KUWS3013 DATO’ ALIFF SYUKRI BIOGRAFI RINGKAS DAN LIMA CIRI KEUSAHAWANAN DISEDIAKAN OLEH: MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL PISMP MATEMATIK (SK) JUN 2015
Biografi Ringkas
Dato’ Aliff Syukri
• Nama sebenar beliau ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman • Dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. • Pengasas kepada produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. • Bapa kepada 3 orang anak serta suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid. • Anak kedua kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. • Mendapat gelaran Dato’ seawal usia 23 tahun.
Berwawasan
Tidak Mudah Putus Asa
Berpandangan Jauh
Berani Mengambil Risiko
Bijak Membuat Keputusan
Berwawasan Beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk
menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas serta mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua–dua pihak iaitu pengeluar
dan peniaga.
Misi Syarikat Membantu
golongan
wanita
dan
lelaki
yang
mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Di
samping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs.
Berani Mengambil Risiko • Beliau sanggup menceburi bidang yang kini banyak diterajui oleh golongan wanita. • Pada peringkat awal beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan modal tetapi beliau tetap meneruskan perniagaannya. • Beliau telah menggunakan semua wang simpanannya walaupun sedar dengan risiko muflis yang mungkin berlaku. • Beliau berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.
Bijak Membuat Keputusan • Mengembangkan perniagaan beliau dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat yang lebih strategik dan selesa selepas bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad. • Syarikat mampu meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual serta memasarkan produk D’herbs dengan lebih meluas. • Membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik. • Membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd.
Berpandangan Jauh • Beliau mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk ciptaannya sendiri dan bukan hanya bergantung kepada produk orang lain. • Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajatnya iaitu ingin membuat satu jenama produknya sendiri. • Kebanyakan peserta yang menyertai bengkel yang dianjurkan oleh beliau berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mencipta satu jenama tersendiri. • Berjaya menghasilkan satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang hangat di pasaran iaitu D’Herbs.
Tidak Mudah Putus Asa • Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sejak berusia tujuh tahun. • Bermula dengan jualan jeruk secara kecil-kecilan semasa zaman persekolahan. • Menjual produk kecantikan dan jamu dari rumah ke rumah. • Perniagaan diteruskan walaupun berasa malu kerana kadang-kadang terdapat pelanggan yang tidak mahu mendengar penjelasan beliau. • Berjaya menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
Kesimpulan Dalam hidup ini ada dua jenis orang, orang yang pandai mencari jalan dan orang yang pandai mencari alasan. Semoga anda termasuk dalam jenis orang yang pandai mencari jalan untuk meningkatkan kelas kahidupan yang lebih baik. -Dato’ Aliff Syukri-