Refleksi Inovasi.docx

  • Uploaded by: Affnan Nan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Inovasi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,025
  • Pages: 5
REFLEKSI BAHAN INOVASI 1)

KEKUATAN BAHAN INOVASI Proses uji lari bahan inovasi Maze Runner telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan

Jabi, Terengganu. Saya memilih 10 orang murid untuk dijadikan sebagai responden. Mereka semua dari murid tahun 5 di sekolah tersebut. Setelah pemerhatian dilakukan, saya mendapati bahawa terdapat banyak kebaikan produk media interaktif kepada murid-murid. Salah satu kebaikan yang paling jelas dapat dilihat ialah ia dapat menggalakkan dan menerapkan murid dalam pembelajaran secara meneroka ketika proses pembelajaran.

Secara langsung,

pembelajaran secara meneroka ini dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan membantu pelajar dalam situasi penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran di samping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Dengan ini, pengetahuan sedia ada yang terdapat dalam minda pelajar akan dapat dicungkil dan dikembangkan lagi. Kognitif murid-murid juga dapat dipertingkatkan lagi apabila mereka cuba menyelesaikan masalah yang terdapat dalam media interaktif seperti soalan-soalan yang terdapat pada stesen-stesen dalam permainan ‘Maze Runner’. Justeru itu,keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan semakin meningkat. Selain itu, kekuatan penggunaan bahan inovasi ini kepada pelajar ialah dapat menarik minat mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Holmes. W. (1990) multimedia interaktif boleh digunakan untuk menarik perhatian, memaklumkan objektif pelajaran, menjana pengetahuan sedia ada, mempersembahkan perangsang dengan ciri-ciri unggul, memberi panduan pembelajaran, menyediakan maklum balas, menilai pencapaian dan menguatkan ingatan terhadap isi pelajaran. Dalam produk yang dihasilkan terdapat unsur-unsur seperti video dan gambar dimasukkan supaya pelajar akan lebih faham tentang apa yang dipelajari. Murid juga akan lebih teruja menggunakan media interaktif ini kerana kerana contoh lambang dan makna lambang dalam Jata Negara yang dipaparkan dalam media interaktif tersebut adalah berbentuk konkrit yang mana sekaligus dapat membantu mereka untuk mendapat gambaran dan contoh yang jelas mengenai topik tersebut. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan media interaktif dan permainan Maze Runner dapat meningkatkan pengukuhan pengetahuan pelajar melalui kaedah didik hibur. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (2001) para pelajar yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Apatah lagi jika

pendekatan yang digunakan berbentuk permainan pendidikan. Permainan pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah permainan yang berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah para pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini akan merangsang pengguna untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih dahulu. Dengan ini ia akan membantu pelajar melatih kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah dalam menjawab soalan kuiz yang diberikan. Dalam perisian ini juga, pelajar berupaya untuk menganalisis semula soalan dan jawapan yang telah dijawab dengan bantuan guru. Di samping itu, bahan inovasi ini boleh disimpan di mana-mana komputer riba mahupun “pendrive”. Jadi, amat senang dan mudah bagi saya ataupun guru-guru yang lain untuk menggunakannya pada waktu yang diperlukan

2)

KELEMAHAN BAHAN INOVASI Setelah pemerhatian dilakukan, saya mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan

yang berlaku semasa proses pengujian bahan inovasi. Antaranya ialah kemudahan infrastruktur yang terhad seperti komputer riba yang sedikit jumlahnya. Hal ini kerana permainan ini seharusnya setiap satu orang murid perlu merasai dengan sendiri tanpa perlu menunggu giliran mereka akan tiba. Maka, masa proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas dan sebilangan murid tidak dapat melaksanakan permainan ini. Tambahan itu, saya perlu memperbanyakkan lagi jumlah soalan yang terdapat dalam bahan inovasi serta memasukkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) agar kognitif murid-murid dapat diasah dan dipertingkatkan lagi. Di samping itu, terdapat beberapa orang murid yang masih lagi kurang mahir tentang penggunaan ICT. Oleh demikian, mereka akan ketinggalan daripada murid lain. Proses Pdp juga terbantut sehinggakan guru perlu memberi penerangan yang amat jelas dan teliti. Akhir sekali, kelemahan yang saya dapati ialah bahan inovasi yang saya hasilkan masih mempunyai kekurangan pada penggunaan animasi-animasi serta bahan video. Oleh itu, murid akan cepat merasa bosan dan hilang perhatian terhadap bahan inovasi yang dijalankan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Walaupun bahan inovasi Maze Runner banyak memberi kebaikan kepada murid-murid, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan produk ini. Salah satu penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah dengan memperbanyakkan lagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) dalam soalan yang terdapat dalam permainan Maze Runner. Hal ini kerana soalan-soalan yang digubal adalah terlalu sedikit dan tidak mencapai tahap KBAT. Saya yakin dengan penambahan soalan KBAT ini , guru akan dapat meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi murid-murid serta kefahaman mereka tentang topik yang dipelajari. Selain itu, penambahbaikan yang lain ialah dengan memperbanyakkan lagi gambargambar dan video tentang topik Jata Negara. Hal ini kerana, nota dan video yang terdapat dalam media interaktif tersebut masih lagi berada pada tahap yang minimum. Di samping itu, saya sebagai seorang guru mestilah melihat tahap kemampuan murid-murid saya. Jika tahap kognitif murid sederhana maka soalan yang diajukan perlulah setaraf dengan kognitif mereka. Strategi ini digunakan agar murid meneroka sendiri dengan kudrat mereka. Bagi bahan inovasi pula, media interaktif ini adalah fleksibel. Oleh itu, guru mestilah bijak dalam mengatur strategi pengajaran agar dengan penggunaan media interaktif dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar. Apabila penambahbaikan yang dilakukan ini, bahan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipelbagaikan seterusnya meningkatkan kecemerlangan pelajar.

KESIMPULAN Perkembangan pesat dalam bidang teknologi terutama Tenologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru. Oleh demikian, penghasilan bahan inovasi berdasarkan perisian media interaktif ini sejajar dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berusaha menggabungkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu pelantar bagi melaksanakan aktiviti PdP di sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Pengatplikasian komputer dan perisian yang tepat dan betul dalam sistem pendidikan negara, mampu lebih memantapkan lagi proses PdP berdasarkan keperluan dan kehendak semasa. Dalam penghasilan projek inovasi semasa internship ini, saya telah menggunakan media interaktif sebagai produk inovasi digital mata pelajaran Sejarah. Produk ini adalah hasil gabungan perisian Microsoft Power Point, aplikasi hyperlink dan google chrome sebagai bahan bantu mengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Media interaktif yang digunakan ini merangkumi nota-nota dan soalan kuiz topik tahun 5 di bawah tajuk Jata Negara. Antara bahan multimedia yang diterapkan dalam slaid interaktif ini ialah gambar, video dan audio sebagai perangsang kepada proses pembelajaran murid di dalam kelas.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29

More Documents from ""