TUGASAN 1 Satu sesi temubual telah dilakukan ke atas guru besar di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri semasa menghadiri program internship yang telah dilaksanakan selama sebulan di sekolah tersebut. Encik Hassan Bin Mat Arshad iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri merupakan responden yang ditemubual. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama lebih dari 30 tahun dan 15 tahun sudah menjadi guru besar. Berdasarkan temubual tersebut, Encik Hassan Bin Mat Arshad telah menjawab segala soalan yang dikemukan dan beliau telah menyokong hujah beliau dengan beberapa contoh yang berkaitan. i.
Bolehkah cikgu terangkan secara ringkas amalan profesionalisme keguruan yang menjadi amalan di sekolah SK Bukit Puteri?
Menurut beliau, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Nilaitara- nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guruguru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut. Manakala, pada pendapat beliau mengatakan profesionalisme keguruan ini pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional. Terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Menurut beliau di Sekolah Bukit Puteri, amalan yang diamalkan oleh beliau ialah menerangkan kepada guru tentang frame ataupun corak kerja-kerja terlebih dahulu kepada setiap guru. Sebagai contoh, beliau menerangkan kepada guru-guru mengenai skop-skop tugas dengan memberitahu objektif yang perlu dicapai, strategi bagi melakukannya dan hasil yang diperolehi setelah tempoh kerja yang kita lakukan. Kemudian, apabila keberhasilannya mencapai objektif atau tidak mencapai objektif. Maka, guru-guru dan pentadbir perlu membuat intervensi. Jadi, pada pandangan beliau yang penting sekali dalam amalan profesionalisme di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri ialah dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah ialah dengan komitmen guru-guru, anggota, kakitangan dan komuniti. Hal ini kerana semua warga sekolah perlu mengetahui matlamat sebenar yang hendak dicapai.
Seterusnya , amalan professional yang diterapkan ataupun ditekankan adalah denganguru-guru menjaga penampilan di sekolah. Dari segi penampilan guru itu sendiri, murid dapat menjadikan guru sebagai role model. Hal ini kerana guru adalah insan yang terdekat untuk murid-murid ikuti selepas penjaga. Tambahan pula, guru dapat memberi pendidikan tidak formal kepada pelajar dalam membentuk nilai diri yang positif dan membantu mereka menjadi insan yang berguna dan berketerampilan. Oleh itu sebagai seorang guru, kita perlulah sedar bahawa penampilan yang sentiasa kemas menjadikan orang tertarik dan yakin dengan apa yang kita sampaikan.
ii.
Pada pendapat cikgu, bagaimana isu guru berniaga boleh menjejaskan atau memberi kesan kepada guru dari aspek PdPc dan dalam perspektif pelanggaran peraturan tatakelakuan dan tatatertib penjawat awam?
Menurut pendapat beliau, guru yang berniaga di sekolah tidak menepati tatatertib . Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam. Hal ini juga bertentangan dengan peraturan tatalakuan dan tatatertib yang disebut dalam peraturan iaitu dengan membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya. Namun begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor- faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah dengan prinsip- prinsip etika yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam. Kadangkala perbuatan ini dilakukan akibat daripada tekanan yang dihadapi seperti kepentingan kekeluargaan, agama dan kaum. Isu etika guru merujuk kepada suatu perkara mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan secara terbuka dan isu ini boleh menjadi suatu masalah atau perkara biasa. Antara isu etika guru yang akan dibincangkan adalah kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan kerjaya sambilan yang boleh menjejaskan kelancaran pentadbiran sesebuah organisasi. Menurut beliau, bagi guru yang berniaga sememangnya mengatakan yang mereka tidak menganggu waktu mengajar tetapi komitmen yang diberikan tidak lagi sepenuhnya kepada proses PdPc ataupun komitmen di sekolah. Sebagai contoh yang semakin melonjak naik sekarang iaitu direct selling dan sebagainya. Kadang-kadang guru yang berniaga akan menyebabkan juga tugas utama meraka akan terabai. Contohnya, apabila guru terlibat dengan perniagaan pastinya mempunyai target dalam perniagaannya yang perlu dikejar maka guru tersebut akan bergerak lebih waktu sedangkan di sekolah guru itu mempunyai
banyak tugasan yang perlu diselesaikan seperti perlu menghadiri latihan sukan di sekolah dan membuat persediaan untuk mengajar di dalam kelas. Tambahan pula, pada waktu yang sama guru yang berniaga perlu mendapatkan keuntungan bagi perniagaan yang dilakukan dengan perlu mencari pelanggan-pelanggan dan mempromosikan barang jualannya. Menurut beliau melakukan dua kerja pada satu masa pastinya jarang berlakunya kecemerlangan, lebih-lebih lagi guru tersebut tidak fokus, letih dan sebagainya semasa melakukan tugasan di sekolah. Dari segi minda itu sendiri, menurut pandangan beliau kerja guru mestilah komited dan bersesuaian dengan gaji yang diterima secara bulanan. Jadi, bagi guru yang komited sebagai seorang guru tidak perlu memikirkan apa yang perlu dikejar sebaliknya hanya memfokuskan terhadap menjadi seorang guru yang cemerlang. Bagi yang berniaga pula, mereka perlu bekerja dengan lebih gigih bagi mendapatkan lebih keuntungan dan daripada situ terbahaginya tenaga, ruang, waktu, masa dan sebagainya. Tambahan pula, beliau juga berpendapat bagi guru yang ingin berniaga perlu memilih masa yang sesuai terlebih dahulu seperti selepas tamatnya perkhidmatan sebagai seorang guru. Akhir sekali, bagi guru yang ingin juga berniaga, mereka perlu memastikan bahawa tugasan di sekolah tidak terabai agar prestasi sebagai guru tidak menurun.
iii.
Selaku Guru Besar di SK Bukit Puteri, apakah peranan pentadbir yang boleh cikgu ambil bagi mengatasi masalah isu berniaga?
Bagi pendapat beliau, sebagai pihak pentadbir, langkah yang diambil untuk menyelesaikan atau mengatasi masalah ini adalah dengan mengambil beberapa tindakan. Sekiranya berlaku di sekolah SK Bukit Puteri, pihak pentadbir akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan tugas yang diberikan kepada guru dijalankan dengan sempurna. Menurut beliau, berniaga di sekolah sudah menjadi kebiasaan guru-guru di sekolah. Sekiranya berniaga di sekolah dihalang, guru-guru yang sudah terbiasa dengan meniaga di sekolah tetap akan melakukan juga. Jadi, sebagai pentadbir akan memantau setiap guru-guru di sekolah terutamanya dalam bidang tugas seperti kehadiran ke sekolah sama ada tepat pada waktunya, tanggungjawab untuk mengajar kelas tambahan, latihan sukan dan sebagainya. Sekiranya guru tersebut tidak hadir untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah, bermaksud guru tersebut telah mengabaikan tugasnya sebagai seorang guru. Pihak pentadbir juga mesti bagi peringatan dengan memastikan guru-guru tidak mengabaikan tugas terutamanya kepada guru yang sudah mula tidak mempedulikan hal-hal mengenai tugasan di sekolah. Sebagai contoh, guru tidak menyemak buku latihan, tidak
melengkapkan e-rph dan tugasan –tugasan yang lain. Sekiranya guru tersebut lebih fokus terhadap berniaga dan tidak mengalami masalah dalam tugas utama, guru tersebut boleh meneruskannya selagi tidak melanggar etika keguruan. Selanjutnya, pihak pentadbir juga perlu meningatkan pendedahan mengenai etika keguruan kepada guru-guru agar guru tidak mengabaikan tugas di sekolah. Tambahan pula, bidang keguruan sudah banyak tugas yang perlu difokuskan. iv.
Apakah pendapat cikgu mengenai perkembangan sistem pendidikan yang sentiasa
berubah
dan
dianggap
menambah
beban
kepada
guru
terutamanya guru-guru senior? Bagi pendapat beliau, punca utama sistem pendidikan yang sentiasa berubah adalah dari peredaran masa. Banyak perbezaan sistem pendidikan dahulu berbanding sistem pendidikan sekarang. Bagi beliau, sistem pendidikan, perlu berubah. Hal ini kerana, beliau mengatakan mengajar murid-murid mestilah mengikut peredaran zaman terutamanya dalam bidang IT begitu juga dengan guru-guru yang perlu menguasai IT semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan. Menurut beliau, bagi guru-guru yang baru tidak mengalami masalah dalam melakukan tugasan di sekolah kerana guru-guru baru lebih terdedah dengan penggunaan IT dalam kehidupan seharian berbanding guru-guru lama yang sudah terbiasa dengan kaedah yang lama. Contohnya, pelaksanaan E-RPH yang merupakan perkara yang baru bagi guru-guru senior dan perlu mempelajari cara pelaksanaannya. Sekiranya, guru-guru senior berfikiran negatif, hal ini akan menyebabkan guru-guru akan berasa terbeban dengan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Oleh itu, guru-guru senior perlu komited dan belajar perkara yang baru bagi memudahkan pelaksanaan kerja yang memerlukan penggunaan IT. Apabila guru-guru komited, penggunaannya adalah lebih mudah dan lebih menyenangi tugasan seorang guru. Oleh sebab itu, guru-guru lama perlu positif dalam melaksanakan tugas. Kerjasama antara guru juga amat penting dalam melaksanakan tugas agar sama-sama menyelesaikan tugasan yang perlu dilakukan. Jadi, sistem pendidikan perlu berubah mengikut peredaran masa bagi bersesuaian dengan generasi.
v.
Bagaimanakah cikgu mengambil jalan terbaik bagi memenuhi tuntutan daripada pihak atasan (PPD/JPN),dan pada masa yang sama menyenangi kerja guru di sekolah tanpa membebani mereka?
Menurut beliau, kerjasama satu pasukan amat penting bagi memastikan setiap tuntutan yang dikehendaki dari pihak atasan dapat ditunaikan. Seterusnya, hubungan pentadbir dan guru-guru perlu mempunyai keserasian dalam pelaksanaan tugas. Hal ini kerana, setiap guru penolong kanan mempunyai jawatankuasa guru-guru masing-masing. Sekiranya salah seorang tidak mempunyai keserasian, tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan tidak akan mendapat hasil yang terbaik. Oleh itu, bagi permasalahan yang berlaku guru besar memainkan peranan yang amat penting. Guru besar perlu tegas semasa memberikan arahan dan bersikap toleransi setiap permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru dan pentadbir. Selain itu, pentadbir perlu ada pendekatan dengan guru agar guru tidak memberi rasa tekanan kepada guru. Oleh itu, pentadbir seharusnya mempunyai cara yang membolehkan guru-guru berasa selesa semasa melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Tambahan pula, pentadbir juga perlu mempunyai tolak ansur antara guru agar tidak berasa terbeban dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Hal ini akan memberikan output yang baik terhadap sekolah. Jadi, kerjasama dan sikap toleransi amatlah penting dalam memastikan guru tidak terasa terbeban dan sekaligus memenuhi tuntutan daripada pihak atasan.