Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memperkasakan Sekolah Kebangsaan as PDF for free.

More details

  • Words: 4,039
  • Pages: 24
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Ringkasan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan telah menjadi salah satu daripada enam agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini adalah kerajaan yakin Sekolah Kebangsaan merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cintakan negara di kalangan anak-anak kita. Dengan bermatlamat pendidikan berkualiti untuk semua, maka semua organisasi dalam Kementerian Pelajaran mesti beroperasi secara bersepadu ke arah mencapai matlamat tersebut. Sehubungan itu, setiap

lapisan

pengurusan

dan

pentadbiran

organisasi

pendidikan

perlu

menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin wujud dalam rangka pelaksanaan program itu. Di samping itu, kecekapan dan keberkesanan pengurusan dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah berbeza-beza mengikut keupayaan dan kebolehan seseorang pegawai. Selain daripada itu, beberapa faktor lain yang dikenal pasti sebagai penghalang utama terhadap peningkatan kecekapan dan keberkesanan pengurusan adalah kurangnya komunikasi serta kerjasama di kalangan kakitangan dalam organisasi, kurangnya tahap koordinasi antara unit-unit dalam organisasi, incompatibilities di kalangan kakitangan dan etika kerja yang kurang memuaskan, pertentangan kepentingan di kalangan para pentadbir dalam organisasi yang menyebabkan perbezaan komitmen terhadap usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan kelemahan sistem pengurusan maklumat organisasi. Kesemua faktor-faktor yang dinyatakan itu menyukarkan kerja-kerja pentadbiran dan melemahkan jentera pengurusan

-1-

dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dan seterusnya meningkatkan

kecekapan

dan

keberkesanan

pengurusan

dan

pentadbiran

organisasi untuk memastikan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dapat dilaksanakan sehingga tercapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Skop penulisan ini tertumpu kepada sekolah rendah sahaja dan kepada peranan pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalam konteks memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Pendahuluan

Pada tahun 2002, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengkaji isu Pendidikan Islam, peranan Sekolah Agama Rakyat dan Memperkasa Sekolah Kebangsaaan. Tan Sri Murad bin Mohd. Noor, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas itu. Antara objektif jawatankuasa itu ialah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan menarik kepada semua kaum dan tempat untuk memupuk perpaduan. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003, beberapa isu-isu telah dikenal pasti menjadi penghalang kepada ibu bapa menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dan sebaliknya menghantar mereka bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Antara isu-isu yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut: •

Ramai ibu bapa Melayu menganggap SK sebagai sekolah sekular dan tidak

islamik walaupun menyedari SAR kekurangan kelengkapan dan guru terlatih

-2-



Orang Cina melihat SK terlalu islamik melalui nama-nama, aktiviti-aktivitii dan

cara pakaian •

Orang

Cina

memilih

SJKC

dengan

dakwaan

kelengkapan,

kaedah

pengajaran dan pembelajaran dan guru yang lebih baik

Dari aspek refleksi pula, ibu bapa atau masyarakat tertentu mempunyai pendapatpendapat yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:



Kepimpinan SK dipersoalkan



Komitmen guru SK diragui



Kualiti pengajaran dan pembelajaran di SK kurang diyakini



Penggunaan masa untuk pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum



Amalan-amalan terbaik (best practices) berlaku di SJKC dalam bidang:

Amalan Pengurusan Sekolah: a.

Kelas tambahan sepanjang tahun

b.

Membangunkan persaingan sihat antara murid

c.

Mendapatkan sumbangan kewangan pihak luar

d.

Memantau berterusan program akademik sekolah Amalan Guru : Menggunakan waktu lapang dengan memeriksa kerja murid Memberi kuantiti kerja yang banyak terutama Matematik Menekankan disiplin dan penguasaan fakta asas Menggunakan Buku Kerja Tambahan terutama Matematik Amalan Murid a. Menguasai fakta/kemahiran asas matematik

-3-

b. Menghasilkan kerja dengan teratur c. Ada perasaan hormat dan takut dimarahi guru Berpandukan kepada kajian-kajian itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan siri-siri mesyuarat, taklimat, bengkel dan latihan untuk para pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pentadbir sekolah berkaitan memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Menurut YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006 telah menyatakan komitmen kerajaan untuk memantapkan lagi usahausaha ke arah memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional dan di samping itu ingin memastikan berlakunya keseimbangan komposisi kaum di kalangan murid dan guru di Sekolah Kebangsaan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah mempertingkatkan kualiti pengajaran, mengkaji kurikulum dan aktiviti kokurikulum untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh bagi pembangunan kompetensi asas dan bersesuaian dengan kehendak semasa, memperkenalkan mata pelajaran bahasa seperti Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif dan terkini ialah melibatkan semua Sekolah Kebangsaan sedia ada dalam Program Pembestarian Sekolah.

YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia dalam ucapan semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006 di Putrajaya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberi kepercayaan penuh dan komitmen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai jentera kerajaan yang utama dalam mendidik anak bangsa dan

-4-

membangunkan modal insan negara pada peringkat persekolahan. Menurut beliau, Program j-QAF, langkah-langkah meningkatkan disiplin, keselamatan, kebersihan dan kesihatan di sekolah-sekolah diharapkan dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, menyeronokkan serta mampu memupuk perpaduan kaum. Beliau turut menyatakan bahawa pihak Kementerian Pelajaran telahpun menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010 yang bermatlamat

untuk

mencapai

”Pendidikan

Berkualiti

Untuk

Semua”.

Bagi

memastikan matlamat perancangan pembangunan pendidikan ini tercapai, enam agenda

utama

termasuklah

agenda

kedua

iaitu

memperkasakan

Sekolah

Kebangsaan mestilah diberikan perhatian oleh semua pihak dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Definisi Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan : •

Yang menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun.



Yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.



Yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan



Di mana kemudahan bagi pengajaran: a.

Bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-

kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya dan

-5-

b.

Bahasa-bahasa ibunda kaum asli hendaklah diadakan jika didapati

munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya Rasional-Rasional Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Untuk Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan rasional-rasional itu telah dijelaskan oleh YB Menteri Pelajaran pada 4 Januari 2005 semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2005 dan adalah seperti berikut: 1. Program ini adalah selaras dengan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan akses, ekuiti, kualiti dan kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan. Maka program memperkasa Sekolah Kebangsaan adalah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia 2. Selaras dengan Misi negara untuk meningkatkan martabat pendidikan setaraf kelas dunia (World Class Education), program memperkasakan sekolah adalah bersesuaian dengan dapatan-dapatan kajian para sarjana dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Matlamat dan Tujuan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Matlamat program ini adalah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai National School yang menjadi pilihan, rebutan atau school of choice ibu bapa pelbagai kaum, pusat untuk memupuk perpaduan kaum dan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah Tujuan utama program ini pula adalah untuk membolehkan sekolah-sekolah mencapai serta mengekalkan keberkesanan pada tahap tertinggi yang boleh dalam -6-

menepati

keperluan-keperluan

para

pelajar

masa

kini.

Program

ini

akan

menekankan kepada aspek-aspek seperti keberkesanan sekolah, kemajuan sekolah, peningkatan kualiti, pembangunan staf, perkongsian, keberkesanan pengurusan sumber dan pengurusan perubahan.

Objektif-Objektif

Objektif-objektif memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah untuk menjadi sekolah kebangsaan itu sebagai :



pusat pendidikan yang unggul merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah bagi warganegara Malaysia



pusat memupuk perpaduan warganegara Malaysia sebagai warganegara yang mempunyai aspirasi yang sama dan semangat patriotisme yang tinggi dan saling memahami budaya masing-masing



school of choice warganegara Malaysia dan memberikan pendidikan berkualiti

Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah :



Menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih menarik untuk semua kaum dan agama.



Menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang.



Menyediakan kurikulum yang relevan dengan keperluan hidup dan mempunyai nilai ekonomi.



Memastikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan terbaik.

-7-



Menyediakan kemudahan sukan dan riadah yang baik dan mencukupi.



Memastikan kemudahan mempelajari bahasa ibunda dan bahasa asing disediakan



Menyediakan kemudahan mempelajari asas Pendidikan Islam



Melahirkan pelajar yang menguasai 3M dan mempunyai nilai-nilai positif

Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi Kotter (1988) menyatakan pengurusan adalah pelaksanaan tugas-tugas yang berhubung dengan kawalan dan peraturan seperti perancangan, pengawalan dan pentadbiran manakala mengikut Litchfield (1956) pentadbiran ditakrifkan sebagai merangkumi aspek-aspek pengorganisasian pemerintahan, sumber manusia, pembiayaan dan juga kepimpinan. Boles dan Davenport (1976) menegaskan tiada garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran dan menyatakan bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktivitiaktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran suatu organisasi pula bergantung kepada tahap kecekapan dan keberkesanan pegawai dan staf yang dimiliki. Kecekapan membawa maksud menggunakan sumber-sumber organisasi secara bijkasana dan secara kos efektif manakala keberkesanan membawa maksud membuat keputusan yang betul dan berjaya melaksanakan keputusan itu.Oleh itu berbagai usaha diambil oleh setiap pengurus untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi masing-masing.

-8-

Langkah-Langkah Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Untuk Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Kejayaan organisasi seperti Pejabat Pelajaran Daerah dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan banyak bergantung kepada kualiti manusia yang terlibat. Di Pejabat Pelajaran Daerah, unit-unit yang ada adalah seperti berikut :



Unit Pengurusan Sekolah.



Unit Pengurusan Akademik.



Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.



Unit Pengurusan Pembangunan dan Perolehan.



Unit Teknologi, Maklumat dan Komunikasi.



Unit Kewangan dan Unit Perkhidmatan.

Sehubungan itu, langkah-langkah perlu diambil bagi mengembleng tenaga semua unit bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran organisasi dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Taklimat Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Untuk setiap program baru Kementerian Pelajaran Malaysia, sesi taklimat menjadi agenda yang tidak boleh ditinggalkan kerana semua maklumat berkaitan dengan

-9-

matlamat,

objektif

dan

jawatankuasa

yang

terlibat

dengan

perancangan,

pelaksanaan, pengawalan, pemantauan dan penilaian sesuatu program itu akan diterangkan kepada semua pegawai yang terlibat. Oleh itu penerangan yang menyeluruh berkaitan program itu di peringkat daerah akan memberi pengetahuan dan kefahaman yang mantap kepada semua pegawai untuk melaksanakan fungsi masing-masing. Pada ketika ini, kebanyakan urusan berkaitan program ini diuruskan oleh Unit Sekolah Rendah dan penyebaran maklumat berkaitan tidak menyeluruh kepada pegawai-pegawai. Ini boleh menjejaskan usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan di peringkat daerah dan oleh itu taklimat kepada semua pegawai mesti dijalankan dengan menjelaskan isu-isu, rasional, matlamat, objektifobjektif dan cabaran-cabaran dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Berdasarkan kepada taklimat yang diadakan, diharapkan semua pegawai akan mengambil kira perkara-perkara di atas semasa membuat perancangan program. Di samping itu, taklimat mesti dilaksanakan dari masa ke semasa supaya perkembangan terkini dapat dimaklumkan kepada semua pegawai.

2. Penubuhan Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Peringkat Daerah

Apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program-program utama seperti Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dan Skim Baucar Tuisyen, maka diwujudkan pelbagai jawatankuasa untuk memantau, menilai pelaksanaan dan melakukan penambahbaikan kepada programprogram tersebut. Pelbagai jawatankuasa yang diwujudkan adalah berdasarkan

-10-

kepada fokus-fokus memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan fokus-fokus itu adalah seperti berikut :



Pengurusan dan pentadbiran sekolah



Perkhidmatan dan latihan sekolah



Penglibatan masyarakat



Pendidikan Islam



Kurikulum pengajaran dan pembelajaran



Sumber pendidikan



Pemantauan

Untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas, fungsi dan tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa mestilah diperincikan supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan prosedur pelaksanaan kerja mesti jelas. Unit Sekolah Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah perlu dilantik sebagai urus setia di daerah

3. Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Peringkat Daerah

Melalui

Mesyuarat

Jawatankuasa

ini

yang

diadakan

secara

berkala

dan

ditakwimkan, semua dasar dan keputusan yang telah diputuskan di peringkat pusat dan negeri dibincang untuk pelaksanaan di peringkat daerah. Mesyuarat ini menjadi satu wadah untuk semua pegawai berbincang dan mencari strategi pelaksanaan yang terbaik untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Berdasarkan dapatan -11-

pasukan pemantauan dan maklumbalas ahli jawatankuasa, aspek-aspek kekuatan dan kelemahan perlaksanaan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini dan seterusnya keputusan-keputusan yang telah dipersetujui akan diambil

tindakan

susulan oleh pegawai-pegawai mengikut bidang tugas masing-masing. Dalam mesyuarat ini juga penyelarasan tugas antara unit-unit di Pejabat Pelajaran Daerah dapat dilakukan. Secara langsung mesyuarat ini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pihak pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan

4. Pendekatan Pengurusan Strategik Dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan strategik organisasi sangat penting kerana menjadikan pengurusan dan pentadbiran organisasi lebih cekap dan berkesan. Mengikut David (1997), pengurusan strategik adalah satu seni membentuk, melaksana dan menilai keputusan untuk mencapai objektif organisasi.

Proses yang terlibat adalah

berasaskan kepercayaan bahawa organisasi perlu menganalisa persekitaran luaran dan dalaman untuk membawa perubahan. Melalui pengurusan strategik, pihak pengurusan seperti di Pejabat Pelajaran Daerah akan mendapatkan gambaran jelas dan lebih bermakna tentang kedudukan strategik semasa, pengaruh luaran semasa, pengaruh luaran masa depan dan harapan pihak-pihak yang berkepentingan. Kepentingan pengurusan strategik

dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan

adalah seperti berikut : •

Menyediakan peluang penglibatan pelbagai unit di Pejabat Pelajaran

Daerah dalam proses pemikiran dalam menangani perubahan.

-12-



Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan penghayatan hala tuju

yang sama. •

Membuat keputusan pada hari ini bagi menentukan pencapaian pada

masa depan. Dengan diikuti oleh pemikiran strategik maka kekuatan organisasi dapat dimanfaat dan kelemahannya dapat dipulihkan. Dengan ini, kecekapan dan keberkesanan organisasi dapat dijamin. Fasa-fasa yang berkaitan dengan pengurusan strategik untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah: •

merekabentuk dan membina perancangan.



Pelaksanaan perancangan strategik



Penilaian terhadap pelaksanaan perancangan

Victor Tan (1995) telah menyatakan bahawa strategic planning is a formal process of defining business including the vision, objectives, the critical success factors and strategies for an organization. This strategic process is carried out by taking into consideration the internal strengths and weakness of a corporation and the challenges in the external environment. Oleh itu, Pelan Perancangan Strategik yang melibatkan membina hala tuju program, menganalisis persekitaran, menjana isu, matlamat dan indikator, menetapkan objektif program, menjana strategik dan taktik, membina pelan operasi dan menilai mesti disediakan terlebih dahulu oleh setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah sebelum dilaksanakan. Berdasarkan kepada analisis terhadap elemen kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (KLAP) yang dimiliki oleh sesebuah organisasi dan analisis terhadap dua pengaruh utama organisasi yang dinyatakan di atas, iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran, maka pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasional Pejabat Pelajaran Daerah untuk

-13-

dilaksanakan di peringkat daerah didokumentasikan. Pelan strategik merupakan dokumen bertulis yang menghuraikan hasrat yang ingin dicapai pada masa akan datang (biasanya dalam masa tiga hingga lima tahun) dan aktiviti- aktiviti yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi. Di samping itu, pelan kontingensi iaitu pelan alternatif perlu sediakan sekiranya wujud keadaan tidak seperti yang diharapkan. Untuk

mengukur

prestasi

atau

kejayaan

organisasi

dalam

usahanya

memperkasakan Sekolah Kebangsaan, maka penilaian ke atas strategi yang telah dipilih untuk dilaksana dilakukan. Daripada penilaian yang dibuat itu, tindakantindakan pembetulan seperti pengubahsuaian struktur organisasi atau perubahan pegawai-pegawai yang dikenal pasti boleh dilakukan oleh pihak pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah. Dengan mengambil langkah ini, maka kecekapan dan keberkesanan sesuatu organisasi akan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

5. Latihan

Mengikut Wexley dan Latham (1991). latihan merujuk kepada satu usaha yang terancang oleh sesebuah organisasi untuk membantu pembelajaran dan perlakuan para pekerja yang berkaitan dengan kerja. Untuk menjalankan pelbagai tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan, maka seseorang pegawai itu mesti memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan dalam konteks ini, pegawai tersebut mesti mempunyai keupayaan menguruskan segala aspek berkaitan dengan memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui latihan yang berfokus, diharapkan penambahan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan ketrampilan, perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih positif berlaku kepada seseorang pegawai. Untuk latihan yang berkualiti, proses-proses pelaksanaan

-14-

latihan oleh Pejabat Pelajaran Daerah mesti mematuhi prosedur-prosedur seperti melaksanakan analisis keperluan, menetapkan objektif latihan, mereka bentuk latihan dan penilaian program latihan. Latihan dalam bentuk kursus, bengkel dan seminar boleh dirancang dan dilaksana. Antara fokus-fokus latihan yang melibatkan memperkasakan Sekolah kebangsaan adalah seperti berikut:

a. Perancangan Strategik b. Pengurusan Kualiti Menyeluruh c. Pemantauan Program d. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan d. Pengurusan Perubahan.

Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah dengan institusi-institusi seperti Institut Aminuddin Baki dan Maktab Perguruan boleh dilakukan untuk melaksankan latihan yang dirancang. Di samping itu, pegawai-pegawai yang dikenal pasti di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah boleh juga diminta untuk mengendalikan latihan yang berkaitan. Dengan latihan, kecekapan dan keberkesanan organisasi dalam melaksanakan sesuatu program dapat dipertingkatkan.

6. Pengupayaan

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru atau pegawai pendidikan bererti

-15-

penglibatan mereka dalam membuat keputusan melibatkan aktiviti organisasi. Pada asasnya, pengupayaan

dirumuskan

sebagai proses memberi ruang untuk

membangunkan kecekapan seseorang pegawai dalam memajukan diri dan penyelesaian masalah. Robbins (2000) telah menyatakan bahawa pengupayaan itu sebagai satu keadaan di mana pemimpin memberikan sebahagian kuasanya kepada subordinat untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pada masa yang sama subordinat pula sanggup belajar dan sedia menerima tanggungjawab yang diserahkan kepadanya serta berkeupayaan membuat keputusan baik. Dengan berbuat demikian pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan beroperasi dalam sesebuah organisasi dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab kepada orang bawahan yang dikenal pasti. Ini seterusnya mendorong individu yang terlibat mempamerkan bakat, kreativiti, kebijaksanaan membuat keputusan, mempunyai penghormatan kendiri dan motivasi tinggi untuk menjana peningkatan pencapaian dan produktiviti organisasi. Oleh kerana fokus memperkasakan Sekolah Kebangsaan ini agak pelbagai, maka sudah tentu amalan pengupayaan ini menyumbangkan kepada kecekapan dan keberkesanan Pejabat Pelajaran Daerah.

7. Penandaarasan

Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1999, penandaarasan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul. Dengan melaksanakan proses ini, kecekapan dan keberkesanan

-16-

pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan dapat dipertingkatkan kerana banyak faedah dapat diperolehi iaitu: •

Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti



Berlaku perkongsian maklumat dari aspek pelaksanaan program



Pelaksanaan program berasaskan pengurusan berkualiti menyeluruh



Wujudnya dorongan, saingan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program

Dengan mengadakan lawatan penandaarasan ke Pejabat Pelajaran Daerah lain yang dikenal pasti telah berjaya melaksanakan program memperkasakan Sekolah Kebangsaan, maka faedah-faedah seperti yang dinyatakan di atas akan diperolehi oleh pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah.

8. Pemantauan

Pemantauan ialah proses pengesanan yang berterusan pada setiap peringkat pelaksanaan sesuatu program. Keberkesanan dalam apa jua program

yang

dilaksanakan banyak bergantung kepada sistem pemantauan. Dengan adanya pemantauan, faedah-faedah berikut diperolehi iaitu :



Menolong memastikan usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang

dilaksana adalah selari dengan apa yang dirancang dan dijalankan dengan jayanya di atas landasan yang betul. •

Dapat

memastikan hasil yang dicapai selari dengan objektif yang

ditetapkan

-17-



Membolehkan tindakan pembetulan (yang perlu) dilakukan semasa

pelaksanaan. Ini akan memperkemaskan bukan sahaja strategi tetapi juga terhadap proses perancangan. •

Menjadi sebahagian proses kawalan sebagai pendorong ke arah

peningkatan prestasi •

Meningkatkan semangat kerja berpasukan antara unit-unit di Pejabat

Pelajaran Daerah melalui kesepaduan aktiviti yang berterusan

Setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah atau jawatankuasa yang dibentuk oleh pengurusan daerah boleh mewujudkan pasukan pemantau masing-masing untuk melihat pelaksanaan fokus-fokus yang telah ditetapkan dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia oleh Jemaah Nazir Sekolah boleh dijadikan salah satu instrumen untuk tujuan pemantauan kerana instrumennya lebih komprehensif. Untuk mendapat maklum balas usaha-usaha memperkasakan

Sekolah

Kebangsaan,

Pejabat

Pelajaran

Daerah

boleh

mewujudkan sistem pemantauan berikut iaitu :

a.

Pemantauan secara inside-out’: laporan dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah

b.

Pemantauan secara outside-in : pemantauan yang dilakukan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah ke atas sekolah

c.

Pemantauan secara outside-out : laporan yang dikemukakan atau diterima daripada masyarakat dan media terhadap program pejabat pelajaran daerah

-18-

Melalui sistem pemantauan di atas, data akan dapat dikumpul dan dianalisis dan seterusnya laporan dapatan pemantauan akan disediakan oleh pihak urus untuk dibentangkan

dalam

Mesyuarat

Jawatankuasa

Memperkasakan

Sekolah

Kebangsaan Peringkat Daerah. Hasil daripada perbincangan dalam mesyuarat ini, kelemahan-kelemahan setiap unit dalam pelaksanaan memperkasakan sekolah kebangsaan akan dapat dikenal pasti dan tindak ikut akan diambil untuk penambahbaikan atau mengatasi kelemahan-kelemahan pelaksanaan yang wujud.

9. Penerapan dan Amalan Unsur-Unsur Pengurusan Berkualiti

Untuk menghasilkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan bagi mengurus sesuatu program pendidikan, maka melaksanakan sistem pengurusan berkualiti menjadi satu kemestian. Untuk itu, pihak pengurusan perlu memberi penekanan terhadap penerapan dan pengukuhan nilai-nilai kualiti dalam pengurusan harian dengan mengamalkan unsur-unsur Pengurusan Kualiti Menyeluruh seperti Etika Perkhidmatan, Integriti, Latihan, Kerja Berpasukan, Kepimpinan dan Komunikasi. Menyedari bahawa kepimpinan merupakan elemen penting dalam usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan, maka pihak pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah mesti memastikan bahawa setiap lapisan pengurusan diberikan kursus pendedahan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan agar tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kursus dan latihan ini digubal untuk memupuk etika profesional, sense of urgency dan kompeten agar semua pegawai berkeupayaan memimpin dan melaksanakan visi, misi, dasar dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Dalam usaha memupuk kerjasama dan semangat kerja berpasukan,

-19-

segala usaha yang melibatkan semua unit dalam organisasi digembleng bagi membentuk satu pasukan bekerja yang mantap. Tanpa penglibatan, komitmen, kesedaran dan sokongan semua pegawai, maka usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan gagal. Di samping itu, penglibatan pengurusan atasan dalam mewujud dan mengekal amalan kerja berkualiti sangat penting bagi menjamin kecekapan dan keberkesanan organisasi.

10. Sistem Komunikasi

Menyalurkan segala maklumat berkaitan dengan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan secara berkesan adalah amat penting dan ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah

seperti

kursus,

ceramah,

mesyuarat,

taklimat,

perjumpaan

jawatankuasa, perhimpunan staf, sistem elektronik atau teknologi maklumat dan komunikasi serta buletin . Dengan adanya sistem komunikasi yang berkesan, maka kefahaman pegawai dan staf dalam organisasi berkaitan matlamat, objektif, operasi dan perkembangan semasa memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan menjadi lebih jelas.

11. Perkongsian Pintar

Bagi merealisasikan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, segala usaha yang dijalankan harus dikongsi oleh semua pihak. Hubungan pelbagai dimensi seperti komuniti, Institusi Pendidikan, Agensi Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan yang mantap dan saling melengkapi dapat menjayakan hasrat

program itu.

Permuafakatan dan perkongsian pintar antara pelbagai badan dan agensi ini dengan

-20-

Pejabat Pelajaran Daerah akan memanfaatkan pendidikan keseluruhannya. Perkongsian pintar adalah gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak terlibat. Dalam konteks pendidikan, konsep perkongsian pintar boleh dilaksanakan menerusi penglibatan Institusi Pendidikan Tinggi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, masyarakat, swasta dan korporat bagi meningkatkan pencapaian kurikulum,

kokurikulum,

pembangunan

infrasruktur,

sosial,

kebajikan

dan

keselamatan, pembangunan sumber manusia, sahsiah dan disipilin pelajar dan pengumpulan dana bagi melaksanakan semua aktiviti memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Setakat ini perkongsian pintar ini telahpun terjalin antara Pejabat Pelajaran Daerah dengan Yayasan Al-Bukhary, Yayasan Perak dan Syarikat Malakoff untuk mejayakan beberapa program pendidikan di daerah. Kepakaran komuniti setempat dalam bidang masing-masing seperti polis, bomba, tentera, kesihatan, RELA, PEMADAM, Kolej Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi lain juga dapat dimanfaat dalam usaha membantu Pejabat Pelajaran Daerah dalam melaksanakan fokus-fokus yang telah ditetapkan. Bagi memantapkan dan melaksanakan program permuafakatan, maka adalah penting kerjasama yang wujud perlulah selaras dengan polisi Kementerian Pelajaran.

Rumusan

Semua unit di Pejabat Pelajaran Daerah mesti dilibatkan dalam Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Pihak kepimpinan mesti memainkan peranan utama bagi mengerakkan dan memastikan semua anggota jawatankuasa program ini melaksanakan tugas yang diamanahkan di bawah bidang masingmasing. Oleh kerana setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah lebih menumpu kepada

-21-

pelaksanaan sasaran kerja tahunan unit-unit masing-masing, maka sudah tentu keadaan ini memberi kesan kepada usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Keadaan ini dan juga faktor-faktor lain yang telah dijelaskan di atas mesti disedari dan diambil tindakan oleh pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dicadangkan di atas, kelemahan-kelemahan dan masalah-masalah yang wujud dapat diatasi atau dikurangkan

dan

seterusnya

meningkatkan

kecekapan

dan

keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan di daerah.

Rujukan Abdul Shukor Abdullah.

(2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan

Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan. Jilid 14(1). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Amir b. Md. Noor. Politeknik

Sultan

(2004). Kepimpinan Ke Arah Kecemerlangan : Pengalaman Salahuddin

Abdul

Aziz

Shah.

Jurnal

Pengurusan

dan

Kepemimpinan. Jilid 14(1). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Dr. Abdul Ghani Abdullah, Dr. Ang Keow Ngang & Tn. Hj. Abdullah Sani Yahaya. (2005). Kesan Amalan Pengurusan Pengupayaan Dalam Pengajaran Pembelajaran Terhadap Pertambahan Beban dan Persekitaran Kerja Guru. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan. Jilid 15(1). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

-22-

Jabatan Pelajaran Perak. (1999). Program Pemantauan. Kerajaan Malaysia. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Mohamed bin Abdul Majid. (2004). Membina Keyakinan Masyarakat Terhadap Sekolah Kebangsaan Dalam Konteks Sekolah Kualiti. Prosiding Seminar Nasional Pengurusaan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Mohd. Anuar Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya & Hamdan Zainal Afuad. (2004). Pengupayaan Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Tinjauan di Kalangan Pengurus Pertengahan di Sekolah Menengah di Bandar Johor Bahru. Prosiding Seminar Nasional Pengurusaan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun1992. http://www.mampu.gov.my/pdf/pkpa011992.pdf Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1999. http://www.mampu.gov.my/pdf/pkpa011999.pdf Salleh b. Mohd. Husein. (2004). Perkongsian Pintar Memperkasakan Sekolah: Satu Refleksi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Berkualiti di Institut Aminuddin BakI, Genting Highlands pada 29-30 November 2004

Unit Sekolah Rendah. (2005). Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Negeri Perak. Jabatan Pelajaran Perak. Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia, Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia di Auditorium Parcel D, Putrajaya pada 3 April 2006. http://www.moe.gov.my/pustaka_jbt_pdf/2006/2006_04_04_Ucapan_bulanan.pdf -23-

-24-

Related Documents