Maksud Brosur.docx

  • Uploaded by: Ain Khadir
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Maksud Brosur.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 339
  • Pages: 1
Brosur Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifanUNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan halaman sampul.[1] Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah pamphlet digunakan untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik.[1]

Bentuk dan isi[sunting | sunting sumber] Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog. Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran kecil. Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan. Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang disertai barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak habis dibaca sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku kecil yang berisi lirik lagu, foto, dan nama-nama artis.

Rujukan[sunting | sunting sumber] 1.

↑ Panjat ke:1.0 1.1 The ALA Glossary of Library dan Information Science. American Library Association. 1983.

Related Documents

Maksud Brosur.docx
June 2020 15
Maksud Multimedia
December 2019 27
Maksud Kawin
October 2019 24

More Documents from "Irfan Roomart"

Assignment Asal.docx
June 2020 4
Maths Rumusan.docx
June 2020 4
Maksud Brosur.docx
June 2020 15
Edup Temubual.docx
November 2019 34
Rbt 4ai - M10.docx
November 2019 32