Fonetik Fonologi.docx

  • Uploaded by: Affnan Nan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fonetik Fonologi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,562
  • Pages: 27
1.0 Pengenalan

Semua manusia telah dianugerahkan keupayaan untuk bertutur kecuali bagi golongan yang istimewa seperti orang bisu dan pekak. Kebolehan manusia untuk bertutur sebenarnya mengalami mengalami proses peringkat demi peringkat iaitu sejak dari bayi sehingga menjadi dewasa. Kebolehan memperoleh bunyi bahasa adalah disebabkan oleh interaksi dengan orang sekeliling contohnya seperti ibu bapa di rumah yang menggunakan perkataan-perkataan pelat sebagai tanda manja. Bahasa melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan, seorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalah tentangnya. Oleh itu, perolehan bunyi bahasa ini dikaji secara saintifik iaitu ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang dikenali sebagai ilmu fonetik. Ilmu fonetik adalah ilmu yang termasuk dalam ilmu linguistik.

Umumnya, fonetik ialah ilmu yang mengkaji dan menyelidik mengenai penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, farings, larings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Manakala fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

1.1 Definisi Fonetik

Fonetik merupakan sebuah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Menurut Inderawati Zahid (2006) fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu yang digunakan sebagai alat komunikasi. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah kajian bunyibunyi ujar. Fonetik juga merupakan ilmu yang berusaha menemukan kebenarankenbenaran umum dan memfomulasikan hukum umum tentang bunyi-bunyi dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar manusia. Menurut Bertil Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis telah mendifenisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Menurut Bertil, fonetik ialah pengkajian yang lebih menitik beratkan pelahiran bahasa bukan pada kandungannya.

1

Umunya ilmu fonetik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Fonetik artikulasi merupakan satu bidang kajian mengenai cara untuk menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur. Fonetik auditori merupakan fonetik bagi mendeskripsi cara bagaimana kita memproses dan menginterprestasikan bunyi yang dihasilkan tersebut. Manakala fonetik akustik pula merupakan kajian fonetik sebagai satu bidang kajian transmisi bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan kita.

1.2 Definisi Fonologi

Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Manakala menurut Abdullah Hassan (1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidik bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskripsi yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi juga merupakan sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Jelasnya fonologi ialah bidang linguistic yang menyelidik bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

1.3 Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

Bidang fonetik dan fonologi adalah bidang yang saling bekait antara satu sama lain. Malah keduannya merupakan bidang yang saling melengapi antara satu sama lain. Sesetengan ahli bahasa mendefinisikan fonetik sebagai sebuah kajian tentang bunyi bahasa manakala fonologi merupakan sebuah kajaian mengenai sistem bunyi bahasa. Perbezaan kedua-dua aspek ini dapat dilihat dalam gambar rajah di bawah:

2

Fonetik

Kajian tentang sifat-sifat semulajadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.

Fonetik ialah subdisiplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya.

Terbahagi kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik auditori

Fonologi

Kajian sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifatnya yang semula jadi secara umum. semua yang berkaitan mengenai sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji tentang bunyi bahasa, iaitu mengenai fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik

Hubungan antara butirbutir leksikal dengan butirbutir leksikal lain yang membentuk ayat

Mengkaji setiap unsur bunyi Kajian berkaitan penelitian pola intonasi Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi bahasa Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa

Gambar Rajah 1: Perbezaan Fonetik Dan Fonologi

3

2.0 Alat Artikulasi Dan Daerah

Ahli lingustik dan ahli bahasa telah mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambing-lambang yang diujarkan oleh manusia menggunakan alatalat artikulasi yang ada pada mereka. Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut sebagai pertuturan, kalimat atau ujaran. Alat tutur atau alat artikulasi ini merupakan alat yang menghasilkan bunyi. Ia terdiri daripada bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, alat artikulasi membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ (1998 : 27). Manakala menurut Dr. Abdul Hassan, alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan bunyi. Ini bermaksud alat artikulasi berfungsi sebagai alat pengeluar bunyi. Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa aiatu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vocal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tersendiri. Antaran alat artikulasi utama ialah lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

2.1 Fungsi Alat-Alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi. Antara alat-alat tersebut ialah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.

2.1.1

Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia. Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah, tengah lidah, hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

4



Belakang lidah : Bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut.



Tengah lidah atau akar lidah : Bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut.



Hadapan lidah : Bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras.



Daun/akar lidah : Bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi.



Hujung lidah : Bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh, vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.

2.1.2

Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihampar dan dibundarkan. Kedua-dua bibir boleh digerakkan menyentuh antara satu sama lain, atau bibir atas menyentuh gigi bawah dan sebaliknya untuk menghasilkan bunyi.

Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, sebaliknya apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara di sekat di bibir.

2.1.3

Gigi

Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi. Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas 5

dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ө ], [ ĵ ], [ č ] dan [ Õ ] gigi turut sama berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

2.1.4

Lelangit

Lelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

2.1.5

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

2.1.6

Rongga

Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.

6

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di buka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

2.1.7

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

7

2.2 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi merupakan kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. Bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara sertamerta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya.

Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara. Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

8

Rajah 2 : Alat Artikulasi Dan Daerah

9

3.0 Vokal

Bunyi Vokal merupakan bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Dalam erti kata lain ianya terhasil apabila udara yang keluar melalui rondda oral tidak mengalami sebarang sekatan. Bunyi vocal keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Klasifikasi bunyi vokal turut ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Hal ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkan. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan tersebut dal keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.

Bunyi vokal diketegorikan sebagai bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Kedudukan lidah semasa melafazkan dan pembukaan bibir juga menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan tersebut adalah vokal hadapan, belakang ataupun tengah. Hal ini bermakna, jika depan lidah yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terliba tersebut adalah belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan merupakan vokal belakang dan sekiranya bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak pada lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang, maka vokal yang dihasilkan dipanggil adalah vokal tengah. Ringkasnya, kedudukan lidah mempengaruhi pelebelan nama vokal. Manakala bentuk bibir dan saiz rongga mulut pula menentukan jenis vokal.

Rajah 3.0.1 : Rajah Vokal

10

Rajah 3.0.2 : Gambar Mulut Bunyi Vokal

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Saiz rongga mulut pula menentukan jenis vokal.

11

3.1 Vokal Depan Vokal depan ialah bunyi [ i ], [ e ], [ ε ], [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat dalam penghasilan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

Vokal Hadapan Sempit Atau Tinggi [ i ]

Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh:

Awalan

pertengahan akhiran

[ijab]

[minum]

[beli]

[insan]

[kilang]

[cari]

3.1 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ].

12

3.2 Vokal Belakang Bunyi Vokal belakang adalah [ u ], [ o ], [ ‫] כ‬. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas, daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit keras.

Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ]

Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:

Awalan

pertengahan

akhiran

[ungka]

[tuba]

[batu]

[ulam]

[pucat]

[kelu]

3.2 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ].

13

3.3 Vokal Tengah

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ ə ] Vokal Tengah [ ə ]

Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh:

Awalan pertengahan [əmak]

[bəlah]

[əmas]

[cəlah]

3.3 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].

14

4.0 Konsonan

Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam satu saluran suara. Terdapat 4 perkara yang perlu diambil kira bagi mengklasifikasikan bunyi konsonan. Pertama ialah bunyi bersuara atau tak bersuara. Kedua lokasi pengeluaran bunyi. Ketiga cara lafaz dan jenis sekatan dan keempat ialah mekanisme aliran udara. Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :



Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).



Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).



Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).



Satu konsonan hentian glo tis. ( ? )



Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )



Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).



Satu konsonan getaran bersuara ( r ).



Satu konsonan sisian bersuara ( I ).



Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )



Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).



Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan

konsonan-konsonan

tersebut

melibatkan

daerah-daerah

artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

15

4.1 Konsonan Letupan

Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dalam Bahasa Melayu. Terdapat tiga daripadanya ialah bunyi bersuara, tiga bunyi lagi adalah bunyi tak bersuara dan satu letupan glotis, bunyi konsonen letupan dihasilkan dengan menutup aliran udara melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut dengan menyekat rongga hidung. Aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga pada bibir. Pada masa yang sama, semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini, udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tibatiba menyebabkan udara yang terlepas lkeluar itu menghasilkan letupan. Contoh konsonen letupan:

Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ].

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta- merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

awalan pertengahan akhiran [batu]

[lumba]

[kelab]

[balu]

[labu]

[maktab]

Rajah 4.1 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].

16

4.2 Konsonan Sengau

Bunyi

sengau

dihasilkan

apabila

lelangit

lembut

diturunkan

bagi

membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Dengan menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang tertentu di dalam mulut, bunyi sengau dihasilkan. Kesemua bunyi sengau dalam bahasa Melayu dihasilkan apabila pita usara bergetar. Semua bunyi sengau adalah bersuara. Ada terdapat empat bunyi konsonen sengau dalam bahasa Melayu iaitu [m], [n], [ŋ], [n].

Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

Awalan

pertengahan

Akhiran

[mantan]

[semak]

[selam]

4.2 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].

17

4.3 Kononen Geseran Terdapat Sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu, empat bersura dan empat lagi tidak bersuara. Manakala satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara dan dilambangkan sebagai [h].

Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].

Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh:

Awalan [van] [violin]

pertengahan [larva] [kanvas]

Rajah 4.3 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].

18

4.4 Konsonen Getaran

Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam gongga mulut. Dalam keadaan begini, lidah diangkat kea rah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan bunyi [ r ].

Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]

Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

awalan [rotan]

pertengahan [kerap]

akhiran [pakar]

Rajah 4.4 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r].

19

4.5 Konsonen Sisian

Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonen sisian iaitu [ l ]. Konsonen ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini, hujung lidah diangkat kea rah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara.

[# lantai #] (lantai) [# Balam #] (Balam)

4.6 Konsonen Separuh Vokal

Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal tidak dapat dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai vokal keranan semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada saliran udara. Semasa pengucapan, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku selepas itu, ada dua bunyi vokal iaitu separuh vokal [ w ] dan separuh vokal [ y ].

Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh:

awalan pertengahan [yuran]

[sayu]

[yakni]

[bayar]

20

Rajah 4.6 : Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

21

5.0 Penutup

Melalui fonetik dan fonologi bahasa Melayu, pelbagai manfaat diperolehi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antaranya adalah untuk memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk diaplikasikan secara praktik. Hal ini kerana, ilmu fonetik dan fonologi merupakan asas kepada pembentukan bahasa baku. Oleh itu, pembentukan kata serta makna adalah lebih cenderung ke arah kefahaman yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tiada unsur-unsur campuran bahasa rojak dan slanga yang kadang-kadang sukar untuk difahami. Dengan itu, ilmu fonetik dan fonologi yang dipelajari perlu dipraktikkan untuk melatih diri dalam berbahasa Melayu yang betul.

Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga dapat membantu kita untuk mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Dalam kehidupan, manusia menghisap udara setiap hari. Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006), udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Hal ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah apabila seseorang guru membincangkan tentang fungsi serta bunyi-bunyi yang terhasil dan tidak terhasil melalui organ badan manusia. Dengan itu, mudahlah bagi kita untuk mengenalpasti bunyi bahasa apabila sesuatu sebutan keluar daripada sebutan kita. Melaluinya, pengenalan yang lebih mendalam kepada alat-alat artikulasi dalam penghasilan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.

Manfaat utama seseorang pelajar mempelajari ilmu fonetik dan fonologi adalah dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan sebutan terutamanya pelajar bahasa kedua. Penyelesaian masalah ini dapat dilakukan dengan meneliti secara fonetik variasivariasi sebutan dialek-dialek satu-satu bahasa itu. Seperti yang diketahui, setiap pelajar yang mempelajari satu-satu bahasa kedua pasti akan menghadapi masalah dan kesukaran kerana tidak ada dua bahasa yang sama. Malah dalam satu bahasa pun terdapat variasi-variasi dan kelainan-kelainan yang diistilahkan sebagai dialek-dialek tertentu untuk menguasai bahasa sendiri sepenuhnya sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah.

Selain itu, mempelajari fonetik dan fonologi juga boleh membantu pelajar menggunakan secara tepat sifat-sifat bunyi seperti panjang-pendek, tekanan dan tinggirendah suara dalam bahasa yang dipelajari. Fonetik dan fonologi dikatakan boleh membantu kerana dalam bidang tersebut terdapat teori-teori mengenai sifat-sifat 22

bunyibahasa. Dalam bahasa melayu, penyelidikan mengenai perkara-perkara ini belum lagi dilaksanakan dengan meluasnya kerana penggunaan fonetik dan fonologi secara berkesan dalam bidang pengajaran bahasa belum dilaksanakan lagi.

Akhir sekali, pembelajaran fonetik dan fonologi turut memberi manfaat dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Hal ini kerana penggunaan kaedah fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

23

Refleksi Alhamdulillah, dengan berkat dan usaha yang gigih saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Fonetik dan Fonologi BMMB dengan berkat serta sokongan yang padu daripada rakan-rakan mahupun daripada pensyarah pembimbing saya sendiri iaitu En Wan Aziz Bin Wan Muhammad. Akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan dengan sepenuhnya bertepatan dengan masa yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, tugasan projek ini dapat menambah imu pengetahuan yang baru kepada saya disamping menambah pemahaman kepada diri saya berkaitan fonetik dan fonologi dengan lebih jelas. Tugasan projek ini turut memberi banyak pengalan yang bermanfaat kepada saya seterusnya pemperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan kepada diri saya berkaitan Bahasa Melayu seterusnya menjadi seorang guru yang mampu mendidik generasi abad 21 ini dengan ilmu pengetahuan. Melalui tugasan ini, secara jujurnya saya mampu memahami dengan lebih mendalam berkaitan ilmu fonetik dan fonologi disamping saya juga mengetahui pembahagianpembahagian mengenai ilmu fonetik dan fonologi. Jelasnya fonetik merupakan ilmu yang menyelidik berkaitan penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Secara keseluruhannya, ilmu fonetik dan fonologi ini penting terutamanya bagi seorang guru mahupun murid. Penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bahasa. Ha ini keranan bahasa amat penting kepada manusia dalam menjalani kehidupan harian terutamanya untuk berkomunikasi dengan individu lain. Pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi adalah penting untuk meningkatkan kefahaman bahawa alat-alat artikulasi atau organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai fungsi yang sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara individu. Tambahan pula, penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan kita untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan. Walaubagaimanapun, saya masih sedar bahawa diri saya masih belum lengkap dan cukup akan ilmu pengetahuan mengenai ilmu fonetik dan fonologi. Malah masalah ini perlu diatasi oleh diri saya secepat mungkin kerana sebagai seorang bakal guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang kukuh untuk mengajar generasi muda 24

pada masa akan datang dengan ilmu yang benar-benar diyakini dan tanpa sebarang keraguan. Oleh itu, sebagai cadangan kepada kita perlu lebih memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita dengan banyakkan membaca disamping lebih banyak melakukan rujukan dalam pembelajaran. Tambahan pula seseorang perlu banyak bertanya dan lebih banyak merujuk kepada pensyarah berkaitan ilmu yang dipelajarai. Hal ini kerana, ia dapat membantu

seseorang

itu

untuk

memperkasakan

ilmu

pengetahuan

disamping

memperkukuhkan ilmu pengetahuan untuk diberikan kepada generasi muda pada masa akan datang. Tambahan pula, sebagai cadangan sebagai seorang bakal guru juga perlu memperkayakan lagi ilmu pengetahuan dengan mengamalkan gaya hidup rajin membaca supaya ilmu pengetahuan bertambah dan mudah untuk disampaikan kepada generasi muda akan datang. Ilmu fonetik dan fonologi ini juga penting kerana ilmu ini dapat membantu guruguru untuk membetulkan sebutan bunyi sesuatu bahasa terutamanya melatih murid yang gagap semasa bertutur. Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama melatih murid menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan. Ia membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Kesimpulannya, ilmu fonetik dan fonologi merupakan ilmu yang sangat penting dan memerlukan tumpuan yang khusus terutamanya kepada bakal guru yang akan mengajar anak murid di sekolah. Melalui tugasan projek ini, secara keseluruhannya mampu menambah ilmu pengetahuan kepada saya disamping memberi manfaat yang sangat besar dalam memberi ilmu pengetahuan kepad diri saya seterusnya menyampakikan ilmu pengetahuan tersebut supaya generasi muda lebih berpengetahuan luas dan mampu menymbang kepada kemajuan negara Malaysia pada masa akan datang.

25

Rujukan

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abu bakar (2010, Januari 22), Alat Artikulasi. Diperoleh pada 9 September 2015, daripada, http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/alat-artikulasi.html

Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu (edisi Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Indrawati Zahidin & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Universiti Malaya. Kuala Lumpur: PTS Profesional Sdn Bhd.

Naqib Saat (2009, Mac 10), Alat-Alat Artikulasi Serta Fungsinya. Diperoleh pada 8 September

2015,

daripada,

http://mohamednaqib.blogspot.my/2010/08/alat-alat-

artikulasi-serta-fungsinya.html

Nor Hasnah Jalaluddin, (2007). Asas Fonetik. Selangor darul Ehsan : Dawama Sdn Bhd.

26

Lampiran

27

Related Documents

Fonetik
April 2020 11
Fonetik
May 2020 15
Fonetik & Fonologi2
November 2019 22
Bm Fonetik
May 2020 14
Fonetik Fonologi.docx
December 2019 24

More Documents from ""