KERAJAAN NEGERINEGERI MELAYU KERAJAAN MELAYU YANG TUA: KEDAH
Negeri kedah • Bukti sejarah menunjukkan Kedah sebagai negeri tertua di negara ini. Ia telah berkembang seawal-awalnya abad ke-13, dan bersama-sama dengan Patani diidamidamkan oleh Siam. Ia juga sebuah pusat Islam dan sebuah pelabuhan dakwah bagi pedagang Arab dan Parsi. • Dato Sir Roland Braddell menyatakan dalam tulisannya yang terkenal, "Most Ancient Kedah" bahawa Kedah mempunyai dakwaan yang betul dan tidak boleh dicabar yang ia merupakan negeri tertua dalam Persekutuan Malaya (sekarang Malaysia). Ini akan memerlukan sebuah buku untuk membincangkan dengan lengkap semua bukti atas dakwaan ini.
• Kedah di sepanjang abad ke-13 adalah sebuah negeri yang berdaulat dan mempunyai pelabuhannya yang terkenal di Sungai Bujang. Ahli-ahli sejarah tidak dapat mengesan dalam satu cara yang memuaskan tentang sejarah Kedah dan hubungannya dengan jiran-jirannya yakni Siam (sekarang Thailand) dan Patani (bekas Kesultanan Melayu Patani: pada tahun 1791 Patani ditakluki