Tugasan 1.docx

  • Uploaded by: Amir Conan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,012
  • Pages: 6
ISU, CABARAN DAN LANGKAH MENGATASI SERTA FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH Oleh:Mohammad Amiruddin Bin Ismail 1.0 Pengenalan Pendidikan Inklusif telah termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan merupakan salah satu matlamat dalam dokumen ini bagi mencapai keinginan negara untuk meletakkan pendidikan Malaysia di taraf antarabangsa (Sheila Deveraj & Samsilah Roslan, 2006). Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan dalam peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. ‘’Program Pendidikan Inklusif “ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran, 2018). Matlamat PPI pula ialah meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama (Mohd Sharani Ahmad, 2006). Namun begitu, terdapat beberapa isu dan cabaran serta faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. 2.0 Isu dan Cabaran Antara isu utama program pendidikan inklusif (PPI) ialah sikap dan pandangan negatif guru besar dan pengetua terhadap pelaksanaan program pendidikan ini di sekolah (Omardin Ashaari, 2009). Perkara ini telah menjadi cabaran kepada pelaksanaan PPI secara berkesan. Terdapat guru besar dan pengetua yang beranggapan bahawa pendidikan inklusif hanya membebankan pihak sekolah dan tidak membantu dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah (Mok Soon Sang, 2010). Perkara ini perlu diatasi segera oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana pentadbir sekolah

yang tidak menyokong atau menekankan pelaksanaan pendidikan inklusif boleh mempengaruhi kewujudan pelbagai isu lain yang berkaitan dengan kejayaan pelaksanaan pendidikan inklusif di sekolah tersebut. Sebagai contoh, struktur perkongsian maklumat yang berkaitan dengan inklusif, peruntukan sumber dan staf serta proses operasi yang menetapkan pengurusan pendidikan inklusif di sekolah tersebut. Selain itu, isu lain ialah tahap pengetahuan dan pemahaman guru tentang murid bekeperluan khas. Kajian yang dijalankan oleh Supiah Saad (2010) menunjukkan bahawa 12% daripada guru-guru prasekolah aliran perdana sahaja yang mengetahui definisi pendidikan inklusif. Hal ini telah menjadi cabaran kepada kejayaan pelaksanaan pendidikan inklusif. Isu ini berlaku disebabkan oleh guru kurang diberi latihan yang berkaitan dengan bidang pendidikan inklusif pada masa itu. Di samping itu, dan gagal menanam kesedaran terhadap kepentingan inklusif dalam diri. Justeru, walaupun sesorang guru mempunyai sikap yang positif terhadap kehadiran murid berkeperluan khas di dalam kelas biasa, namun jika tidak ada latihan atau kemahiran dalam memenuhi keperluan akademik, sosial dan emosi murid dalam kelas inklusif, maka sukar untuk kita melihat kejayaan dalam PPI. 3.0 Faktor Kritikal Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah ialah perkhidmatan sokongan. Khidmat sokongan dalam PPI ialah perkhidmatan yang diperluas kepada guru pendidikan khas, guru aliran perdana, ibu bapa, murid-murid aliran perdana dan agensi-agensi lain yang berkaitan supaya golongan ini diberikan sokongan dan kemahiran bagi memenuhi pelbagai keperluan untuk membantu murid berkeperluan khas secara optimum (Murnie Bte Hassan, 2013). Keperluan ini termasuklah perkhidmatan sokongan dari segi peralatan dan prasarana. Penyediaan keperluan peralatan khusus contohnya mesin braille dan kanta pembesar amat membantu dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan. Selain itu, sistem Augmentative and alternative Communication (ACC) yang direka khas untuk individu yang kurang upaya fizikal untuk bertutur dan menulis supaya dapat berkomunikasi secara berkesan dengan menggunakan ACC. Perkhidmatan sokongan yang dapat membantu dalam menyediakan

keperluan peralatan lain seperti alat bantu pendengaran yang bersesuaian dengan keperluan murid-murid bermasalah pendengaran dan kerusi roda untuk kegunaan muridmurid kurang upaya fizikal juga merupakan antara perlatan yang dapat menyumbang ke arah kejayaan program pendidikan inklusif. 4.0 Cadangan Mengatasi Cabaran Antara cadangan untuk mengatasi isu yang pertama iaitu sikap dan pandangan negatif guru besar dan pengetua terhadap pelaksanaan program pendidikan ini di sekolah ialah satu program atau kursus perlu diadakan oleh kementerian pendidikan Malaysia kepada semua guru besar dan pengetua bagi menjelaskan tentang konsep dan kepentingan pendidikan inklusif. Hal ini kerana kebanyakan guru besar dan pengetua yang mempunyai pandangan negatif ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang kepentingan PPI kepada murid berkeperluan khas (MBK). Pendedahan kepentingan PPI kepada guru besar dan pengetua mungkin akan mengubah pandangan negatif terhadap PPI kepada pandangan positif seterusnya dapat mempengaruhi usaha yang diambil oleh warga sekolah dan dapat mewujudkan satu budaya sekolah yang menyokong amalan inklusif. Selain itu, cadangan bagi mengatasi cabaran yang kedua iaitu tahap pengetahuan dan pemahaman guru tentang murid bekeperluan khas ialah subjek pendidikan inklusif perlu dimasukkan dalam kurikulum guru pelatih. Langkah ini harus dilakukan supaya bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah selepas tamat pengajian mempunyai pengetahuan dan pendedahan awal tentang program pendidikan inklusif. Langkah ini juga akan membantu guru pelatih untuk mengawal murid berkeperluan khas apabila sudah dilantik sebagai cikgu nanti. Di samping itu, guru-guru veteran juga perlu diberikan kursus tentang program pendidikan inklusif dan kursus ini berfokuskan tentang bahan bantu mengajar yang sesuai untuk MBK dan kaedah untuk mengawal MBK semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Langkah-langkah ini amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif.

5.0 Kesimpulan Sudah terang lagi bersuluh, banyak isu dan cabaran yang timbul semenjak Program Pendidikan Inklusif (PPI) dilaksanakan di negara kita. Isu-isu tersebut kebanyakannya berpunca daripada badan pelaksana iaitu pihak pentadbir dan guru. Oleh itu, isu-isu sebegini perlu diatasi segera supaya PPI dapat dilasanakan dengan lebih lancar dan berkesan di seluruh negara kita.

RUJUKAN Lee Keok Cheong & Sailajah Nair Sukumaran (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Percetakan Jiwabaru Sdn.Bhd. Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-Kanak Susah belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Murnie Bte Hassan. (2013). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Omardin Ashaari. (2009). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sheila Deveraj & Samsilah Roslan. (2006). Apa itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu Bapa, Guru dan Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

TUGASAN 1 Berdasarkan kefahaman anda tentang konsep dan matlamat Program Pendidikan Inklusif, huraikan isu dan cabaran serta faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah. Beri cadangan bagaimana anda dapat mengatasi cabara-cabaran tersebut.

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Modifikasi.pptx
December 2019 13
Tugasan 5.docx
December 2019 19
Tugasan 4.docx
December 2019 7
Tugasan 1 Temubual.docx
December 2019 5
Tugasan 1.docx
December 2019 9