INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU.
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI DALAM PDPC INTERNSHIP 2019 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PUTERI, 22000 JERTIH TERENGGANU
OLEH : NUR AIN ADLINA BINTI AZAHARI DENGAN KERJASAMA MURID TAHUN 5 KREATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN PROGRAM INOVASI INTERNSHIP SEMESTER 8
1.0
TAJUK : Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc) Menggunakan “ONLINE BOOK (OB)” Bagi Topik Nama Dan Fungsi Alatan Memasak Tahun 5
2.0
PENGENALAN Kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu murid sekolah. Memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD projektor, media dan sebagainya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada para murid. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Bagi melatih murid untuk berfikir secara kritikal, menganalisis maklumat serta menyelesaikan masalah maka proses pengajaran dan pemudahcara perlu dipertingkatkan lagi. Contohnya, pengajaran dan pemudahcara dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi. Jadi, guru boleh menggunakan pembelajaran interaktif e-Learning melalui penggunaan jalur lebar sebagai jaringan bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan dengan hanya dihujung jari. Sebagai salah satu contoh, Online Book merupakan perisian animasi berasaskan web yang membenarkan
pengguna
mencipta
slaid
persembahan
animasi
dengan
memanipulasi objek yang telah dibuat terlebih dahulu, imej yang dimuat naik, muzik yang disediakan dan penggunaan suara pengguna. Selain itu, aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu konsep pembelajaran baru gabungan daripada pendekatan pendidikan dan hiburan, iaitu edutainment (education & entertainment) (Jamalludin&Zaidatun, 2000).
Hal ini menunjukkan bahawa multimedia mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mesra penggunaannya berbanding kaedah konvensional yang hanya berpandukan buku teks. Selain proses pengajaran pada masa kini berubah kepada teknologi terkini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga diberi penekanan dalam sistem pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan,
berinovasi
dan
berupaya
mencipta
sesuatu.
Sehubungan itu, program inovasi dalam PdPc ini diharap dapat menyuntik semangat dan
minat
lebih kreatif
murid-murid dan
inovatif
tahun
5
Kreatif
serta
menyertakan
di
SK
diri
Bukit dalam
Puteri
untuk
pembelajaran
yang dianggap sukar dan membosankan.
3.0 RASIONAL
Inovasi ini adalah untuk membantu mengingat nama dan fungsi alatan memasak. Oleh itu, saya telah telah memilih untuk menggunakan Online Book yang boleh melakukan murid membaca buku secara atas talian. Selain itu,murid juga dapat menonton dan mendengar audio yang terdapat di dalam buku teks. Jadi,murid akan berasa lebih seronok. Selain itu, murid juga mereka Online Book mengikut kreativiti sendiri berdasarkan topik yang guru beri. Hal ini bagi membantu murid mengatasi masalah mengingati nama dan fungsi alatan memasak dan sekaligus melahirkan generasi yang mahir dalam bidang IT melalui penggunaan teknologi. 4.0 OBJEKTIF Antara objektif program ini ialah : 1. Meningkatkan minat murid untuk mempelajari tajuk kenali alatan memasak dan fungsinya dengan menggunakan “Online Book” 2. Memastikan penggunaan “Online Book” dapat mengatasi masalah murid untuk mengingat dalam tajuk kenali alatan memasak dan fungsinya. 3. Memudahkan murid untuk mengenal pasti alatan memasak dan fungsi dengan lebih cepat 5.0 SASARAN Murid Tahun 5 Kreatif, SK Bukit Puteri, JERTIH, Terengganu.
6.0 TARIKH 17 Februari 2019 – 14 Mac 2019 7.0 TEMPAT Makmal Komputer, SK Bukit Puteri, JERTIH, Terengganu 8.0 AHLI JAWATANKUASA Penaung
: En. Hassan Bin Mat Arshad
Penasihat
: Tn. Hj Hatta Bin Ismail
Guru Pembimbing : Rohaidza Hakimah Binti Mohamad
Pengelola
: Nur Ain Adlina Binti Azahari
9.0 STRATEGI Inovasi yang akan dilaksanakan ini menggunakan strategi pembelajaran berpusatkan murid dengan menggunakan “Online Book”. Proses perancangan strategi ini dimulakan dengan mencipta satu strategi pembelajaran yang aktif dengan melakukan aktiviti pengukuhan selepas murid selesai mempelajari topik ini. Cara ini akan berkesan di mana ia dapat menggalakkan penglibatan semua murid dengan menggunakan “Online Book”. Strategi pengajaran ini dijalankan bagi memberi peluang kepada murid mengalami pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, penggunaan “Online Book” ini bagi meningkatkan minat murid supaya lebih menguasai akan tajuk mengenali alatan memasak dan fungsinya dengan membaca Online Book. Walaubagaimanapun, sekiranya murid ingin membuat Online Book dengan membuat jalan cerita mengikut kreativiti masing-masing juga boleh dilakukan. Dalam menjalankan aktiviti ini, guru perlu menerangkan arahan dengan jelas dan mengawal tindakan murid supaya berada dalam keadaan berdisiplin dan terkawal sepanjang sesi pembelajaran dan pemudah cara berlangsung. 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Tiada
11.0 PELAN TINDAKAN Berikut merupakan pelan tindakan dalam pembelajaran menggunakan “Online Book”. BIL
TARIKH
AKTIVITI
TINDAKAN
1
17 Feb 2019
1) Membina Online Book untuk digunakan dalam projek Guru Pelatih inovasi pdp. 2) Melengkapkan Rancangan Pengajaran Harian untuk disemak oleh guru pembimbing
2
20 Feb 2019
Menjalankan sesi pdp dengan perancangan RPH kali Guru Pelatih pertama
3
25 Feb 2019
Menambahbaik RPH kali pertama setelah menilai Guru tahap penguasaan murid
Pelatih
dengan bimbingan guru pembimbing.
4
5 Mac 2019
Menjalankan PdPc kali kedua dan rakaman video
Penyeliaan guru pembimbing
12.0 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK INOVASI
Mula
Membuat rasional projek
Mengenalpasti objektif projek
Menyediakan Bahan
Membina Projek
Keputusan Uji Lari (Ya/Tidak)
Tindakan
Penilaian
Membuat Refleksi
Tamat
13.0 CARTA GANTT Jadual di bawah menunjukkan Carta Gantt pelaksanaan aktiviti yang dirancang bagi menggunakan Online Book.
MINGGU
M1
M2
M3
M4
TUGASAN i.
Mengenalpasti masalah
ii.
Rasional Bagi Online Book
iii.
Menetapkan Objektif Online Book
iv.
Menyediakan Bahan Untuk Online Book
v.
Membina Projek Online Book
vi.
Menguji Projek Online Book
vii.
Membuat Refleksi
viii.
Membuat Laporan Keberkesanan Projek Online Book
14.0 PERALATAN ITEM
UNIT
Projektor LCD
1
Laptop
1
Speaker
1
15.0 PENUTUP Saya amat berharap bahawa inovasi ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak sama ada guru, murid mahupun ibu bapa. Di samping itu, hasil inovasi diharapkan dapat mencapai objektif pembelajaran, selepas proses pengajaran dan pemudahcara dijalankan. Seterusnya, bagi memantapkan lagi pendidikan di negara Malaysia, guruguru perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi atau digital agar dapat meningkatkan mutu pengajaran sekaligus dapat menuju ke arah pembelajaran abad ke 21. Justeru, murid juga akan lebih seronok belajar dengan menggunakan digital kerana dapat menarik minat mereka. Oleh itu, dengan inovasi yang disediakan, saya berharap
murid akan lebih aktif dan dapat meningkatkan kefahaman mengenai setiap pembelajaran yang diajar.
Disediakan oleh,
……………………………………… NUR AIN ADLINA BINTI AZAHARI, GURU PELATIH SEMESTER 8, IPGKSM, BESUT TERENGGANU.
Disemak oleh,
…………………………………… PN ROHAIDZA HAKIMAH BINTI MOHAMAD, GURU PEMBIMBING, SK BUKIT PUTERI, JERTIH, TERENGGANU.
Disahkan oleh,
……………………………………… ENCIK HASSAN BIN MAT ARSHAD, GURU BESAR, SK BUKIT PUTERI, JERTIH, TERENGGANU.