RUMUSAN Kesimpulannya, kami sekumpulan telah mempelajari banyak teknik serta ilmu pengetahuan melalui tugasan korelasi ini. Antara pengetahuan dan hasil yang kami memperoleh ialah cara mendapatkan nilai pekali kolerasi Pearson dan menghasilkan gambar rajah serak sama ada melalui perisian computer dan secara manual. Kami juga dapat menentukan korelasi antara dua pemboleh ubah rawak X dan Y dengan cara memplot gambar rajah serak dan menghitung pekali korelasi Pearson, r. Di samping itu, kami dapat menginterpretasikan data yang dikumpulkan berdasarkan nilai pekali korelasi dan gambar rajah serakan yang diplotkan. Seterusnya, dapat mengenali cara membuat interpretasi berdasarkan gambar rajah serak dan nilai pekali korelasi Pearson, r. Kami juga memahami bahawa korelasi dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita selepas kami menyempurnakan tugasan kami statistik asas ini. Hal ini demikian kerana kumpulan kami telah menggunakan korelasi untuk menemui sama ada jumlah masa pelajar tidur pada waktu siang akan menggurangkan jumlah masa pelajar tidur pada waktu malam atau tidak. Jelaslah menunjukkan bahawa korelasi dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita untuk menunjukkan hubungan antara dua pemboleh ubah kuantitatif. Sampai di sini, kami mendapati bahawa kami dapat mencapai objektif yang diperlukan dalam tugasan korelasi ini.