Falsafah Pendidikan Kebangsaan (falsafah Pendidikan Negara)

  • Uploaded by: ♥ iNSaNe ♥
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah Pendidikan Kebangsaan (falsafah Pendidikan Negara) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,482
  • Pages: 15
1

INPUT i.

Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);

ii.

Faktor-faktor pembentukan FPK;

iii.

Elemen-elemen dalam FPK;

iv.

Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK;

v.

Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan

vi.

Rumusan/cadangan.

2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. 1.0 PENGENALAN Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga

pada

1976-1980)

dan

Dasar

Pendidikan

Kebangsaan

(1999).

Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut :

3 2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item. Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 ) meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum. Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukan leksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai “Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

4 “Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. 2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya, “...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi...”. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian

Pendidikan

Malaysia,

1982).

Misalnya,

barisan

sintaksis

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...”. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan

5 pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa ke semasa. Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, ...”. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut. Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah, lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.

6 3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 3.1 Pengenalan Pembentukan

FPK

merujuk

variasi

faktor

yang

perlu

dipertimbang

memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk bangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di kemudian hari. 3.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial, politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul berkenaan keenamenam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut; 3.2.1 Faktor agama Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia. Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”. 3.2.2 Faktor sosial Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung

7 kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu “...memberi

sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

masyarakat dan negara”. 3.2.3 Faktor politik Ketiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 3.2.4 Faktor ekonomi Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara. Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu “...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”. 3.2.5 Faktor individu Kelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan individual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat pertama FPK

8 3.2.6 Faktor sejagat Keenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi

sumbangan

ke

arah

yang

dapat

membawa

persefahaman

antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya, program

pendemokrasian

pendidikan,

pensarwajagatan

pendidikan

dan

pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan...” Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arah pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para pendidik dan sebagainya.

9 4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 4.1 Pengenalan Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu Rukun Negara, DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat cabang falsafah pendidikan, iaitu; metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik. FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang dipandang serius. 4.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang falsafah : Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah Bil. 1

Cabang Elemen-elemen Falsafah epistomologi pendidikan suatu berterusan

Implikasi usaha

2

metafizik

perkembangan individu

potensi

3

metafizik

perkembangan

individu

a. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; b. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. a. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil; b. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik. a. Bakat, potensi dan kebolehan

10 secara menyeluruh bersepadu

4

5

6

7

8

9

dan

tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; b. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek; iaitu J-E-R-I. epistomologi insan yang seimbang dan a. Keimbangan antara keempatharmonis empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; b. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul, b. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur; b. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang matang dan stabil; b. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. logik unsur jasmani a. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. aksiologi kepercayaan dan kepatuhan a. Menyedari bahawa hukum dan kepada Tuhan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; b. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; c. Mengamalkan segala ajaran

11

10

epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu a. pengetahuan b. c.

11

logik

rakyat Malaysia berketerampilan

yang a. b. c.

12

aksiologi

rakyat Malaysia berakhlak mulia

yang a. b.

13

logik

rakyat Malaysia bertanggungjawab

yang a. b. c.

14

aksiologi

rakyat Malaysia yang a. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri b.

15

logik

rakyat Malaysia yang dapat a. memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara b.

16

logik

berkeupayaan kesejahteraan diri

mencapai a. b.

17

logik

sumbangan terhadap a. keharmonian dan b. kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

agama yang dianuti. Cintai ilmu pengetahuan; Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri; Berpandangan jauh dan berinisiatif; Memupuk pembawaan diri yang baik. Mempunyai perwatakan diri yang baik; Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Boleh dipercayai; Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Berfikiran waras dan berjiwa tenang; Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Berusaha memupuk perpaduan rakyat bermediumkan sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya; Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara. Berdaya tahan fizikal dan mental yang mantap; Berkebolehan mengharungi likuliku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa. Bersemangat patriotik; Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup.

12 Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan. 5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di medium yang dinamakan ”sekolah”. Sekolah bertindak sebagai sarana penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal tiba suatu hari nanti. Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPK sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara. Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah semulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan terhadap kemakmuran variasi pihak. Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru; yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana – kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang disediakan di setiap sarana FPK.

13

Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian demi

menilai

peranan

sekolah

berkenaan

merealisasikan

hasrat

yang

terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya, kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan peratusan.

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 6.1 Pengenalan FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini; umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

14 Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program

bersepadu,

perubahan

input

pelajaran

yang

mengutamakan

penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). Ketiga,

FPK

menyumbang

implikasi

kepada

institusi

pendidikan.

Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah

terbukti

bahawa

FPK

menggariskan

norma-norma

yang

seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang dihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?

15 7.0 RUMUSAN Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu ditekan

dan

diketengahkan

ke

dalam

seantro

aktiviti

yang

dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut. FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak khususnya

sekelompok

insan

yang

terlibat

dalam

bidang

pendidikan.

Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Related Documents