Pengertian Dan Maksud Islam.docx

  • Uploaded by: Irfan Roomart
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengertian Dan Maksud Islam.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,237
  • Pages: 21
ISLAM DAN KEBEBASAN BERAGAMA Pengertian dan Maksud Islam Islam adalah sebuah agama yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun dan mengatur kehidupan umat manusia dalam kesemua aspek semoga mereka dapat menghayati kehidupan yang mulia iaitu kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang samada di peringkat individu dan bermasyarakat di dunia dan seterusnya di alam akhirat. (Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia. , 2005)

Bahkan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. dengan agama Islam adalah dengan tujuan yang amat besar. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dengan maksud: “Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam” Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

Maksud Islam ialah, Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat.

ISLAM meletakkan kepentingan beragama hendaklah diutamakan dalam kehidupan manusia, kerana agama adalah punca kebaikan dunia dan akhirat bagi penganut Islam. Maka agama yang dimaksudkan ialah daripada perkataan Al-Din yang berbeza dengan takrif agama dalam bahasa yang lain. (Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia. , 2005)

1

Kebebasan Beragama Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan". Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan (Perlembangaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3). (Mohamed Azam Mohamed Adil, Januari 2003) Adapun kebebasan beragama pula adalah hak yang diberi dan dijamin oleh Islam kepada penganut pelbagai agama mengikut konsep hubungan antara agama, kaum dan negara iaitu tiada paksaan dalam beragama dan Islam itu wajib dianut dengan rela hati tanpa paksaan. Walaupun setiap penganut Islam itu tegas menyatakan hanya Islam sahaja yang benar, sehingga kebebasan beragama itu dikira terbabas ke dalam kemusnahan yang menjadi penentuan Allah. Namun dalam bermuamalah terhadap pihak lain dianggap menjadi hak mereka yang diberikan oleh Islam supaya menjadi ruang untuk berfikir dengan bebas. Konsep kebebasan agama berasaskan tidak boleh dipaksa terhadap penganut agama lain dan tidak diganggu kebebasan menganut dan beramal dengan agama mereka mengikut sempadan menjaga keamanan dan keselamatan bersama serta menjaga kehidupan masyarakat madani (taaruf).

Konsep ini adalah arahan atau perintah Allah di dalam Al-Quran yang diamalkan secara istiqamah

2

oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang memerintah negara, serta dihayati oleh umat Islam sehingga kini, walaupun ditempat tidak berkuasa memerintah negara. Antaranya firman Allah: ‫ِين فِي إِ ْك َراهَ َل‬ ِ ‫البقرة سورة] الد‬: 256[ “Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256) Firman Allah: ‫ض فِي َمن ََل َمنَ َربُّكَ شَا َء َو َل ْو‬ ِ ‫اس ت ُ ْك ِرهُ أَفَأَنتَ َج ِميعًا ُكلُّ ُه ْم ْاْل َ ْر‬ َ َّ‫( ُمؤْ ِمنِينَ يَ ُكونُوا َحتَّى الن‬99( ]‫يونس سورة‬: 99[ “Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak mengkehendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”. (Surah Yunus: 99) Firman

Allah:

ً ‫غ ِإ َّل َعلَيْكَ ِإ ْن َح ِفي‬ ُ ‫الشورى سورة] ْال َب ََل‬: 48[ ‫س ْلنَاكَ فَ َما أَع َْرضُوا فَإِ ْن‬ َ ‫ظا‬ َ ‫علَ ْي ِه ْم أَ ْر‬ “Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah As-Syura: 48) Walaupun Allah menyatakan dengan benar bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh masuk syurga di akhirat nanti dan yang kufur tidak beriman dimasukkan ke neraka. Namun Allah berfirman: ‫الكهف سورة] فَ ْليَ ْكفُ ْر شَا َء َو َمن فَ ْليُؤْ ِمن شَا َء فَ َمن َّربِ ُك ْم ِمن ْال َح ُّق َوقُ ِل‬: 29[ “Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur )ingkar(, biarlah dia mengingkarinya". (Surah Al-Kahfi: 29) Konsep tiada paksaan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W apabila berjaya mencapai kemenangan membebaskan Makkah, walaupun berada di puncak kuasa dan kekuatan, Baginda Nabi S.A.W berucap kepada penduduknya yang menyerah diri dengan bersabda:

3

‫اذهبوا‬

‫فأنتم‬

‫الطلقاء‬

“Pergilah! Kamu semua dibebaskan”. Khalifah Umar bin Al Khattab R.A memberi kebenaran kepada penganut Kristian menganut agama dan menjaga serta beramal di gereja mereka apabila berjaya membebaskannya daripada penaklukan Rom. Kini dapat disaksikan bagaimana kedudukan yang baik bagi golongan minoriti bukan Islam di tengah masyarakat Islam yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam. Islam mewajibkan adil terhadap seluruh manusia adalah amanah terbesar. Firman Allah: ُ ‫ّللا إِ َّن بِ ِه يَ ِع‬ َّ ‫ت ت ُ َؤدُّوا أَن يَأ ْ ُم ُر ُك ْم‬ ‫ّللاَ إِ َّن‬ ِ ‫اس بَيْنَ َح َك ْمتُم َوإِذَا أ َ ْه ِل َها إِلَى ْاْل َ َمانَا‬ ِ َّ‫ّللا إِ َّن بِ ْالعَدْ ِل تَحْ ُك ُموا أَن الن‬ َ َّ ‫ظ ُكم ِن ِع َّما‬ َ َّ َ‫َس ِميعًا َكان‬ ‫يرا‬ ً ‫ص‬ ِ َ‫( ب‬58) ]‫النساء سورة‬: 58[ “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 48)

Permulaan Pertikaian Mengenai Kebebasan Beragama Di Malaysia Pertikaian mengenai isu agama telah lama wujud sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Hal ini demikian kerana agama Islam mendapat pengiktirafan Inggeris sebagai terpakai dalam soal peribadi masyarakat Tanah Melayu pada masa tersebut. Isu agama termasuklah hak menukar agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang ada tidak diperkemas. Dahulunya, isu agama timbul dalam kes yang melibatkan kesahtarafan anak seperti Ainan bin Mahmud lwn Syed Abu Bakar, apabila mahkamah telah menggunakan seksyen 112 Enakmen Keterangan dalam menentukan kesahtarafan anak dan tidak menggunakan undangundang Islam. (Halim, 2014)

4

Jika dilihat kes tersebut kebanyakannya membabitkan masuk dan keluar daripada agama Islam. Terjadinya demikian kerana di Malaysia agama Islam menjadi anutan sebahagian besar rakyatnya yang berbangsa Melayu dan agama ini merupakan agama rasmi bagi Persekutuan. Oleh itu, sebarang isu mengenai keluar masuk agama Islam mendapat perhatian rakyat dan menjadi isu yang sensitif untuk dibincangkan. Tidak dinafikan bahawa fenomena tukar agama juga wujud dalam agama lain selain Islam, namun begitu kedudukannya tidak sama seperti keluar dan masuk Islam kerana di Malaysia bagi kaum lain mereka tertakluk pada satu undang-undang yang sama, iaitu undang-undang sivil sedangkan Islam mempunyai sistem undang-undang yang berbeza, terpakai kepada penganutnya dan ditadbir di bawah enakmen setiap negeri. Disebabkan pemakaian undangundang berbeza dan juga kedudukan murtad dalam Islam serta beberapa faktor lain telah menyebabkan keluar dan masuk Islam mendapat perhatian berbeza dan menjadi suatu isu yang besar. (Halim, 2014)

Sifat Negara Dan Kaitannya Dengan Amalan Kebebasan Beragama Sifat sesebuah negara sama ada negara berbentuk teokratik (theocratic) atau sekular menentukan tahap liputan hak kebebasan beragama khususnya hak untuk menukar agama. Hakikat ini diakui wujud di Malaysia apabila sifat negara ini dijadikan sebagai asas amalan dalam mengiktiraf hak untuk menukar agama. Dari segi amalan menukar agama di Malaysia, masih wujud kekaburan dalam meletakkan hak tersebut kerana etnik Melayu yang beragama Islam dikenakan aturan tertentu dalam melaksanakan hak untuk menukar agama sedangkan etnik lain bebas untuk menukar agama. Halangan hanya wujud dari segi sosial dan bukannya perundangan. Keadaan ini wujud kerana di Malaysia, etnik yang berbeza dikawal oleh dua sistem undang-undang yang berbeza mengenai kepercayaan beragama, iaitu undang-undang negara dan undang-undang agama masing-masing. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan di samping agama-agama lain yang boleh diamalkan secara aman dan damai menentukan sifat negara ini. Peruntukan ini telah ditafsirkan oleh penulisan terdahulu yang boleh dibahagikan kepada beberapa aliran perbincangan. Pertamanya penulisan yang menganjurkan Malaysia sebagai negara yang memberikan keistimewaan kepada agama Islam. 5

Oleh itu, Malaysia tidak boleh dilihat sebagai sebuah negara sekular, sebaliknya sebagai sebuah negara yang mengamalkan undang-undang syariah terhadap masyarakat Islam dalam beberapa perkara termasuklah penukaran agama.

Malaysia juga dikatakan sebagai sebuah negara religio-secular, iaitu negara Islam sederhana bagi penganut Islam, manakala bagi golongan bukan Islam pula undang-undang sekular diguna pakai. Penulisan ini yang mengambil pandangan bahawa Malaysia berada di tengah-tengah, iaitu antara negara teokratik dan sekular dan dinamakan sebagai negara yang mempunyai Perlembagaan berbentuk hibrid. Perlembagaan Malaysia dikatakan berbentuk hibrid dengan kewujudan Perkara 3(1) mengiktiraf Islam sebagai ugama rasmi dan pada masa yang sama mengiktiraf kebebasan penganut agama lain dalam menganuti dan mengamalkan agama mereka. Sifat negara sama ada negara itu negara Islam, sekular atau hibrid telah mempengaruhi amalan kebebasan beragama di Malaysia. (Farid Sufian Shuaib, 2005) Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan beragama ditafsirkan berasaskan sifat negara ini, iaitu sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan Islam berada dalam kedudukan istimewa. Contohnya Fasal (4) yang membolehkan negeri mengadakan undang-undang menghalang sebaran agama selain Islam kepada orang Islam mengukuhkan kedudukan Islam di tempat berbeza daripada agama lain. Perkara 11(1) telah ditafsirkan oleh pelbagai pihak dari segi hak untuk menukar agama sesuai dengan amalan yang sedia wujud di Malaysia. Masih wujud kekeliruan dalam penulisan mengenai cakupan hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan sama ada membenarkan individu menukar agama daripada agama sedia dianuti kepada agama lain mengikut pilihan masing-masing khususnya melibatkan individu yang ingin keluar atau masuk Islam. Keadaan ini wujud kerana di Malaysia, undang-undang syariah terpakai kepada orang Islam dan dilaksanakan melalui enakmen pada peringkat negeri selaras dengan peruntukan Senarai 2 Jadual Kesembilan. Wujud juga hujah yang mengatakan walaupun Islam berada di kedudukan tertinggi di Malaysia, tidak wujud justifikasi dalam menyekat kebebasan menukar agama kerana anutan agama merupakan persoalan dalaman seseorang individu yang tidak dapat dilihat. Sebaliknya, keluar atau masuk Islam hanya melibatkan 6

isu pentadbiran sahaja seperti meletakkan perkataan “Islam” dalam kad pengenalan diri orang Islam di Malaysia. Hak Menukar Agama Di Bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Peruntukan ini mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dalam masyarakat dan juga menjadi peruntukan yang selalu digunakan apabila hak kebebasan beragama dinafikan. Terdapat perdebatan sama ada peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ini mengiktiraf hak untuk menukar agama bagi semua warganegara Malaysia tanpa mengira agama. Antara pihak yang mengusulkan bahawa Perkara 11(1) memperuntukkan kebebasan dalam menukar agama bagi semua warganegara ialah Lee Min Choon. Pandangan ini juga dikongsi oleh Ahmad Masum. Menurut beliau Perkara 11(1) cukup luas untuk membenarkan individu keluar agama. Namun begitu, masih timbul banyak kekeliruan apabila membincangkan isu murtad. Perkara 11(4) yang memperuntukkan sekatan terhadap pengembangan agama lain terhadap orang Islam menurut beliau, tidak menghalang orang Islam daripada belajar tentang agama lain secara sukarela. Undang-undang syariah pada peringkat negeri juga mengiktiraf murtad dengan menyimpan daftar mereka yang keluar Islam dan mereka yang memeluk Islam. Walaupun hak untuk keluar agama tidak dinyatakan secara jelas sebagaimana dalam instrumen antarabangsa, Perkara 11(1) dikatakan tetap meliputi hak kebebasan menukar agama kerana peruntukan kebebasan beragama tidak bermakna tanpa hak untuk menukar agama. Walaupun halangan seakan-akan wujud bagi orang Islam dalam melaksanakan hak untuk menukar agama, tiada halangan bagi mereka yang menukar agama secara sukarela dan telah mencapai umur 18 tahun. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, 2008). Walaupun Malaysia tidak menerima UDHR 1946 dan ICCPR 1966, instrumen ini dikatakan tetap terpakai di Malaysia melalui seksyen 4(4) Akta SUHAKAM 1999. Oleh itu, hak untuk menukar agama adalah wujud bagi semua warganegara Malaysia di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun peruntukan melalui perkataan yang digunakan tidak menyebut secara langsung perkataan “memilih” atau “menukar”. Kebebasan beragama adalah sangat penting bagi Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang etnik, dan sekatan terhadap kebebasan beragama di Malaysia di bawah Perkara 11(1) hanya dari segi sebaran atau pengembangan agama lain 7

terhadap orang Islam berdasarkan peruntukan Fasal (4). Hak semua warganegara untuk menukar agama adalah wujud secara tersirat dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Menafikan hak orang Melayu atau Islam untuk keluar agama bermaksud menafikan juga hak orang bukan Islam untuk masuk Islam. Hak untuk menukar agama perlu diberikan sama rata antara semua ahli masyarakat tanpa mengira etnik dan agama. Ada penulis berpandangan bahawa Perkara 11(1) tidak memperuntukkan hak bagi orang Islam untuk keluar Islam atas alasan kewujudan Perkara 11(4) yang membenarkan pihak berkuasa negeri mengadakan undangundang menyekat pengembangan agama lain terhadap orang Islam. Walau bagaimanapun, kedudukan ini tidak jelas dan pindaan masih perlu dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan sekiranya undang-undang Islam berkaitan dengan jenayah murtad ingin dilaksanakan di Malaysia. Secara umumnya, penulisan terdahulu tidak menafikan hak untuk menukar agama sebagai wujud di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan kerana perbincangan lebih kepada sekatan yang dikenakan di bawah enakmen negeri. Hakikatnya, bagi orang Islam aturan dikenakan melalui enakmen negeri sebelum seseorang diisytiharkan sebagai telah keluar daripada agama Islam. Hal ini terbukti apabila negeri menyimpan daftar bagi mereka yang keluar Islam. Ada negeri yang memperuntukkan perisytiharan keluar Islam yang dilakukan tanpa mendapatkan keizinan mahkamah syariah adalah satu kesalahan menghina Islam. (Mohamed Azam Mohamed Adil, Januari 2003) Tiada penafian hak untuk keluar agama sekiranya dilaksanakan menurut enakmen negeri. Aturan yang dikenakan terhadap orang Islam ini bersesuaian dengan amalan di Malaysia yang mengiktiraf pemakaian undang-undang syariah terhadap orang-orang Islam. Kewujudan aturan ini juga menyebabkan kekeliruan apabila segelintir pihak berpandangan bahawa hak untuk menukar agama bagi orang Islam dinafikan sama sekali di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa orang Islam mengalami kesukaran untuk keluar Islam di Malaysia namun hal ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

8

Demografi Agama Kerajaan Amerika Syarikat menganggarkan penduduk Malaysia berjumlah 30.1 juta (anggaran Julai 2018). Data banci menunjukkan bahawa 61.3 peratus daripada penduduk mengamalkan Islam, 19.8 peratus agama Buddha, 9.2 peratus Kristian, 6.3 peratus Hindu, dan 1.3 peratus Konfusianisme, Taoisme, atau falsafah dan agama tradisional Cina yang lain. Kumpulan agama minoriti lain termasuk animisme, Sikh dan Baha'i. Etnik Melayu, yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam sejak lahir, membentuk kira-kira 55 peratus daripada penduduk. (Seng, 2010)

Status Penghormatan Kerajaan terhadap Kebebasan Beragama Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya," tetapi memberikan kerajaan negeri dan persekutuan kuasa untuk "mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. "Perlembagaan juga menyatakan "Islam adalah agama bagi Persekutuan" dan "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukanperuntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam. "Perlembagaan mengiktiraf pemerintah tradisional, juga dikenali sebagai sultan, sebagai "Ketua Agama Islam" di negeri mereka masingmasing. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, 2008) Sembilan daripada 13 buah negeri di negara ini mempunyai Sultan atau Raja; bagi baki empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan, pihak berkuasa Islam tertinggi adalah Agong. Sultan menyelia mahkamah syariah dan melantik hakim berdasarkan cadangan daripada jabatan agama Islam negeri masing-masing dan majlis agama Islam yang menguruskan pengendalian mahkamah. Di negeri yang tidak mempunyai Sultan dan di wilayah persekutuan, Agong menyelia proses ini. Undang-undang membenarkan rakyat dan organisasi untuk menyaman kerajaan bagi pencabulan

9

perlembagaan dalam kebebasan beragama. Perlembagaan persekutuan diberi keutamaan mengatasi undang-undang negeri, kecuali dalam perkara berkaitan undang-undang Islam. Pindaan perlembagaan memperuntukkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah, yang mempunyai bidang kuasa ke atas orang Islam dalam hal-hal undang-undang keluarga dan pengamalan keagamaan. Hubungan antara undang-undang syariah dan sivil masih tidak dapat diselesaikan dalam sistem perundangan. Walaupun mahkamah sivil umumnya memberi laluan apabila bidang kuasa bertembung; sebagai contoh, dalam kes hak penjagaan untuk salah seorang ibu bapa beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam. Undang-undang melarang penyebaran agama kepada orang Islam oleh orang bukan Islam, tetapi membenarkan dan menyokong penyebaran Islam kepada orang lain. (Bari, Perlaksanaan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia, Disember 1999) Undang-undang juga melarang orang meninggalkan Islam dan proses undang-undang penukaran agama tidak ditakrifkan dengan jelas dalam undang-undang. Undang-undang dan dasar kerajaan tidak menyekat hak orang bukan Islam untuk menukar kepercayaan agama dan fahaman mereka. Namun, penukaran ke agama Islam menimbulkan beberapa isu. Seseorang yang bukan Islam yang ingin berkahwin dengan seorang Islam mesti memeluk agama Islam sebelum perkahwinan itu boleh diiktiraf sebagai sah. Seorang minor (di bawah umur 18 tahun, mengikut undang-undang persekutuan) tidak boleh bertukar kepada agama lain tanpa kebenaran yang jelas daripada penjaganya. Walau bagaimanapun, undangundang di beberapa negeri membenarkan penukaran kepada Islam tanpa kebenaran penjaga selepas umur 15 tahun. Orang Islam yang mahu menukar agama hendaklah terlebih dahulu meminta kebenaran daripada mahkamah syariah untuk mengisytiharkan mereka "murtad." Mahkamah syariah jarang membenarkan permintaan tersebut dan boleh mengenakan hukuman seperti memaksa si murtad menjalani "pemulihan." Di negeri Perak, Melaka, Sabah dan Pahang, penukaran dari Islam ke agama lain adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan denda atau penjara. Di Pahang, sebatan sehingga enam kali juga boleh dikenakan. Di peringkat kebangsaan, mahkamah sivil biasanya menyerahkan kuasa kepada mahkamah syariah dalam kes berkaitan keluar daripada agama Islam, dan mahkamah syariah kekal tidak bersedia 10

untuk membenarkan penukaran agama tersebut untuk mereka yang dilahirkan Islam dan enggan membenarkan penukaran bagi mereka yang sebelum ini telah memeluk agama Islam. Di negeri Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak, dan Melaka, undang-undang syariah membolehkan seorang ibu atau bapa untuk menukar agama kanak-kanak ke Islam tanpa persetujuan pihak yang satu lagi. Umur sah perkahwinan adalah 16 tahun untuk kanak-kanak perempuan Islam dan 18 tahun bagi lelaki Islam. Namun mereka boleh berkahwin sebelum umur tersebut dengan kebenaran ibu bapa mereka dan mahkamah syariah. Orang bukan Islam mesti berumur 18 tahun untuk berkahwin. Undang-undang cukai memberikan pengecualian cukai bagi kumpulan agama berdaftar untuk sumbangan yang diterima dan potongan cukai bagi penderma individu. Pendaftar Pertubuhan, di bawah Kementerian Dalam Negeri, menentukan sama ada kumpulan agama boleh didaftarkan untuk layak menerima bantuan kerajaan dan manfaat lain. Pendaftar tidak mempunyai dasar yang konsisten atau kriteria yang telus untuk menentukan sama ada untuk mendaftarkan kumpulan agama. Penderma kepada pertubuhan Islam menerima pelepasan cukai lebih daripada penderma kepada pertubuhan bukan Islam. Kad pengenalan kebangsaan menyatakan pertalian agama, dan digunakan oleh kerajaan untuk menentukan rakyat tertakluk pada undang-undang syariah. Kad pengenalan mengenal pasti orang Islam di atas permukaan kad itu; bagi penganut agama lain yang diiktiraf, anutan agama tidak dicetak, tetapi dikodkan ke dalam cip pintar kad pengenalan. (Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia. , 2005) Orang Islam berkahwin hendaklah membawa kad pengenalan diri bergambar dan pasangan mereka sebagai bukti perkahwinan. Dua negeri, Kelantan dan Terengganu, menggubal hudud Islam (undang-undang jenayah Islam) untuk orang Islam. Namun, setakat April kerajaan persekutuan mengatakan undang-undang yang ditetapkan al-Quran ini bagi jenayah moral dengan hukuman yang keras sebagai menyalahi perlembagaan. Oleh itu, undang-undang akan memotong tangan pencuri, penzina yang dikenakan sebat, dan hukuman mati untuk murtad masih belum dilaksanakan. Namun hukuman ini tetap berada dalam rekod. Kerajaan meletakkan Islam Sunni di atas agama lain, termasuk bentuk Islam yang lain, dan menahan individu kerana melanggar sekatan ke atas kebebasan beragama. Disebabkan Islam dan identiti etnik Melayu berkait rapat, sukar untuk mengkategorikan banyak kejadian seperti yang semata-mata berdasarkan identiti agama. Fatwa 1996 yang memberi kesan pada undang-undang di bawah kanun syariah mengisytiharkan Malaysia hanya akan mengikuti ajaran Sunni dan 11

melarang pemilikan, penerbitan, atau pengedaran bahan yang bertentangan dengan ajaran Sunni. Mereka yang menyeleweng daripada tafsiran rasmi Islam terus menghadapi tindakan hukuman kerajaan. Pada bulan Mac lebih 100 orang telah ditahan kerana disyaki ahli Syiah. Mereka ditahan dalam satu majlis persendirian memperingati perayaan Syiah dan dibebaskan berjam-jam kemudian. Kes ini masih belum selesai. Kerajaan dilaporkan mengekalkan senarai rahsia "mazhab" yang diharamkan kerana "sesat" di dalam Islam yang merangkumi lebih daripada 50 kumpulan. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggaris panduan kerajaan persekutuan tentang apa yang dikatakan kelakuan atau kepercayaan Islam yang "sesat." Pihak berkuasa agama negeri amnya mengikuti garis panduan ini. Kerajaan persekutuan dan negeri melarang perhimpunan keagamaan dan ibadah untuk apa yang kerajaan anggap sebagai "ajaran sesat" seperti Syiah, Ahmadiyah, dan Al-Arqam. Ahli kumpulan yang diharamkan tidak boleh bercakap dengan bebas tentang kepercayaan agama mereka. Kerajaan menahan orang Islam yang menyimpang daripada prinsip Ahli Sunnah Waljamaah dan mewajibkan mereka menjalani "pemulihan" di pusat yang mengajar dan menguatkuasakan amalan Islam yang diluluskan oleh kerajaan. Pada bulan April 2014 balu pengasas mazhab Islam diharamkan, bersama-sama dengan 18 orang pengikut, dijatuhi hukuman pemulihan selama 500 jam. Mahkamah syariah peringkat negeri juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan individu yang menganut kepercayaan kumpulan Islam yang "sesat" untuk memasuki pusat pemulihan agama. Kerajaan melarang individu keluar dari pusat terbabit sehingga mereka menamatkan program ini, yang panjang tempohnya berbeza-beza, tetapi lazimnya berlangsung kira-kira enam bulan. Program kaunseling direka untuk memastikan tahanan mengamalkan tafsiran rasmi Islam kerajaan. (Bari, Islam dalam Perlembagaan Malaysia. , 2005) Pada bulan Mac 2014, kerajaan mendakwa Kassim Ahmad, seorang sarjana bersara dan aktivis politik atas tuduhan menghina agama Islam. Di antara kesalahannya adalah mengkritik sebahagian ulama Islam di Malaysia yang bersikap elitisme. Kesnya masih belum selesai pada akhir tahun. Tindakan pihak berkuasa Islam semakin memberi kesan terhadap bukan Islam. Walaupun pada bulan Jun, Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menyatakan kerajaan memandang Perlembagaan Persekutuan sebagai membenarkan salah seorang ibu bapa untuk membuat keputusan mengenai agama anak mereka, yang bertentangan dengan tafsiran semasa undang-undang, kes jagaan anak di antara mereka yang masuk Islam dan pasangan bukan Islam mereka sering memihak kepada mereka yang masuk Islam. 12

Pada 6 April 2014, mahkamah sivil mengetepikan perintah mahkamah syariah dan memberikan seorang wanita beragama Hindu hak penjagaan penuh dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun. Suaminya yang telah berpisah sebelum ini diberikan hak penjagaan oleh mahkamah syariah dan bekas suami itu menukarkan agama anak kepada Islam. Pihak polis enggan bertindak atas perintah mahkamah sivil, dengan membiarkan anak-anak itu bersama bapa mereka yang enggan mematuhi keputusan mahkamah. Pada bulan Jun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah kuil Hindu untuk menghentikan satu majlis perkahwinan kerana pengantin perempuan telah didaftarkan sebagai orang Islam, walaupun dia tidak pernah mengamalkan agama Islam. Pada bulan yang sama, pihak berkuasa agama Islam di Pulau Pinang menghentikan pengebumian dan merampas mayat si mati yang mereka dakwa seorang Islam. Mayatnya hanya dilepaskan kembali kepada keluarga empat hari kemudian, selepas mahkamah syariah mengisytiharkan si mati bukan Islam. Sekatan ke atas penggunaan perkataan "Allah" oleh orang bukan Islam terus menjadi kontroversi. Pada bulan Jun, kerajaan menamatkan usaha undang-undang Gereja Katolik untuk terus menggunakan perkataan "Allah" oleh akhbar Herald, apabila mahkamah tertinggi negara menolak percubaan untuk membatalkan larangan 2009 ke atas penggunaan "Allah" itu. Walaupun kerajaan menegaskan keputusan itu hanya terpakai pada akhbar Herald, kes itu terus memberi

kesan

selain

akhbar

mingguan

itu.

Sebagai

contoh,

buku

agama

terus

sewenangwenangnya dirampas oleh kastam. Kejadian terbaru berlaku pada Disember, apabila 30 buah buku nyanyian keagamaan yang disasarkan untuk orang Kristian bumiputera dirampas oleh pihak polis di sebuah kedai salinan di negeri Johor kerana mengandungi perkataan "Allah." Pada bulan Januari 2014, polis menyarankan Paderi Lawrence Andrew, editor Herald, didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengatakan kalimah Allah akan terus digunakan dalam upacara keagamaan Bahasa Melayu di gereja di negeri Selangor. Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa Paderi Andrew setakat ini. Pada bulan yang sama, JAIS menyerbu Persatuan Alkitab, merampas lebih 300 salinan Bible dengan perkataan "Allah" dan menahan pengerusi Persatuan dan seorang ahli kakitangan. Jabatan Peguam Negara menutup kes itu pada bulan Jun, dengan menolak untuk mendakwa Persatuan Alkitab dan mengarahkan JAIS untuk mengembalikan Bible, yang pada mulanya enggan dibuat oleh JAIS. Namun, pada bulan November, Menteri Besar Selangor yang baru menjadi orang tengah untuk suatu kompromi dengan JAIS untuk menyerahkan Bible kepada persatuan gereja Kristian dari negeri lain di Malaysia yang wakilnya berjanji untuk tidak 13

mengedarkan kitab itu di Selangor. Kerajaan mengenakan sekatan ke atas perhimpunan agama dan menafi yang didaftarkan sebagai syarikat termasuk Jehovah's Witness dan The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints (Mormon). (Halim, 2014) Pada umumnya, pendaftaran sebagai sebuah syarikat boleh dibuat agak cepat dan menyediakan asas yang sah untuk menjalankan urusan, tetapi tidak layak mendapat pembiayaan kerajaan. Kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas peruntukan bagi tanah untuk, dan bagi pembinaan semua tempat ibadat, serta peruntukan tanah untuk semua perkuburan. Orang bukan Islam melaporkan mereka kerap menghadapi kesukaran mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan untuk membina tempat ibadat baharu. Kerajaan negeri Selangor akhirnya meluluskan rancangan untuk membina sebuah gereja Kristian pada bulan November 2014, enam tahun selepas gereja mengemukakan cadangan. Kerajaan melarang penerbitan, acara awam, dan perdebatan terbuka yang dikatakan boleh menjejaskan keharmonian antara agama. Pada bulan Oktober ulama Islam Indonesia, Ulil Abshar Abdalla, yang dilihat oleh banyak pihak sebagai liberal, dihalang daripada memasuki negara ini untuk berucap dalam perbincangan meja bulat mengenai memerangi fundamentalisme. Ulil Abshar sebelum ini telah dijemput oleh kerajaan pada 2002. Pada bulan April 2014 kerajaan persekutuan tanpa dijangka mengumumkan bahawa ia kini akan menyokong negeri yang mahu melaksanakan hudud Islam untuk orang Islam. Dalam bulan November pada tahun yang sama, pemimpin negeri Kelantan berkata mereka akan memperkenalkan beberapa rang undang-undang di Parlimen Malaysia pada 2015 yang akan membuka jalan bagi pelaksanaan undang-undang hudud. Kerajaan negeri Kelantan mula-mula meluluskan undang-undang hudud pada 1993, tetapi telah dihalang daripada melaksanakannya sejak itu. Sebarang pindaan terhadap Kanun Keseksaan memerlukan sokongan dua pertiga Parlimen. Pegawai di peringkat persekutuan dan negeri menyelia kegiatan agama Islam, dan mempengaruhi kandungan khutbah, menggunakan masjid untuk menyampaikan mesej politik, mengehadkan luahan terbuka, dan menghalang imam tertentu daripada berucap di dalam masjid. Kerajaan negeri secara sah bertanggungjawab bagi pentadbiran masjid di 13 negeri, termasuk melantik imam dan menyediakan panduan bagi isi kandungan khutbah. Di tiga wilayah persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan tanggungjawab ini. JAKIM juga dihasilkan teks untuk khutbah Jumaat untuk semua masjid di negara ini, walaupun tidak ada maklumat mengenai berapa ramai mengikuti teks-teks yang disediakan. Pihak berkuasa 14

negeri yang ditadbir syariah melalui mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua orang Islam. Undang-undang syariah dan tahap penguatkuasaannya berbeza-beza mengikut negeri dan telah dipengaruhi oleh jabatan agama masing-masing di negeri ini. Kerajaan negeri mengenakan undang-undang syariah ke atas orang Islam dalam beberapa hal budaya dan sosial, tetapi secara umumnya tidak mengganggu amalan keagamaan masyarakat bukan Islam. Walau bagaimanapun, perdebatan berterusan mengenai negeri yang menggabungkan unsur syariah seperti khalwat ke dalam undang-undang sivil dan jenayah sekular. Walaupun hukuman khusus untuk kesalahan khalwat berbeza dari negeri ke negeri, ia biasanya boleh dihukum dengan beberapa gabungan penjara sehingga dua tahun, denda sebanyak RM3,000 atau beberapa sebatan. Pegawai penguatkuasaan agama negeri masih mempunyai kuasa untuk bekerjasama dengan polis menyerbu premis persendirian dan tempat awam, untuk menguatkuasakan undang-undang syariah, termasuk pelanggaran seperti berpakaian tidak senonoh, mengedarkan penerbitan dilarang, meminum alkohol, atau berkhalwat. (Abdull Rahman Mahmood, 2009) Pada bulan Julai 2014, pihak berkuasa agama Selangor mewartakan fatwa (memberikannya kuasa undang-undang) yang mengisytiharkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk hak wanita Sisters in Islam "sebuah pertubuhan agama sesat kerana mengamalkan liberalisme dan pluralisme." Kerajaan negeri belum lagi mengambil sebarang tindakan terhadap pertubuhan ini, tetapi Sisters in Islam mencabar fatwa itu atas alasan perlembagaan. Kes ini masih belum selesai. Kerajaan menyediakan bantuan kewangan kepada institusi agama Islam dan kewangan yang lebih terbatas kepada pertubuhan bukan Islam. Pendidikan agama Islam adalah wajib bagi kanak-kanak Islam di sekolah kerajaan; pelajar bukan Islam diwajibkan mengambil kelas moral dan etika. Pertubuhan gereja dan kuil tempatan tidak berjaya mendesak kerajaan untuk memasukkan pilihan untuk kelas agama bukan Islam untuk diadakan pada hari sekolah. Di sekolah rendah dan menengah,perhimpunan pelajar selalunya bermula dengan bacaan doa oleh guru atau pengetua sekolah. Sekolah swasta bebas untuk menawarkan kurikulum agama bukan Islam sebagai pilihan kepada orang bukan Islam. Sekolah di rumah adalah sah, tetapi sesetengah keluarga melaporkan kesukaran untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Kerajaan hanya menawarkan bantuan kewangan kepada sekolah Islam swasta yang bersetuju untuk membenarkan penyeliaan kerajaan dan menggunakan kurikulum yang diluluskan oleh kerajaan. Guru agama di kebanyakan sekolah kebangsaan, khususnya di Semenanjung Malaysia, 15

memastikan bahawa kanak-kanak perempuan Islam memakai tudung di sekolah. Kenyataan antiSemitik, dan dalam beberapa kes anti-Kristian telah dibuat oleh badan kerajaan. Pada bulan Januari JAKIM mengeluarkan teks khutbah Jumaat yang disediakannya dengan menyalahkan orang Kristian dan Yahudi kerana memecahbelahkan umat Islam. Pada bulan Julai, Datuk Bung Mokhtar Radin, seorang ahli Parlimen Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), memuji Hitler di media sosial selepas Jerman memenangi Piala Dunia. Beberapa badan kerajaan termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah ditugaskan untuk menggalakkan keharmonian agama dan melindungi hak minoriti kumpulan agama, tetapi tiada satu pun mempunyai kuasa dan pengaruh daripada badan yang mengawal hal ehwal Islam. Pada bulan Jun 2014 menteri yang bertanggungjawab bagi perpaduan negara, Tan Sri Joseph Kurup, mengumumkan kerajaan persekutuan akan menyiasat serbuan perkahwinan oleh JAIS pada bulan yang sama, tetapi tidak ada tindakan yang diambil sejak itu. Pada bulan November 2014, menteri yang sama juga menggesa pembukaan semula penyiasatan atas ancaman untuk membakar Bible oleh NGO Perkasa yang siasatannya ditutup oleh Jabatan Peguam Negara. Tiada tindakan lanjut diambil mengenai perkara ini. Perdana Menteri Najib telah menyeru ke arah kesederhanaan dan toleransi sebagai isu utama dalam pentadbiran beliau, dan telah berjanji untuk menjadikan ini tema Malaysia sebagai pengerusi ASEAN, yang bermula pada bulan November, dan juga sebagai tema dalam tempoh Malaysia berada dalam Majlis Keselamatan PBB akan datang. Perdana Menteri Najib secara rasmi menarik balik janjinya untuk memansuhkan undang-undang hasutan dalam ucapan pada 27 November. Sebaliknya beliau mengumumkan rancangan untuk mengekalkan undang-undang itu dan memperluaskannya untuk meliputi kenyataan yang mengecam Islam atau agama lain, dan isu lain. Perdana Menteri juga merupakan penaung pengasas badan pemikir berkaitan kerajaan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM). Aktiviti GMM di Malaysia termasuk acara dan penerbitan yang direka untuk menggalakkan toleransi dan keterangkuman dan menolak ekstremisme, termasuk dalam agama. Pada bulan April, kumpulan itu menganjurkan bersama sesi meja bulat yang menggalakkan toleransi agama. Pada bulan September GMM dan sebuah persatuan belia Islam terkemuka mewujudkan satu pasukan petugas untuk menangani peningkatan pengaruh ideologi pelampau. (Ibrahim, 1997)

16

Pada bulan November 2014, Perdana Menteri Najib membentangkan kertas putih mengenai kumpulan Negara Islam di Parlimen, dengan menggambarkan kumpulan itu sebagai menyalahtafsirkan pengertian "jihad" dan menyatakan kebimbangan terhadap kesan kumpulan itu ke atas keselamatan Malaysia. Pada bulan Oktober, JAKIM mengisytiharkan fatwa yang mengatakan jihad kumpulan pengganas itu sebagai bertentangan dengan Islam, dan menasihati umat Islam Malaysia untuk mengabaikan propaganda kumpulan Negara Islam. Status Penghormatan Masyarakat kepada Kebebasan Beragama Pada bulan Januari 2014, dua bom api telah dilontarkan ke dalam perkarangan sebuah gereja Kristian di negeri di utara Pulau Pinang, yang dilaporkan dilakukan kerana isu "Allah". Perbuatan ini menyebabkan kerosakan yang sedikit. Pada bulan Januari juga Gereja Katolik mengutuk protes oleh ahli UMNO yang melakukan pembakaran patung Paderi Lawrence Andrew, editor Herald, dengan memanggilnya "sama seperti serangan terhadap masyarakat Kristian." Pada bulan Oktober 2014 penganjur acara yang bertujuan untuk mendidik umat Islam tentang anjing, yang dianggap tidak bersih apabila disentuh dalam tafsiran rasmi Islam yang diamalkan di negara ini, telah menyembunyikan diri selepas dia menerima ancaman bunuh, walaupun dia seorang Islam. Pemeluk baru agama, terutamanya mereka yang keluar daripada Islam, kadangkala menghadapi stigma yang teruk. Dalam banyak kes, pemeluk baru agama menyorokkan kepercayaan dan amalan agama yang baru dianuti daripada orang seagama mereka dahulu, termasuk rakan dan saudaramara. Wanita dan kanak-kanak perempuan Islam menghadapi tekanan sosial untuk memakai tudung. Aktivis masyarakat sivil terus mengkritik kedua-dua amalan perkahwinan di bawah umur dan kenyataan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong perkahwinan kanak-kanak sebagai satu amalan Islam yang dibenarkan. Aktivis menggesa umur minimum bagi wanita untuk berkahwin dinaikkan ke 18 tahun tanpa pengecualian. Standard ini ditetapkan oleh Konvensyen PBB bagi Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita, yang diperakui oleh negara ini. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, 2008) NGO konservatif Islam dan Melayu, khususnya Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), terus mendominasi wacana awam, walaupun kumpulan dan NGO agama sederhana lain turut aktif. 17

Pada bulan Januari sebuah NGO di Pulau Pinang menuntut pihak berkuasa tempatan mengharamkan penjualan terbuka daging babi di negeri ini. Pada bulan Februari, ISMA menyeru umat Islam di Malaysia untuk menjadi lebih agresif dalam mempertahankan Islam, menyeru mereka untuk mencontohi Rasulullah SAW dalam semua aspek, termasuk melancarkan perang. Pada bulan Mei, seorang kolumnis akhbar mencadangkan orang Islam menyusup masuk ke gereja di Malaysia untuk menyaksikan dakwaan kutukan terhadap Islam oleh Kristian, manakala pada bulan Jun pemimpin Perkasa mengugut untuk memancung mereka yang mempersendakan Islam. Pada seminar yang disokong kerajaan tentang ancaman agama Kristian yang diadakan di sebuah universiti awam pada bulan Mei 2014, penceramah mendakwa terdapat agenda Kristian untuk memurtadkan umat Islam. Pemimpin NGO menuduh paderi Kristian menyamar sebagai jurulatih bola sepak untuk memurtadkan kanak-kanak Islam. Pada bulan September 2014 gerakan Islam dalam talian berkempen menentang Oktoberfest anjuran jenama bir, walaupun pada hakikatnya umat Islam tidak dijemput dan tidak dibenarkan untuk menghadiri acara seperti ini. Peristiwa yang sama telah diadakan tanpa kontroversi pada tahuntahun yang lalu. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, 2008) ISMA menyatakan ia menentang memansuhkan undang-undang hasutan di negara ini atas alasan pemansuhan akan membolehkan kapitalis Yahudi dan Kristian untuk membentuk dasar negara. Media melaporkan seorang bekas pegawai kerajaan menggesa patung di kuil Hindu di Batu Caves dan kuil Buddha di Pulau Pinang dibuang, dengan alasan patung ini satu penghinaan kepada Islam.

Dasar Kerajaan A.S. Dalam sesi town hall dengan pemimpin belia semasa lawatan bulan April 2014, Presiden Obama menekankan kepentingan menghormati hak beragama golongan minoriti. Kenyataannya itu dilaporkan secara meluas dalam media. Presiden Obama juga bertemu secara peribadi dengan masyarakat sivil, termasuk pemimpin agama dan NGO. Wakil A.S. mengekalkan dialog yang aktif terhadap kebebasan beragama dengan pegawai dan pemimpin kerajaan, dan wakil kumpulan agama, termasuk mereka yang tidak diiktiraf secara rasmi

18

oleh kerajaan. Percubaan kedutaan untuk bertemu dengan jabatan hal ehwal agama Islam dalam kerajaan untuk membincangkan isu kebebasan agama pada tahun ini tidak berjaya. Pada bulan April juga kedutaan menganjurkan lawatan dua penceramah untuk berkongsi pengalaman Amerika mengenai kepelbagaian agama. Mereka adalah Penasihat Khas bagi Bahagian Hak Sivil di Jabatan Kehakiman dan pengarah bersekutu pusat Amerika bagi hal ehwal agama, keamanan, dan dunia yang terkenal. Penceramah bertemu dengan pegawai kerajaan, pemimpin pelbagai komuniti agama, dan aktivis masyarakat sivil dalam rangka lawatan tiga hari. Duta Besar dan pegawai-pegawai kedutaan lain melawat Pusat Maklumat Islam di Kuching, Sarawak, sebuah institusi model yang tertumpu kepada menggalakkan pendidikan antara agama dan keharmonian. Pada bulan Oktober Wakil Khas Masyarakat Islam di Jabatan Negara Amerika Syarikat yang berbincang dengan menteri kerajaan, pemimpin agama, dan usahawan Islam mengenai isu kebebasan beragama dan kebimbangan mengenai sikap tidak bertoleransi di negara ini. (Seng, 2010) Pada bulan Oktober 2014 juga kedutaan dan pegawai Jabatan Negara A.S. bertemu dengan pelbagai pertubuhan Islam dan bukan Islam, NGO, dan pegawai kerajaan untuk mempelajari aliran yang menjejaskan kebebasan beragama dan membincangkan bidang kerjasama dengan Amerika Syarikat. Semasa lawatan pada bulan Oktober ke negeri di Malaysia Timur, Sarawak, pegawai kedutaan bercakap dengan wakil daripada kerajaan, parti pembangkang, dan juga NGO mengenai dakwaan berterusan tentang pertubuhan yang disokong oleh kerajaan persekutuan yang menawarkan wang kepada masyarakat peribumi di kawasan luar bandar untuk memeluk agama Islam. Pegawai kedutaan juga secara rutin bertemu dengan NGO keagamaan, dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia untuk membincangkan isu kebebasan beragama. Program kedutaan juga termasuk jelajah ceramah oleh pemimpin masyarakat Islam dan imam dari Amerika, perbincangan meja bulat dengan para pemikir dan pemimpin agama dan masyarakat awam untuk menggalakkan dialog antara agama, dan penglibatan lain dengan media untuk menonjolkan toleransi agama. Kedutaan menjadi tuan rumah beberapa majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan, dan pegawai kedutaan berbincang dengan tetamu mengenai isu kebebasan beragama. Kerajaan A.S. juga membiayai geran masyarakat sivil dan geran program pertukaran bagi wakil pertubuhan bukan 19

kerajaan yang bertujuan untuk menggalakkan toleransi beragama dan menghormati kepelbagaian agama di dalam negara Malaysia yang majmuk. (Ibrahim, 1997)

Kesimpulan Amalan kebebasan dalam menukar agama adalah berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain. Justifikasi amalan kebebasan beragama adalah berasaskan sifat negara itu sendiri sama ada berbentuk teokratik, sekular atau hibrid. Di Malaysia, Perlembagaan berbentuk hibrid memberikan justifikasi terhadap amalan meletakkan aturan bagi orang Islam dalam kebebasan untuk menukar agama yakni keluar daripada Islam kerana aturan yang dikenakan bukanlah bersifat penafian hak. Kesimpulannya, pemilihan atau penukaran agama bagi orang Islam dibenarkan di Malaysia, namun wujud kesukaran untuk melaksanakannya. Hal ini bergantung pada pemenuhan prosedur yang telah ditetapkan di bawah enakmen negeri dan tidak semua individu berjaya mendapatkannya.

20

Rujukan Abdull Rahman Mahmood, K. H. (2009). Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di Malaysia. , Jurnal Hadhari 2: 33-51. (Jurnal) Bari, A. A. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. . selangor: intel.co. (Buku) Bari, A. A. (Disember 1999). Perlaksanaan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia. Johor Bharu: Intel.co. (Buku) Buang, N. M. (2012). Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif Hubungan Etnik di Malaysia. . Jurnal Kemanusiaan. 20, 1675-1930. 115-129. (Jurnal) Din, H. (1985). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. (Buku) Farid Sufian Shuaib. (2005). Murtad: Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan. Selangor: Intel Multimedia and Publication. (Buku) Halim, F. J. (2014). (The Practise on Freedom of Religion in Malaysia). Kebebasan Beragama: Gambaran Malaysia, Jurnal Kanun. 2: 220-235. (Jurnal) Ibrahim, A. M. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuaka Lumpur: IKIM. (Buku) Khadijah Mohd Khambali@Hambali, M. H. (2008). Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dlm. Jurnal Usuluddin Bil 27. Mohamed Azam Mohamed Adil. (Januari 2003). Hak Tukar Agama dalam Perlembagaan Malaysia : Konflik Antara Kebebasan Beragama dan Hukum Islam. Selangor: Jurnal Syariah 11:1. (Jurnal) Seng, A. W. (2010). Murtad, Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd. (Artikel)

21

Related Documents


More Documents from ""