Buli Gejala Terburuk Dalam Kalangan Pelajar

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buli Gejala Terburuk Dalam Kalangan Pelajar as PDF for free.

More details

  • Words: 576
  • Pages: 2
BULI GEJALA TERBURUK DALAM KALANGAN PELAJAR Pengerusi :Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Selamat datang saya ucapkan kepada hadirin Sekalian.Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi di atas kurnia dan hidayahNya Dapat kita berkumpul di majlis yang penuh keberkatan ini. Insyaallah,saya Nurul Hidayah bersama-sama dengan ahli panel yang diundang akan membincangkan tajuk Forum kita iaitu Buli Gejala Terburuk Dalam Kalangan Pelajar. Sealiran dengan Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani,salah satu elemen negatif yang Harus dikikis ialah kes buli.Seperti yang kita sedia maklum, isu buli dalam kalangan Pelajar sekarang semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Untuk memperkatakan dengan lebih lanjut lagi tentang masalah ini,kita berpeluang bersama-sama dengan dua orang ahli panel yang dijemput khas. Saudari yang ayu wajahnya di sebelah kanan saya ialah ahli panel kita yang pertama iaitu saudari Azrina. Yang di sebelah kiri saya pula ahli panel yang kedua iaitu saudari Siti Syakirah yang sentiasa murah dengan senyuman. Tanpa membuang masa lagi,ingin saya menjemput saudari Syakirah bagi menghuraikan kekusutan di sesawang fikiran saya ini mengenai takrifan sebenar buli. Syakirah :Terima kasih saudari pengerusi. Assalammualaikum dan selamat pagi. Mengikut kamus dewan buli didefinisikan sebagai perilaku mempermain-mainkan orang yang lemah dengan tujuan menggertak,mencederakan atau menakutkan.Jika mengikut pandangan komuniti umum, buli ditafsirkan sebagai perbuatan kasar dan ganas yang boleh mendatangkan kecederaan teruk sehingga ada yang membawa maut. Pengerusi :Hadirin sekalian,di sini telah jelas maksud buli yang menjadi frasa penting tajuk forum kita pada hari ini.Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada puncanya.Mengikut pandangan saya,rancangan televisyen juga salah satu faktor berlakunya kejadian buli.Hal ini kerana,pihak penyiaran media elektronik terutanmanya televisyen banyak menyiarkan program-program yang berunsur ganas seperti rancangan gusti WWF yang disiarkan setiap malam Khamis pada jam 11 :00 malam.Perkara ini sekaligus mempengaruhi jiwa remaja yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah untuk mencuba apa yang dilihat oleh mereka.Dengan ini, bolehkah saudari Azrina menerangkan punca lain berlakunya buli ? Azrina : Terima kasaih saudari pengerusi.Assalamualaikum dan selamat pagi.Pda pandangan saya,antara punca utama berlakunta kejadian buli ialah kerana perasaan hasad dengki, stress dan sikap ingin membalas dendam.Saban hari, kita sering digemparkan dengan berita yang berkaitan dengan kes-kes buli. Fenomena ini sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah terutama sekali bagi yang tinggal di asrama.Kita boleh merujuk pada kes yang berlaku apabila seorang pelajar yang diserang oleh pelajar senior gara-gara tidak mahu meminjamkan cerek elektrik yang berharga RM19.90.Kita juga sedia maklum bahawa kejadian buli seumpama ini bukanlah perkara baru bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.Mereka terpaksa mengamalkan sikap ‘alah bisa,tegal biasa’ bagi menyesuaika diri dengan keadaan sekeliling. Pengerusi :Terima kasih saudari Azrina.Saya ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang menyatakan bahawa sikap membuli ini lahir daripada rumah.Barangkali saudari Syakirah dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi.

Syakirah :Ada betulnya sikap membuli ini lahir daripada rumah. Hal ini berlaku apabila segala kemahuan dan kehendak anak-anak terutamanya anak sulung sering dipenuhi oleh ibu bapa sehingga kadangkala melampaui batas dan had yang sepatutnya. Perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan daripada terus berlaku kerana akan menyebabkan anak-anak besar kepala, umpama kaduk naik junjung setelah apa yang dihajati mereka diperoleh. Dalam erti kata lainnya,mengada-ngada. Pengerusi :Saya ingin mengemukakan soalan kepada ahli panel yang kedua. Pada pendapat saudari Azrina, bagaimanakah sikap ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membuli dalam kalangan anak-anak ? Azrina : Ya,saya amat bersetuju dengan pendapat Syakirah sebentar tadi. Ada segelintir ibu bapa yang bersikap acuh tidak acuh akan perkara ini. Mereka menganggap bahawa perilaku membuli hanyalah asam garam bagi anak-anak mereka yang sedang meningkat remaja.Namun,mereka tidak tahu bahawa gejala buli ini memberikan banyak kesan negatif terhadap anak-anak. Malah,boleh mendorong merka membunuh diri.

Related Documents

Gejala Buli
June 2020 8
Buli
June 2020 18
Buli
May 2020 21
Buli
May 2020 26
Buli
May 2020 21