SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
1
1.0
PENGENALAN
2
2.0
TAJUK PROJEK
2
3.0
PENYATAAN MASALAH
3
4.0
OBJEKTIF
3
5.0
PELAKSANAAN PROJEK
4
6.0
LAPORAN PROJEK
4
7.0
PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID
7
8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7
9.0
RUMUSAN
8
RUJUKAN
9
LAMPIRAN
10
1
1.0
PENGENALAN Pada zaman kini, seorang guru hendaklah berinovatif dalam pembelajaran mereka
bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih menarik dan berkesan. Menurut Mat (2010) menyatakan bahawa menggabungkan diantara multimedia dan proses pengajaran dan pembelajaran telah menjadi trend yang global dan juga mendapat sokongan yang kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di dalam bilik darjah. Hal ini selaras dengan kehendak Strategi Pengajaran Inovatif yang terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberikan penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara di abad ke-21 ini. Dalam aspek pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK), bidang jawi sangat memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran murid. Pengajaran jawi yang berkesan bukan sahaja berperanan untuk membantu murid menguasai kandungan ilmu dalam Pendidikan Islam dengan baik, malah merupakan medium untuk memartabatkan Jawi sebagai suatu seni warisan budaya bangsa yang harus dipertahankan (Naquih Nahar, 2016). Walaubagaimanapun, realiti sebenar apabila kajian yang dibuat mendapati bahawa penguasaan pelajar terhadap pelajaran Jawi masih pada tahap yang membimbangkan (Madihah, 2007; Asyraf Ridwan & Berhanundin, 2015). Pelbagai faktor yang menjadi punca kepada berlakunya perkara berikut antaranya ialah faktor kaedah pengajaran guru yang kurang menarik. Murid-murid pada era kini membesar seiring dengan perkembangan teknologi dan multimedia. Oleh yang demikian, keadah tradisional seperti ‘chalk and talk’ bukanlah kaedah pengajaran yang menarik dan digemari oleh murid-murid. Justeru itu, guru haruslah berusaha untuk memperkayakan kaedah pengajaran seperti menghasilkan inovasi pengajaran yang berbentuk digital selaras dengan kehendak Pendidikan Abad ke-21. Melalui inovasi digital inilah akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan dan bermakna disamping meningkatkan murid untuk terus mempelajari dan meningkatkan kemahiran pengajaran jawi dalam diri masing-masing.
2.0
TAJUK PROJEK Tajuk projek inovasi yang dihasilkan adalah Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’. Kit ini
merupakan sebuah bahan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk interaktif dan berpusatkan murid di mana murid akan bermain sendiri dengan kit tersebut manakala guru hanya bertindak sebagai fasilitator Hal ini kerana, kit ini dilengkapi dengan nota berkaitan kedudukan huruf hamzah dalam tulisan jawi serta latihan yang dihiasi dengan pengurusan grafik yang menarik dan pelbagai. 2
3.0
PENYATAAN MASALAH Semasa menjalani praktikum fasa 2 di sebuah sekolah di Kota Samarahan, saya
mendapati terdapat murid-murid yang masih tidak menguasai kaedah untuk menentukan kedudukan hamzah di dalam perkataan jawi meskipun sudah berada di Tahun 5. Masalah murid ini berpunca daripada murid gagal menguasai kemahiran menentukan kedudukan hamzah yang diajar pada Tahun 3. Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur yang dilakukan ke atas pengajaran Guru Pendidikan Islam, saya mendapati kaedah penerangan ‘chalk and talk’ diaplikasi oleh guru dalam mengajar topik ini. Menurut kajian yang dilakukan oleh Md. Hidayat (2012) yang menggunakan pengajaran kaedah ‘chalk and talk’ dalam mengajar kemahiran menyambung huruf bagi murid tahun tiga di sebuah sekolah di Sarawak dan mendapati pengajaran melalui penerangan guru semata sukar difahami oleh murid. Hal ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Ab Halim et.al. (2012) untuk mengenal pasti kaedah yang digunakan oleh GPI dalam pengajaran dan pembelajaran bidang asas jawi di Selangor dan mendapati GPI lebih banyak menggunakan kaedah berpusatkan guru seperti kaedah kuliahm syarahan, memberi contoh dan demonstrasi dalam pengajaran Jawi di kelas dan kurang sekali menggunakan kaedah berpusatkan murid dalam pengajaran mereka. Dengan menghasilkan satu inovasi digital yang saya namakan sebagai Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini, saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
dan
menambahkan
keyakinan
serta
minat
murid
dalam
pembelajaran mereka khususnya dalam bidang Jawi.
4.0
OBJEKTIF Chow Fook Meng dan Juziah Mahamud (2011) menjelaskan bahawa objektif
ditentukan melalui tujuan menjalankan penyelidikan selepas mendapat masalah pokok penyelidikan. Dalam hal ini, objektif umum yang hendak dicapai melalui projek inovasi digital ini ialah untuk mencapai pemerolehan yang positif dalam kalangan murid dalam meningkatkan kemahiran kognitif mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Jawi. Manakala objektif khusus yang hendak dicapai melalui inovasi digital ini ialah murid-murid dapat mengenal pasti dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah ( )ءmengikut teknik penulisan yang betul selepas menggunakan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.
3
5.0
PELAKSANAAN PROJEK
Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Projek Inovasi Digital Bil
Perkara
Tarikh Pelaksanaan
1
Mengenalpasti penyataan masalah
18 Januari 2019
2.
Penjanaan idea
19 Februari 2019
3.
Penyediaan projek inovasi
21 Februari 2019
4.
Pembangunan projek inovasi
23 Februari 2019
5.
Pelaksanaan projek inovasi
23 Februari 2019
6.
Pengujian projek inovasi
7 Mac 2019
7.
Promosi projek inovasi
8 Mac 2019
8.
Penulisan laporan
11 Mac 2019
6.0
LAPORAN PROJEK
6.1
Catatan
Sebelum
Sebelum melaksanakan projek inovasi digital ini, saya telah mengenal pasti masalah yang pernah saya hadapi semasa menjalani Praktikum fasa 2 pada tahun 2018. Setelah mendapati masalah yang timbul, saya melakukan ulang kaji berkaitan masalah tersebut dengan melihat kepada Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP), buku Teks Tahun 3 dan juga beberapa jurnal yang berkaitan inovasi digital dalam pendidikan. Tujuan ulang kaji ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk menerapkan penyataan masalah ke dalam bentuk inovasi digital. Kemudian, saya telah menghasilkan satu kertas cadangan projek inovasi untuk dibentangkan kepada pensyarah penyelia, guru mentor dan juga Guru Besar. Di dalam kertas cadangan inovasi tersebut, saya telah menyatakan secara jelas konsep inovasi, rasional inovasi, penyataan masalah, objektif, kumpulan sasaran, cara pelaksanaan dan juga anggaran kos bagi membina inovasi digital ini. Tujuan pembentangan kertas cadangan ini adalah untuk memastikan matlamat dalam menghasilkan projek inovasi digital ini berada pada landasan yang betul dan tidak lari dari matlamat sebenar projek inovasi ini dihasilkan. Segala teguran serta cadangan penambahbaikan terhadap kertas cadangan inovasi ini saya jadikan sebagai panduan dalam menambahbaik mutu projek inovasi digital yang akan dihasilkan. 4
Dalam penghasilan projek inovasi digital ini, saya telah menggunakan perisian Adobe Illustrator CS6 dan juga Adobe Photoshop CS6 untuk menghasilkan beberapa grafik yang menarik dan sesuai dengan tema yang hendak saya hasilkan dengan menerapkan unsur pengguna Virtual Basic for Application (VBA). Penggunaan VBA dalam Microsft Powerpoint mampu menjadikan slaid kita lebih menarik dan interaktif. Malahan penggunaan perisian microsoft Powerpoint ini tidak melibatkan penggunaan internet dan ianya juga dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan pedalaman. Bahkan guru juga dapat mengubahsuai isi kandungan mengikut tahap kognitif murid masing-masing. Saya juga berusaha untuk menjadikan projek ini menarik dengan meneroka beberapa kemahiran baharu dalam menggunakan Microsoft Powerpoint. Saya turut menambahbaik mutu persembahan projek saya dengan meletakkan lebih banyak animasi atau pergerakan serta penggunaan muzik yang ceria bagi memastikan murid tidak berasa bosan. Hal ini kerana, menurut Abdul Rashid (2005), bahan animasi boleh merangsang minat dan motivasi murid-murid supaya mereka turut terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penggunaan Microsoft Powerpoint dalam menghasilkan Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini mampu memaksimumkan pembelajaran kendiri dalam diri murid seperti yang dituntut dalam Pendidikan Abad ke-21. Di mana murid perlu diberi peluang untuk mengeksploitasi pendidikan secara kendiri. Penghasilan projek inovasi ini mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya. Setelah projek selesai, saya uji lari projek tersebut bagi mengelakkan sebarang ralat timbul semasa menjalankan kit ini kepada murid-murid. Setelah itu, untuk mendapatkan perbandingan data mengenai keberkesanan projek inovasi ini, saya telah menjalankan Ujian Awal keatas beberapa orang murid Tahun 5 yang diajar untuk melihat pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk ini. Data yang diperoleh semasa Ujian Awal akan digunakan bagi melihat perbezaan setelah murid tersebut diperkenalkan dengan kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’.
6.2
Semasa
Saya telah menjalankan projek inovasi saya di Sekolah Kebangsaan Pinang, Kota Samarahan. Murid tahun 5 dipilih untuk melaksanakan projek inovasi ini. Berdasarkan kepada data yang diperolehi semasa Ujian Awal dijalankan, saya mendapati majoriti orang murid tidak dapat menentukan kedudukan hamzah dengan betul.
Kemudian, saya
memperkenalkan kepada murid-murid tersebut Kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’. Saya mengajar di dalam kelas dengan menggunakan Kit Bijak Jawi tersebut dan sepanjang pemerhatian saya, murid-murid seronok sepanjang menggunakan kit tersebut. Secara tidak langsung, saya telah menerapkan aspek pembelajaran kendiri dalam diri murid-murid 5
disamping pengenalan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Setelah selesai meneroka kit tersebut, saya bersoal jawab kepada murid-murid mengenai perasaan mereka sepanjang menggunakan kit tersebut. Kesemua murid menunjukkan respon yang menyeronokkan ketika menggunakan kit Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ ini. Kemudian, saya telah melaksanakan Ujian Akhir terhadap murid-murid. Keputusan dalam Ujian Akhir menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam kalangan murid-murid tersebut dan majoriti murid-murid dapat menjawab Ujian Akhir dengan betul dengan peningkatan markah sebanyak 50%. Rajah dibawah menunjukkan perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir salah seorang murid tersebut.
Ujian Akhir
Ujian Awal
Rajah 1: Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir salah seorang murid
6.3
Selepas
Selepas tindakan pelaksanaan projek, saya telah mempromosikan projek inovasi saya di peringkat IPG. Saya telah menghebahkan projek inovasi saya di media sosial seperti Facebook. Tujuan saya mempromosikan projek inovasi saya ini adalah untuk mendapat maklum balas daripada pengguna media sosial bagi tujuan penambahbaikan projek inovasi ini. Selain itu, tujuan promosi projek inovasi saya juga adalah bagi memudahkan guru-guru mendapat inspirasi dalam pengajaran mereka supaya menggunakan teknik pengajaran yang 6
baharu berbentuk digital agar tidak bergantung pada teknik tradisional sahaja. Kemudian, proses menulis laporan berkaitan projek inovasi telah dilaksanakan bagi tujuan dokumentasi dan eviden bahawa projek yang telah dibangunkan telah dilaksanakan sepenuhnya.
7.0
PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID
Skor Markah Murid Sebelum dan Selepas Pengujian Projek Inovasi 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 Awang Adli Zharfan
Muhd Daiyan Hakim
Abg Aqmal Faqhimie
Ujian Awal
Nur Dayana Sahira
Ujian Akhir
Rajah 2: Skor Markah murid sebelum dan selepas pengujian inovasi Rajah 2 menunjukkan terdapat perbandinan pencapaian murid sebelum dan selepas saya menjalankan inovasi kepada beberapa orang murid. Berdasarkan rajah tersebut, dapat dibuat kesimpulan bahawa terdapat peningkatan pada hasil ujian murid setelah menjalani kit inovasi digital Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’. 8.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek inovasi Kit Bijak Jawi ‘Di
Mana Hamzah?’ ini. Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut: i.
Menambah lebih banyak aktiviti berbentuk permainan untuk menjadikan kit inovasi lebih menarik minat murid
ii.
Menghasilkan inovasi menggunakan perisian seperti Adobe Flash untuk menjadikan inovasi lebih berbentuk interaktif dan menarik
iii.
Memperbanyakkan konsep belajar sambil bermain dalam projek inovasi digital ini
iv.
Menambah bilangan responden bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan bagi projek inovasi ini 7
9.0
RUMUSAN Dunia kini telah menyaksikan satu perubahan yang besr terhadap pemanfaatan
teknologi dalam dunia pendidikan. Teknologi tidak hanya digunakan dalam proses pentadbiran hal ehwal semata-mata bahkan menjadi alat yang terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bidang jawi sangat memberi manfaat yang besar kepada perkembangan pendidikan murid-murid dan tidak hanya belajar dalam ruang lingkup yang sempit dengan menggunakan kaedah tradisional semata-mata. Tambahan lagi, penghasilan Bijak Jawi ‘Di Mana Hamzah?’ menggunakan perisian microsoft Powerpoint turut menekankan penggunaan grafik yang menarik yang mampu meningkatkan tahap motivasi murid untuk mempelajari dan menerokai bidang jawi secara kendiri. Penggunaan animasi juga dilihat setanding dengan kit interaktif yang direka atas talian. Konklusinya, guru-guru perlu bersedia menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan dedikasi dalam melaksanakan tugas mereka sebagai seorang pendidik. Kesedaran ini akan memandu guru-guru untuk sentiasa peka dalam melakukan perubahan dalam menghasilkan bahan pembelajaran yang memenuhi keperluan dan kehendak murid sering dengan keperluan semasa murid. Tegasnya pemanfaatan teknologi adalah penting dan perlu dalam pendidikan abad ini sepertimana kata Saidina Umar al-Khattab “didiklah anak mengikut zaman mereka”. Oleh itu, guru-guru tidak dapat menafikan penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan dek kerana kekangan dan masalah yang wujud. Sebaliknya, guru-guru perlu bijak menginovasikan teknologi yang ada untuk dijadikan media pengajaran.
8
RUJUKAN
Fatimah Rajak. (2016). Permasalahan Penguasaan PElajaran Jawi dalam Kalangan Murid Tahun TIga. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Dokumen Standard: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Md. Hidayat Othman. (2012). Penggunaan Warna dan Simbol (W&S) dalam Kemahiran Menyambung Huruf Jawi bagi Tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 127-140. Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan dalam Usaha Memartabatkan Warisan Budaya Bangsa. Proceedings of the International Conference on Education towrds Global Peace. UTM. Yusup Hashim. (1995). Penggunaan Teknologi dalam Inovasi Pendidikan. Pendidik dan Pendidikan , 72-85.
9
LAMPIRAN GAMBAR SEPANJANG PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DIGITAL KIT BIJAK JAWI ‘DI MANA HAMZAH?’ DI SEKOLAH KEBANGSAAN SK PINANG, KOTA SAMARAHAN
Tarikh
: 7 MAC 2019
Masa
: 11.20 pagi hingga 12.20 tengahari
Responden
: Murid Tahun 5
GAMBAR SEMASA PELAKSANAAN INOVASI
10
GAMBAR SELEPAS PROJEK INOVASI (UJIAN AKHIR)
11