BAHAGIAN A
A04
PERNYATAAN PROFESIONAL
Pernyataan Sebelum Internship Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 8 ambilan Jun 2015 akan
menghadiri
internship
yang
akan
berlangsung
selama
4
minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus Pulau Pinang, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun internship selama sebulan yang bermula pada 18 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Internship ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan internship ini ialah sesi taklimat bersama unit internship. Sesi taklimat internship ini disampaikan oleh Encik Wan Azihan. Untuk taklimat internship kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan internship peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran internship, wajaran internship dan garis panduan perlaksanaan projek di sekolah.
Selain
itu,
antara
persediaan
penting
yang
telahh
saya
lakukan
sebelum
menjalankan sesi internship yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh internship tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Internship. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani internship tersebut.
Perkara
seterusnya
yang
perlu
saya
lakukan
semasa
internship
ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak yang telah disediakan oleh unit internship. Disamping itu, saya juga perlu menyediakan portfolio internship dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti serta rujukan pada masa akan datang.
BAHAGIAN A
A04
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang berpengalaman amat
penting
Berjaya.Sehubungan dengan tunjuk
ajar
dari
dalam
itu,
saya
melatih perlu
guru pembimbing saya
guru
pelatih
berbincang dari sekolah
menjadi
dan
guru
sentiasa
yang
meminta
tersebut.Nasihat
serta
bimbingan yang padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut.
Sebelum menjalani internship, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Selain
itu, saya
turut
merancang
program-program yang menarik minat
murid dalam sesi persekolahan mereka.
Saya berharap agar internship yang akan saya jalani ini berjalan sepertimana
yang
telah
saya
dengan
baik
rancangkan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang
guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar baginya untuk berjaya. Saya pasti bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.
BAHAGIAN A
A04
Pernyataan Semasa Internship
Saya Muhamad Afiq Syukri bin Arni telah menjalani latihan internship pada semester 8 di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Internship ini mengambil masa selama empat minggu dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.
Antara tujuan sampingan program Internship ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Bimbingan dan Kaunseling dan juga subjek minor saya iaitu Sains. Setelah saya meneliti
kandungan
tugasan,
saya
mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran
juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit
sebanyak
pembelajaran
menyumbang
murid-murid.Selain
kepada itu,
saya
pengetahuan juga
dapat
baru saya
tentang
memahami pengurusan
strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid- murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalaui pemerhatian, interaksi dan refleksi.
BAHAGIAN A
A04
Sepanjang tempoh saya berinternship, hubungan sosial saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu
bijak menguruskan masa
agar dapat menguruskan semua tugasan dengan
konsisten.
Sepanjang menjalani latihan internship, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri muridmurid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan projek inovasi yang berkesan, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Dalam tempoh internship juga, saya sedar bahawa untuk melaksanakan sesuatu program, kita perlu membuat persediaan yang rapi agar program dapat dilaksanakan dengan lancar
dan
mendapat
hasil yang
eksplisit.
Jelas
sekali
kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja “last minute” dapat dikikis. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.
BAHAGIAN A
A04
Pernyataan Selepas Internship
Beberapa hari sebelum berakhir internship ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak institut telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan internship saya yang lain. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan projek inovasi mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah untuk internship ini ada cabarannya yang tersendiri. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani internship sebagai guru pelatih. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar SK Bukit Gelugor semakin mendalam walaupun mereka nakal dan mereka sangat mengambil berat tentang guru pelatih semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk internship fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada murid-murid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani internship ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan internship ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengalaman yang baik.
Disediakan Oleh,
_________________________ (Muhamad Afiq Syukri Bin Arni)
BAHAGIAN A
A04