• Hasrat Wawasan 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia yang bersatu padu. • Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional dapat dicapai. • Salah satunya ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010 (memperkasakan Sekolah Kebangsaan). • Tujuan pelaksanaan program ini adalah sebagai tempat memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukan akademik. • Dasar memperkasakan SK bertujuan supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. Ini kerana dengan memperkasakan SK, diharap rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat memilih untuk menempatkan anak mereka di satu sekolah di mana pelajarnya dapat berinteraksi dan bergaul dengan kaum yang lain. • Usaha ini diharap dapat memupuk integrasi dan menjalin perpaduan kaum di peringkat persekolahan lagi.
RUMUSAN • Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi mengembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat, setia dan bersatu padu. • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera. • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. • Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.