Assignment Asal.docx

  • Uploaded by: Ain Khadir
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Asal.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,640
  • Pages: 21
PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : Nama pelajar : Nurain Binti Abd Khadir Tarikh

: 24 Ogos 2015

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kerja kursus ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Datin Khaziah binti Abd Karim atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya. Saya juga mengucapakan terima kasih kepada ahli keluarga yang amat saya kasihi terutamanya ayah saya, iaitu Abd Khadir Bin Ismail dan ibu saya, iaitu Nazira Binti Man yang banyak memberi galakan, dorongan semasa saya menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan sekuliah terutama rakan sekumpulan yang telah sama-sama berkolaborasi dalam mencari bahan, membuat rakaman dan menyiapkan tugasan. Kerjasama kalian amat saya dihargai dan diharap kerjasama ini akan terus berkekalan. Atas kerjasama kalian tugasan ini telah dapat sama-sama kita sempurnakan.

Sekali lagi saya mengucapakan terima kasih atas semua pertolongan yang telah diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini. Moga dengan jasa baik yang telah dicurahkan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN Santun menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1984), hal 1115 bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan dan berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Kesantunan menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).

Dengan perkataan lain, perkataan santun dikaitkan dengan gerak geri ataupun perilaku dan bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi. Oleh itu, jika berbahasa, individu yang santun akan menggunakan bahasa yang halus, sopan dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung mencerminkan ketinggian budi orang yang bercakap ataupun orang yang disapa.

Dalam konteks Masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini kerana adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan berbahasa yang terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta penggunaan bahasa. Tidak semestinya bahasa yang puitis dan gramatis diperlukan cukup sekadar penggunaan bahasa yang sopan, teratur dan disenangi sama ada secara lisan mahupun tulisan.

2.0 PENDAPAT TOKOH Masyarakat Malaysia telah mewarisi satu budaya daripada generasi terdahulu iaitu budaya sopan dan santun. Budaya sopan dan santun ini masih kekal sehingga ke hari ini dan telah menjadi amalan serta cara hidup yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat. Kecantikan yang sebenar bukanlah terletak pada wajah dan pakaian semata-mata namun kecantikan yang sebenar ialah keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Oleh hal yang demikian, apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan yang sebenarnya?

Gambar 1 Asmah Haji Omar (2000) telah mendefinisikan kesantunan mengikut perspektif Melayu iaitu penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar. Beliau turut menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu:

a) Kesantunan asas Kesantunan asas ialah kesantunan yang sedia ada dalam masyarakat yang dijadikan sebagai pedoman dalam pergaulan seperti yang diberi penekanan dalam ajaran agama. b) Kesantunan berkala. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan situasi tertentu misalnya laras dan tempat berlainan dan pangkat seseorang. Sebagai contohnya, rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain.

Gambar 2 Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Malah, kesantunan turut

didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat tersebut.

Gambar 3 Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik Karim Amrullah (2002) telah menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Menurutnya lagi, kesantunan meliputi kata-kata yang lemah dan beradab hingga dapat melembutkan hati seseorang. Malah, bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. Indirawati Wahid (2012) pula mempunyai pandangan yang lebih mendalam tentang konsep kesantunan. Menurut beliau, kesantunan melibatkan pengguna dan konteks, iaitu pengguna ialah penutur dan pendengar, manakala konteks pula ialah situasi berlansungnya sesuatu aktiviti ataupun interaksi Antara ahli masyarakat. Dengan perkataan lain, kesantunan merupakan lakuan Bahasa yang diterima pakai dalam masyrakat yang mana setiap masyarakat penutur di dunia ini mempunyai norma tertentu yang menentukan gaya hidup yang diamalkan. Sementara itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) pula menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada penggunaan Bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan nilai social dan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan turut diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas dan perlu diamalkan untuk mewujudkan keramahan dan penhormatan kepada tetamu.

Takrifan menurut pandangan barat pula, J. Ferguson dan Das Gupta (1968), menyatakan yang kesantunan itu berlaku apabila penutur dan pendengar mengikuti semua

peraturan dalam perbualan. Tambah mereka lagi, kesantunan berlaku apabila terdapat komunikasi dan hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.

Gambar 4 Menurut Aristotle yang merupakan seorang guru yang memperjuangkan ilmu falsafah telah memberi definisi kesantunan, iaitu dapat meninggikan darjat seseorang melalui akal dan adabnya dan bukan asal keturunannya. Tambahnya lagi, adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. Leech (1983) pula mendifinisikan kesantunan sebagai strategi untuk mengelakkan persengketaan dalam interaksi. Strategi utama yang perlu dipatuhi untuk mencapai sifat santun adalah penggunaan Bahasa yang halus, beradab sopan sikap yang lemah lembut dan bebrbudi pekerti.

Menurut Thomas (1995), kesantunan adalah kesedaran tentang jarak sosial. Perkara ini bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap sopan apabila berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur yang lain. Dengan maksud lain, darjah kesopanan perlu mengambil kira jarak sosial misalnya, perbualan dengan seseorang yang rapat pasti berbeza dengan seseorang yang baru dikenali. Takrif lain tentang kesantunan turut dikemukakan oleh Lakoff (1977), iaitu perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.

Berdasarkan pendapat tokoh Hamka yang menyatakan konsep beliau iaitu kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang menunjukkan bahawa perilaku seseorang itu tidak berdasarkan luaran tetapi dalaman. Contoh yang kita boleh dapati bahawa punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia adalah kerana sikap manusia itu sendiri. Ini menunjukan bahawa sikap pemandu di jalan raya yang tidak mempunyai kesantunan telah menyebabkan kemalangan itu berlaku. Saya memilih isu kemalangan di jalan raya dan pendapat tokoh Hamka dalam tugasan kerja kali ini.

3.0 ISU-ISU KESANTUNAN DI MALAYSIA 3.1 Punca-punca Kemalangan di Jalan Raya Mengikut kajian oleh University Michigan bertarikh Febuari 2014, Malaysia menduduki tempat ke 17 teratas dalam kadar kematian di jalanraya di dunia, dengan 30 kematian pada setiap 100,000 penduduknya. Ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai kadar kematian yang tinggi di jalan raya. Hal ini merupakan perkara yang negatif kerana ianya dapat memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Oleh itu kita hendaklah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di jalan raya supaya

Rajah 3.1.1 keratan akhbar Berita Harian

Antara punca-punca kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ini juga menunjukkan yang pemandu itu tidak mempunyai kesantunan dalam memandu. Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.

Rajah 3.1.2 keratan akhbar kemalangan

Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.

Rajah 3.1.3 Punca- punca kemalangan jalan raya.

3.2 Kesan Kemalangan di Jalan Raya Banyak impak dan kesan akan berlaku jika ianya terjadi antaranya ialah kadar kematian meningkat dan meragut nyawa manusia yang tidak berdosa. Negara akan mengalami kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga juga akan kehilangan ahli keluarga yang tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.

Rajah 3.2.1 gambar bas terbabas di laluan Highway

Selain itu, ianya juga memberi kesan kepada individu yang terlibat contohnya kecacatan anggota tubuh badan. Mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya akan mengalami kecacatan sementara atau kekal. Pastinya menyukarkan diri dan ahli keluarga. Mereka juga akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Oleh itu, masa depan keluarga dan diri menjadi tidak menentu. Seterusnya, kemalangan turut menyebabkan kerosakan harta benda dan harta kerajaan. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki serta keadaan jalan raya juga turut rosak yang akan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Keluarga juga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan pembayaran ganti rugi. Oleh hal demikian, imej negara juga terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar kemalangan jalan raya yang tinggi yang mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan tidak bertamadun di jalan raya. Akhir sekali, kerajaan banyak mengeluarkan kos. Kerajaan juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya. Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di jalan raya.

Kecacatan anggota tubuh badan

Tenaga kerja semakin berkurang

Kadar kematian meningkat

Kerosakan harta benda awam

Kesan Kemalangan di Jalan Raya

Keluarga menanggung beban

Rajah peta i-think

3.3 Langkah-langkah Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus meningkat. Langkahlangkah utama yang perlu diberi perhatian adalah Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan. Kemudahan jalan raya perlu diperbanyakkan seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu. Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan, terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ. Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) juga patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju. Seterusnya, anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya mempunyai sikap dan pemikiran yang sama iaitu mempunyai kesantunan, kemalangan jalan raya pasti dapat dihindari. Akhir sekali, badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai media yang ada di negara ini. Melalui brosur-brosur dan risalah-risalah yang dapat membuka mata pengguna di jalan raya.

4.0 BROSUR Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot, benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifan UNESCO, brosur adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan), memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan halaman sampul. Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah pamphlet digunakan untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan dengan agama atau politik.

Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris: leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog. Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk, perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran kecil. Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan. Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang disertai barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak habis dibaca sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku kecil yang berisi lirik lagu, foto, dan nama-nama artis.

5.0 kesimpulan Intihanya, kesantunan ketika berada di jalan raya amat penting untuk semua pengguna jalan raya. Apabila seseorang itu mempunyai kesantunan, etika dan moral dalam diri nescaya tidak akan terjadi kemalangan akibat daripada diri sendiri. Tidak semestinya kemalangan terjadi kerana diri sendiri. Mungkin faktor faktor yang telah dijelaskan seperti sebelum ini. Maka, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya menuding jari sesama sendiri seperti yang terdapat dalam lagu rakyat "Bangau Oh Bangau" kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan sematamata. Sebaliknya, semua individu itu mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya. Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum air. Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan. Dapatlah kita katakana bahawa setiap pengguna jalan raya perlu mempunyai sikap kesantunan dan etika untuk mengelak dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

6.0 REFLEKSI Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Kesantunan Masyarakat Malaysia GSB1012. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi serta saya ingin berkongsi tentangnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Banyak pihak yang telah membantu terutama pensyarah saya iaitu Dr Faiziah binti Haji Shamsudin kerana beliau sangat banyak membantu dan menolong saya hingga ke saat ini. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini disebabkan, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi saya. Malah, tajuk ini juga telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara. Sepanjang saya bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman manis dan pahit yang saya peroleh. Oleh sebab ini merupakan tugasan subjek Kesantunan Masyarakat yang pertama, saya banyak mendapat pengalaman baru terutamanya dalam mengendalikan tugasan ini. Saya menghadapi masalah dalam mencari bahan rujukan seperti buku, jurnal dan majalah kerana ianya sangat terhad. Saya turut mencari bahan rujukan di perpustakaan malah di internet dan laman web yang berkaitan. Banyak pandangan yang berbeza membuat saya berasa sukar untuk mengambilnya. Saya juga menggunakan alternatif lain dengan meminjam buku rujukan daripada rakan yang membuat tugasan yang serupa. Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan pensyarah dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer riba saya.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasikolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik. Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan era globalisasi masa kini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih

tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan

dan

kemahiran

sedia

ada

saya.

Akhirnya, saya bersyukur dapat melaksanakan tugasan ini sebaik mungkin. Saya berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak pensyarah. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Saya akan lebih peka dengan isu-isu semasa dan menjadikannya iktibar dalam diri. Saya juga dapat berkongsi hasil kajian saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Nilai kesantunan perlu sentiasa diterap dalam diri individu sejak kecil agar menjadi insan yang berguna dan dapat menjadi pemangkin Negara akan datang seterusnya mencapai wawasan 2020. Hal ini persis dengan peribahasa melayu, yakni melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Rujukan Asmah Haji Omar, 2000. Wacana, Perbincangan, Perbahasan, dan Perundingan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Brosur. (1983). Retrieved August 20, 2015, daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Brosur Fishman, J. A., Ferguson, C.A. dan Das Gupta, Jyotirindra, 1968. Languange Problems of Developing Nations. New York: John Wiley. Kamus Dewan, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lakoff, R. T., 1977. “What you do with words: Politeness, pragmatics and performatives” dalam Andy Roger, Bob Well dan John, P. M.., Proceedings of the Texas Conference On Perfomantives, Presuppositions and Implicatures, 79-105. Arlington, TX: Center of Applied Linguistic Leech, Geoffrey, N., 1983. Principles of Pragmatics. London: Longman Pragmatics Journal - Ebooks Pdf Download. (n.d.). Retrieved August 27, 2015, from http://ebookall.biz/pdf/title/pragmatics-journal.html Thomas dan Jenny, 1995. Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics. New York: Longman Kemalangan di Jalan Raya Malaysia: Ke 17 terburuk di Dunia. (2014, March 14). Retrieved August 25, 2015, from https://dahalmi.wordpress.com/2014/03/14/kemalangan-dijalan-raya-malaysia-ke-17-terburuk-di-dunia/ Jaafar, T., Mustafa, M., Kemin, S., & Kasiran, R. (2003). Kemalangan Jalan Raya: Analisis Data Membabitkan Pengguna Motosikal. Jurnal Teknologi.

Lampiran

Asmah Haji Omar (gambar 1)

Awang Sariyan (gambar 2)

Hamka (gambar 3)

Aristotle (gambar 4)

Rajah 3.1.1 keratan akhbar Berita Harian

Rajah 3.1.2 keratan akhbar kemalangan

Rajah 3.2.1 gambar bas terbabas di laluan Highway

Bahan rujukan (kamus dewan)

Related Documents

Assignment
November 2019 71
Assignment
July 2020 45
Assignment
November 2019 56
Assignment
November 2019 57
Assignment
June 2020 28
Assignment
June 2020 20

More Documents from ""

Assignment Asal.docx
June 2020 4
Maths Rumusan.docx
June 2020 4
Maksud Brosur.docx
June 2020 15
Edup Temubual.docx
November 2019 34
Rbt 4ai - M10.docx
November 2019 32