Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

  • Uploaded by: Zulkurnain bin Abdul Rahman
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm as PDF for free.

More details

  • Words: 2,261
  • Pages: 9
MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH BERDIRI DALAM UKFM DI KALANGAN SEORANG MURID TAHUN 3 CERDIK BERBADAN BESAR MENGGUNAKAN KAEDAH “TIRU MACAM SAYA”. Oleh: SYAHIDA BINTI MI’AD Sekolah Kebangsaan Api-Api Parit 2, Kampung Api-Api 82000, Pontian Johor Darul Takzim ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh seorang murid tahun 3 Cerdik yang berbadan besar semasa melakukan Bateri Ujian Lompat Jauh Berdiri dalam UKFM. Seorang murid Tahun 3 Cerdik Sekolah Kebangsaan Api-Api, Pontian Johor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian Kecergasan Fizikal Malaysia ( UKFM ) semester pertama pada 18 Mei yang lalu mendapati murid ini hanya mendapat keputusan pencapaian tidak cergas dengan gred E untuk bateri ujian lompat jauh berdiri sedangkan ini diantara aktiviti yang agak mudah untuk dicapai dengan gred yang baik walaupun mereka berbadan besar. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah Tiru Macam Saya. Murid telah didedahkan kepada kaedah Tiru Macam Saya selama 30 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu dengan 12 kali pertemuan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang agak ketara. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid kini memahami kaedah yang betul dan tidak melakukan kesilapan lagi.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya dapati semasa murid melakukan Ujian Kecergasan Fizikal Malaysia (UKFM), terdapat seorang murid perempuan Tahun 3 Cerdik yang berbadan besar tidak dapat melakukan lompat jauh berdiri dengan kaedah yang betul . Saya perhatikan kesilapan banyak berlaku ketika murid melakukan hayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul. Jika perkara ini tidak diatasi awal ia akan berlanjutan sehingga ke tahun 4 dan dikhuatiri tidak dapat mengubah keputusan yang lebih baik UKFM yang lebih baik untuk semester yang akan datang. Justeru itu saya terpanggil untuk mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk berbincang dengan guru-guru Pendidikan Jasmani yang lain tentang masalah yang dihadapi oleh murid ini. Kebanyakan guru membuat kesimpulan yang sama, mengatakan murid ini sukar untuk mengikuti pergerakan yang diperlukan semasa melakukan lompatan berkenaan. Mungkin disebabkan faktor saiz dan berat badannya. Namun, jika menggunakan teknik yang betul, saiz dan berat badan bukanlah penghalang untuk mendapatkan gred yang baik dalam bateri ujian lompat jauh berdiri. Kini saya sedar, masalah ini adalah berpunca daripada teknik yang salah. Oleh itu, dengan sukacitanya saya mengetengahkan kajian saya ini bagi tersebut memahirkan diri untuk melakukan teknik lompatan yang betul melakukan lompatan di Australia. Diharapkan dengan cara dan teknik mempertingkatkan jarak lompatan serta memperbaiki keputusan UKFM ( perempuan ) untuk semester 2 nanti. 2.0

membantu murid seperti kangaroo yang betul akan murid Tahap 1

FOKUS KAJIAN

Saya dapati murid saya ini menghadapi masalah dalam melakukan teknik hayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul. Berdasarkan keputusan UKFM pada semester 1, didapati

murid ini tidak berjaya mendapat keputusan gred C, gred B apatah lagi gred A. Murid ini hanya memperolehi keputusan tidak cergas bersamaan gred E dengan jarak 65 cm sahaja. Kelemahan murid berpunca daripada teknik lompatan yang salah. Murid dilihat melakukan lompatan mengikut cara dan gaya sendiri. Dengan membantu murid melakukan teknik yang betul, saya yakin murid boleh melakukan lompatan yang lebih jauh seterusnya dapat meningkatkan gred pencapaian UKFM murid Tahap 1 ( perempuan ) untuk semester 2 nanti. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid akan mencapai objektif berikut: 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran lompat jauh berdiri dalam UKFM. 3.2 Objektif Khusus 1. Memperbaiki teknik lompatan murid. 2. Meningkatkan jarak lompatan murid . 3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid lebih jelas semasa sesi penerangan. 4. Meningkatkan gred murid ke tahap sederhana cergas (Gred C) dalam bateri ujian lompat jauh berdiri. 4.0

KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan seorang murid Melayu perempuan Tahun 3 Cerdik. Bilangan Murid Jantina Tahap Kelas Umur Tinggi (cm) Berat Badan (kg)

Seorang Perempuan Satu 3 Cerdik 9 Tahun 140 cm 63 kg

Tindakan yang dicadangkan: 5.0

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, Ujian Pra dan Pos dan Soal Selidik. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses penerangan berlangsung dan selepas kajian. Sebelum membuat kajian, murid kurang berminat dan memberi tumpuan kerana baginya, aktiviti tersebut sukar dilakukan oleh dirinya. Saya juga telah merakam aksi lompatan murid ini menggunakan video rakaman sebelum dan selepas membuat kajian. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada murid untuk mengesahkan sejauh mana pengaplikasian kemahiran lompatannya betul. Murid kemudiannya diminta mengikuti Program Tiru Macam Saya yang diadakan selama 30 minit bersamaan 1 waktu Pendidikan Jasmani. Aktivitinya adalah seperti berikut : Aktiviti 1 : Menayangkan tayangan video tentang Kangaroo.

Aktiviti 2 : Guru menunjuk cara teknik lompatan yang betul langkah demi langkah ( tunjuk cara ). Aktiviti 3 : Murid meniru lompatan yang ditunjukkan oleh guru. Aktiviti 4 : Adakan permainan kecil. “ Aya Cik Siti”. 5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan bateri ujian Lompat Jauh Berdiri sebelum dan selepas Program Tiru Macam Saya diperkenalkan kepadanya.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap murid ini didapati: • Murid berjaya memperbaiki teknik lompatannya dengan teknik hayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul. •

Murid berjaya meningkatkan jarak lompatan yang lebih baik berbanding jarak lompatan sebelum kajian iaitu hanya 65 cm dengan gred E. Kini jarak yang diperolehi menjangkau jarak 78 cm dengan gerd D. Pada minggu seterusnya, walaupun perolehan gred masih ditahap sama iaitu D, namun jaraknya telah meningkat kepada 84 cm. Manakala, pada minggu ketiga pula, jarak lompatan bertambah kepada 90 cm dengan gred D. Setelah 4 minggu murid ini mengikuti Program Tiru Macam Saya, jarak lompatan kini melonjak kepada 101 cm dengan perolehan gred C.



Suasana pengajaran dan pembelajaran guru lebih menyeronokan dan efektif.

5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Pos Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut : Ujian

Pra

Pos 1

Pos 2

Pos 3

Pos 4

Minggu

Sebelum Kajian

Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Jarak

65 cm

78 cm

84cm

90cm

101cm

Gred

E

D

D

D

C

GRAF PERBANDINGAN UJIAN

JA RA K ( CM )

110

101

100 90 80 70 60

78

84

90

65 PRA

POS 1

POS 2 UJIAN

POS 3

POS 4

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukan terdapat peningkatan dari segi jarak lompatan murid. Murid kini berjaya membuat lompatan yang baik dan murid lebih berkeyakinan semasa melakukan aktiviti lompatan. 5.2.3 Analisa Soal Selidik Murid telah memberi respon positif manakala guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid: Sebelum: SKALA ITEM 1 Lompatan sukar untuk dilakukan. 2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. 3 Saya malu hendak melompat. 4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. 5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Jauh Berdiri. Selepas: SKALA ITEM 1 Lompatan sukar untuk dilakukan. 2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. 3 Saya malu hendak melompat. 4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. 5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Jauh Berdiri. 5.3

SETUJU

TIDAK SETUJU

x x x x x

Lompat

SETUJU

Lompat

TIDAK SETUJU x x x x x

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta murid tersebut berjumpa dengan saya untuk menyertai Program Tiru Macam Saya bagi membantunya meningkatkan kemahiran lompatan.

2. Seterusnya, saya mengambil rakaman aksi lompatannya lalu menunjukan kepadanya sambil menerangkan kesilapan yang telah dilakukan olehnya.

3. Murid diterangkan teknik lompatan yang betul adalah dengan menggunakan teknik hayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul. 4. Murid kemudiannya ditunjukkan tayangan video yang memaparkan bagaimana kangaroo bergerak.

5. Murid melihat pula tunjuk cara oleh guru, lalu murid meniru perbuatan guru satu persatu bermula dengan hayunan, lonjakan, lentingan dan akhirnya pendaratan. Murid juga diminta membayangkan cara-cara kangaroo melompat seperti yang telah ditontonnya dalam video tadi. 6. Murid menjalani Ujian Pos 1 pada minggu pertama, Ujian Pos 2 pada minggu kedua, Ujian Pos 3 pada minggu ketiga dan Ujian Pos 4 pada minggu keempat. Setiap kali Ujian

Pos dijalani oleh murid, guru akan merakam aksi lompatan sehinggalah pada minggu yang terakhir iaitu Ujian Pos 4.

7. Setiap kali Ujian Pos diadakan, guru akan merakam dan menerangkan apakah kesilapan yang masih dilakukan oleh murid, dan murid pula akan memperbaikinya.

5.4

PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu sahaja dengan 14 kali pertemuan ( seminggu 3 kali pertemuan ). Saya telah memperuntukkan 1 waktu Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani ( 30 minit ) untuk membimbing murid ini. Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah berjaya memperbaiki teknik lompatan murid sekaligus meningkatkan jarak lompatannya. Murid telah diminta mengisi borang soal selidik tentang Lompat Jauh Berdiri sebagai langkah pertama sebelum kajian dijalankan. Tujuan mengedarkan borang soal selidik ini supaya murid lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Kemudian, murid telah menjalani ujian Pos 1 pada pertemuan ke 3, setelah 2 kali pertemuan pada minggu pertama. Begitu juga untuk ujian Pos 2, 3 dan 4, kesemua ujian dijalankan pada pertemuan ke 3 pada setiap minggu. Murid juga diminta mengisi borang soal selidik selepas tamat kajian. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai program ini kepada beberapa orang rakan guru dan meminta mereka memberikan pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya, kaedah Tiru Macam Saya ini walaupun nampak klise dan mudah, tetapi ianya dapat membantu murid yang menghadapi masalah untuk mengikuti setiap penerangan guru terutamanya untuk melakukan aktiviti yang sukar bagi murid yang berbadan besar. Saya rasa sungguh gembira kerana telah berjaya mengeluarkan murid ini daripada kepompong yang dibuatnya sendiri. Murid berbadan besar ini juga mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam UKFM akan datang dan tidaklah hanya setakat pencapaian tidak cergas pada setiap tahun.

5.5 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Pos 1, Pos 2, Pos 3 dan Pos 4 menunjukan peningkatan yang agak ketara. Hasil dapatan kajian menujukan murid berbadan besar tidak terkecuali untuk mendapat jarak lompatan pada tahap yang lebih baik iaitu Sedehana Cergas bersamaan Gred C. Kajian ini juga dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan daya kefahaman terhadap apa yang dipelajari. Sesi penerangan dan tunjuk cara juga menjadi lebih menyeronokan dan menarik minat murid kerana murid dapat melihat sendiri kesilapan aksi yang dilakukan semasa membuat lompatan melalui rakaman video oleh guru. Murid juga lebih berdisiplin semasa melakukan aktiviti, berbanding sebelum kajian dijalankan. Saya berasa amat gembira kerana murid yang sering menghadapi masalah kurang cergas dan tidak suka bersukan ini, kini sangat menyukai matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan kelihatan aktif ketika bersukan. Walaupun murid ini mempunyai berat dan saiz badan yang besar, tetapi jika diberi tumpuan dan penerangan yang jelas, pastinya murid ini juga dapat menyaingi murid-murid lain. 6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya:

1. Semua guru Pendidikan Jasmani mengguna pakai kaedah Tiru Macam Saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. 2. Program Tiru Macam Saya dijadikan Program Kelas Pemulihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah untuk murid tidak cergas dan mengalami masalah memahami penerangan teknik ( tunjuk cara ) yang disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani.

3. Guru mempelbagaikan lagi aktiviti permainan kecil supaya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokan. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati bahawa terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokan.

RUJUKAN Atan Bin Long ( 1976 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi Sdn.Bhd. Muhamad Daud Hamzah ( 1994 ). Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Teng Boon Tong ( 2001 ). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Petaling Jaya: Longman Malaysia. Teng Boon Tong ( 2001 ). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas, Petaling Jaya: Longman Malaysia Wee Eng Hoe ( 1995 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani dam Kesihatan, Shah Alam: Fajar Bakti.

LAMPIRAN 1 DATA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MALAYSIA TAHUN 3 CERDIK ( PEREMPUAN )

THN

Nama Murid

Tinggi (cm)

Berat (kg)

Lambung & Sambut Pundi Kacang (bil)

Grd

Lontar Bola Aras Dada (cm)

Grd

Lompat Jauh Berdiri (cm)

Grd

3

LISA AMORYANI SOBRI

140

63

6

C

258

C

65

E

3

DAYANG RUSYIDAH

120

24

9

B

200

B

102

C

3

NURATHIRAH NATASHA

122

20

9

B

298

B

110

C

3

NUR SUHADAH RAHMAN

120

20

7

C

255

C

114

C

3

NUR ATHIRAH APANDI

125

50

6

C

231

C

110

C

3

NURUL FATHIA

126

26

8

B

299

B

123

C

3

NURUL ATIKA ALI

121

24

7

C

260

C

130

B

3

SITI NURFAIZAH SAKBAN

124

21

8

B

295

B

134

B

3

SITI NURATIKAH KECIK

145

40

6

C

225

C

105

C

3

SITI RADIAH RAHMAT

126

24

9

B

227

C

113

C

3

UMMI NABILA YUSOF

134

25

8

B

297

B

132

B

LAMPIRAN 2

Norma Skor Mentah UKFM

PEREMPUAN GRED

A

7 TAHUN

8 TAHUN

9 TAHUN

121.10 ke atas

141.41 ke atas

152.91 ke atas

101.16-121.09

115.53-141.40

126.77-152.90

81.21-101.15

87.64-114.52

100.63-125.76

61.27-81.20

60.76-87.63

74.50-100.62

61.26 ke bawah

60.75 ke bawah

74.49 ke bawah

SANGAT CERGAS

B CERGAS

C SEDERHANA CERGAS D KURANG CERGAS

E TIDAK CERGAS

LAMPIRAN 3 BORANG SKOR UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MALAYSIA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR BORANG 2 TAHAP 1 / UKFM NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN API API ( Luar Bandar )

ALAMAT

: PT.2,KG.API API,82000 PONTIAN.

TAHUN

BIL

: 1/2/3 : Lelaki / Perempuan

NAMA MURID

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Disediakan oleh Guru PJPK : ……………………………………… Disahkan oleh ……………………………. Tarikh : …………

Umur : 7 / 8 / 9 Tahun

TINGGI

BERAT

Lambung dan sambut Pundi Kacang

Jantina

Lontar Bola Aras Dada

Lompat Jauh Berdiri

Related Documents


More Documents from ""