 bukannya 2) Perenggan 1: • Pengenalan - Beri definisi/tafsiran atau konsep berdasarkan soalan di atas. Jelaskan secara ringkas tetapi tepat dalam 30-40 patah perkataan. Jangan beri idea utama di sini kerana ia tidak akan diberi markah. Perenggan 2,3,4 dan 5 : • Idea utama, huraian dan contoh - Baris pertama haruslah ada idea utama di dalamnya. Ayat seterusnya haruslah merupakan huraian yang menjelaskan idea tadi. Beri 3-4 huraian yang bernas. Kemukakan contoh yang relevan. Berilah ayat penegasan dalam baris yang terakhir dalam perenggan tersebut. Perlu ada kesinambungan idea pertama ke idea seterusnya dengan menggunakan perkataan yang sesuai untuk memulakan perenggan anda. Perenggan 6: • Perenggan penutup - Anda membuat kesimpulan terhadap keseluruhan dan anda juga boleh memcadangkan sesuatu sekiranya ia bukanlah idea kepada soalan. Ingat 1. Pembacaan anda haruslah meluas 2. Buat latihan dengan memberi satu jangkaan kepada diri anda 3. "Time" masa anda menjawab supaya anda tidak terbabas dari masa sepatutnya kerana ia akan mengambil masa dari bahagian lain. 4. Baca semula untuk melihat sekiranya ada kesilapan.