Laporan Projek Kemerdekaan.docx

  • Uploaded by: elisa
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Projek Kemerdekaan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,828
  • Pages: 14
ISI KANDUNGAN BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Isi kandungan

1

2.

Pengenalan

3.

Matlamat

4.

Objektif

5.

Tarikh

6.

Tempat

7.

Anjuran

8.

Senarai Jawatankuasa

4

9.

Huraian perjalanan projek

6

10.

Watak-watak & skrip

7

11.

Pencapaian projek

12.

Penggunaan kos yang mencukupi

13.

Masalah dan kelemahan projek

14.

Cadangan penambahbaikan projek

9

15.

Penutup

10

16.

Lampiran projek

2

3

8

11 - 14

1

PENGENALAN Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Pihak kolej telah memberi tugasan ini kepada pelajar Diploma tahun 1 untuk melaksanakan projek tersebut. Jadi disini, Pelajar Diploma Bakeri dan Pastri akan mengadakan Tayangan Perdana sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-61. Tayangan ini akan melibatkan pelajar Sijil Vokasional Malaysia tahun 2 dari semua kursus. Ia bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam diri pelajar untuk

memperingati

jasa

perjuang

negara

terdahulu

untuk

mendapatkan

kemerdekaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh terdahulu kepada pelajar. Aktiviti ini, dapat membantu memberi kesedaran kepada pelajar agar lebih menghargai tanah air yang telah dimerdekakan oleh datuk nenek moyang kita terdahulu dan menjaganya sebaik mungkin. Projek ini juga dijalankan untuk memenuhi silibus subjek Pengajian Malaysia yang dipelajari oleh pelajar diploma tahun 1.

MATLAMAT 1. Untuk memupuk semangat cintakan negara dan menanamkan rasa bersyukur di atas keamanan yang di kecapi. 2. Memupuk semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara. 3. Mengingati tarikh bersejarah kemerdekaan negara. 4. Mendedahkan sejarah kemerdekaan negara kepada pelajar-pelajar. 5. Memupuk semangat perpaduan antara kaum.

2

OBJEKTIF 

Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama .



Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.



Menggalakkan aktiviti berkelompok.



Supaya murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya.



Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.



Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal hingga remaja dan dewasa.



Mencetuskan

dan

menyemarakkan

perasaan,

suasana

dan

semangat

kemerdekaan.

TARIKH  Tayangan filem kemerdekaan ini telah dijalankan pada 15 OGOS 2018.

TEMPAT  Tayangan filem kemerdekaan ini telah berjaya dijalankan di Dewan Kuliah 1, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad.

ANJURAN Pada 15 ogos 2018 kami daripada kelas diploma bakeri dan pastri tahun 1 telah mengadakan satu tayangan filem sempena bulan kemerdekaan di bawah modul Pengajian Malaysia (MPU 2162). Anjuran ini diadakan di Dewan Kuliah 1, tayangan video ini bermula pada pukul 3.00 p.m hingga 5.00 p.m. Tayangan filem yang kami tayangkan berjudul “KAPSUL”.

3

SENARAI JAWATANKUASA BIL

NAMA

JAWATAN

SENARAI TUGAS 

Merancang dan mengatur

1.

Muhammad Syawal Bin Samin

Ketua

perjalanan program 

Memastikan ahli jwatankuasa

2.

Nur Haifa Hanisah Binti Ahmad Sofian

melaksanakan

Penolong

tugas yang diberikan 

Mencatat segala maklumat setiap

3.

Nurul Fatin Najwa Binti Mohd Nasri

Setiausaha

kali mengadakan mesyuarat. 

Mengumpul duit untuk

4.

Putri Nur Adleeyna Binti Megat Khairul Anuar

menampung Bendahari

perbelanjaan program yang dijalankan.

NAMA AHLI JAWATANKUASA 

menyediakan skrip untuk

5.

Fatin Nashwa Nisha Binti Musidi

berucap ketika

Pengacara

program dijalankan 

Mencari senarai nama setiap

6.

Nur Elisa Binti Norazman

Ahli Jawatankuasa Pendaftaran

kursus untuk pelajar menanda tangan.

4



Mencari dan menyediakan tempat untuk

7.

Muhammad Akmal Bin Anuwar

Persiapan Tempat

program tayangan 

Memastikan PA Sistem dan LCD

8.

Alif Imran Bin Nurazlan

Jawatankuasa PA Sistem & LCD

dapat dipasang dan tiada kerosakan. 

9.

Nurul ‘Aini Syahirah Binti Zulkefli

Menyediakan hadiah dan

Jawatankuasa hadiah

memberi hadiah kepada peserta 

10.

Nur Qistina Syahirah Binti Ahmad Nor Azizi

Jawatankuasa soalan

Menyediakan soalan untuk sesi soal jawab



Membuat surat setiap

11.

Nurul Fadillah Binti Roslan

Jawatankuasa surat

peminjaman dan menjemput pensyarah. 

12.

Sharifah Nur Aqilah Binti Syed Ahmad Kamal

Jawatankuasa Protokol

Menguruskan sambutan tetamu yang hadir ke program

5

HURAIAN PERJALANAN PROJEK Projek Tayangan Filem Kemerdekaan ini telah bermula pada pukul 3.00 tengahari sehingga pukul 5.00 petang. Sebelum itu, kami telah melakukan persiapan dewan dari pukul 12.30 tengahari bagi memastikan semua sistem suara dalam keadaan baik, filem boleh ditayangkan dan dewan dalam keadaan bersih. Selepas itu, pada pukul 3.00 tengahari semua pelajar daripada SVM 4 yang berjumlah sebanyak 150 orang telah melakukan pendaftaran dan mengambil tempat di dalam dewan kuliah 1. Ketibaan para pensyarah seramai 5 orang juga telah melengkapkan lagi projek kami pada hari tersebut. Setelah para pensyarah dan pelajar mengambil tempat masing-masing dan berada dalam keadaan tenang, program diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan, penerangan serba sedikit mengenai program tersebut dan bacaan doa yang disampaikan oleh AJK Pengacara Majlis. Tepat pada pukul 3.30 tengahari, filem telah mula ditayangkan. Sepanjang filem ditayangkan, para pelajar dan pensyarah dilihat dalam keadaan yang gembira dan teruja untuk menonton filem yang bertajuk “Kapsul” itu. Para AJK juga telah mengambil tempat masing-masing bagi mengawal semua pelajar bersama-sama supaya tiada sebarang masalah berlaku. Pada pukul 4.40 petang, tayangan filem sudah tamat dan seterusnya program diteruskan dengan kuiz. Sebanyak 5 kuiz telah diajukan kepada pelajar-pelajar dan kuiz tersebut telah dapat dijawab dengan baik. Kuiz ini adalah berdasarkan filem “Kapsul” yang ditayangkan yang akan membuktikan sama ada para pelajar memahami atau tidak mengenai jalan cerita filem tersebut. Setelah kuiz telah dapat dijawab, Puan Siti Anzalnah Binti Jerai yang diiringi oleh Puan Azliyana Idayu telah dijemput ke hadapan untuk memberikan hadiah kepada para pemenang. Selepas tamat sesi kuiz dan cenderamata, para pelajar yang terlibat telah dibenarkan untuk bersurai. Kemudian, sesi bergambar di antara para AJK dan pensyarah-pensyarah sebagai memori kenang-kenangan telah diambil. Setelah sesi bergambar selesai, kami telah bergegas mengemas dan menyusun semula Dewan Kuliah yang akan digunakan pada esok hari. Program kami pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar dan program tamat pada pukul 5.15 petang.

6

WATAK – WATAK & SKRIP Sebelum program ini dijalankan, kami telah membahagikan tugas kepada semua ahli jawatan kuasa untuk mengendalikan program ini. Antara ahli jawatan kuasa yang terlibat ialah pengerusi iaitu Muhammad Syawal Bin Samin dan Nur Haifa Hanisah Binti Ahmad Sofian sebagai penolong pengerusi, yang mana mereka ditugaskan untuk mengetuai dan memantau program ini. Seterusnya, setiausaha iaitu Nurul Fatin Najwa Binti Mohd Nasri,. Putri Nur Adleeyana binti Megat Khairol Anuwar pula ditugaskan menjadi bendahari untuk mengira perbelanjaan yang dikeluarkan. Seterusnya AJK pendaftaran, iaitu Nur Elisa Binti Norazman. Elisa dipertanggungjawabkan untuk menyediakan senarai nama pelajar yang perlu terlibat semasa program tayangan kemerdekaan ini berlangsung. Untuk pengacara majlis pula, Fatin Nashwa Nisha Binti Musidi. Fatin telah mengacara majlis semasa program dijalankan. Persiapan tempat diberikan kepada Muhammad Akmal Bin Anuar dimana, dia telah ditugaskan untuk mencari dan menyediakan tempat untuk tayangan tersebut ditayangkan dan akhirnya, tayangan tersebut dijalankan di dewan kuliah 1. Di samping itu, tayangan tidak lengkap apabila P.A system tiada. Oleh itu, yang perlu menguruskan audio dan tayangan ini adalah Alif Imran Bin Norazlan. Untuk bahagian kuiz dan hadiah cenderamata, Nurul Aini Syahirah Binti Zulkefli dituguaskan untuk mengendalikan bahagian hadiah. Hadiah ini akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz. Soalan kuiz tersebut disediakan oleh Nur Qistina Syahirah Binti Ahmad Nor Azizi. Terdapat 5 soalan yang disediakan dan kesemua soalan tersebut adalah berdasarkan daripada tayangan filem yang berjudul “Kapsul”. Untuk penggunaan tempat iaitu Dewan Kuliah 1 dan PA system, Nurul Fadillah binti Roslan ditugaskan untuk menyediakan surat-surat tersebut. Dan akhir sekali, tidak lengkap sesuatu program jika tiada protokol iaitu orang yang ditugaskan untuk menyediakan atur cara program supaya program dapat berjalan dengan lancar. Tugasan ini diberikan kepada Sharifah Nur Aqila Binti Syed Ahmad Kamal.

7

PENCAPAIAN PROJEK 

Mendapat nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama .



Dapat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.



Pelajar dapat mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih kepadanya.



Pelajar dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema kemerdekaan sepenuhnya.



Dapat memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal hingga remaja dan dewasa.



Dapat mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.

PENGGUNAAN KOS YANG MENCUKUPI Perkara Hadiah Tempat 1 Hadiah Tempat 2 Hadiah Tempat 3 & 4 Hadiah Tempat 5

Pax / unit 1 1 2

Jumlah / unit RM 15.00 RM 10.00 RM 7.00

1 RM 5.00 Jumlah keseluruhan ( RM )

Jumlah ( RM ) RM 15.00 RM 10.00 RM 14.00 RM 5.00 RM 44.00

8

MASALAH DAN KELEMAHAN PROJEK 

Peserta atau pelajar lambat mendaftar menyebabkan tayangan filem lambat bermula dan lambat tamat .



Komunikasi yang kurang baik antara satu sama lain ,menyebabkan filem yang ingin ditayangkan tidak di muat turun sehari sebelum tayangan.



Peralatan audio yang bermasalah.



Jumlah peserta atau pelajar adalah sedikit daripada jumlah yang dijangkakan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK 

Memastikan semua pelajar yang terlibat hadir ke tempat tayangan tepat pada waktunya.



Mendapatkan peralatan audio yang berfungsi dengan baik.



Menganjurkan tayangan dengan jumlah penonton yang lebih ramai.



Meningkatkan komunikasi antara satu sama lain bagi memastikan segala kerja dapat berjalan dengan lancar.



Mendapatkan tempat yang lebih besar dan selesa untuk majlis tayangan ini.

9

PENUTUP Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya saya dan ahli kumpulan dapat menyelesaikan projek tayangan hari kemerdekaan Malaysia 2018 ini pada masa yang ditetapkan. Kami dan para peserta memperoleh banyak manfaat dan sesuatu yang baru seperti fakta mengenai sejarah Malaysia. Pada peringkat permulaannya, ketika kami di dalam proses untuk menyelesaikan tugasan projek ini, saya dan ahli-ahli kumpulan yang terlibat mengadakan mesyuarat dan berbincang mengenai tugasan yang perlu kami selesaikan. Hasilnya, kami dengan mudah untuk memperoleh dan bertukar maklumat kerana ahli-ahli kumpulan bersikap professional dengan bekerjasama dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Sepanjang projek berlangsung, terdapat beberapa masalah yang kami hadapi. Antara masalah yang berlaku adalah tempoh masa para peserta untuk tiba di tempat tayangan adalah sedikit lewat dari waktu yang sepatutnya sehingga kami terpaksa memulakan acara pada pukul 3.15 petang. Selain itu, kami juga mempunyai masalahmasalah yang ringan seperti terdapat masalah komunikasi di antara ahli kumpulan, dan peralatan audio yang bermasalah. Tetapi kami berjaya tangani masalah tersebut dengan baik Kesimpulannya, setelah menyiapkan tugasan projek ini, saya berjaya memupuk sikap bekerjasama dan toleransi kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Pada masa yang sama, saya dapat memahami tentang sejarah dan peristiwa-peristiwa pahit getir pejuang Negara dahulu ketika hendak memerdekakan negara kita Malaysia. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan projek tayangan hari kemerdekaan Malaysia 2018 ini. Saya berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua.

10

LAMPIRAN PROJEK  SEBELUM

Gambar 1.1 Mesyuarat pertama projek tayangan kemerdekaan malaysia 2018 pada 10 ogos 2018.

Gambar 1.2 Sesi taklimat kepada peserta iaitu pelajar SVM semester 4 pada 13 ogos 2018.

Gambar 1.3 Dewan dikemaskan sehari sebelum Hari Tayangan Kemerdekaan Malaysia 2018.

11

 SEMASA

Gambar 1.4 Sesi pendaftaran peserta sebelum masuk ke Dewan Kuliah 1.

Gambar 1.5 Sesi ucapan dari ahli kumpulan dan bacaan doa sebelum tayangan filem dimulakan.

Gambar 1.6 Sesi Tayangan bermula.

12

 SELEPAS

Gambar 1.7 Sesi pemberian soalan kuiz selepas tayangan.

Gambar 1.8 Sesi pemberian hadiah kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz.

Gambar 1.9 Dewan dikemaskan semula selepas tamat Hari Tayangan Filem Kemerdekaan Malaysia 2018.

13

Gambar 2.0 Sesi bergambar ahli kumpulan bersama penilai dan pensyarah yang turut serta di dalam program ini.

14

Related Documents


More Documents from ""

Terra_da_gente
May 2020 21
December 2019 43
Tugas Kimia Alkali Tanah
December 2019 32