Maksud Falsafah, Pendidikan , Guru.docx

  • Uploaded by: Affnan Nan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Maksud Falsafah, Pendidikan , Guru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 569
  • Pages: 2
Maksud falsafah Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab ‫ فلسفة‬yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas,



Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Sehingga kini, ahli-ahli falsafah masih belum mencapai kata sepakat mengenai takrifan falsafah. Malah ada yang mengatakan bahawa falsafah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditakrifkan. Ini adalah kerana kita dapat berfalsafah tentang pengertian falsafah1. Maka dengan itulah kita akan menemui pendapat yang berbeza-beza mengenai takrif falsafah di antara ahli-ahli falsafah itu sendiri

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas. Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para ahli falsafah.

maksud pendidikan Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan,pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuah Negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas

penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah Negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan.

Antaranya ialah, Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah member latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup. Amar al-Shaibani berpendapat pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat. Menurut al-Ghazali pula, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat menghormati.

Firman Allah di dalam Surah Al-Alaq ayat 1 yang bermaksud : “Bacalah!!! Dengan Nama Tuhanmu yang menjadikan”, jelas menunjukkan betapa peri pentingnya pendidikan kepada setiap umat manusia dengan tidak mengira jantina, agama, budaya, umur, keturunan dan sebagainya Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Menuntut ilmu itu wajib bagi bagi setiap lelaki dan perempuan”, jelas memberitahu kepada kita bahawa setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan dikehendaki menuntut ilmu atau dalam erti kata lainnya mempunyai pendidikan.

Maksud guru Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah.

Related Documents


More Documents from ""