Konsep falsafah pendidikan:Falsafah pendidikan berasal daripada dua istilah asas iaitu falsafah dan pendidikan. perspektif sains kognitif, sains tulen telah diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburnya.(Ayn Rand,Philosophy,who needs it m/s 2. Menurut kamus dewan 1979 Pendidikan berasal daripada satu proses menyeluruh yang bertujuan utntuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga merupakan proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Yusuf al-Qardawi (1980):Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal , hati dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang seiring menghadapi kebaikan dan kejahatan,kemanisan, dan kepahitan. Hassan langgulung (1987):Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu. Proses pemindahan ersebut telah berlakumelalui cara-cara berikut: 1. Pengajaran – pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain; 2. Latihan- membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran; dan 3. Indoktrinasi- menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga cara ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
Takrifan pendidikan mengikut pandangan tokoh-tokoh barat, timur dan islam:Kesimpulan:- tokoh-tokoh islam berpendapat bahawa proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Konsep falsafah pendidikan:Tokoh-tokoh berpendapat pendidikan mempunyai fungsi-fungsi seperti di bawah:Proses sosiolisasi:- pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain supaya merekan menjadi dewasa yang berfungsi kelak. Pembentukan budaya:- pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya. Penempatan sosial:- pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akedemik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan. Secara umum, falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep atau asas berhubung dengan pendidikan. Antara perkara-perkara yang menjadi tumpuan para pendidik termasuk seperti berikut:I.
Apakah jenis-jenis pendidikan yang kita hasratkan untuk anak-anak kita?
II.
Apakah tujuan pedidikan?
III.
Apakah peranan pendidikan untuk kita dan masyarakat?
IV.
Apakah yang wajar diajar di sekolah?
V.
Apakah kaedah pengajara yang sesuai?
VI.
Apakah peranan guru?
VII.
Bagaimanakah kita boleh memahami anak muruid kita dengan lebih berkesan?
Sedarkah anda bahawa ramai guru biasa tetanya- tanya mengapa falsafah pendidikan penting bagi seseorang guru? Memang ketara bahawa falsafah pendidikan akan membantu seseorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pendidikan. Pengetauan ini seterusnya akan mempengaruhi amalan
sebagai seorang guru. Sebagai contoh, katakan anda berpegang kepada falsafah froebel bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai tabula rasa (papan putih). Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, anda akan berusaha mencorakan minda pelajar yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai (termasuk sikap) yang panting. Dalam pada itu, anda mungkin akan pelbagaikan pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik mengajar. Dengan kata lain, falsafah pendidikan sebenarnya membantu guru untuk menilai what ought to be dan seterusnya membantu memupuk jenis guru yang diidamkan serta murid yang ingin dibentuk.
Sebagai rumusan, boleh dikatakan bahawa pada abad ke-21 ini, kita sedang mengalami banyak perubahan dalam bidang sains dan teknologi serta dilanda dengan pelbagai jenis masalah sosial. Justeru, adalah wajar untuk kita peruntukan sedikit masa untuk memikirkan peranan sains dan teknologi serta penyelesaianpenyelesaian alternetif bagi mengatasi masalah-masalah rumit yang berkaitan dengan peperangan dan konflik, pemusnahan persekitaran, ketidaksamaan sosial, dan sebagainya. Sehubungan itu, amat penting bagi kita menggubal satu falsafah dan epistemologi baru yang sesuai bagi generasi anak muda kita. Di samping itu, menjadikan pendidikan sebagai satu usaha untuk memupuk pemahaman pengantarabangsaan serta menyemai perasaan cintakan kemausiaan dalam kalangan anak muda kita.