Nama Pelajar
: MUHAMAD AFIQ SYUKRI BIN ARNI
Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GELUGOR
Minggu Internship
:3
Tarikh
: 8 Mac 2019
Tajuk
: MURID BISING APABILA MENGADAKAN KERJA KUMPULAN
Kategori
: Interpersonal dan Intrapersonal
1. Isu Yang Difokuskan : Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada dalam kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) : Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat
3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) : Daripada pemerhatian saya, saya dapati masalah ini timbul disebabkan Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah : Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (sama ada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya: 1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru. 2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik. Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
5. Tempoh Masa Penyelesaian : 1 Minggu 6. Tindakan Susulan : Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti PdP berlangsung
Rujukan : Mok Soon Sang menyatakan : ”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”. ”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.” Mok Soon Sang (2003). Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: ”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar”.