MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEYELESAIKAN PERSAMAAN LINEAR DALAM SATU ANU MENGGUNAKAN KACU DI KALANGAN PELAJAR 2 KARISMA Oleh : MAZURA BINTI TAJULLUDIN SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman ,Jalan Sawah 81500 Pekan Nanas Pontian ,Johor
ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu menggunakan kaedah KACU dikalangan pelajar 2 Karisma .Beberapa sesi pengajaran menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu menggunakan kaedah di dalam buku teks iaitu operasi songsang atau terbalik ( Inverse Operation), kaedah penyemakan (inspection method ), kaedah cuba dan pembaikan ( trial and improvement ) serta kaedah menyeimbangkan persamaan (balancing the equation) telah dijalankan kepada kumpulan sasaran ini. Namun, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, didapati pelajar amat sukar menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.Masalah ini juga dapat dikesan melalui pemerhatian melalui semakan buku latihan,tingkah laku pelajar sebelum dan selepas pengajaran dan pembelajaran serta ujian pra.Kaedah KACU telah diperkenalkan pada 17 Mei 2007 untuk membantu para pelajar 2 karisma menguasai kemahiran menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu setelah kaedah sedia ada di dalam buku teks tidak dapat dikuasai oleh pelajar.Kajian ini telah dijalankan ke atas 42 orang pelajar tingkatan 2 Karisma yang kesemuanya adalah melayu.Hasil dapatan kajian menggunakan KACU menunjukkan daripada 42 orang pelajar seramai 34 orang (85.78%) mencapai markah lulus di dalam ujian pos berbanding ujian pra seramai 25 orang ( 59.5%) sahaja..Kaedah KACU yang telah diperkenalkan ini menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan para pelajar juga menunjukkan sikap yang positif serta dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran .
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sewaktu saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam topik persamaan linear dalam satu anu di dapati bahawa para pelajar tidak memberikan perhatian sepenuhnya.Mereka tidak menunjukkan minat dengan matapelajaran matematik. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku para pelajar di dalam kelas. Dapatan ini di sokong apabila saya membuat semakan buku latihan dan ujian pra yang telah diberi kepada pelajar. Antara kesalahan yang di kesan adalah seperti mengumpulkan sebutan yang mempunyai anu yang sama akibat dari kelemahan konsep meringkaskan ungkapan algebra dan juga dari segi menambah dan menolak nombor integer. Masalah ini merupakan penyebab utama ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan persamaan linear dengan baik. 2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun saya telah mengesan banyak masalah pelajar mengenai tajuk ini , namun sebagai seorang guru saya tidak pernah berputus asa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Kaedah aliran carta dan undur ( KACU ) ini dicetuskan atas dasar pengkaji percaya setiap pelajar boleh di ajar menguasai tajuk ini menggunakan kaedah yang bersifat “ HandOn”dan berunsur permainan serta ringkas,mudah difahami dan cepat .Fokus utama kajian ini adalah
1. 2.
Supaya pelajar dapat menguasai teknik aliran carta dan undur (KACU) untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. Dengan membantu pelajar melalui kaedah ini,saya yakin para pelajar saya dapat menjawab soalan berkenaan tajuk di atas dengan baik walaupun tajuk tersebut sukar dan diharap akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam kertas Matematik sekaligus meningkatkan peratusan matematik sekolah saya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tingkatan 2 karisma dalam mata pelajaran matematik 3.2 Objektif Khusus Di akhir kajian ini di harap pelajar-pelajar akan dapat :
1
Menguasai kemahiran Kaedah Aliran Carta Dan Undur (KACU) untuk mencari nilai anu yang dikehendaki.
2
Para pelajar dapat menjawab sekurang-kurangnya 80 % betul dalam ujian pos yang diadakan.
3
Dapat meningkatkan kefahaman persamaan linear dalam satu anu.
4
Guru dapat mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan pembelajaran.
pelajar
mengenai
bagaimana
menyelesaikan
4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 42 orang pelajar tingkatan 2 karisma SMK Dato’ Mohd Yunos Sulaiman Semasa pengajaran dijalankan, pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan yang semuanya terdiri daripada pelajar melayu . 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian serta ujian pra dan ujian pos. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian . Sebelum kajian dijalankan murid kurang memberi respon kepada soalan yang diajukan. Kebiasaannya murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan disebabkan topik ini agak sukar. Pemerhatian dan tinjauan juga dijalankan ke atas buku latihan pelajar bagi mengesan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka terhadap topik ini. Item ujian pra merupakan item berbentuk subjektif. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan juga tidak membincangkan jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan kaedah (KACU) dan 28
hari selepas itu saya telah memberikan Ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. 5.1.3 Temubual Saya juga telah menjalankan temubual dengan beberapa orang pelajar sebelum dan selepas kaedah KACU ini dijalankan 5.2 5.2.1
Analisis Tinjauan Masalah Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: i.
Suasana pengajaran menjadi lebih menyeronokkan dan memberangsangkan disebabkan kaedah ini bersifat Hands On dan Minds On. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru samada secara lisan. Mereka juga berani kehadapan kelas untuk mencuba kaedah ini.
ii.
5.2.2
5.2.3
Analisis ujian pra dan Pos BIL
KEPUTUSAN
UJIAN PRA BILANGAN
UJIAN POS BILANGAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
BETUL SEMUA BETUL 14 BETUL 13 BETUL 12 BETUL 11 BETUL 10 BETUL 9 BETUL 8 BETUL 7 BETUL 6 BETUL 5 BETUL 4 BETUL 3 BETUL 2 BETUL 1 SALAH SEMUA TIDAK HADIR JUMLAH PELAJAR
1 3 3 5 9 4 10 2 3 2 1 42
1 3 3 9 6 7 4 1 3 2 42
Analisis temubual
Murid telah memberikan respons positif terhadap kaedah KACU ini berdasarkan beberapa temubual. Berikut adalah beberapa respon temubual yang telah diberikan oleh para pelajar: “ Satu pendekatan yang menarik , cepat faham dan cepat ingat sebab kaedah ini ringkas dan macam permainan……’’ “ suasana pembelajaran semakin seronok, kaedah ini tak perlu seimbangkan persamaan atau guna kaedah penggantian, belajar tak susah sangat ….’’
5.3 Tindakan yang dijalankan 1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, Saya telah membentuk 7 kumpulan pelajar kerana saya merasakan pembelajaran secara kumpulan amat baik dan dapat membina semangat kerjasama dikalangan mereka. 2. Seterusnya saya membekalkan setiap kumpulan dengan modul bercetak dan model kaedah KACU yang telah saya cipta khas untuk para pelajar.
3. Saya membimbing pelajar bagaimana menggunakan kaedah KACU yang telah direka menggunakan kad manila, disamping kad nombor, kad anu serta kad operasi di papan hitam bagi memudahkan pelajar melihat bagaimana menyelesaikan persamaan linear menggunakan satu anu dengan mudah dan pelajar melakukan kaedah KACU ini menggunakan model KACU yang telah disediakan sesuai untuk saiz pelajar .
4. Saya akan memanggil beberapa pelajar secara rawak untuk mencuba keberkesanan kaedah ini berdasarkan modul dan akan menerangkan tentang kesalahan yang dilakukan serta membetulkan kesilapan pelajar. 5. Saya mengarahkan pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menyelesaikan semua bentuk soalan dengan menggunakan kaedah kacu (rujuk latihan). 6. Seterusnya saya akan membimbing pelajar yang masih lemah dalam kemahiran kaedah KACU ini dan akan membincangkan jawapan bersama-sama dengan pelajar. 7. Murid menjalani ujian pos. Selepas ujian pos saya dan murid akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan . 5.4 Pelaksanaan tindakan dan pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 7- 8 minggu bermula daripada 23 April – 14 Jun 2007. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menyempurnakan topik 4 iaitu Linear equation. Saya telah memperuntukkan waktu kelas tambahan dan 2 waktu P& P untuk membimbing murid cara-cara mengunakan kaedah KACU ini. Selepas 28 hari murid telah menjalankan Ujian Pos dan sesi temubual telah dijalankan.Untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah KACU ini. Murid juga telah diberi masa semasa cuti sekolah untuk memahirkan diri dengan kaedah ini sebelum ujian Pos diadakan. Berdasarkan pemerhatian saya , Kaedah KACU ini berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Equation Linear. Murid juga kelihatan lebih berkeyakinan dan berlumba-lumba hendak menjawab soalan. Skor yang baik diperolehi semasa menjawab ujian Pos dan latihan di dalam buku teks. Guru pula dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran menjadikan pembelajaran tidak membosankan malahan menyeronokkan.
5.5 Refleksi kajian Pencapaian murid dalam ujian pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kaedah KACU ini tidak memerlukan proses menyeimbangkan persamaan dan penggantian seperti yang terdapat di dalam buku teks tetapi kaedah ini menjurus kepada kemahiran pelajar melukis carta aliran dan melakukan operasi songsangan sahaja . Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah KACU ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan. Masih terdapat 4 orang pelajar yang gagal dalam ujian pos kerana pada hari saya memperkenalkan kaedah KACU ini pelajar ini tidak hadir kesekolah disebabkan menghadapi masalah kesihatan . Selain daripada itu ada 2 orang pelajar tidak hadir ke sekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian Pos. Walaupun mereka tidak hadir ke sekolah, saya akan memastikan para pelajar ini dibimbing agar mereka memahami kaedah KACU ini dan bukan hanya sekadar menyalin dari rakan-rakan .Saya juga sepatutnya lebih tegas terhadap segelintir murid lelaki yang agak malas dan bersikap sambil lewa. Saya juga berasa tersentuh dan terharu di atas komitmen yang diberikan terutama pelajar-pelajar perempuan yang bersungguh-sungguh memahami kaedah ini dan saya yakin kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian mereka di dalam subjek matematik.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Oleh sebab penggunaan kaedah KACU berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik Linear Equation khasnya untuk tingkatan 2 Karisma,saya bercadang untuk menggunapakai kaedah ini untuk mengajar dikelas lain .Di samping itu kajian juga tidak tertumpu kepada satu anu sahaja tetapi untuk menyelesaikan persamaan linear dalam dua anu.Guru juga boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah KACU di dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang dan teratur. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi pengajaran guru dan pembelajaran murid. Diharapkan hasil kajian ini dapat dimanafaatkan dan menjadikan proses pengajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata: “Seseorang itu tidak harus menyerah kalah apabila berhadapan dengan masalah. Setiap masalah dan kesukaran yang dihadapi itu jika diteruskan usaha untuk menyelesaikannya, seseorang itu akan mendapat lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan ” RUJUKAN Sebastian Chan (2007). My Tutor. Kuala Lumpur: Penerbitan Pan Earth .Sdn . Bhd. H.L.Chua ( 2006) .New Vision . Kuala Lumpur : Penerbitan SNP Pan
LAMPIRAN 1 Model Kaedah KACU Lampiran 1 KAEDAH ALIRAN CARTA DAN UNDUR (KACU)
Contoh