Monopoli Persuratkhabaran Cina Di Malaysia

  • Uploaded by: chinese stream
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Monopoli Persuratkhabaran Cina Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 4,224
  • Pages: 26
1 Pengenalan 1.1 Latar belakang Surat khabar Cina di Malaysia Sejak kedatangan kaum Cina dari China ke Malaysia, persuratkhabaran Cina telah diterbitkan demi keperluan kaum Cina untuk megetahui segala informasi dan ilmu pengetahuan terbaru di negara kita. Pada tahun 1815, surat khabar Cina pertama telah diterbitkan di Malaysia, iaitu “Cha Shi Su Mei Yue Tong Ji Zhuan” ( 察 世 俗 每 月 统 记 传 ) yang berkaitan dengan keagamaan kaum Cina. Pada tahun 1880 hingga tahun 1919, surat khabar seperti “Guang Hua Daily” ( 光 华 日 报

) yang mengutamakan unsur-unsur politik telah

diterbitkan. Pada tahun 1920 hingga tahun 1941, surat khabar Cina telah berubah titik pengutamaan

daripada

unsur-unsur

politik

kepada

unsur-unsur

perniagaan.

Walaubagaimanapun, negara kita telah berlaku peristiwa penentangan Jepun pada tahun 1942 dan seterusnya rakyat-rakyat Malaysia berusaha untuk mencapai kemerdekaan. Sejak itu, kaum Cina baru menganggap Malaysia sebagai tanah air dan memperjuangkan bersama-sama dengan kaum lain untuk mencapai kermerdekaan Malaysia. Pada peringkat perjuangan kemerdekaan Malaysia, surat khabar Cina telah berubah daripada cara pentadbiran, isi kandungan, fungsi, objektif, kemudahan modal dan pengurus niaga penerbitan surat khabar Cina. Ini telah menunjukkan surat khabar Malaysia telah mangalami revolusi yang hebat sepanjang 180 tahun itu. Surat khabar Cina

memainkan

peranan

media

yang

penting

misalnya

berperanan

untuk

menyampaikan informasi, meluahkan isi hati rakyat kaum Cina kepada kerajaan, mengemukakan pandangan rakyat, menyokongkan kesusateraan MaHua ( 马 华 ), 1

memperkembangkan pembinaan tempatan, serta memberi banyak bantuan pada masa itu. Selepas kemerdekaan Malaysia tercapai, penerbitan surat khabar Cina telah dibahagikan kepada surat khabar Malaysia dan surat khabar Singapura. Surat khabar yang berasal dari Singapura seperti “Nanyang Press” ( 南洋商报 ), “Sinchew Daily” ( 星 洲日报), dan “Sinming Daily” ( 新明日报 ) telah menjadi surat khabar yang diterbitkan di Malaysia. Pada masa itu, surat khabar Cina digunakan untuk menyampaikan polisipolisi dan matlamat kerajaan kepada rakyat, dan juga menyampaikan pandangan dan cadangan rakyat kepada kerajaan.

Selain itu, surat khabar Cina juga memainkan

peranan yang penting dan istimewa dalam bidang sukan, ekonomi, budaya dan hiburan. Peningkatan tahap akademik rakyat kaum Cina menjadikan mereka memerlukan lebih banyak informasi dan mementingkan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Jadi, bilangan pembaca surat khabar Cina telah bertambah dari semasa ke semasa.

1.2 Monopoli Suratkhabar Cina Gejala monopoli surat khabar Cina iaitu monopoli organisasi “Nanyang Press” telah mengalami dua peringkat. Peringkat pertama adalah pengambilalihannya oleh Malaysia Chinese Assosiation (MCA) manakala peringkat kedua pula diambil alih oleh organisasi media Sinchew.

2

Peringkat pertama berlaku pada 28 Mei 2001, MCA telah membeli saham Nanyang Press sebanyak 42% yang bernilai 2.3 juta ringgit melalui Huaren Holdings Sdn Bhd tanpa menghiraukan bantahan daripada komuniti Cina. Hal ini menyebabkan MCA menjadi pemegang saham Nanyang Press yang terbesar. Faktor utama pembaca akhbar Cina membantah keras terhadap persatuan MCA bercampur tangan dalam Nanyang Press adalah akhbar Cina yang merupakan salah satu tunjang utama untuk mengekalkan dan mewariskan kebudayaan bangsa Cina sejak kemerdekaan. Pembantah mengadakan aktiviti “bantahan pembelian akhbar Cina 528” di mana aktiviti tersebut pula disokong oleh sebanyak 240 buah komuniti Cina.

Di samping itu,

organisasi swasta, pemegang saham Nanyang Press dan pembangkang lain telah menulis sepucuk surat kepada pengerusi Huaren Holdings Sdn Bhd, Encik Kuok Ling Chan agar beliau dapat mempertimbangkan kebajikan dan kepentingan kebebasan media supaya tidak menjualkan saham Nanyang Press kepada parti-parti politik lain. Peringkat kedua pula berlaku pada 17 Oktober 2006, Tan Sri Tiong Hiew King telah membeli saham Nanyang Press melalui syarikat Ezywood Options sebanyak 21.02%. Beliau telah menjadi pemegang saham terbesar bagi Nanyang Press iaitu sebanyak 40% daripadanya.

Beliau digelar sebagai “Chinese Media King” kerana

beliau telah memonopoli empat buah akhbar Cina terbesar di Malaysia.

Suatu

perjanjian antara Organisasi Media Sinchew Malaysia dan Organisasi MingBao Hong Kong yang diwakili oleh Tan Sri Tiong Hiew King dengan Organisasi Nanyang Malaysia telah wujud pada 23 April. Beliau menyatakan bahawa media Cina perlu menuju ke arah internasional untuk menghadapi cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat yang pesat.

Akhirnya, tiga organisasi iaitu Organisasi Media Sinchew, 3

Organisasi MingBao Hong Kong dan Organisasi Nanyang Malaysia telah disatukan melalui perjanjian tersebut. Encik Liew Jian Quan sabagai pengurus Organisasi Media Sinchew menyatakan akhbar-akhbar tersebut mempunyai cara penerbitan dan keunikan masing-masing walaupun ketiga-tiga organisasi akhbar telah disatukan yang juga sebagai suatu simbol penyatuan keusahawanan. Selain itu, Encik Leong Qi Siang sebagai Pengerusi Organisasi Nanyang Press menyatakan bahawa penyatuan itu dapat mengurangkan modal pengeluaran Nanyang Press serta memulihkan kerugian yang dialami oleh Nanyang Press. Pada tahun 2006, “Writer Alliance for Media Independence (WAMI)”, Persatuan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Du Li Xin Wen Zhong Xin (独立新闻中心)(CIJ) telah mengemukakan bantahan mereka terhadap monopoli surat khabar Cina tetapi aktiviti itu hanya diceburi oleh 47 komuniti Cina. Encik Zhuang Di Peng berpendapat bahawa akhbar Cina di Malaysia hanya pada tahap oligopoli, bukan monopoli sepenuhnya pada Du Li Mei Ti Zai Xian (独立媒体在线). Dua organisasi akhbar yang besar takat ini telah beransur-ansur untuk melangkah dari tahap oligopoli kepada monopoli tetapi sekarang masih pada peringkat mengharungi.

4

2

Reaksi dan tindakan Masyarakat Cina

Masyarakat Cina di Malaysia telah menentangkan gejala monopoli akhbar Cina dan pemilikannya oleh parti-parti politik secara besar-besaran. Reaksi dan tindakan yang diambil oleh masyarakat Cina untuk membantahkannya dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat pertama dan peringkat kedua.

2.1 Peringkat Pertama Pada

28hb

Mei

2001,

MCA

telah

mengemukakan

keputusannya

untuk

mengambilalih Nanyang Press melalui syarikat pelaburannya, Huaren Holdings Sdn. Bhd.

Tindakan tersebut telah mendatangkan penentangan yang hangat daripada

masyarakat Cina kerana mereka berpendapat bahawa pengambilalihan akhbar tersebut telah membahayakan kepentingan masyarakat Cina. Mereka mengambil langkah seperti aktiviti “Reben Kuning” untuk menentangkan perbuatan MCA untuk memiliki akhbar Cina. Aktiviti ini dijalankan oleh masyarakat Cina dengan beberapa pernyataan, iaitu membantahkan pengambilalihan Nanyang Press dan China Press oleh MCA, menyerukan pemimpin-pemimpin MCA agar menentang pemilikan akhbar Cina oleh MCA, memproteskan untuk membeli akhbar dan majalah Nanyang, MCA tidak patut mengabaikan kemahuan masyarakat Cina dalam masalah tersebut, perasaan kesal terhadap “Sinchew Daily” dengan perbuatan mereka yang tidak melaporkan pandangan dan perasaan masyarakat Cina kepada perkara tersebut.

5

Tindakan tersebut turut disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti Huatuan, penulis-penulis, mahasiswa-mahasiswi dan sebagainya. Mereka yang menyertai aktiviti “Reben Kuning” telah mengikat reben kuning sebagai tanda memperjuangkan kebebasan media dan menentangkan pemilikan akhbar Cina oleh parti politik. Tambahan pula, sebanyak 90 orang penulis telah mengambil keputusan untuk menghentikan pembekalan artikel-artikel kepada keempat-empat akhbar Cina iaitu “Nanyang Press”, “Sinchew Daily”, “China Press” dan “Guangming Daily” sebagai pembantahan terhadapnya.

2.2 Peringkat Kedua Pada 17hb Oktober 2006, MCA telah bersetuju untuk menjualkan saham Nanyang Press kepada pemilik akhbar “Sinchew Daily”, Tan Sri Tiong Hiew King. Urus niaga tersebut telah memberi peluang kepada Tiong Hiew King untuk menjadi pemegang saham terbesar Nanyang Press, iaitu 44.76 peratus daripadanya.

Secara tidak

langsung, ini telah menjayakan beliau sebagai pemilik akhbar Cina terpengaruh di Malaysia. Lain kata, monopoli akhbar Cina telah berlaku di negara kita. Gejala monopoli tersebut telah mencetuskan ketidakpuashatian masyarakat Cina dan pelbagai tindakan turut diambil oleh mereka untuk menghalangkannya. Kebanyakan pembaca akhbar Cina telah berkumpul di depan pejabat Nanyang Press pada 3hb November 2006 pukul 7 malam, begitu juga di Pulau Pinang dan Johor Bahru untuk menentangkan monopoli akhbar oleh Tiong Hiew King. 6

Mereka telah

memakaikan penutup mulut untuk menjalankan pembantahan secara sunyi, maksud di sebelahnya yang disuarakan oleh mereka adalah kebebasan bersuara rakyat-rakyat akan menghilang akibat daripada monopoli persuratkhabaran. Slogan seperti “Keadilan ada keadilan, monopoli tiada alasan” dan “media menjadi satu, kebebasan rakyat tidak hilang” telah disyorkan melalui aktiviti tersebut. Baju-T yang dicetak dengan logo pembantahan monopoli akhbar telah dipakai oleh mereka yang menyertai aktiviti tersebut. Di samping itu, seorang pemuda dari Johor Bahru telah menyunting sebuah lagu bertajuk “Hong Hua Yu” ( 红 花 雨 ) yang digunakan untuk membantahkan Presiden Taiwan, Chen Shui Bian pada masa itu kepada lagu pembantahan monopoli persuratkhabaran “Reben Kunig” ( 黄 丝 带 ) .

Lagu tersebut bolehlah dikatakan

menandakan suara penentangan monopoli akhbar dari lapisan masyarakat Cina di Malaysia. Tambahan pula, jurnal-jurnal dan buku-buku diterbitkan dan blog seperti “Antimonopoly.blogspot.com” telah ditubuhkan untuk mengemukakan pendapat dan tentangan terhadap monopoli media. Walaubagaimanapun, aktiviti penentangan tersebut tidak begitu marak berbanding dengan aktiviti penentangan pada tahun 2001. Menurut pendapat Encik Huang Jin Fa, hal ini demikian disebabkan pandangan dan reaksi dari masyarakat Cina telah jauh berbeza berbanding dengan tahun 2001. Terdapat tiga jenis orang yang berpandangan lain dalam gejala monopoli tersebut. Yang pertama sekali adalah mereka yang berasa kecewa kerana menunduk kepada takdir dan berpandangan bahawa pembantahan 7

tidak membawa sebarang perubahan dalam gejala tersebut.

Keduanya adalah

golongan yang benci akan orang yang berkuasa, malah mereka tidak berani untuk menyuarakan isi hati mereka dan terpaksa menerima hakikat monopoli akhbar. Akhir sekali adalah mereka yang berusaha untuk menentang gejala tersebut dengan meluahkan ketidakpuashatian mereka menggubal undang-undang.

melalui cara seperti mendesak kerajaan

Perasaan dan reaksi yang berlainan mengakibatkan

aktiviti penentangan secara tidak menyeluruh. Selain itu, Encik Chen Ya Cai dan Encik Zheng Yun Cheng juga berpendapat bahawa komuniti Cina telah menghadapi tekanan dalam mengendalikan perkara tersebut. Mereka bimbang akan mengalami kerugian jika meneruskan pembantahan kerana Tan Sri Tiong Hiew King yang memonopolikan akhbar Cina memainkan peranan penting dalam perkembangan masyarakat Cina.

Kekuasaan komuniti Cina dapat

dikekalkan melalui media Cina yang berpengaruh. Mereka juga berpandangan bahawa kesuntukan masa merupakan salah satu faktor kekurangan respon daripada masyarakat Cina terhadap aktiviti penentangan monopoli akhbar. Bermula dari tahun 2002, masyarakat Cina telah menetapkan 28 Mei sebagai hari pengenangan monopoli akhbar Cina. Pada masa kini, ramai penulis masih menolak membekalkan hasil karya mereka kepada akhbar Cina yang dimiliki oleh Tan Sri Tiong Hiew King.

3 Faktor-faktor pembantahan gejala monopoli akhbar Cina 8

Menjelang zaman kini, gejala monopoli media telah berlaku di seluruh dunia. Syarikat-syarikat yang berpengaruh bertindak monopoli dalam bidang-bidang tertentu demi kepentingan sendiri. Di Malaysia, pemilik koperasi akhbar “Sinchew Daily”, Tan Sri Tiong Hiew King telah memonopolikan industri persuratkhabaran Cina pada tahun 2006.

Gejala

monopoli tersebut telah menimbulkan perasaan ketidakpuashatian masyarakat Cina, ini disebabkan beberapa faktor berikut: a. Kebebasan media tersekat b. Hak-hak rakyat terlucut

c. Hak-hak pekerja media terlucut d. Persaingan antara pemasaran surat khabar yang kurang adil

a. Kebebasan media tersekat Faktor perdana yang menimbulkan pembantahan daripada masyarakat Cina untuk menentang monopoli persuratkhabaran Cina adalah kebebasan media akan tersekat. Menurut artikel yang dituliskan oleh Liew Chin Tong ( 刘 敬 文 ) dalam “Bao Shang” telah menyatakan bahawa masyarakat Cina bimbang akan qualiti berita akan menurun dan seterusnya kebebasan untuk bercakap tersekat sekiranya monopoli persuratkhabaran berlaku. Beliau juga mengitikberatkan kesan buruknya 9

melalui pengajian dua orang sarjana Jerman yang mengkritikkan perlakuan Hitler terhadap rakyatnya di mana media telah menguasai akal pemikiran masyarakat. Ini telah menunjukkan sekatan kebebasan media akan membawa kesan buruk iaitu

akal

pemikiran

masyarakat

terpengaruh.

Keadaan

ini

memang

membimbangkan masyarakat Cina di Malaysia yang sentiasa menuntut kebebasan dari segi media dan akal pemikiran. Oleh demikian, masyarakat Cina telah berusaha untuk membantahkan monopoli persuratkhabaran di negara kita agar kebebasan media dapat terpelihara.

b. Hak-hak rakyat terlucut

Kelucutan hak-hak rakyat menjadi penyumbang kepada pembantahan monopoli persuratkhabaran di negara kita. Rakyat di negara kita berhak untuk memilih dan mengetahui segala maklumat dan ilmu pengetahuan di batasannya. Kegiatan monopoli persuratkhabaran telah memberi kesan di mana rakyat tidak berpeluang untuk memilih jenis surat khabar, jenis maklumat dan pengetahuan yang mereka hendaki. Menurut artikel yang ditulis oleh Zhuang Di Peng(庄迪澎) dalam “Bao Shang” telah menjelaskan bahawa keadaan yang mungkin terjadi pada bidang media setelah monopoli persuratkhabaran.

Beliau menyatakan bahawa monopoli

mengakibatkan koperasi media yang berlainan dikawal oleh majikan yang sama, pekerja-pekerja dalam syarikat yang berlainan terpaksa menjalankan tugas di 10

bawah arahan pengurus yang sama. Polisi-polisi koperasi media adalah sama dari pelbagai segi. Dengan itu, mesej dan maklumat yang dipaparkan pada surat khabar yang berlainan turut menjadi sama. Hal ini telah menyebabkan rakyat negara kehilangan hak dan kebebasan untuk memilih dan mendapat sumber maklumat dan pengetahuan yang berlainan dari segi isi kandungan, penggunaan bahasa, dan sebagainya. Selain itu, Ou Yang Wen Feng ( 欧 阳 文 风 ) dalam “Bao Shang” memetikkan patah kata daripada Milton C.Cummings dan David Wise bahawa kebebasan media memainkan peranan penting untuk mewujudkan masyarakat yang demokrasi dan adil, isi-isi yang dipaparkan pada surat khabar harus benar, betul dan tepat diterima oleh masyarakat.

Berdasarkan pandangan mereka, Ou Yang Wen Feng telah

membantahkan monopoli persuratkhabaran di negara kita secara hangat hati. Deduksinya, masyarakat Cina di Malaysia bertindak untuk membantahkan monopoli persuratkhabaran demi menjaga hak rakyat untuk memilih dan mendapat sumber maklumat mengikut citarasa dan keperluan mereka.

c. Hak-hak pekerja media terlucut Faktor ini saling berkaitan dengan kelucutan hak rakyat untuk memilih sumber maklumat berdasarkan keperluan mereka masing-masing. Kesatuan media akibat daripada monopoli persuratkhabaran menyebabkan pekerja-pekerja media terpaksa

11

menjalankan tugas mengikut arahan pengurus yang sama. Secara tidak langsung, kepentingan dan hak pekerja turut terjejas. Berdasarkan pendapat Zhuang Di Peng ( 庄 迪 澎 ) dalam “Bao Shang” menyatakan bahawa manfaat pekerjaan pekerja media telah dilucutkan sekiranya monopoli persuratkhabaran berlaku.

Sebagai contohnya, beliau menjelaskan

bahawa kakitangan koperasi media tertentu tidak dibenarkan untuk bekerja di koperasi media yang lain pada masa dulu. Akan tetapi, mereka akan kehilangan manfaat untuk bekerja dengan majikan lain dengan gaji yang lebih menarik setelah monopoli persuratkhabaran terjadi. Tambahan pula, peluang pekerja media untuk bekerja di suasana yang menyesuaikan juga terlucut. Mereka tidak dapat memilih untuk bekerja di koperasi media yang mempunyai polisi-polisi yang sepadan dengan akal pemikiran mereka. Oleh demikian, masyarakat Cina yang juga terdiri daripada pekerja-pekerja media telah pun membantah gejala tersebut demi menjaga kepentingannya.

d. Persaingan antara pemasaran surat khabar yang kurang adil Monopoli persuratkhabaran membawa persaingan antara pemasaran surat khabar yang kurang adil telah mencetuskan ketidakpuashatian masyarakat Cina. Mereka berpendapat bahawa monopoli persuratkhabaran oleh suatu koperasi media yang berpengaruh mendatangkan kesan buruk kepada koperasi media yang lain.

12

Berdasarkan keratan berita yang dipaparkan pada laman web “Anti media monopoly

Zhoukan”

(http://antimediamonopoly.blogspot.com/2006/11/blog-

post_1707.html) yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia telah meluahkan isi hati masyarakat Cina. Dalam berita tersebut, pensyarah dari Kolej New era, Fu Xiang Hong ( 傅 向 红 ) telah membandingkan koperasi surat khabar dari luar negara dengan koperasi tempatan, beliau menyatakan bahawa persuratkhabaran Taiwan iaitu “United Daily News” dan “Chinatimes” bersaing secara positif, mereka tidak menggunakan cara tipu helah untuk menang dalam persaingan tersebut. Sebagai contohnya, akhbar “Guangming Daily” telah ditindas oleh koperasi yang lebih berkuasa dengan cara helah. Ini

telah

menunjukkan

persuratkhabaran.

ketidakadilan

persaingan

antara

koperasi

Keadaan ini amat membimbangkan kerana penubuhuan

masyarakat yang demokrasi dan maju tercabar.

13

4 Faktor-faktor pembantahan pemilikan akhbar Cina oleh partiparti politik “Nanyang Press” telah diambilalih oleh MCA pada tahun 2001.

Hal ini telah

mendatangkan respon yang hangat daripada masyarakat Cina. Mereka membantah isu pemilikan akhbar Cina oleh parti-parti politik boleh diberikan faktor-faktor berikut: a. Kebebasan media tersekat b. Kebimbangan terhadap penerbitan akhbar Cina berhenti

a. Kebebasan media tersekat Pengambilalihan akhbar Cina oleh parti-parti politik telah mendatangkan pembantahan daripada masyarakat Cina. Mereka berpendapat bahawa parti-parti politik tidak patut campur tangan dalam kegiatan media kerana bimbang akan kebasan media tersekat. Menurut artikel yang ditulis oleh Yong Sun Yong ( 杨 善 勇 ) telah memetik pandangan Zhu Zi Cun ( 朱 自 存 ) dalam bukunya pada tahun 1994 yang menyatakan bahawa pekerja media tidak dibenarkan untuk menentang kedudukan politik dan manfaat majikan.

Sekiranya kedudukan dan manfaat tersebut

bertentangan dengan kebebasan media, maka kebebasan terakhir bagi pekerja media adalah meletakkan jawatannya.

14

Di samping itu, Zhuang Di Peng(庄迪彭)telah memberi pendapatnya bahawa akhbar Cina menpunyai ruang yang lebih luas untuk memberi pelbagai pandangan dan kritikan terhadap masyarakat berbanding dengan akhbar yang berbahasa berlainan. Pengambilalihan akhbar cina oleh parti politik secara tidak langsung telah menyekatkan kebebasan untuk bersuara. Sebagai kesannya, “Dang Bao” (akhbar berunsur kepartian/politik) telah wujud di negara kita. Ini telah membuktikan betapa serius keadaannya pengambilalihan akhbar Cina oleh parti politik.

Maka, tidak hairan kejadian tersebut menerima pembantahan

secara hebat dari kalangan masyarakat Cina.

b. Kebimbangan terhadap penerbitan akhbar Cina berhenti

Masyarakat Cina di Malaysia membimbangkan bahawa penerbitan akhbar Cina akan berhenti setelah akhbar tersebut diambilalih oleh parti politik merupakan salah satu faktor pembantahan. Berdasarkan pendapat Chen Mei Ping ( 陈 美 萍 ) dalam “Bao Shang”, beliau telah memetikkan pandangan Ye Guan Shi(叶观仕)di mana “Tong Bao” (通报) dikenali sebagai “Dang Bao” (akhbar berunsuran politik) setelah dikendalikan oleh parti politik. Pada akhirnya, disebabkan penggunaan taktik berniaga yang kurang baik serta masalah kakitangan, akhbar tersebut telah dihentikan penerbitannya pada tahun 1994 akibat daripada defisit yang serius. 15

Kebanyakan orang bimbang akan akhbar Cina seperti “Nanyang Press” juga menghadapi keadaan yang serupa dengan “Tong Bao” selepas diambilalih oleh MCA. Bagi mereka, akhbar Cina memainkan peranan penting dalam masyarakat Cina.

Ia bukan sahaja sebagai medan penyebaran maklumat, bahkan juga

berperanan untuk mengekalkan kebudayaan Cina agar dapat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Oleh itu, keberhentian penerbitan akhbar Cina secara tidak langsung telah mencabar kedudukan masyarakat Cina untuk mengekalkan kebudayaan Cina di negara kita.

5

Kesan-kesan monopoli akhbar Cina dan pemilikannya oleh partiparti politik

16

Monopoli persuratkhabaran Cina dan pemilikannya oleh parti politik telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat Cina di Malaysia.

Antaranya

adalah: a. Kebenaran dan keadilan tersembunyi b. Penyatuan akhbar Cina c. Persamaan antara penerbitan akhbar-akhbar Cina d. Kewujudan konflik, perselisihan dan persaingan antara pihak berkenaan e. Kebajikan masyarakat ditindas

f. Peranan akhbar Cina berubah

a. Kebenaran dan keadilan tersembunyi Setelah pengambilalihan akhbar Cina oleh parti politik, kebebasan akhbar Cina untuk melaporkan kebenaran berita tersekat.

Parti-parti politik menguasai dan

menyekat akhbar Cina agar melaporkan berita yang tidak membahayakan kedudukan politik mereka. Perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan masyarakat dan hak kaum Cina yang berlaku telah disembunyikan secara sengaja oleh akhbar Cina.

Sebagai contohnya, isu SJK Damansara, penyakit Libai ( 立 百 ) dan

penyekatan komuniti Cina Universiti Sains Malaysia tidak dilaporkan secara menyeluruh dan benar dalam akhbar Cina. Secara tidak langsung, kebenaran dan keadilan untuk menyuarakan perasaan masyarakat Cina telah pun tersekat. 17

Dengan itu, kita boleh melihat nasib akhbar Cina yang terserah kepada parti-parti politik mengambil kesempatan untuk menguasai akal fikiran rakyat-rakyat melalui media massa. Selain itu, kapitalis yang memonopolikan akhbar Cina telah pun mengambil peluang untuk mengawalkan hak media massa dan menikmati keuntungan yang lumayan.

b. Penyatuan akhbar Cina Setelah MCA menjual saham “Nanyang Press” kepada Tan Sri Tiong Hiew King. Penyatuan akhbar Cina telah menjadi kisah benar dalam bidang media Malaysia. Keazaman Tan Sri Tiong Hiew King untuk mewujudkan dinasti medianya bukan lagi suatu rahsia. MCA bertindak untuk menjualkan saham “Nanyang Press” kepada Tan Sri Tiong Hiew King demi mengurangkan bebanan mereka. Walaupun MCA tidak menjual kesemua sahamnya kepada Tiong Hiew King, malah ini telah mengakibatkan penyatuan akhbar Cina di Malaysia berlaku.

c. Persamaan antara penerbitan akhbar-akhbar Cina Akibat daripada penyatuan akhbar Cina di negara kita, penerbitan akhbar Cina telah mengalami persamaan waluapun media akhbar yang berlainan. Keadaan itu terjadi adalah disebabkan kuasa pengawalan dan pengurusan yang tertakluk 18

kepada satu pihak sahaja. Gaya dan bentuk penulisan, penyuntingan, pemberitaan telah menjadi sama. Seterusnya, hak pemilihan pembaca dan penaja iklan akhbar Cina turut terjejas. Bagi pembaca, mereka tidak dapat memilih media akhbar yang berlainan manakala penaja iklan hanya dapat berniaga dengan satu pihak sahaja.

Hak untuk

mengetahui maklumat dan ilmu pengetahuan yang tidak sama bagi pembaca telah hilang ketika hak penaja iklan untuk tawar-menawar juga tersekat.

d. Kewujudan konflik, perselisihan dan persaingan antara pihak berkenaan Muslihat parti politik untuk mengambilalih akhbar Cina dipercayai adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Situasi yang sama kepada Tan Sri Tiong Hiew King, kita tidak boleh menafikan bahawa beliau berniat untuk menubuhkan Dinasti medianya dengan memonopolikan akhbar-akhbar Cina. Akibat daripada monopoli persuratkhabaran dan pemilikannya oleh parti politik di bidang media Malaysia, persaingan antara media yang kurang adil telah berlaku. Konflik dan perselisihan antara pekerja media, akhbar, dan parti-parti politik turut wujud. Pada hakikatnya, suasana yang kelam-kabut telah wujud di bidang media negara kita.

e. Kebajikan masyarakat ditindas 19

Kerjasama antara parti politik dengan pedagang membawa kesan yang buruk kepada kebajian masyarakat.

Gejala penguasaan dan penindasan kebajikan

masyarakat telah berlaku. Sebagai contohnya, struktur organisasi “Nanyang Press” dan “China Press” telah berubah akibat daripada pengawalan keras dari kedua-dua pihaknya. Penyekatan kuasa dalam penerbitan akhbar boleh kita lihat dari pemindahan jawatan bekas penyunting utama “Sinchew Daily”, Encik Ang Song Jian (洪松坚) ke “Nanyang Press”. Gaya penulisan dan pelaporan akhbar “Nanyang Press” telah pun mengalami perubahan. Situasi itu berlaku sama juga pada “China Press”. Sebagai akibat daripada penguasaan penyuntingan Encik Ang Song Jian, “Nanyang Press” dan “China Press” hanya memaparkan berita-berita yang berkenaan dengan sumbangan MCA di masyarakat Cina. Gaya pelaporan demikian menyerupai “The Star” yang juga dikuasai oleh MCA dan akhirnya dikenali sebagai akhbar berunsuran politik. Menurut pendapat Encik Shen Guan Yang ( 沈 观 仰 ) dalam “Bao Shang”, beliau telah menyatakan bahawa berita tentang Dong Jiao Zong ( 董 教 总 ) dan Huatuan ( 华 团 ) telah dipingkirkan dalam kedua-dua akhbar tersebut pada masa yang sama. Dengan itu, secara tidak langsung, kebajikan masyarakat Cina telah tertindas di mana Dong Jiao Zong dan Huatuan memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebajikan masyarakat Cina di Malaysia.

20

f. Peranan akhbar Cina berubah Setelah berlakunya gejala monopoli akhbar Cina dan pemilikannya oleh partiparti politik, bidang media Malaysia telah mengalami perubahan yang besar. Peranan akhbar Cina yang berbeza telah pun berubah dari pelbagai segi. Pengawalan parti politik dapat dilihatkan melalui peranan “Nanyang Press” yang bertukar menjadi akhbar perdagangan manakala “China Press” wujud sebagai “akhbar malam”(夜报). Di samping itu, “Guangming Daily” hanya menfokuskan pada golongan pembaca yang berada di Utara Malaysia manakala “Sinchew Daily” mengambil peranan yang paling penting dalam bidang media iaitu golongan pembacanya meliputi keseluruhan negara kita. Tambahan pula, akhbar-akhbar Cina juga menjadi alat publisiti bagi parti-parti politik setelah diambilalihkan olehnya.

Sebagai kesimpulannya, monopoli persuratkhabaran Cina dan pemilikannya oleh parti politik merupakan suatu tindakan yang mengundurkan demokrasi dan kebebasan bersuara di masyarakat Cina.

Kesan-kesan yang buruk telah pun terjadi akibat

daripadanya.

21

6 Penutup Pada 9 Januari 2006, organisasi media Sinchew dan Nanyang Press talah mengadakan mesyuarat Agung. Dalam mesyuarat Agung ini, Tan Sri Tiong Hiew King menerima prosedur pergabungan dengan Mingbao. Beliau menjadi pemilik organisasi media Cina terbesar di dunia dan berjaya memonopoli akhbar Cina. Nama organisasi media tersebut bertukar kepada Syarikat Media Cina Dunia (世华媒体), harga pasaran melebihi 13 ratus juta ringgit.

22

Monopoli suratkhabar Cina menyebabkan berlaku aktiviti “Reben Kuning” dan aktiviti-aktiviti penentangan lain yang hangat untuk membantah monopoli tersebut di Malaysia.

Pembantah-pembantah menggunakan slogan “Keadilan ada keadilan,

monopoli tiada alasan”, “media menjadi satu, kebebasan rakyat tidak hilang”, memakai baju-T yang mencetakkan logo pembantahan monopoli akhbar, menyunting lagu “Hong Hua Yu” ( 红 花 雨 ) kepada lagu pembantahan monopoli persuratkhabaran “Reben Kuning” (黄丝带) untuk memaparkan perasaan mereka terhadap monopoli ini. Masyarakat Cina mengadakan penentangan yang hebat disebabkan kebebasan media akan tersekat, hak-hak rakyat dan hak-hak pekerja akan terlucut, serta persaingan antara pemasaran sura khabar menjadi kurang adil. Selain itu, mereka juga bimbang tentang kebebasan media akan tersekat dan penerbitan akhbar Cina akan berhenti jika surat khabar dimonopolikan oleh parti-parti politik. Hal ini disebabkan monopoli persuratkhabaran Cina oleh parti-parti politik di Malaysia akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada rakyat Malaysia termasuk pembaca dan pekerja media massa. Kesan-kesan negatif monopoli surat khabar Cina adalah kebenaran dan keadilan akan tersembunyi, akhbar Cina disatukan dan penerbitan akhbar-akhbar Cina menjadi sama akan mewujudkan konflik, perselisihan dan persaingan antara pihak berkenaan. Tambahan pula, kebajikan masyarakat ditindas dan peranan akhbar Cina berubah juga merupakan kesan-kesan yang tidak diharapkan oleh masyarakat Cina. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan kualiti akhbar Cina dapat dikawal dengan baik di bawah kuasa penaklukan syarikat yang sama. Sekiranya Tan Sri Tiong 23

Hiew King tidak memonopolikan akhbar Cina di negara kita, persoalan yang kita prihatinkan adalah daya persaingan akhbar Cina yang kurang kuat di negara kita berbanding dengan negara lain. Akhbar Cina tidak berupaya untuk bersaing dengan akhbar Cina di luar negara jika hanya bergantung kepada pemimpin dan cendekiawan berbangsa Cina. Tanpa modal kewangan yang mencukupi, qualiti akhbar tidak dapat dikawal secara baik dan sempurna. Sebagai kesimpulannya, monopoli akhbar Cina di negara kita telah menjadi kisah yang benar. Aktiviti penentangan yang keras dan tegas tidak mendatangkan apa jua faedah kepada semua pihak. Maka, apa yang boleh kita harapkan adalah Tiong Hiew King tidak mengabaikan kepentingan kebebasan bersuara di kalangan rakyat melalui media massa serta kebajikan pihak lain seperti pekerja media dan penaja iklan di samping tidak menjadikan akhbar Cina sebagai alat publisiti parti-parti politik.

Bibliografi

Anonymous. (2001). Liang ge shi ji de jian zheng: Ma lai xi ya hua wen bao ye 180 nian li shi. Retrieved September 9, 2008, from Zaobao.com Web site: http://www.zaobao.com/chinese/region/malaysia/pages/malaysia_chinese260 701.html

24

Chen Hui Si. (2005). Pengenalan tentang Malaysiakini dan Reben Kuning. Retrieved 28, 2008, from Merdeka Review.com Web site: http://www.merdekareview.com/news.php?n=290

Guo Shi Guang Qin. (2006). Guang ming shou da ya Xing Zhou bu gan heng hua she nan ji wang “er huang di”. Retrieved Ogos 28, 2008, from Anti media monopoly Zhoukan Web site: http://antimediamonopoly.blogspot.com/2006/11/blog-post_1707.html

Lin De Shun & Huang Jin Fa. (2001). Bao Shang. Petaling Jaya: Prometheus Enterprise.

Mat Zahari Ali. (2001, May 30). Pengambilalihan Nanyang Publications oleh MCA – Pengurusan lama termasuk Editor mula disingkir. Retrived Ogos 29, 2008, from Cyberlink Tranung Kite Web site: http://www.tranungkite.net/lama/mei/harakah227.htm

Yang Kai Bin. (2006). Zhang Xiao Qin mei ti di guo hou shi kan tan. WAMI Journal, 2, 23.

Zhang Mi. (2001). Akhbar Cina Malaysia menuju ke arah monopoli—MCA mengambil alih Nanyang Press. Retrieved September 8 , 2008, from FreeMedia Website: http://thefreemedia.com/index.php/alliance/1409

25

Zhou Ze Nan. (2006). Suo you bao ren zhi shi fen zi dou lun xian? Kong ju he tao bi bus hi wo men de wen hua. WAMI Journal, 2, 17-18.

Zhou Ze Nan. (2002). Hua wen bao ye jin ru dan yi cai tuan long duan bin he qi zi you hua gong gong hua cheng xin wen zi you yun dong jiao dian. Retrieved Ogos 31, 2008, from MalaysiaKini Web site: http://www.malaysiakini.com/news/76973

26

Related Documents


More Documents from ""