Assigment Kurikulum Sejarah.docx

  • Uploaded by: Affnan Nan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assigment Kurikulum Sejarah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,981
  • Pages: 21
PENGENALAN Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah rendah bermula murid tahun 4, tajun 5 dan tahun 6 iaitu murid tahap 2. Hal ini bertujuan untuk menyemai murid terhadap mata pelajaran sejarah sebagai sebuah mata pelajaran yang memberi impak yang besar terutamanya dalam membina sebuah bangsa yang sentiasa cintakan negara dan menyemai semangat patrotik dalam jiwa malah dalam pembelajaran sejarah di peringkat awal ini murid mampu memperolah dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), mata pelajaran sejarah telah digubal agar dapat “memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia”. Ia juga berhasrat untuk mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Pendidikan sejarah amat penting dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian disamping memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah (2003). Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan satu keperluan dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman ataupun asas perencanaan. Melalui sejarah, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan datang membentuk sebuah negara bangsa. “ Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air pelajar-pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal”. Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid Tahun 4,5 dan 6 iaitu di Tahap II. Pengenalan kurikulum sejarah di sekolah rendah bermula sejak 14 Oktober 2008 sehinggalah pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR yang menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016. Malah kurikulum sejarah telah di intergrasikan dengan beberapa tema bersesuaian dengan elemen nilai murni yang kukuh sesuai dengan 1

pelajar. Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Dalam kerja kursus ini juga telah dibincangkan secara jelas mengenai maksud pendidikan sejarah. Secara amnya pendidikan sejarah merupakan sebuah kajian mengenai kajian tentang sesuatu yang telah lepas atau lampau. Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Dengan itu objektif kajian sejarah adalah semua peristiwa tentang kehidupan manusia yang dianggap penting yang berlangsung pada masa yang lalu. Abdul Rahim Abdul Rasyid (1999), beliau mengatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan bangsa dan negara. Oleh itu, pendidikan sejarah menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Tambahan pula, tugasan mengupas secara terperinci mengenai ciri-ciri guru sejarah yang berkesan. Guru sejarah yang berkesan merupakan guru sejarah yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Malah, guru sejarah perlu memiliki penguasaan aplikasi inovasi dan teknologi maklumat agar penyampaian pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih sistematik dan berkesan. Akhir sekali, melalui aspek kewarganegaraan yang dilaksanakan dalam kurikulum standard sekolah rendah kepada murid tahun 4, 5 dan 6 dapat melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, berseangat kekitaan, berdisiplin dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang.

2

1.0 Latar Belakang Kurikulum Sejarah

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Malah, Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya didalam dan luar bilik darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Menurut Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1992) “Di negara kita, pada asasnya tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara, cintakan watan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Oleh itu, elemen yang terkandung dalam kurikulum sejarah tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

Di bawah kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid mulai Tahun Empat di Tahap II. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula dari Tahun Empat adalah bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran sejarah. Pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri penemuan dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang sejarah. Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik.

Kronologi Pengenalan Kurikulum Sejarah di Sekolah Rendah bermula pada 14 Oktober 2008. Idea memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah telah mula diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri pada masa tersebut iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataannya pada 14 Oktober 2008 ketika 3

merasmikan Bangunan Wisma Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur. Menurut DS Abdullah, kerajaan mencadangkan mata pelajaran Sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan para pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah. DS Abdullah dipetik sebagai berkata, “Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.”

Pada tahun 14 Jun 2009 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mengumumkan hasrat kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu mata pelajaran wajib di sekolah rendah. Pengenalannya adalah selaras dengan transformasi sistem pendidikan negara dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Malah, pengenalan mata pelajaran Sejarah akan dimulakan di 500 buah sekolah perintis di seluruh negara bermula tahun 2010 atau 2011 yang belum dimuktamadkan pada ketika itu. Mata pelajaran Sejarah akan diajar bermula dari Tahun Satu dan bakal menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan. Kemudian pada 25 Ogos 2010 Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sejarah akan mula diajar di sekolah rendah bermula tahun 2014. Mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah akan diajar menggunakan pendekatan education is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

Seterusnya pada 24 Oktober 2010, YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan yang akan melaksanakan pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun 2014. Tempoh yang agak panjang itu diambil bagi menyelaraskan pusingan awal KSSR yang dimulakan dengan murid Tahun Satu pada sesi persekolahan 2011 yang hanya akan menjengah ke Tahun Empat pada tahun 2014. Tempoh itu juga adalah mencukupi bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan latihan dan tenaga guru yang cukup bagi opsyen Sejarah seiring dengan hasrat kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2013. Pengenalan mata pelajaran Sejarah di bawah KSSR akan menggantikan mata pelajaran Kajian Tempatan yang akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga pusingan pertama KSSR tamat pada tahun 2016.

4

Kurikulum Sejarah KSSR menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam perlaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Melalui penyatupaduan ketiga-tiga elem ini, jelas menunjukkan Kurikulum Sejarah banyak memberi nilai maksamum kepada murid. Pertama melalui pengetahuan iaitu sejarah KSSR menetapkan 3 tema dalam pembelajaran murid di sekolah mengikut tahap masing masing. Murid tahun 4 ditetapkan tema sejarah awal negara. Manakala murid tahun 5 pula bertemakan kedaulatan negara, manakala murid tahun 6 pula diterapkan dengan tema kemakmuran negara.

Fokus utama kurikulum sejarah ialah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran pemikiran sejarah, disamping penerapan semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Menurut Abdul Rahim Abdul Rasyid (1999), beliau mengatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan bangsa dan negara. Maksudnya dalam kita membentuk sesebuah negara yang merdeka maka sudah tentu sejarah menjadi faktor penilai pembentukannya. Maka melalui pembelajaran tersebut murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat.

Tambahan pula, melalui fokus yang terkandung dalam kurikulum sejarah, murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya untuk memahami diri mereka sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Secara tidak langsung, pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. “Di negara kita, pada asasnya tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara, cintakan watan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air.” Wan Mohd Zahid Mohd Noordin 1992.

Manakala dari elemen kemahiran pula, kurikulum sejarah telah diterapkan dengan nilai asas kemahiran sejarah. Seterusnya dalam lemen kewarganegaraan dan nilai sivik pula, terdapat 7 demensi kewarganegaraan. Antaranya ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan, perkongsian masa, kesetiaan, tanggungjawab warganegara

dan

keterikatan

emosi

kepada

negara.

Penerapan

elemen

kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata epalajaran sejarah di sekolah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, banggga sebagai rakyat Malaysia,

setia

kepada

negara,

bersemangat

kekitaan,

berdisiplin,

aktif

dan

bermaklumat dalam mengalamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang 5

cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini menurut Sartono Kartodirdjo (1992), pendidikan sejarah berperanan sebagai alat didaktik khususnya sebagai tunjang pendidikan nasional. Dalam hal ini, pengetahuan sejarah khususnya sejarah nasional akan membolehkan sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya.

6

2.0 Maksud Pendidikan Sejarah Pendidikan Sejarah merupakan aspek penting dalam dunia pendidikan. Pendidikan sejarah menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri dan perjuangan dalam diri sesebuah masyarakat. Penekanan kepada aspek ini sudah pasti menjadi agenda bagi sesebuah negara yang berdaulat. Pendidikan sejarah dapat dimaksudkan sebagai sebuah agenda yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Sesungguhnya sejarah tamadun-tamadun yang lampau menjadi gambaran dan pengajaran kepada negara-negara di dunia pada hari ini. Menurut Wang Gung Wu, umpamanya mengangkat martabat sejarah dari sudut kepentingan mengingati masa lalu khususnya dalam membentuk keperibadian sesuatu kumpulan, puak atau masyarakat. Dalam kita membina kekuatan bangsa pendidikan sejarah adalah menjadi satu kepentingan yang dapat menguatkan lagi malah memantapkan lagi perjuangan kebangsaan. Kesinambungan daripada perjuangan tokoh-tokoh dahulu turut menjadi penguat kepada pembangunan negara pada hari ini.

Pendidikan

sejarah

merupakan

pendidikan

yang

menekankan

nilai

kewarganegaraan dan patriotisme yang perlu ditanam kukuh dalam diri setiap warganegara. Hal ini kerana, sekaligus pendidikan sejarah bermaksud pendidikan yang membina sesebuah bangsa yang cuba untuk menilai kembali sejarah pembentukan bangsa dan negara mereka. Ini menjelaskan bahawa pendidikan sejarah perlu diselami kerana pendidikan sejarah merupakan asas kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Ini ternyata turut disokong oleh Abdul Rahim Abdul Rasyid (1999), beliau mengatakan pendidikan sejarah berperanan sebagai rangka pembinaan bangsa dan negara. Maksudnya dalam kita membentuk sesebuah negara yang merdeka maka sudah tentu sejarah menjadi faktor penilai pembentukannya. Malah pendidikan sejarah menjadi satu aspek penting sebagai rangka dalam pembentukan sesebuah negara. Sesungguhnya ini merupkan satu perkara asas dalam cabaran untuk membina bangsa Malaysia yang kuat dan harmoni. Pendidikan yang kukuh juga ternyata akan memberi impak yang positif kepada reformasi kurikulum pendidikan sejarah di sekolah dan juga peringkatyang lebih tinggi.

Menurut Jacques Barzun (1991) nilai dalam pelajaran sejarah memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang pelajar. Malah baginya nilai dalam pelajaran sejarah merupakan sesuatu yang kekal dalam diri seseorang. Ini bermakna seseorang yang berjaya menyelami sejarah hendaklah mempunyai nilai yang kekal dalam dirinya dan menjadikannya lebih baik untuk sepanjang masa dan bukannya dalam tempoh 7

masa yang tertentu semata-mata. Pendidikan sejarah ternyata menjadi satu agen penting yang memantapkan laginilai-nilai ini agar tidak akan terlerai lagi dan menjadi pegangan kukuh sebagai waris negara merdeka.

Menurut Sartono Kartodirdjo (1992), pendidikan sejarah merupakan sebuah pendidikan yang berperanan sebagai alat didaktik khususnya sebagai tunjang pendidikan nasional. Dalam hal ini, pengetahuan sejarah khususnya sejarah nasional akan membolehkan sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya Dengan keprihatinan terhadap sejarah secara tidak langsung membolehkan seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara.

Akhir sekali, memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang merupakan teras penting dalam dasar pendidikan.

Ia

juga

merupakan

satu

keperluan

dalam

proses

pemantapan

kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman ataupun asas perencanaan. Melalui pendidikan sejarah, murid mampu merujuk pengalaman masa lampau sebagai satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan datang membentuk sebuah negara bangsa.

8

3.0 Ciri-Ciri Guru Sejarah Yang Berkesan

Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Menurut Brown (1980), "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Pengurusan

mata

pelajaran

Sejarah

merupakan

aspek

penting

dalam

menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ciri guru sejarah yang berkesan ialah guru sejarah yang dapat membuat pengurusan mata pelajaran sejarah dengan baik. Menurut Brown (1980), menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada !ara penyampaiannya. Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru daripada aspek pengurusan mata pelajaran sejarah yang tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah. Pengurusan mata pelajaran yang baik dapat membantu guru sejarah supaya dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif.

Menurut Ashaari (1999), sebagai peringkat pertama sebelum proses pengajaran, guru perlu mempunyai kebolehan untuk mentafsirkan sukatan bagi matapelajaran yang hendak diajar. Pentafsiran sukatan pelajaran ini adalah bagi memudahkan para guru dalam merancang pengajaran dan penggunaan kaedah yang lebih berkesan. Sebagai contoh, dalam pengajaran Sejarah, Kementerian Pendidikan telah menggariskan beberapa objektif penting. Antaranya ialah untuk melahirkan warganegara yang akan mencurahkan taat setia di samping menanamkan semangat kasihkan tanah air. Maka, dengan adanya objektif yang tersedia, guru boleh merangka beberapa matlamat lain untuk menyampaikan pengajarannya dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai.

9

Selain itu, guru Sejarah yang berkesan mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuh, latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi sejarah, sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa mencari jalan untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan

dengan

pengajaran

Sejarah.

Menurut

Gage

dan

Berliner

(1992)

mengemukakan aspek-aspek dalam proses pengajaran yang memberi tumpuan khusus ke atas guru, yang melibatkan perancangan dan penyampaian pengajaran guru kepada muridnya. Oleh itu, guru yang mempunyai pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi dapat menyampaikan mata pelajaran sejarah dengan daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatif, mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense o2 humour), berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat menggunakan pendekatan pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaran.

Kemampuan seseorang guru dalam menyampaikan pengajarannya adalah bergantung kepada kreativiti yang dimiliki. Dengan adanya kreativiti atau kepelbagaian dalam teknik mengajar, sudah pasti dapat menarik perhatian para pelajar. Kreativiti adalah merupakan suatu bakat yang terpendam di dalam diri seseorang manusia. Bagi menggalakkan pemikiran yang kreatif serta pembentukan seorang insan yang kreatif, satu suasana yang selesa dan kondusif perlu disediakan. Kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang kreatif dapat memupuk serta meningkatkan daya kreativiti para pelajarnya.

Maka, seseorang pendidik yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi pelajarpelajar. Menurut Yong dan Biraimah (1996) guru-guru yang kreatif adalah merupakan seorang pendidik yang boleh menstrukturkan pengalaman-pengalaman pelajaran yang membolehkan perkembangan kreativiti di kalangan para pelajarnya. Guru kreatif boleh menunjukkan kefleksibelan dalam cara pemilihan

pendekatan-pendekatan,

strategi

pengajaran

atau

pedagogi

dalam

menjalankan peranan mereka. Contohnya, mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid. Disamping itu, mempunyai kebolehan seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka dan daya intelektual yang tinggi.

10

Tambahan pula menurut Yong dan Biraimah (1996), seorang guru yang kreatif adalah bersifat terbuka, menerima pelajar-pelajarnya dengan sikap terbuka, dan mempunyai darjah toleransi yang tinggi untuk individu-individu yang berbeza. Guru-guru yang kreatif juga akan menghargai sifat keaslian dalam pelajar-pelajarnya dan akan menggalakkan

sumbangan-sumbangan

unik

dan

jawapan-jawapan

yang

mengkagumkan daripada pelajar-pelajarnya, iaitu jawapan-jawapan yang tidak terdapat dalam buku teks. Maka, dapat disimpulkan bahawa, pengajaran guru yang kreatif akan menghasilkan corak pembelajaran yang aktif di kalangan pelajar. Dengan adanya pembelajaran aktif, para pelajar mampu menghasilkan idea-idea yang unik yang juga melibatkan pemikiran kreatif dan kritis. Contohnya, mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid.

Tambahan pula, guru yang berkesan ialah guru yang dapat menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid. Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.

Penguasaan aplikasi inovasi dan teknologi maklumat juga amat penting bagi seorang guru sejarah yang berkesan. Hal ini kerana melalui teknologi maklumat, guru dapat menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik supaya murid mampu mengubah persepsi mereka bahawa pembelajaran sejarah merupakan pembelajaran yang tidak membosankan. Oleh itu, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan teknologi maklumat amat penting dan perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.

Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah. Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara

11

dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.

12

4.0 Nilai Kewarganegaraan Dalam Diri Pelajar

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam elemen kewarganegaraan yang dilaksanakan dalam KSSR terbahagi kepada 7 dimensi. Demensi kewarganegaraan yang pertama ialah perkongsian sejarah. Perkongsian

sejarah

meliputi

ciri

untuk

mengetahui

dan

memahami

sejarah

pembentukakan negara iaitu untuk melahirkan murid yang berbangga dengan sejarah asal usul negara disamping menghargai kewujudan dan kegemilangan negara Malaysia. Malah dalam dimensi perkongsian sejarah turut menjadikan murid sentiasa mengambil ikhtibar daripada kesan-kesan penjajahan kuasa luar ke atas negeri-negeri di Malaysia malah murid mampu menghayati peristiwa kemerdekaan negara dan mampu memelihara warisan yang terkandung dalam negara kita. Sebagai contoh, dalam standard kandungan tahun 4 iaitu 4.1 yang bertajuk kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu awal. Melalui pembelajaran ini, murid dapat menguasai maklumat mengenai kerajaan-kerajaan Melayu awal dalam menghargai warisan negara.

Secara tidak

langsung, murid dapat menguasai nilai empati iaitu dapat menghayati kegemilangan kerajaan Melayu awal dan sentiasa mengkagumi kemahiran masyarakat kerajaan melayu Awal.

Seterusnya aspek dalam kewarganegaraan yang dilaksanakan dalam KSSR ialah perkongsian nilai. Melalui perkongsian sejarah ini setiap murid mampu mengamalkan sikap dan peraturan yang ditetapkan dengan lebih berhemah. Dengan itu setiap murid mampu menjunjung dan mengamalkan prinsip rukun negara dengan berkesan, malah sentiasa menghormati dengan kepelbagaian agama dan budaya serta sentiasa bangga dengan negara Malaysia. Sebagai contoh, dalam standard kandungan murid tahun 5 iaitu 6.1 iaitu institusi raja, 6.2 agama ialam dan 6.3 iaitu Bahasa Melayu. melalui pembelajaran ini, murid dapat menguasai secara menyeluruh nilai murni melalui sikap dan peraturan yang telah ditetapkan. Malah murid mampu memahami peranan institusi beraja dalam pemerintahan, menghormati agama islam sebagai agama persekutuan dan mampu melahirkan perasaan bangga terhadap Bahasa Melayu sebagai warisan negara.

13

Selain itu, aspek penekanan kewarganegaraan yang diterapkan ialah perasaan kekitaan. Melalui perasaan kekitaan murid mampu membentuk sikap kebersamaan dan semangat kekitaan. Dengan ini, mampu melahirkan murid seterusnya masyarakat yang sentiasa menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama serta sentiasa berbangga dengan segala apa yang telah dicapai oleh negara kita. Sebagai contoh, dalam standard kandungan murid tahun 5, murid akan mendalami sejarah kemerdekaan negara kuta. Iaitu dalam standard kandungan 7.3 iaitu sejarah kemerdekaan negara 1957. Melalui standard kandungan ini, murid dapat membentuk sikap kebersamaan dan semangat kekitaan melalui peristiwa kemerdekaan secara tidak langsung murid akan sentiasa berbangga dengan pencapaian negara iaitu dengan hari kemerdekaan. Malah murid dapat membentuk sikap sepunya dan kenersamaan dalam kalanagn murid.

Tambahan pula, aspek kewarganegaraan yang diterapkan ialah perkongsian masa depan. Iaitu setiap warganegara berpeluang untuk membina masa depan dengan baik dengan adanya keyakinan dan tanggungjawab untuk mencorakkan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Langkah yang boleh diambil dalam memupuk aspek perkongsian masa denapn dengan menghormati masyarakat dan sentiasa membina kemakmuran negara dari segi ekonomi dan mengekalkan warisan negara yang harmoni. Contohnya ialah dalam standard kurikulum murid tahun 5, iaitu 7.3 mengenai sejarah kemerdekaan 1957. Melalui pembelajaran ini, murid dapat memahami bahawa sebagai seorang warganegara Malaysia yang merdeka, murid berpeluang untuk membina masa depan dengan baik dengan adanya keyakinan dan tanggungjawab untuk mencorakkan negara dengan lebih baik pada masa akan datang malah dapat memppertahankan kedaulatan negara disamping menghargai perjuangan tokoh kemerdekaan. Secara tidak dalngsung, masa depan dapat dikongsi secara bersama dengan hidup aman dan harmoni.

Aspek seterusnya ialah kesetian. Melalui kesetiaan ini, mampu menjamin masyarat yang berusaha untuk menjaga dan setia kepada negara Malaysia. Dengan itu, perlu mujud sebuah masyarakat yang sentiasa memupuk kepercayaan kepada Tuhan dan memupuk perasaan taat setia kepada negara. Sebagai contoh, dalam standard kandungan 10.1 iaitu rukun negara yang dipelajari oleh murid tahun 6. Secara tidak langsung murid dapat menghayati rukun negara untuk membentuk jati diri dan memperkukuhkan perpadaun disamping menerapkan nilai kesetiaan dan sanggup berkorban untuk negara.

14

Aspek seterusnya ialah dimensi tanggungjawab warganegara. Murid perlu ditekankan dengan memahami dan mengetahui segala tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh jiwa. Dengan itu, akan wujudlah sebuah warganegara yang sentiasa mempertahankan identiti negara dengan menjaga nama baik negara di mata dunia. Contohnya dalam standard kandungan murid tahun 5 iaitu 9.1 jata negara, 9.2 bendera kebangsaan, 9.3 lagu kebangsaan dan 9.4 bahasa melalui. Melalui pembelajaran ini, mampu memupuk identiti warganegara yang sentiasa menjaga nama baik

negara. Malah murid sentiasa menanamkan semangat mempertahankan

kedaulatan negara dan memupuk petriotisme dan jati diri dalam kalangan murid. Disamping

itu

juga,

mampu

melahirkan

sebuah

warganegara

yang

sentiasa

bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.

Akhir sekali aspek yang ditekankan dalam KSSR terhadap nilai kewarganegaraan ialah keterikatan emosi kepada negara. Dalam dimensi ini, guru berperanan untuk menyemai perasaan cinta akan negara dengan lebih mendalam dan sentiasa berusaha untuk mempertahankan negara. Oleh itu, penerapan terhadap elemen kewarganegaraan dengan menghargai sejarah negara, menghargai warisan negara, identiti negara, menghayati rukun negara dan sentiasa bersyukur dapat mewujudkan sebuah negara yang sentiasa aman dan harmoni seterusnya mencorakkan sebuah masyarakat yang sentiasa bersatupadu dan kuat dalam mengekalkan keharmoniah dan kemakmuran negara.

15

REFLEKSI Alhamdulillah, dengan segala berkat dan usaha yang gigih, saya mampu menyiapkan tugasan kerju kursus Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (KSSR) SJHK 3063. Dengan segala sokongan daripada rakan-rakan serta dorongan yang padu daripada pensyarah saya iaitu Encik Mohd Fauzi Bin Ali akhirnya tugasan ini berjaya disiapkan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, tugasan projek ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada saya disamping memberi pengalaman yang bermanfaat kepada saya sepanjang tugasan ini. Tambahan pula, melalui tugasan projek ini mampu menambahkan lagi pengukuhan diri saya terhadap pengetahuan yang mendalam mengenai Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Secara keseluruhan, melalui tugasan ini, saya dapati bahawa pendidikan sejarah amat penting dalam mewujudkan perpaduan kaum dan keharmonian disamping memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan pelbagai kaum diberi penekanan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan satu keperluan dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman ataupun asas perencanaan. Tambahan pula, melalui tugasan ini saya dapat mengetahui bahawa pendidikan sejarah dapat dimaksudkan sebagai sebuah agenda yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya secara jujurnya masih keliru mengenai matlamat utama pengajaran sejarah dan masih tidak dapat menegnalpasti dengan jelas mengenai pendidikan sejarah. Kemudian, selepas menjalankan tugasan ini sy telah fahami sesungguhnya sejarah tamadun-tamadun yang lampau menjadi gambaran dan pengajaran kepada negara-negara di dunia pada hari ini.

Oleh itu

pendidikan sejarah merupakan agen utama dalam membina sebuah warganegara yang sentiasa cinta akan negara. Tambahan pula, selepas tugasan ini dijalankan, saya sedari bahawa guru merupakan agen kepada penyebaran ilmu pendidikan sejarah dan merupakan pemangkin utama dalam melaksanakan pengajaran sejarah. Kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah. Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku 16

secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa. Melalui tugasan ini juga, saya dapat menganalisis dan mengkaji bahawa penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Dimensi kewarganegaraan tersebut mampu melahirkan warganegara Malaysia

yang

bersatu padau, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia negara, semangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan sentiasa mengamalkan dan menghayati cici-ciri warganegara yang cemerlang. Penerapan elemen ini memang sesuai untuk diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah. Hal ini keranan sejak daripada kecil lagi murid-murid mampu membina pendirian yang kukuh dalam diri mereka terhadap negara. Walaibagaimanapun, sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa masalah dan cabaran yang perlu dihadapi terutamanya kepada jiwa-jiwa pendidik yang bakal menjadi pendidik anak bangsa di masa hadapan. Antaranya cabaran yang dihadapi ialah dari segi persediaan dalam bentuk fizikal dan mental keppada seorang guru sejarah tersebut. Selain itu, cabaran yg saya sedari bahawa sebagai seorang bakal guru sejaha, kekuatan dari segi fizikal dan mental perlu diperkukuhkan, contohnya dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran pengajaran sejarah, kekratifan dan efektif dan persediaan dalam mengajar. Dalam hal yang sama juga, guru perlu bersedia untuk menukar persepsi muridmurid mahupun masyarakat bahawa matapelajaran sejarah sebenarnya bukan sebuah mata pelajaran yang membosankan, tetapi mata pelajaran sejarah merupakan sebuh mata pelajaran yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dan mempunyai elemen yang sangat penting yang perlu diketahui. Oleh itu, sebagai cadangan penambahbaikan, seorang bakal guru sejarah perlu memperkukuhkan

lagi

ilmu

pengetahuan

mengenai

sejarah,

disampaing

perlu

memperbanyakkan lagi latihan dari segi kemahiran untuk mempersiapkan diri dalam mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Tambahan pula, sebagai cadangan, guru sejarah turut perlu menguasasi kemahiran dari segi teknologi suapay pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mampu menarik minat murid untuk mempelajari ilmu pengetahuan sejarah. Dalam hal ini, teknik pengajaran teradisional perlu diubah iaitu daripada bentuk neratif, “Chock And Talk”, dan daripada bentuk penghafalan semata-mata kepada bentuk yang lebih sistematik dan berkesan.

17

Akhir sekali, tugasan projek ini mampu membuka minda saya bahawa pengetahuan ciri-ciri guru sejarah dan elemen kewarganegaraan amat penting malah sebagai panduan kepada bakal guru disamping bakal guru perlu bersedia menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Keseluruhannya, tugaan projek ini dapat memberi manfaat yang besar terutamanya dalam memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada saya dan memberi panduan kepada diri untuk menjadi seorang bakal guru yang bersedia menggalas tanggungjawab.

18

RUJUKAN Abdul Rahman Embong, (2000). Negara-Bangsa : Proses dan Perbahasan, Penerbit UKM, Bangi, hlm.26 Abdul Rahim bin Abd Rashid, (1999). Pendidikan sejarah Falsafah, Teori dan Amalan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Abdul Rahim Abd Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Anuar Ahmad. (1998). Pengajaran Koperatif di Dalam Pengajaran Sejarah. Dalam Juriah Long (peny.), Inovasi Dalam Perkaedahan. Bangi (ms 89-112). Penerbit UKM. Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdulla. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Bil 56. Dr. Aminudin Mansor. (2012). Menarik Minat, Memantapkan Pelajaran Sejarah Di Sekolah. UtusanOnline.

Diakses

pada

22

Ogos

2016,

melalui

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121015/re_05/Menarik-minatmemantapkan-pelajaran-sejarah-di-sekolah Huraian Sukatan Pelajaran KBSM, Sejarah Tingkatan 4, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, April 2002 Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jurnal Pendidikan Malaysia. UKM. Bangi. Jebat 36 (2009) 90-106 Muhd Yusof Ibrahim, (1994). Kepentingan Sejarah Kepada Manusia dan Negara dalam JEBAT Bil 22, Jabatan Sejarah UKM, Bangi. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2012). Dokumen Standard Kurikulum Sejarah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Prof. Datuk Dr. Sidek Baba. (2012). Pentingnya subjek Sejarah diperkasa. Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Utusan Online. Diakses pada 25 Ogos

2016,

melalui

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120924/re_02/Pentingnya-subjekSejarah-diperkasa

19

Sartono Kartodirdjo. (1992). Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah, Pt. Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1992). Pendidikan Sejarah di Sekolah Rendah dan Menengah (KBSR/KBSM) : Objektif dan Pencapaian, dalam Sejarah Dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Wang Gungwu, (1989). The Use of History, Paper in International Studies. Southeast Asia Series, Athens Ohio, Center for International Studies, Ohio Universiti. Zahara Aziz, Nik Azleena Nik Ismail. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. dan Guru-guru Sejarah Jurnal Pendidikan 32 (2007) 119-137.

20

LAMPIRAN

21

Related Documents

Assigment
June 2020 23
Assigment
October 2019 31
Assigment
May 2020 30
Assigment
April 2020 25
Ict Assigment
May 2020 16

More Documents from ""