Linguistik-dan-lingustik-terapan.docx

  • Uploaded by: Affnan Nan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Linguistik-dan-lingustik-terapan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,156
  • Pages: 24
PENGAKUAN PELAJAR ( KEASLIAN HASIL TUGASAN )

Saya

AMELIA ANAK DEPA

No. Kad Pengenalan

960507-13-6168

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Major/Opsyen

SEJARAH PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

mengaku bahawa tugasan

dengan ini

BMMB3023 LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU

(isikan kod dan nama kursus) adalah tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat di dalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

...................................................... (Tandatangan pelajar)

Nama : AMELIA ANAK DEPA No. KP : 960507-13-6168

REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA KURSUS

: LINGUISTIK TERAPAN BAHASA MELAYU

KOD KURSUS

: BMMB3023

NAMA PENSYARAH

: Dr HAJAH NORMAIZAM BT. HJ HAMID

NAMA PELAJAR

: AMELIA ANAK DEPA MOHD AFFNAN BIN JUSIDIN

Bil

Tarikh

Catatan Aktiviti

Tandatangan Pensyarah

1

2

3

TARIKH HANTAR TUGASAN :

*** Perlu dilampirkan dalam tugasan pelajar *** Sekiranya kolaborasi melebihi 3 fasa, sila tambah helaian baru

Tandatangan Pelajar

Catatan

BIODATA PELAJAR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN TAHUN 2015

MAKLUMAT PELAJAR NAMA PELAJAR

AMELIA ANAK DEPA

UNIT

SEJARAH

AMBILAN

JUN 2014

NO. KAD PENGENALAN

960507-13-6168

TARIKH LAHIR

07/05/1996

STATUS PERKAHWINAN

BUJANG

ALAMAT KEDIAMAN

RH SABANG RANTAU LIMAU, 96600 JULAU SARAWAK.

NO. TELEFON PELAJAR

010-5963795

ALAMAT E-MAIL PELAJAR

[email protected]

NO. TELEFON PENJAGA

019 8051502/019 4830715

MENTOR

EN WAN HASNI BIN WAN AHMAD

SOALAN TUGASAN

PENGENALAN Pada zaman era globalisasi ini, perkembangan linguistik sangat pesat. Aspek lain yang berkaitan dengan bidang-bidang kajian bahasa juga telah berkembang. Kajian bahasa tidak hanya meliputi satu aspek saja, akan tetapi telah meluas ke bidang atau asppek di luar bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan kehidupan manusia. Teori linguistik terapan merupakan cabang linguistik yang memusatkan perhatian pada teori umum dan metode-metode umum dalam penelitian bahasa. Cabang linguistik boleh terbahagi kepada fonologi, morfologi, sintaksis dan semantic. Oleh itu, linguistik terapan ini boleh diterapkan dalam segala bidang. Salah satunya adalah bidang pendidikan. Lebih tepatnya dalam halhal pemeblajaran bahasa. Dalam hal ini, pembahasan lebih mendalam tentang hubungan linguistik terapan dengan pembelajaran bahasa perlu diadakan. Linguistik pada prinsipnya memiliki peranan yang sangat besar untuk memberikan kontribusi dalam aspek kajian bahasa. Secara umum linguistik merupakan wujud interpretasi dari ilmu yang mengambil bahasa sebagai objek kajiannya. Linguistik atau bahasa erat kaitannya dengan pendidikan. Hal ini merujuk pada persepsi bahawa bahasa adalah media utama dalam pendidikan dan begitu pula sebaliknya, pendidikan memiliki kesan yang mendalam pada bahasa. Penelitian linguistik atau penelitian bahasa perlu dimanfaatkan untuk pengajaran dan pendidikan bahasa. Dengan kata lain, sejauh mana aplikasi dan penemuan linguistik demi kepentingan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pada hakikatnya Ilmu Bahasa atau Linguistik tidak identik dengan Pengajaran Bahasa. Memang harus diakui bahwa antara keduanya terdapat jalinan yang sangat erat. Di kalangan ahli Ilmu Bahasa terdapat dua pendapat yang berbeda. Ada yang berpendapat bahwa Ilmu Bahasa sebagai suatu ilmu haruslah bersifat otonom dan berdiri sendiri. Ilmu Bahasa merupakan ilmu murni yang berusaha mempelajari dan menganalisis objeknya sesuai dengan teori kebahasaan yang dianutnya tanpa memperhatikan kegunaan dan fungsinya. Ada pula pendapat ahli Ilmu Bahasa yang menyatakan bahwa di samping sebagai ilmu murni, Ilmu Bahasa harus pula memikirkan cara-cara penerapannya di dalam kehidupan sehari-hari untuk kepentingan manusia, antara lain yang penting adalah Pengajaran Bahasa. Sebelum menghuraikan lebih lanjut pembahagian golongan kata dan ciri-cirinya, ingin diperjelaskan dahulu kepentingan mengenali jenis-jenis golongan, sehingga secara linguistik kajian tersebut dapat memuaskan pembacanya. Kajian pembahagian golongan kata juga sesuatu bahasa yang merupakan kajian penting bagi seseorang yang mempelajari ilmu morfologi ataupun ilmu sintaksis pada bahasa berkenaan. Ringkasnya, mengetahui

pembahagian golongan kata dapat membantu memahami secara am ciri-ciri dan pola bahasa yang dikaji. (Ahmad Muhamaad Qaddir. 199:156)

LINGUISTIK Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu kala hingga kini. Jadi, tidak hairanlah subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti institusi pengajian tinggi, institut perguruan dan kini hingga ke peringkat yang lebih rendah iaitu di sekolah-sekolah rendah. Jelas disini bahawasubjek ini adalah subjek penting di setiap tempat pengajian samada pendidikan tinggi ataupun rendah walaupun negara sedang menuju kea rah globalisasi yang menjadikan bidang teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu lingustik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar perlu didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu lingusitik sebelum kita mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya. Dalam bahasa Latin lingua, istilah linguistik membaw maksud ‘bahasa’. Dalam bahasa-bahasa “Roman” iaitu bahasa-bahasa yang berasal daripada bahasa Latin, masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin iaitulangue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya, bahasa inggeris memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language. Istilah ‘lingustics’ dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kata language tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu dan kata adjektifnya adalah linguistic atau “linguistik”. Ferdinand de Saussure (1916) yang merupakan bapa linguistik moden berbangsa

Swiss,

dalam

bukunya

Cours

de

Linguistique

Generale

telah

membezakan kata Perancis langue dan langage. Beliau juga telah membezakan istilah parole iaitu (tuturan) berdasarkan kedua-dua istilah tersebut. Menurut beliau lagi, langue merupakan suatu :sistem”. Manakala, istilah langage boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur bahasa seperti yang terdapat dalam ucapan “Di mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa, tetapi tidak ada pertuturan”. Parole yang merupakan ‘tuturan’ pula bahasa, sebagaimana yang dipakai secara konkrit dan merujuk kepada ‘loghat’, ‘ucapan’ dan ‘perkataan’. Dalam bidang kajian ilmu lingustik, kebanyakan para sarjana bahasa sering

menggunkan istilah Perancis ini (langue, language dan parole) sebagai suatu istilah professional. Dalam bhasa Melayu, istilah ahli linguistik disebut “linguis” yang dipinjam daripada istilah bahasa Inggeris linguist. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris seharian, istilah linguist merujuk kepada makna iaitu seseorang yang fasih dalam pelbagai bahasa.dalam isitilah pula, linguist dapat diertikan sebagai ahli bahasa. Berdasarkan keterangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa orang uang fasih dalam menguasai berbagai bahasa tidak sama dengan ahli linguistik. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kita perlu membuat perbezaan di antara kata bahasa inggeris linguist di dalam bahasa seharian dengan istilah linguist sebagai ahli linguistik. Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum di sini bermaksud bahawa bidang kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik dan hanya menyelidik kepada bahasa-bahasa tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk bahasa secara umum. Pandangan Ferdinand de Saussure (1857) yang menyatakan bahawa ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa tau language secara umum. Selain itu, kajian ilmu linguistik meliputi bahasa-bahasa di dunia yang berbeza sifatnya. Dengan wujudnya kelainan bahasa-bahasa tersebut, maka bidang kajian linguistik tersebut dikatakan bersifat umum. Kelainan bahasabahasa ini merupakan bidang kajian ahli lingustik. Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian linguistik, begitu juga dengan ilmu disiplin yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Ilmu linguistik juga dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermaksud ilmu linguistik dan bidang ilmu yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu dan semua ahli yang lain. Di dalam kajian ilmu lingustik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Antaranya seperi bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang mebawa pelbagai tafsiran makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitan dengan istilah harfiah dalam ungkapan ‘ilmu bahasa’ seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebgai objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definsi objek dalam bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak

definisi linguistik yang telah dikemukan oleh ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definsi yang dikemukankan oleh mereka berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang berbeza di kalangan mereka. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan tentang definisi ilmu linguistik ini turut disentuh oleh Langacker (1987). Menurut beliau, linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu

ilmu yang

mempunyai

ciri keesahan

dan

kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan oleh John Lyons (1968:89). Menurut beliau, linguistik adalah 'The scientific study of language'. Pandangan kedua-dua tokoh ini memperlihatkan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik. Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau, pengertian kata Alinguistike merujuk kepada bagaimana suatu kajian bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara khususnya, iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa, tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa. Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

1.2

LINGUISTIK TERAPAN

1.2.1 Pengertian Linguistik Terapan Kata linguistik berasal dari bahasa Latin lingua yang berarti bahasa. Menurut Pringgodigdo dan Hasan Shadili, sebagaimana dikutip oleh Mansoer Pateda, “linguistik adalah penelaahan bahasa secara ilmu pengetahuan. Linguistik menurut AS Hornby berarti ilmu bahasa atau metode mempelajari bahasa. Sedangkan kata terapan artinya memakai atau menggunakan. Jadi bisa di simpulkan bahwa linguistik terapan adalah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh peneliti bahasa yang dipergunakan untuk meningkatkan keberhasilan tugastugas praktis yang menggunakan bahasa sebagai komponen inti.

1.2.2 Sejarah Linguistik Terapan Di Britania Raya, sekolah pertama linguistik diterapkan diperkirakan telah dibuka di tahun 1957 di Universitas Edinburgh dengan Ian Catford sebagai Kepala. Di Amerika Serikat, Sejarah Linguistik Terapan di Indonesia, hingga saat ini studi linguistik di Indonesia belum ada catatan yang lengkap, meskipun studi linguistik di Indonesia sudah berlangsung lama dan cukup semarak. Pada awalnya penelitian bahasa di Indonesia dilakukan oleh para ahli Belanda dan Eropa lainnya, dengan tujuan untuk kepentingan pemerintahan kolonial. Pendidikan formal linguistik di fakultas sastra (yang jumlahnya juga belum seberapa) dan di lembaga-lembaga pendidikan guru sampai akhir tahun lima puluhan masih terpaku pada konsep-konsep tatabahasa tradisional yang sangat bersifat normatif. Perubahan baru terjadi, lebih tepat disebut perkenalan dengan konsepkonsep linguistik modern. Pada tanggal 15 November 1975, atas prakarsa sejumlah linguis senior berdirilah organisasi kelinguistikan yang diberi nama Masyarakat Linguistik Indonesia (MLI). Anggotanya adalah para linguis yang kebanyakan bertugas sebagai pengajar di perguruan tinggi negeri atau swasta dan di lembagalembaga penelitian kebahasaan.

1.2.3 Objek Kajian Linguistik Terapan Objek kajian linguistik terapan tidak lain adalah bahasa, yakni bahasa manusia yang berfungsi sebagai sistim komunikasi yang menggunakan ujaran sebagai medianya; bahasa seharian manusia, bahasa yang dipakai sehari-hari oleh manusia sebagai anggota masyarakat tertentu, atau dalam bahasa Inggeris disebut denganan ordinary language atau a natural language. Ini berarti bahasa lisan (spoken language) sebagai obyek primer linguistik, sedangkan bahasa tulisan (written language) sebagai obyek sekunder linguistik, karena bahasa tulisan dapat dikatakan sebagai “turunan” bahasa lisan. Ferdinand De Saussure (1857-1913) seorang ahli linguistik kebangsaan Swiss yang dianggap sebagai bapak linguistik modern menegaskan bahwa objek linguistik mencakup langage, langue dan parole. Langage (Inggris; Linguistic disposition) adalah bahasa pada umumnya, seperti dalam ungkapan “manusia mempunyai bahasa, sedangkan dewan tidak mempunyai bahasa”. Langue (Inggris; language) berarti bahasa tertentu seperti bahasa Inggris, bahasa Arab, bahasa Indonesia dan lain-lain. Sedangkan parole (Inggris; speech) berarti loghat, ucapan atau tuturan. Sebenarnya kata Language dalam bahasa Inggeris meliputi baik langage mahupun langue dalam bahasa Perancis. Namun demikian, parole merupakan objek konkrit linguistik, langue merupakan objek yang sudah lebih abstrak, sedangkan langage merupakan objek yang paling abstrak.Sebenarnya ada beberapa ilmu yang berhubungan dengan linguistik terapan sebagai objek kajiannya, antara lain: 1)

Linguistik terapan atau ilmu-ilmu tentang aspek-aspek bahasa; dan

dalam hal ini bahasa digunakan dalam arti harfiyah. Inilah yang disebut pure linguistik atau linguistik murni. 2)

Ilmu-ilmu tentang bahasa; dan dalam hal ini, istilah bahasa digunakan

dalam arti metaforis atau kiasan. Contoh ilmu yang termasuk kategori ini adalah kinesik dan paralinguistik. Kinesik adalah ilmu tentang gerak tubuh atau kial atau language, seperti anggukkan kepala, isyarat tangan dan lainlain. Paralinguistik adalah ilmu yang memusatkan perhatiannya pada aktifitasaktifitas tertentu yang mengiringi pengucapan bahasa, seperti desah nafas, decak, ketawa, batuk-batuk kecil, bentuk-bentuk tegun seperti ehm, anu, apa itu dan lain sebagainya.

3)

Ilmu tentang pendapat-pendapat mengenai bahasa. Contohnya

metalinguistik, yakni ilmu yang membicarakan selok belok “bahasa” yang dipakai untuk menerangkan bahasa yang tercermin dalam istilah studi teori linguistik, studi metode linguistik dan lain-lain. 4)

Ilmu-ilmu mengenai ilmu bahasa. Yang termasuk kategori ini adalah

studi-studi yang mengkhususkan dirinya pada ilmu linguistik itu sendiri, seperti studi tentang sejarah perjalanan ilmu linguistik, studi linguistik pada abad ke dua puluh dan lain-lain. Cabang linguistik yang mempelajari aspek bunyi bahasa adalah fonologi. Tataran morfem atau kata dipelajari dalam morfologi. Tataran frasa atau kalimat yang dibahas dalam sintaksis. Sedangkan aspek makna bahasa dipelajari dalam ilmu tersendiri yang disebut semantik. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa cabang-cabang linguistik ditinjau dari tatarannya terdiri dari fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Istilah bahasa memang sering disalah fahami oleh orang. Sebahagian besar orang menganggap bahasa mencakup semua sarana yang boleh digunakan sebagai alat komunikasi seperti tulisan, isyarat, gerakan tangan dan bibir yang digunakan oleh kelompok orang pekak dan bisu dan lain-lain. Oleh karana itu, perlu ada definisi yang jelas mengenai bahasa yang menjadi objek kajian linguistik. Dalam ilmu linguistik bahasa juga diartikan sebagai alat komunikasi yang dengannya pesan dapat disampaikan. Namun demikian, ada perbezaan antara bahasa dengan alat komunikasi yang lain berkaitan dengan medianya. Sebagai contoh, dalam tulisan, medianya adalah simbol-simbol tertulis, dalam isyarat medianya adalah gerakan tubuh. Sedangkan dalam bahasa, media yang digunakan untuk berkomunikasi adalah bunyi-bunyi ujaran yang dihasilkan oleh alat organ manusia. Dalam perspektif ilmu linguistik, sistem atau alat komunikasi lain yang tidak menggunakan bunyi ujaran sebagai medianya tidak termasuk bidang kajian linguistik. Dari sini jelaslah bahawa objek kajian linguistik adalah sistem bunyi yang digunakan oleh manusia dalam komunikasi antara mereka. Linguistik terapan menggunakan metode ilmiah seperti metode induktif dan deduktif dalam meneliti bahasa. Metode induktif digunakan dalam menyusun generalisasi dari hasil penelitian yang diambil dari observasi-observasi yang mendalam. Sedangkan metode deduktif digunakan pada saat seorang linguis ingin

menguji validitas atas teori atau hukum yang telah mapan sebelum ia melakukan penelitian. Ciri ilmu yang terakhir adalah bahwa ilmu itu tidak bersifat statis tetapi dinamis.

Kedinamisan

linguistik

ditandai

dengan

keterbukaannya

terhadap

perubahan terutama jika ada data tambahan atau penemuan baru yang menolak teori-teori sebelumnya. Linguistik adalah ilmu yang selalu tumbuh dan berkembang serta senantiasa memperhatikan penemuan-penemuan baru. Ini bererti mereka yang menyebut dirinya seorang linguis harus bersikap terbuka dan senantiasa menerima kebenaran-kebenaran baru dari hasil penelitian kebahasaan yang ada. Ketika seorang linguis meneliti bahasa dan membuat kesimpulan atas penelitiannya, ia tidak boleh menganggap kesimpulannya sebagai kebenaran final. Apa yang benar pada saat tertentu belum tentu dianggap benar pada saat yang lain akibat adanya bukti atau data yang baru yang menggugurkannya. Dengan demikian pencarian kebenaran ilmiah merupakan suatu proses yang tidak akan pernah berhenti, dan inilah kekuatan sebuah ilmu yang akan selalu mengikuti perkembangan zaman dan kemajuan.

1.2

CIRI-CIRI DAN FUNGSI BAHASA Bahasa adalah satu konsep umum yang menjadi dasar di dalam perhubungan. Terdapat beberapa sarjana yang memberi definisi mereka terhadap bahasa. Menurut Kamus Linguistik, bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus Linguistik, 1997:27). Menurut Gorys Keraf (1997:1), bahasa adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Walau bagaimanapun, bahasa tidak semestinya sebagai alat berkomunikasi kerana komunikasi juga boleh terbentuk melalui isyarat tubuh atau melalui cara yang telah disepakati seperti lukisan, asap api, bunyi gendang atau tong dan sebagainya. Bahasa memberikan kemungkinan yang jauh lebih luas dan kompleks daripada yang dapat diperoleh dengan mempergunakan media tadi. Bahasa haruslah merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Ia bukannya sebarang bunyi tetapi adalah bunyi yang merupakan simbol atau perlambangan. Bahasa mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia boleh memberi fungsi apabila bahasa tersebut telah seragam penggunaannya melalui perbendaharaan dan pengimbuhan dan mengikuti segala peraturan penggunaannya (Darwis Harahap Mohamad, 2004: 50). Fungsi adalah beban makna suatu satuan bahasa atau hubungan antara satu satuan dengan unsur-unsur gramatikal, leksikal/fonologi di dalam suatu deretan satuan/peranan unsur dalam suatu ujaran dan hubungannya secara struktural (Harimurti Kridalaksana, 1993: 60). Terdapat beberapa fungsi bahasa yang utama. Pada awalnya, seorang anak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan kehendaknya atau perasaannya pada sasaran yang tetap. Proses kognitif, iaitu pengenalan benda-benda kepada bahasa telah berlaku (Asmah Omar, 1993: 16). Inilah yang menjadi fungsi utama bahasa iaitu sebagai alat untuk mengekspresikan apa yang terlintas dalam pemikiran. Di dalam perkembangan bahasa, kanak-kanak tidak lagi menggunakan bahasa hanya untuk mengekspresikan kehendaknya, tetapi juga untuk berkomunikasi dengan lingkungan di sekitarnya.

Setelah dewasa, kita menggunakan bahasa untuk mengekspresikan diri dan berkomunikasi. Seorang penulis mengekspresikan dirinya melalui tulisan. Sebagai contoh, tulisan kita dalam sebuah buku, merupakan hasil ekspresi diri kita. Ketika

menulis, kita tidak memikirkan siapa pembaca. Kita hanya menuangkan isi hati dan perasaan kita tanpa memikirkan apakah tulisan itu difahami orang lain atau tidak. Semasa menggunakan bahasa sebagai alat untuk mengekspresikan diri, si pemakai bahasa tidak perlu mempertimbangkan atau memperhatikan siapa yang menjadi pendengarnya, pembacanya, atau khalayak sasarannya. Ia menggunakan bahasa hanya untuk kepentingannya peribadi. Sebagai alat untuk menyatakan ekspresi diri, bahasa menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat di dalam dada kita. Unsur-unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orang lain terhadap kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi (Gorys Keraf, 1997: 4). Fungsi utama bahasa adalah sebagai alat komunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 22). Manusia memerlukan suatu medium untuk melawan bicara dengan orang lain. Dalam komunikasi seharian, salah satu alat yang sering digunakan adalah bahasa, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulisan. Bahasa menjadi alat komunikasi yang paling efektif di dalam memastikan proses komunikasi berjalan lancar. Melalui komunikasi, kita mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orang-orang yang sezaman dengan kita. Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran perumusan maksud, melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama yang mewujudkan pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan (Gorys Keraf, 1997: 4). Semasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, kita sudah memiliki tujuan tertentu antaranya ingin difahami oleh orang lain (Sumarsono, 2004: 143). Dalam berkomunikasi, kita mempertimbangkan bahasa apa yang ingin digunakan. Misalnya, kata makro hanya difahami oleh orang berpendidikan, namun kata besar atau luas lebih mudah difahami masyarakat. Bahasa adalah unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman manusia. Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan (Sumarsono, 2004: 145).

Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap orang untuk merasa dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya. Seterusnya manusia dapat melakukan segala kegiatan kemasyarakatan dengan menggunakan bahasa. Ia

memungkinkan integrasi yang sempurna bagi setiap individu dengan masyarakatnya (Gorys Keraf, 1997: 5). Semasa mengadaptasi di dalam lingkungan sosial tertentu, kita akan memilih bahasa yang kita gunakan bergantung pada situasi yang dihadapi. Kita menggunakan bahasa yang berbeza pada orang yang berbeza. Kita perlu memilih dan menggunakan bahasa yang sesuai di dalam percakapan, misalnya menggunakan kata Kamu atau Saudara untuk memulakan perbualan. Kita perlu bijak agar dapat menghasilkan perbualan yang sesuai. Kata kamu sesuai untuk rakan manakala saudara adalah untuk mereka yang baru dikenali. Dengan menguasai bahasa suatu bangsa, kita dengan mudah berbaur dan menyesuaikan diri dengan bangsa tersebut (Zulkifley Majid, 1996: 16).

Fungsi

seterusnya adalah sebagai alat di dalam mengawal sosial. Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif. Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial (Zulkifley Majid, 1996: 17). Ceramah agama atau dakwah merupakan salah satu contoh penggunaan bahasa yang berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Begitu juga penyampaian ilmiah atau politik. Kita juga sering mengikuti diskusi atau perbincangan (talk show) di televisyen dan radio. Iklan layanan masyarakat atau layanan sosial merupakan salah satu kewujudan penerapan bahasa sebagai alat kawalan sosial. Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memberikan kepada kita cara untuk memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang baik dengan menggunakan bahasa. Di samping itu, kita juga dapat belajar untuk menyemak dan mendengarkan pandangan orang lain mengenai suatu hal. Contoh fungsi bahasa sebagai alat kawalan sosial yang sangat mudah kita terapkan adalah sebagai alat pereda rasa marah. Menulis merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk meredakan rasa marah. Tuangkanlah rasa tidak puas hati dan marah kita ke dalam bentuk tulisan. Biasanya, pada akhirnya, rasa marah kita beransur-ansur hilang dan kita dapat melihat persoalan secara lebih jelas dan tenang. Bahasa sebagai alat untuk berfikir adalah fungsi yang hampir sama dengan ekspresi. Namun begitu, terdapat perbezaan yang ketara. Walaupun tanpa bahasa manusia juga boleh berfikir, namun ia akan lebih bermakna seandainya ia dapat diinterpretasikan melalui bahasa. Dalam proses berfikir, kita menggunakan bahasa agar apa yang kita fikirkan mampu untuk

diungkapkan. Apa yang terbayang dalam pemikiran ialah bunyi-bunyi bahasa yang membentuk pertuturan atau paparan. Paparan ini boleh diungkapkan menjadi suatu bahan iaitu bahan bertulis yang bercetak seperti buku, majalah dan akhbar. Selain itu, alat berfikir ini juga boleh menjadi bahasa lisan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi (Mokhtar Mansor, 1991: 23). Bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991: 24). Apabila seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang dilihatnya itu dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium tersebut tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek bahasa adalah penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang ingin diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai sebuah alat yang mampu merakam segala kejadian. Kejadian yang terakam sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu untuk dirakamkan melalui kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan semula dengan menggunakan bahasa. Selain itu, terdapat beberapa orang tokoh seperti Karl Buhler, Simanjuntak, John Concon dan sebagainya yang telah mengemukakan fungsi bahasa mengikut pandangan mereka sendiri. Karl Buhler mengemukakan fungsi yang hampir sama dengan Simanjuntak. Mereka mengemukakan tiga fungsi utama bahasa iaitu Appel, Ausdruck dan Darstellung. Appel/evokasi (membangkitkan) menunjukkan bahawa bahasa berfungsi sebagai alat untuk memerintah atau meminta lawan bicara untuk melakukan sesuatu. Fungsi ini seperti seorang komander memberi arahan kepada pasukan

mereka

(Sumarsono:

148).

Ausdruck/ekspresi

(melahirkan)

pula

menunjukkan bahawa bahasa berfungsi untuk mengungkapkan suasana hati penutur. Contohnya perkataan aduh, amboi dan wah. Perkataan ini sudah mampu untuk memberitahu tentang suasana hati penutur. Fungsi seterusnya ialah Darstellung/representatif (mewakili) iaitu berfungsi untuk mengacu objek tertentu yang berada di luar diri penutur dan lawan tuturnya. Fungsinya adalah untuk mengacu dan menjelaskan secara lebih terperinci, contohnya memberi analisis tentang sesuatu.

John C. Concon Jr. turut memberi fungsi terhadap bahasa. Menurutnya, bahasa berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual (Sumarsono, 2004:

154). Halliday pula memberikan bahasa kepada beberapa fungsi iaitu sebagai fungsi deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di dalam bidang sosial. Halliday (1978), juga menjelaskan bahawa bahasa berfungsi sebagai pencetus ideasional. Manusia

menggunakan

bahasa

untuk

menata

(mengorganisasikan)

pengalaman penutur atau penulis tentang dunia nyata atau dunia fantasi kepada pengungkapan. Bahasa tersebut mengacu kepada barang, orang, tindakan, peristiwa, keadaan dan sebagainya di dalam keadaan nyata atau yang dibayangkan. Bahasa juga berfungsi di dalam mengungkap interpersonal manusia. Bahasa mampu untuk menunjukkan, membangun atau mempertahankan hubungan sosial antara manusia. Ini mencakupi bentuk penyapaan, fungsi tutur, modalitas dan sebagainya. Fungsi seterusnya adalah sebagai tekstual. Di dalam hal ini, bahasa mencipta teks bertulis atau lisan yang koheren di dalam dirinya dan yang sesuai bagi sesuatu situasi tertentu (Sumarsono, 2004: 49). Bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan ia terbentuk daripada beberapa faktor, antaranya disebabkan oleh pengekodan, dialek dan sebagainya. Bahasa mempunyai beberapa fungsi; sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi dan identiti diri yang memudahkan pekerjaan manusia. Melalui bahasa, kita dapat menunjukkan sudut pandang kita, pemahaman kita atas suatu hal, asal usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita, bahkan sifat kita. Bahasa menjadi cermin diri kita, baik sebagai bangsa mahupun sebagai diri sendiri. Bahasa adalah suatu yang utuh dan bersistem, tidak menumpang kepada bahasa lain, wujud secara tersendiri dan mempunyai banyak bentuk. Derasnya arus

globalisasi di dalam

kehidupan telah menyerlahkan

perkembangan dan pertumbuhan bahasa sebagai pendukung pertumbuhan dan perkembangan budaya, ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua manusia di dalam era ini memberi peranan penting di dalam dunia persaingan bebas dan komunikasi. Konsep dan istilah baru di dalam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung memperkaya khazanah bahasa Melayu. Maka, semua produk budaya akan tumbuh dan berkembang

pula

sesuai

dengan

pertumbuhan

dan

perkembangan

ilmu

pengetahuan dan teknologi itu. Sekali gus, ia berperanan sebagai prasarana berfikir dan pendukung pertumbuhan dan perkembangan IT. Menurut Sunaryo (2000), tanpa adanya bahasa, bidang IT tidak dapat tumbuh dan berkembang.

Selain itu, bahasa di dalam struktur budaya, telah memiliki kedudukan, fungsi, dan peranan iaitu sebagai akar dan produk budaya. Bahasa menjadi medan prasarana pemikiran moden. Biasanya, penggunaan bahasa yang baik akan menghasilkan buah fikiran yang benar. Bahasa juga menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa perlu dipelihara kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

PENUTUP Linguistik terapan adalah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh peneliti bahasa yang dipergunakan untuk meningkatkan keberhasilgunaan tugas-tugas praktis yang menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Maka yang didukung oleh laras bahasa melibatkan pelbagai aspek konteks dan situasi. Walaubagaimanapun, kepelbagaian takrian makna yang didukung oleh laras bahasa juga menghasilkan satu kesamaan cirinya iaitu laras bahasa pastinya wujud dalam setiap bahasa dan kewujudannya membuktikan keperluannya dalam sesebuah komuniti itu sebagai wadah penyampai makluamt yang lebih berkesan. Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa utama dunia sejak dahulu hingga kini. Persoalan yang timbul dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu perlu dipinggirkan dalam bidang keilmuan? Bahasa merupakan suatu sistem komunikasi yang mempergunakan simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer. Bahasa dapat diperkuat dengan gerak-geri badan yang nyata. Ia merupakan simbol atau lambang kerana rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia harus diberikan makna tertentu, dan ia biasanya menggunakan simbol tertentu.

REFLEKSI Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya mendapat banyak input dan output tentang bagaimana untuk mengulas artikel ataupun jurnal yang terpilih. Pada mula-mula saya menerima tugasan ini, saya berasa bahawa tajuk yang diberikan sangat mencabar. Dengan tajuk yang telah diberikan, saya telah mula membuat pencarian. Saya berasa seperti tidak dapat menyiapkan tugasan ini kerana berlaku ketidakfahaman dengan soalan yang diberikan tersebut. Pada mulanya, memang susah untuk mencari bahan terutamanya di internet kerana sangat terhad. Syukur dengan bantuan para rakan seunit dan pensyarah yang menjadi panduan saya untuk berusaha mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan setiap tajuk tersebut. Semasa proses menyiapkan tugasan ini, saya telah berusaha untuk memahami setiap inti tajuk tersebut dan permintaan setiap soalan yang diberikan. Selain daripada berusaha menyiapkan tugasan, saya telah mendapat pengetahuan baru iaitu pengenalan dengan apa itu ilmu linguistik. Ilmu linguistik ini sangat penting sejak zaman dahulu kala lagi. Kepentingan setiap golongan kata dan klausa sangat penting kepada setiap guru yang akan mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Sekiranya kita adalah seorang panitia Bahasa Melayu, maka kita hendaklah menguasai bidang tersebut dengan mendalam lebih daripada guru lain.

Tugasan ini telah mendorong saya untuk mengetahui lebih mendalam tentang bahasa melayu yang mempunyai banyak pecahan. Apabila saya membuat tugasan ini, maka pemahaman saya tentang bahasa Melayu lebih mendalam. Hal ini kerana, ketika berada di sekolah menengah dan rendah, tidak berupaya dan tiada peluang untuk mengenal dengan lebih mendalam tentang isi bahasa Melayu yang sebenarnya dengan lebih mendalam lagi. Setelah belajar ke peringkat yang lebih tinggi, maka pengetahuan pun bertambah. Memandangkan subjek yang saya ambil ini adalah subjek elektif, jadi saya perlu mengasah lagi pemahaman saya tentang apa yang akan saya pelajari nanti. Apa yang saya faham dalam penyiapan tugasan ini adalah bagaimana pelajar membuka minda dan berfikir di luar kotak akan isu-isu yang terjadi di dalam dan di luar negara. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu mengambil tahu isu-isu antaranbangsa tetapi bukan dengan masuk capur urusan kerajaan. Bukan hanya tahu mengutuk, membuat demonstrasi dan pemberontakan. Fikirkanlah sesuatu yang matang apa yang kita akan dan telah sumbang kepada negara. Tepuk dada, Tanya selera. Pada akhir tugasan ini, akhirnya saya dapat memahami sepenuhnya setiap tajuk yang diberikan dengan jaya. Sekali lagi terima kasih kepada yang terlibat dan yang telah mmbimbing saya untuk menelaah setiap tajuk tersebut. Apa yang saya rasa setelah berjaya menyiapkan tugasan ini adalah saya rasa bersyukur. Syukur dan tidak lagi berfikiran negatif terhadap setiap tugasan yang diberikan oleh para pensyarah selepas ini. Saya juga telah berjaya memahami konsep-konsep tugasan yang bukan sahaja menjadi tugasan semester malah sebagai selingan kepada pengetahuan asas dan kebaikan kepada kehidupan seharian kita. Dalam penambahbaikan tugasan iaitu dari segi tempoh yang diberikan kepada pelajar seperti tidak mencukupi sangat kerana kekangan masa dan juga tugasan kerja kursus yang lain. Begitu juga dengan tugasan sampingan yang perlu dilaksanakan juga. Selain itu, buku-buku di perpustakaan juga sangat susah untuk dicari kerana tidak mengikut susunan dan sangat berterabur tidak mengikut tajuk. Buku-buku juga sangat terhad dan baecampur aduk dengan buku-buku dari fakulti lain. Kesukaran ini telah menyebabkan masa telah terbuang dalam proses pencarian dan kadangkala tidak dijumpai. Akan tetapi, saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan berjumpa pensyarah pembimbing dan berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas. Akhirnya, sedikit sebanyak cara begini dapat membantu saya dalam membuat tugasan ini. Kami sering berbincang sesama sendiri sekiranya ada tugasan yang tidak difahami. Saya telah menilai dari sudut lain bahawa bergerak dalam kumpulan lebih banyak dan lebih mudah dalam usaha penarian maklumat dan dalam perkongsian bahan samada bahan bacaan atau web.

Saya berharap kelemahan ini dapat diatasi dengan segera dan penambahbaikan dilakukan dengan segera kerana para pelajar yang baru masuk nanti akan mengalami perkara yang sama. Hal juga untuk kebaikan semua pihak kerana bahan-bahan di internet sukar untuk dicari yang paling penting kebenarannya sangat diragui. Selain itu, wifi IPG kurang memuaskan dan selalunya akan menyekat bahan-bahan yang sememangnya diperlukan oleh tugasan. Bahan-bahan di internet juga kebanyakannya dalam bahasa Indonesia. Kesimpulannya, setiap perkara ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang tidak boleh kita elakkan tetapi boleh dibaiki dan boleh diatur. Antara kebaikan yang saya dapat daripada bertungkus-lumusnya dalam usaha menyiapkan tugasan ini iaitu dapat bersabar dan menerima kekurangan apa yang ada. Akhir sekali, sekiranya ingin menjadi orang yang berjaya, penerimaan atas apa yang dilalui sangat penting. Kelemahan dan kelebihan itu hanya kesan sampingan supaya kita tahu erti bersyukur dan menghargai apa yang ada.

More Documents from "Affnan Nan"