Nama Pelajar
: MUHAMAD AFIQ SYUKRI BIN ARNI
Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GELUGOR
Minggu Internship
:2
Tarikh
: 28 Februari 2019
Tajuk
: MURID BISING APABILA MENGADAKAN KERJA KUMPULAN
Kategori
: Interpersonal dan Intrapersonal
1. Isu Yang Difokuskan : Pada praktikum fasa kedua ini, saya telah ditugaskan untuk mengajar di SK Bukit Gelugor. Saya telah mula menyesuaikan diri dengan budaya di sekolah ini. Pada minggu kelima ini, masalah yang saya hadapi adalah menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Nasib baik saya dapat menyesuaikan diri kerana sifat mesra dan peramah warga SK Bukit Gelugor membuatkan saya tidak berasa keseorangan berada di sekolah ini. Hal ini sekaligus memudahkan perhubungan saya dengan warga sekolah semakin erat. Ini termasuklah mewujudkan hubungan yang mesra dengan pihak pentadbir serta staf sekolah, pencarian maklumat berkaitan sekolah, perbincangan dengan guru pembimbing, menjalankan pemerhatian berkaitan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah di samping membudayakan budaya kerja yang diamalkan di sekolah. Namun begitu, saya sempat mengesan masalah dalam kalangan murid iaitu masalah dalam menerima arahan guru. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) : Setelah beberapa pemerhatian dibuat sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, saya membuat andaian bahawa murid akan berasa teruja dengan kehadiran guru baru. Mereka akan mencuri perhatian guru dengan bertanya pelbagai soalan. Selain itu, tidak kurang juga murid yang ingin mengambil perhatian dengan bertindak nakal. Golongan murid ini sering kali membawa kekacauan seperti membuat bising, mengganggu rakan, tidak memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran serta melanggar peraturan sekolah. Namun begitu, apabila guru tegas yang mengawal kelas, murid-murid ini akan lebih patuh kepada arahan. Kebanyakan guru yang memiliki suara yang agak lantang dan keras apabila memberi sesuatu arahan. Hal ini memberi satu persepsi bahawa murid-murid di sekolah ini agak aktif dan sukar dikawal. Ini dapat dibuktikan apabila saya memasuki kelas 3
Zamrud dan 2 Zamrud. Namun begitu, persepsi itu bukanlah kepada keseluruhan murid di sekolah ini. Terdapat ramai juga murid yang lebih disiplinnya dan mudah menerima arahan guru.
3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) : Cox, J. (2015). Dealing with cleanliness in the classroom. Diperoleh dari http://k6educators.about.com/od/classroomorganization/fl/Dealing-with-Cleanliness-in-theClassroom.htm Jordan, B. (2011). Everybody clean-up! tips for keeping the classroom clean. Diperoleh dari http://blog.reallygoodstuff.com/everybody-clean-up-tips-for-keeping-the-classroom-clean/
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah : Menurut Jean Piaget, beliau mendapati bahawa kemampuan mental kanak-kanak muncul pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap peekembangan tersebut ialah :a.Tahap Sensorimotor ( 0 - 2tahun ) b.Tahap Praoperasi ( 2 - 7 tahun ) c.Tahap Operasi Konkrit ( 7 - 1 tahun ) d.Tahap Operasi Formal ( 12 tahun hingga dewasa ) Pada tahap ketiga, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Lazimya, murid-murid lelaki kelihatan agak agresif sama ada dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Mereka tidak menggemari suasana yang agak pasif. Mereka hanya boleh bertahan dalam anggaran lima ke sepuluh minit. Setelah itu, mereka akan mudah berasa bosan dan menunjukkan tingkah laku bersifat pasif. Walaubagaimanapun, keberangkalian murid perempuan yang agak aktif juga adalah tinggi. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, saya dapat samakan situasi tersebut dengan realiti yang berlaku di sekolah ini. Sewaktu pengajaran guru, beberapa murid akan bercakap atau bermain di belakang. Terdapat juga murid yang mengganggu rakan sebayanya. Tidak kurang juga ada murid yang tidak memberikan apa-apa respon kepada pengajaran saya. Daripada hasil dapatan yang saya peroleh melalui hasil temu bual guru serta beberapa pemerhatian di dalam kelas, dapatlah saya merumuskan beberapa respons iaitu; a. Murid-murid dalam kumpulan yang lemah
b. Ada sebahagian murid yang tidak gentar terhadap murid perempuan c. Sebahagian murid telah lali dengan amaran dan kemarahan guru d. Terdapat sebilangan murid yang tidak memahami arahan guru Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai masalah murid, saya membuat cadangan untuk para guru dan diri saya sebagai guru pelatih; •Merancang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan murid •Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid dalam kelas sewaktu melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru •Memberi peneguhan postif seperti pujian, galakan dan bertanyakan khabar •Memberi perhatian yang sewajarnya serta bersesuaian kepada murid-murid yang inginkan perhatian
5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu 6. Tindakan Susulan : Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru. Guru memberi nasihat dan memberi teguran kepada murid tentang kepentingan menjaga tingkah laku kepada murid. Selalu mengingati murid bahawa guru tidak menyukai tingkah laku murid yang tidak disenangi dan jika murid melakukannya ia akan menyakitkan hati guru.
Rujukan : Cox, J. (2015). Dealing with cleanliness in the classroom. Diperoleh dari http://k6educators.about.com/od/classroomorganization/fl/Dealing-with-Cleanliness-in-theClassroom.htm Jordan, B. (2011). Everybody clean-up! tips for keeping the classroom clean. Diperoleh dari http://blog.reallygoodstuff.com/everybody-clean-up-tips-for-keeping-the-classroom-clean/ .