Tugasan 4.docx

  • Uploaded by: Amir Conan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 4.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,278
  • Pages: 7
TUGASAN 4: PROJEK PERNIAGAAN (INDIVIDU) 1.0 PENGENALAN Dalam tugasan ini, saya telah memilih perusahaan perniagaan Cendol Mami yang sangat terkenal di Kuching, Sarawak. Perusahaan ini terletak di batu 2 Jalan Matang, Kuching. Cendol Mami merupakan resepi turun temurun daripada nenek moyang. Pengusaha Cendol Mami merupakan anak jati Sarawak iaitu Farah Umirah Binti Ariffin. Perusahaan tersebut menjual pelbagai jenis pencuci mulut yang berasaskan cendol. Cendol yang dihasilkan merupakan buatan mereka sendiri. Pelbagai jenis menu cendol yang menjadi kegemaran pelanggan mereka. Antaranya ialah cendol biasa, cendol jagung, cendol durian dan cendol pulut. Selain daripada cendol, terdapat juga menu-menu sampingan lain seperti mee belacan, kueh tiaw, dan popia sengkuang. Pada mulanya, Cendol Mami diusahakan secara kecil-kecilan. Dengan adanya media sosial seperti ‘facebook’, perusahaan ini semakin dikenali ramai. Kini perusahaan ini bukan sahaja dikenali dalam kalangan penduduk tempatan malah menjadi satu daya tarikan pelancongan. 2.0 PERSEKITARAN PERNIAGAAN YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PERNIAGAAN 2.1 EKONOMI Persekitaran ekonomi tempatan yang stabil menyebabkan perniagaan berjalan dengan lancar dan meningkat (Ab. Aziz Yusof, 2015). Cendol Mami ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Gita dan bertempat di kawasan kedai ‘bundle’ yang terkenal sekitar 90an dahulu iaitu mahrup (panggilan orang Kuching). Selain itu juga, lokasi Cendol Mami ini terletak tidak jauh dari Pasar Minggu Satok, Kubah Ria. Pelanggan-pelanggan yang pergi ke Pasar Minggu tersebut kebiasaannya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di Cendol Mami. Disebabkan itu, tidak hairanlah jika Cendol Mami sentiasa dipenuhi dengan pelanggan sehingga ada pelanggan yang sanggup beratur di luar kedai bagi mendapatkan tempat duduk di kedai tersebut. 2.2 FIZIKAL Kemudahan fizikal yang terdapat di persekitaran Cendol Mami amat memuaskan. Terdapat jalan raya yang berturap yang akan memudahkan perjalanan para pelanggan untuk singgah di Cendol Mami. Di samping itu, walaupun Cendol Mami terletak di tepi jalan namun para pelanggan tidak menghadapi masalah untuk meletak kenderaan kerana ruang tempat letak kenderaan sudahpun tersedia di kawasan luar Masjid Gita. 1

Kemudahan komunikasi yang baik dalam satu perniagaan akan memudahkan urusan perniagaan dan berhubung dengan pelanggan (Wan Sabri, 2011). Apabila pelanggan ingin membuat tempahan, mereka boleh menelefon atau menghantar mesej pada talian khas Cendol Mami ataupun melalui laman “Facebook”. Dengan kemudahan fizikal yang tersedia ini, pelanggan mula menunjukkan kesetiaan mereka kepada Cendol Mami. 3.0 FUNGSI PENGURUSAN DAN KESAN KEPADA POTENSI PERNIAGAAN 3.1 PERANCANGAN Pengurus Cendol Mami menentukan matlamat yang ingin dicapai seperti mendapatkan pulangan modal setelah satu tahun berniaga dan menentukan tindakan yang perlu diambil untuk mencapai matlamat organisasi seperti menjual cendol yang pelbagai jenis dan mengutamakan kebersihan bagi memastikan pelanggan setia dengan Cendol Mami. Pengurus Cendol Mami membuat perancangan untuk mewujudkan arah tuju bagi memastikan beliau tahu apa sebenarnya yang ingin dilakukannya dan tahu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara yang telah diputuskan. Apabila seseorang pengurus tahu arah tujuannya, maka perniagaan akan berjalan lancar seperti yang dirancang dan perniagaan akan meningkat (Muhammad Yunus, 2010). 3.2 PENGORGANISASIAN Pengurus menyusun dan mengagihkan sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan supaya matlamat Cendol Mami tercapai. Pengurus mengupah lima orang pekerja untuk bekerja di Cendol Mami. Seorang pekerja diberikan tugas untuk menjadi penjaga kaunter atau ‘cashier’. Selain itu, seorang pekerja ditugaskan untuk menguruskan panggilan-panggilan telefon yang diterima daripada pelanggan serta mencatat mesejmesej pelanggan yang menyatakan pendapat atau cadangan mereka di “Facebook” manakala tiga orang pekerja lagi ditugaskan untuk mengambil pesanan pelanggan di meja makan dan memastikan kesemua pesanan telah dihantar kepada pelanggan. Pengorganisasian yang dilakukan oleh Pengurus Cendol Mami dapat membantunya melaksanakan apa yang telah diputuskan dalam perancangan dan dapat mengelakan kerja daripada bertindih-tindih. Pengorganisasian yang mantap akan membantu perniagaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja akan berkualiti dan perniagaan akan meningkat (Moha Asri, 2010).

2

3.3 KEPIMPINAN Pengurus Cendol Mami cuba mempengaruhi gelagat pekerja dengan melaksanakan tugasnya sebagai pengurus dengan cekap dan berkesan. Lima orang pekerja Cendol Mami menerima arahan daripada pengurus dengan baik bermaksud, kepimpinannya diterima. Pengurus harus menunjukkan pelbagai bentuk kuasa untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya (Norfadhilah Nasharudin, 2010). Pengurus Cendol Mami sentiasa memberi gaji pada masa yang tepat seperti dalam kontrak kepada pekerjanya. Oleh itu, pekerja-pekerja Cendol Mami sangat berdisiplin semasa bekerja dan mereka melaksanakan kerja mereka dengan baik. Menurut Wan Sabri (2011), disiplin merupakan kunci utama sebuah kejayaan. Oleh itu, pelanggan suka untuk singgah di Cendol Mami kerana layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerjanya sangat baik. Maka, perniagaan Cendol Mami juga meningkat. 4.0 BANTUAN DAN SOKONGAN 4.1 INSTITUSI KEWANGAN Pengurus Cendol Mami menerima bantuan khidmat nasihat dari institusi kewangan yang menawarkan bantuan khidmat nasihat pengurusan wang. Dengan nasihat-nasihat yang beliau dapat daripada institusi kewangan tersebut, kewangan Cendol Mami dapat diurus dengan baik tanpa sebarang masalah. Selain itu, segala kos pengurusan juga dapat dikurangkan dan keuntungan dapat ditingkatkan. 4.2 KURSUS Pengurus Cendol Mami juga memberikan peluang kepada salah seorang pekerjanya untuk menyertai kursus menguruskan pelanggan secara “online”. Kini, pekerja tersebut mampu berkomunikasi dengan pelanggan dan dapat memberi tindak balas atau “feedback” yang sesuai jika mereka memberi cadangan ataupun rungutan dalam telefon ataupun melalui “Facebook” rasmi Cendol Mami. Oleh itu, para pelanggan akan berpuas hati dan mereka akan mejadi pelanggan setia di Cendol Mami. 5.0 AMALAN ETIKA DAN KESANNYA KEPADA DAYA SAING PERNIAGAAN 5.1 PESAING Cendol Mami menawarkan harga cendol dan menu lain yang paling berpatutan iaitu tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Oleh itu, apabila pesaing cuba untuk masuk dalam 3

persekitaran perniagaan Cendol Mami, berkemungkinan bahawa mereka akan mendapat untung yang kurang daripada untung yang diperolehi oleh Cendol Mami. Sebagai contoh, Cendol Mami meletakkan Rm 4.50 bagi harga cendol biasa. Jadi, pesaing terpaksa meletakkan harga yang lebih rendah bagi cendol biasa untuk memastikan kedai mereka mendapat tumpuan yang lebih. Oleh itu, keuntungan mereka akan berkurang. Cendol Mami juga akan mengamalkan persaingan sihat jika wujudnya pesaing dengan menjual cendol dan menu makanan yang enak serta mengamalkan nilai moral yang baik seperti tidak mencemarkan nama pesaing. Oleh itu, daya saing perniagaan akan menjadi lebih tinggi dan kedua-dua perniagaan akan mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti makanan yang mereka jual. 5.2 PELANGGAN Cendol Mami menyesuaikan cendol yang dihasilkan dengan perubahan cita rasa pengguna. Cendol Mami juga sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan cendol dan makanan-makanan lain bersih serta halal. Kebersihan di Cendol Mami amat dititikberatkan. Selain itu, sikap terbuka yang diamalkan oleh pengurus dan pekerja-pekerja Cendol Mami amat menyenangkan pelanggan. Mereka sentiasa menerima nasihat dan pandangan daripada pelanggan dengan hati yang terbuka. Menurut Zafir Mohd Makhbul (2016), pelanggan adalah keutamaan. Dengan itu, pengguna akan sangat setia dengan Cendol Mami dan kemungkinan untuk mereka berurusniaga dengan pesaing ialah amat tipis. Oleh itu, persaingan menjadi rendah dan pelanggan setia membeli makanan di Cendol Mami. 6.0 PENUTUP Kesimpulannya, Pengurus Cendol Mami amat peka terhadap persekitaran perniagaannya dan beliau mencuba dengan sedaya upaya untuk sentiasa meningkatkan kualiti cendol dan makanan yang dijualnya serta mutu perkhidmatan pekerjanya untuk memastikan kesetiaan pelanggan yang menentukan untung rugi perniagaannya. Sudah terang lagi bersuluh, pengurusan yang mantap, bijak mengambil peluang dan amalan etika yang baik amat mempengaruhi potensi perniagaan sesebuah kedai ataupun syarikat.

4

RUJUKAN Ab. Aziz Yusof (2015). Usahawan Dan Pengukuhan Jaringan Rakan Niaga. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Moha Asri (2010). Industri Kecil di Malaysia: Kejayaan dan Masa Depan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Muhammad Yunus. (2010). Buidling Social Business. New York: Public Affairs. Norfadhilah Nasharudin (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan Dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia, Bil. 35, 11-17. Wan Sabri (2011). “Model Usahawan Yang Berjaya dan Beretika”, Jurnal Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Wan Sabri, (2011). Nilai dan Etika Islam Dalam Perniagaan: Amalan dan Tanggapan Masyarakat Malaysia, Desertasi yang tidak diterbitkan – Universiti Malaya Kuala Lumpur. Zafir Mohd Makhbul (2016). Menjadi Usahawan. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

5

LAMPIRAN

6

Rajah 1: Suasana di Kedai Cendol Mami

Rajah 2: Harga Cendol dan Makanan

Rajah 3: Jenis-jenis cendol di Kedai Cendol Mami

7

Related Documents

Tugasan%20pdpp.docx
November 2019 18
Tugasan Ma
May 2020 17
Tugasan 2
June 2020 19
Tugasan 1
October 2019 38
Tugasan 1
May 2020 19
Tugasan Vb
May 2020 27

More Documents from ""

Modifikasi.pptx
December 2019 13
Tugasan 5.docx
December 2019 19
Tugasan 4.docx
December 2019 7
Tugasan 1 Temubual.docx
December 2019 5
Tugasan 1.docx
December 2019 9