LAPORAN PROJEK INOVASI NAMA PELAJAR
: Muhamad Afiq Syukri Bin Arni
KURSUS
: PISMP
AMBILAN
: Jun 2015
NAMA SEKOLAH
: SK Bukit Gelugor
NAMA PROJEK INOVASI : Katakan Tidak Kepada Buli TARIKH PELAKSANAAN : 4 Mac 2019 hingga 7 Mac 2019 OBJEKTIF
: 1. Murid-murid mengetahui tentang jenis-jenis buli. 2. Murid-murid dapat panduan dan bimbingan bagi menangani isu buli.
1.0
Strategi Sebelum Sebelum melaksanakan program “Katakan Tidak Kepada Buli” ini dilaksanakan,
terdapat beberapa strategi dirancang bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Strategi yang pertama adalah melalui perbincangan. Perbincangan ini dilakukan bersama pelbagai pihak. Antaranya adalah sesama guru pelatih. Saya dan rakan-rakan berbincang bagi pengagihan tugas, pelaksanaan tugas dan perancangan pengisian sepanjang program berlangsung. Pengagihan tugas dibuat mengikut kemahiran serta kemampuan masing-masing. Sebagai contohnya, say akan mengambil alih tugas berkaitan bbidang ICT dan teknologi maklumat. Kuiz dan pelaksanaan program akan diketuai sepenuhnya oleh saya dengan bantuan rakan-rakan. Dari aspek jawatan pula, kami sebulat suara melantik saya sebagai pengerusi program, Aisswarya sebagai naib pengerusi program dan Khairunnisa sebagai setiausaha program. Kami uga telah melakukan jadual dan senarai semak perancangan program agar segala gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.
Perbincangan yang kedua pula adalah perbicangan bersama mentor iaitu Cik Farawahida. Perbincangan bersama beliau ini lebih berfokus kepada pembentangan aktiviti yang akan dijalankan. Kami bersyukur kerana mempunyai mentor yang sentiasa menyokong dalam perancangan aktiviti yang kami ingin laksanakan. Beliau juga memberi cadangan penambahbaikan tentang cara pelaksanaan program dan pengisian aktiviti agar lebih efisyen. Selepas dipersetujui oleh beliau, kami memulakan gerak kerja dengan membuat kertas kerja program. Perbincangan yang terakhir adalah perbincangan bersama guru besar tentang pelaksanaan program serta mendapatkan kelulusan beliau untuk melaksanakan program ini. Beliau memberi sokongan penuh dalam melaksanakan aktiviti ini dan memberikan kata-kata dorongan sebagai galakan untuk melakukan yang terbaik sepanjang melaksanakan aktiviti ini. Di samping itu, guru besar sendiri juga emberi cadangan terhadap pelaksanaan semasa program berlangsung di mana guru besar meminta kami agar menguji kefahaman murid tentang isu buli. Hal ini kerana terdapat segelintir murid masih tidak memahami tentang perbezaan buli dan pergaduhan. Setelah diluluskan oleh Guru Besar, kami mula melakukan gerak kerja bagi melaksanakan aktiiviti sepanjang program ini. Persediaan teks bagi pengumuman program, kuiz tahap satu dan kuiz Kahoot tahap dua juga mula dibuat. Selain itu, dengan bantuan rakan-rakan, hadiah dan cederamata dibeli untuk pemenang bagi setiap kelas. Makmal komputer juga ditempah untuk memastikan kelancaran sepanjang program nanti. Sebagai permulaan, kami merangka soalan-soalan kuiz bagi murid-murid tahap 1. Soalan kuiz tahap 1 perlu berbeza dengan soalan kuiz tahap 2. Hal ini kerana aras pemikiran mereka tidak sama dan memerlukan konsep struktur soalan yang berbeza. Soalan-soalan kuiz juga berbentuk santai dan bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman murid tentang gejala buli. Kuiz ini dilaksanakan sebagai salah satu program penilaian dan santai bersama murid-murid.
Setelah segalanya selesai, kami merujuk semula kepada guru pembimbing untuk melihat seula segala perancangan program yang telah dilakukan. Nasihat serta penambahbaikan
yang
dicadangkan
terus
dilaksanakna
untuk
meningkatkan
keberkesanan program yang akan dilaksanakan. 2.0
Strategi Semasa 4 Mac 2019 (Isnin) Masa
Aktiviti
Tempat
7.40 pagi
Makluman kepada murid
Perhimpunan Guru Pelatih
8.40 pagi
Catatan
tentang program “Katakan
Bimbingan dan
Tidak kepada Buli”
Kaunseling
Edaran Risalah QR Code
Kelas
5 Mac 2019 (Selasa) Masa 7.40 – 8.40 8.40 - 9.10
Aktiviti 1M1S Kuiz 1 Baiduri
Tempat Padang Makmal
Catatan Semua Guru Cik Aisswarya
9.10 – 9.40
Kuiz 1 Delima
Komputer
En Afiq Syukri
9.40 – 10.00
Rehat
Rehat
10.00 – 10.30
Kuiz 1 Mutiara
Cik Khairunnisa
10.30 – 11.00
Kuiz 1 Nilam
Cik Aisswarya
11.00 – 11.30
Kuiz 2 Baiduri
En Afiq Syukri
11.30 – 12.00
Kuiz 2 Delima
Cik Khairunnisa
12.00 – 12.30
Kuiz 2 Mutiara
Cik Aisswarya
12.30 – 1.00
Kuiz 2 Nilam
En Afiq Syukri
6 Mac 2019 (Rabu) Masa
Aktiviti
Tempat
Catatan
8.10 – 8.40
Kuiz 3 Baiduri
Makmal
Cik Khairunnisa
8.40 - 9.10
Kuiz 3 Delima
Komputer
Cik Aisswarya
9.10 – 9.40
Kuiz 3 Mutiara
Cik Khairunnisa
9.40 – 10.30
Rehat
Rehat
10.30 – 11.00
Kuiz 4 Baiduri
Cik Aisswarya
11.00 – 11.30
Kuiz 4 Delima
Cik Khairunnisa
11.30 – 12.00
Kuiz 4 Mutiara
En Afiq Syukri
12.00 – 12.30
Kuiz 4 Nilam
En Afiq Syukri
7 Mac 2019 (Khamis) Masa
Aktiviti
Tempat
Catatan
8.10 – 8.40
Kuiz 5 Baiduri
Makmal
Cik Aisswarya
8.40 - 9.10
Kuiz 5 Delima
Komputer
En Afiq Syukri
9.10 – 9.40
Kuiz 5 Mutiara
Cik Khairunnisa
9.40 – 10.30
Rehat
Rehat
10.30 – 11.00
Kuiz 6 Baiduri
Cik Aisswarya
11.00 – 11.30
Kuiz 6 Delima
En Afiq Syukri
11.30 – 12.00
Kuiz 6 Mutiara
Cik Khairunnisa
12.00 – 12.30
Kuiz 6 Nilam
Cik Aisswarya
Semasa program diaksanakan, kami telah melaksanakan setiap aktiviti mengikut perancangan yang telah dirancang. Pada hari pertama kami mula memperkenalkan dan mempromosikan program Katakan Tidak Kepada Buli ini kepada semua murid di perhimpunan. Kemudian, risalah yang mengandungi QR Code diedarkan kepada semua murid. Tiga QR Code ini dihasilkan sebagai inovasi dari program asal iaitu ceramah. QR Code ini mengandungi video-video interaktif yang memberi penerangan secara menyeluruh tentang isu buli. Murid-murid diminta untuk mengimbas QR Code ini di rumah sebagai rujukan pada masa akan datang.
Bagi memastikan murid mengimbas dan menonton video yang terdapat pada QR Code, kuiz akan diberi kepada semua murid. Kami telang bekerjasama dan menguruskan kuiz mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama. Setiap pemenang akan diberi hadiah. 3.0
Strategi Selepas Selepas semua program dilaksanakan, kami telah membuat sebuah laporan
kepada unit bimbingan dan kaunseling, sebuah laporan projek inovasi kami sebagai salah satu rekod dalam fail internship dan melengkapkan semua keperluan bagi internship kami pada kali ini. Segala dokumen serta maklumat yang diberi akan dimasukkan ke dalam fail internship. Selain itu, kami juga telah melakukan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah sebagai salah satu cara untuk kami berkongsi dan mengenalpasti masalah yang kami hadapi. Banyak ilmu dan pengalaman yang diberi kepada kami setelah melaksanakan projek inovasi ini. Projek inovasi ini memberi pengajaran yang besar bagi kami sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang di sekolah nanti. 4.0
Kekuatan Antara kekuatan dan kelebihan projek inovasi yang dijalankan pada kali ini
adalah memberi peluan kepada guru pelatih untuk belajar prosedur yang sebenar dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah. Perkara ini merupakan satu perkara yang penting untuk dipelajari khasnya kepada kami sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling nanti. Pastinya semua prosedur yang perlu dilalui adalah berbeza dengan pelaksanaan program di IPG. Namun begitu, bimbingan dan bantuan yang diberi oleh mentor kami banyak membantu dalam melaksanakan program kami ini. Selain itu, projek inovasi ni juga membantu murid untuk menggunakan kaedah terkini yang lebih sesuai dengan peredaran zaman. Ceramah sudah tidak berkesan kepada sesetengah murid. Oleh itu, QR Code yang diberi menggantikan ceramah bagi menyampaikan maklumat tentang isu buli kepada murid-murid. Respon daripada murid kebanyakannya sangat suka dan gembira menggunakan QR Code ini.
Seterusnya, melalui proejk ini juga, kami dapat menimba pengalaman dan membina hubungan bersama guru-guru yang lain. Sebagai contohnya, kami belajar cara dan prosedur untuk melaksanakan program semasa waktu rasmi Pdp. Kami perlu berinteraksi bersama guru lain semasa melaksanakan program ini. Kami bernasib baik kerana guru-guru di SK Bukit Gelugor ini sangat memahami dan banyak membantu memudahkan urusan kami.
5.0
Kelemahan Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah lokasi yang kurang sesuai.
Sememangnya apabila melaksanakan kuiz interaktif yang menggunakan komputer dan jaringan internet, makmal komputer merupakan lokasi yang paing sesuai. Namun begitu, makmal komputer di sekolah mempunyai beberapa masalah seperti kekurangan kerusi dan status kerosakan komputer. Hal ini mungkin berlaku kerana kuantiti murid dalam sebuah kelas yang terlalu ramai dan kualiti komputer yang diberi kepada sekolah. Selain itu, kekangan masa juga menjadi halangan dalam pelaksanaan program ini. Tempoh 30 minit merupakan satu tempoh yang sangat singkat bagi melaksanakan sebuah kuiz. Perkara ini mungkin berlaku kerana tempoh 30 minit juga termasuk tempoh pergerakan murid dari kelas ke makmal komputer, penerangan ringkas dan memberi tunjuk ajar cara menggunakan kuiz kahoot di komputer.
6.0
Peluang
Dalam pelaksanaan program ini, kami berpeluang untuk membina hubungan bersama guru-guru yang terlibat dalam program ini. Kami berpeluang menimba ilmu serta pengalaman dalam pelaksanaan progarm di sekolah pada situasi yang sebenar. Sebagai contohnya, kami telah berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah tentang prosedur-prosedur yang perlu kami patuhi untuk melaksanaka suatu program.
Selain itu, saya juga berpeluang belajar cara pengurusan murid di dalam bilikbilik khas seperti makmal komputer. Seperti yang kita telah sedia maklum, murid-murid biasanya akan berasa gembira apabila dibawa masuk ke dalam makmal komputer. Oleh itu, kemahiran mengawal murid perlu ada bagi mengawal dan memastikan program berjalan dengan lancar.
7.0
Cara Penambahbaikan
Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dengan membuat persediaan awal sebelum memulakan kuiz. Sabagai contoh, guru pelatih perlu memeriksa dan menyemak jumlah murid yang akan sampai dan menyediakan kerusi yang cukup untuk murid-murid tersebut. Komputer juga boleh dipasang dan diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan program untuk memastikan semua komputer berfungsi dengan baik. Selain itu, tempoh masa juga boleh dipanjangkan bagi setiap aktiviti. Hal ini akan memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada murid dan memberi peluang kepada murid menggunakan kuiz kahoot dengan lebih mahir. Video juga boleh ditayangkan sebagai persediaan bagi menjawab soalan kuiz.
8.0
Ancaman Terdapat situasi di aman bekalan internet tiba-tiba hilang dan mengganggu
kelancaran program. Hal ini merupakan satu isu yang tidak dapat dijangka kerana sepanjang perancangan program, kami tidak menyediakan perancangan tambahan sekiranya sesuatu perkara seperti ini berlaku secara tiba-tiba. Namun begitu, isu ini dapat diselesaikan dengan jayanya apabbila guru teknologi maklmuat sekolah sendiri yang membantu untuk emengatasi masalah ini.
9.0
Inovasi Dalam Projek Program Katakan Tidak Kepada buli merupakan sebuah program yang
menggunakan inovasi QR Code dan kuiz interaktif Kahoot sebagai medium menyampaikan maklumat kepada murid. QR Code digunakan sebagai pengganti ceramah buli yang sering diadakan di sekolah-sekolah. QR Code yang diberi juga mempunyai vieo-video yang menarik sabagi slaah satu cara untuk menarik minat murid untuk mendapatkan maklumat. Salin itu, murid akan memerlukan bantuan ibu bapa mereka untuk mengimbas QR Code. Ibu bapa boleh membantu melihat serta meningkatkan kepekaan mereka terhadap anak-anak mereka.
Berikut merupakan QR Code yang digunakan dalam inovasi ini Pengimbas QR Code ini akan disambungkan kepada video-video interaktif yang telah dihasilkan dan dimuatnaik oleh kami ke dalam laman sosial Youtube. Bilangan individu yang teah menontonnya ataupun bilangan “Views” yang terdapat pada setiap video menunjukkan bahawa video yang telah dihasilkan telah ditonton oleh murid.
10.0
Keusahawanan Bagi elemen keusahawanan, projek inovasi ini boleh digunakan sebagai salah
satu alternatif bagi program-program yang lain. Pakej inovasi ini dapat digunakan dalam program-pogram seperti ceramah motivasi dan pertandingan kuiz. Sebagai contoh, guru pelatih boleh membina sebuah set program yang memiliki kualiti yang lebih baik dan menjual dengan harga yang berpatutan. Hal ini boleh digunakan bagi programprogram yang wajib dilaksanakan oleh setiap unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah seperti program anti buli Di samping itu, aktiviti luar yang memerlukan peserta program bergerak aktif juga boleh menggunakan konsep yang sama seperti QR Code ini. Sebagai contohnya, aktiviti eksplorasi. Kebiasaannya aktiviti eksplorasi akan menyediakan aktiviti pada setiap stesen. Konsep QR Code boleh diaplikasikan di mana setiap stesen tidak memerlukan Ahli Jawatankuasa lagi untuk menjaga setiap stesen. Hanya QR Code diberikan pada setiap stesen. Aktiviti seperti Kuiz dan arahan melalui video akan diberikan kepada peserta untuk melakukan tugasan. 11.0
Penutup Sesungguhnya
program
inovasi
ini
banyak
membantu
saya
menimba
pengalaman sebenar dalam pelaksanaan sesuatu program di sekolah. Pengalaman sebagai pengelola sesuatu program di kampus sangat berbeza dengan situasi sebenar di sekolah. Kami mempelajari banyak perkara baru di mana prosedur-prosedur yang lebih ringkas tetapi padat perlu dilakukan sebelum emlaksanakan sesuatu program. Kami juga mempelajari bahawa sesuatu program perlu dirancang dengan teliti dan teratur agar pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar. Disediakan Oleh,
______________________________ (MUHAMAD AFIQ SYUKRI BIN ARNI)