58 Laporan Aktiviti Minggu Kelima Isnin (9 Jun 2008)
Pada minggu ini, pelatih diagihkan untuk bertugas di bahagian Mahkamah Majistret. Oleh itu, pelatih telah melaporkan diri di bahagian Mahkamah Majistret. Pegawai rujukan di bahagian ini ialah Encik Gipson. Menurut Encik Gipson, pelatih akan mempelajari dan membantu beliau untuk membuat kerja berkaitan dengan prosedur Mahkamah Majistret dan pengisian borang berkaitan dengan mahkamah.
Pada pengetahuan pelatih, anggota-anggota bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Jaksa Pendamai. Mahkamah jenis ini mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM3,000 dan kes jenayah dengan hukuman penjara yang tidak melebihi 12 bulan.
Pada hari ini, pelatih membantu Encik Gipson untuk menaip surat permintaan elaun saksi untuk menjemput orang-orang yang berkenaan supaya mereka dapat menghadiri perbicaraan di Mahkamah. Pelatih perlu mengisi
maklumat-maklumat
penting
seperti
nama,
nombor
pengenalan, alamat dan nombor kes ke dalam borang tersebut.
kad
59
Di samping itu, pelatih menghadapi masalah apabila diminta untuk menyambungkan telefon ke talian yang lain semasa menjawab telefon. Oleh itu, pelatih meminta tunjuk ajar daripada rakan sepejabat tentang cara menyambungkan telefon ke talian yang lain di Pejabat Daerah Bau. Encik Apat memberitahu pelatih bahawa nombor sambungan bagi Pegawai Tadbir telah ditulis pada kertas di sebelah telefon pejabat. Maka, pelatih
dapat
menyambungkan
talian
kepada
pegawai
tertentu
berdasarkan nombor sambungan tersebut.
Selasa (10 Jun 2008)
Pada hari ini, pelatih ditugaskan untuk membantu Encik Gipson untuk menguruskan dokumen berkenaan dengan surat sumpah bagi perlantikan jawatan. Menurut Encik Gipson, calon yang dipilih untuk memegang jawatan kerajaan tertentu perlu menandatangani surat perjanjian di Pejabat Daerah. Selain itu, terdapat juga ahli perkhidmatan awam yang naik pangkat atau pindah tempat tugas juga perlu menandatangani surat perjanjian tersebut. Butir-butir bagi calon tersebut akan dicatatkan dalam buku rekod yang disediakan.
60 Dalam surat sumpah atau perjanjian tersebut, calon berkenaan perlu mengepilkan sekeping setem hasil pada sebelah kanan surat tersebut. Mereka perlu mematikan setem hasil tersebut di Pejabat Daerah. Pada permulaannya, pelatih tidak faham tentang maksud “mematikan setem hasil”, maka pelatih meminta tunjuk ajar daripada Encik Gipson. Menurut beliau, “mematikan setem hasil” bermaksud mengecopkan tarikh pada setem tersebut supaya ia tidak akan digunakan untuk perkara yang lain selain daripada perjanjian ini.
Selepas memahami maksud “mematikan setem hasil”, pelatih diberi peluang untuk mempelajari cara-cara mematikan setem hasil tersebut. Pelatih perlu mengecopkan tarikh penerimaan pada setem hasil yang terdapat dalam perjanjian tersebut. Seterusnya, pelatih juga dapat mengetahui cara-cara untuk mengisi borang yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mencatatkan butir-butir berkenaan dengan kegunaan setem hasil tersebut. Antara butir-butir yang perlu diisi termasuk nama pengirim, alamat, bilangan setem hasil, harga setem hasil dan sebagainya.
Rabu (11 Jun 2008)
61 Pada hari ini, pelatih ditugaskan untuk membantu En. Gipson merekod dokumen berkaitan dengan rekod-rekod jenayah. Butir-butir berkenaan dengan kes jenayah perlu direkodkan ke dalam sebuah buku rekod yang disediakan. Maklumat ini perlu sentiasa dikemaskinikan supaya dapat dijadikan sebagai rujukan kepada jabatan berkenaan.
Di
samping
itu,
pelatih
telah
berpeluang
mempelajari
cara
menggunakan mesin faks. Pelatih diberi peluang untuk faks dokumen ke Pejabat Residen Kuching. Maka, Puan Wedin memberi tunjuk ajar kepada pelatih tentang cara penggunaan mesin faks.
Selain itu, pelatih juga telah menghadapi masalah komunikasi apabila menjawab telefon. Oleh kerana kebanyakan orang awam berbangsa bidayuh dayak yang menelefon ke Pejabat Daerah dan bertutur dengan menggunakan bahasa bidayuh, maka adalah amat susah bagi pelatih untuk memahami permintaan mereka. Staf-staf di Pejabat memahami akan masalah pelatih dan mereka sentiasa bersedia memberi bantuan kepada pelatih.
Khamis (12 Jun 2008)
62 Pada hari ini, pelatih diberi peluang untuk mengemaskini buku rekod dan mendaftarkan kes-kes dan waran tangkap trafik bagi kes-kes trafik. Pelatih perlu merekodkan maklumat tentang tarikh perbicaraan dan tarikh tutup bagi kes-kes tersebut.
Daripada kerja-kerja yang dilakukan, pelatih telah mengetahui lebih banyak peraturan-peraturan trafik yang mesti dipatuhi dan seksyen yang boleh
digunakan
untuk
mendakwa
kesalahan
jalanraya.
Pengguna-
pengguna jalanraya yang gagal mematuhi undang-undang tersebut akan disaman dan diwajibkan untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret. Pelatih juga dapat mempelajari dan mengetahui jenis hukuman dan jenis seksyen yang boleh digunakan untuk menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.
Contohnya, pemandu kereta tidak dibenarkan untuk menggunakan tayar yang tidak berbunga. Hal ini adalah kerana ini akan mengurangkan cengkaman tayar tersebut dan akan menyebabkan kelicinan tayar semasa memandu. Kes ini adalah bertentangan dengan Kaedah 105 (2) LN 170/59 dan oleh yang demikian, pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128 (1) yang sama.
63 Selain
itu,
pemandu
kenderaan
juga
tidak
dibenarkan
untuk
menggunakan kenderaan dengan tidak mempunyai lesen kenderaan yang sah, iaitu lesen kenderaan telah tamat tempohnya. Oleh yang demikian, pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta yang sama.
Di samping itu, pemandu atau penunggang four wheel drive juga tidak dibenarkan untuk menggunakan kenderaan dengan nombor plate yang kotor/kabur/tidak ikut ukuran/tidak lengkap/pecah. Oleh yang demikian, pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (4) Akta yang sama. Pemandu yang tidak mengikuti peraturan isyarat (papan tanda) yang sah pula akan didakwa di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333/87). Manakala, pemandu yang memotong kenderaan lain di atas garisan berkembar pula bertentangan dengan Kaedah 12 (3) (a) LN 167/59 pula akan dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akta yang sama. Sementara itu, pemandu yang memandu kenderaan yang lampu breknya tidak menyala pula bertentangan dengan kaedah 26 (2) (ii) LN 170/59 dan akan
64 didakwa dibawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128 (1) yang sama.
Jumaat (13 Jun 2008)
Pegawai yang bertugas di kaunter, iaitu Encik Apat meminta cuti pada hari ini. Maka, pelatih akan memberi bantuan kepada Encik Sahari dan Cik Rathna yang bertugas di kaunter. Pelatih masih lagi membantu orang awam menyelesaikan masalah dan memberikan perkhidmatan yang sewajarnya kepada mereka. Dalam sepanjang tempoh Latihan Praktikum ini, pelatih semakin biasa dengan kerja-kerja di Pejabat Daerah Bau. Oleh itu, pelatih dapat memberi tunjukan kepada orang awam setelah mengetahui keperluan mereka. Pelatih dapat membantu orang awam menyelesaikan masalah dengan berdikari. Pelatih juga telah membantu orang awam mengesahkan sijil, mengeluarkan borang permit membeli peluru, pembayaran cukai tanah, pembaharuan lesen perniagaan dan sebagainya. Di samping itu, pelatih juga telah membantu Encik Sahari menaip dokumen berkenaan dengan pendaftaran lesen perniagaan yang berdaftar baru-baru ini. Maklumat-maklumat tentang pendaftaran perniagaan baru ini perlu diisikan dalam satu borang untuk mendapatkan tandatangan Pegawai Daerah Bau.
65
Sabtu (14 Jun 2008) Cuti rehat
Laporan Aktiviti Minggu Keenam Isnin (16 Jun 2008)
66 Pada hari ini, pelatih akan diagihkan untuk bertugas di Bahagian Mahkamah Bumiputera. Oleh itu, pelatih telah melaporkan diri kepada pegawai rujukan bahagian Mahkamah Bumiputera, iaitu Encik Peter ak Ajek.
Pelatih diberi peluang untuk mempelajari prosedur-prosedur atau undang-undang yang terdapat di dalam mahkamah Bumiputera. Untuk membolehkan pelatih mamahami pentadbiran di bahagian Mahkamah Bumiputera, Encik Peter telah memberikan buku yang berkaitan dengan Mahkamah Bumiputera kepada pelatih dijadikan sebagai rujukan.
Pada pengetahuan pelatih, tugas utama Mahkamah Bumiputera ialah untuk menguruskan hal berkenaan dengan probet (pindah milik senapang patah semasa hayat), mengeluarkan sijil-sijil perkahwinan, pengambilan anak angkat dan sebagainya.
Pada hari ini, pelatih ditugaskan untuk membantu Encik Peter menguruskan hal tentang pengambilan anak angkat. Terdapat syaratsyarat yang mesti dipatuhi oleh orang awam semasa membuat prosedur pengambilan anak angkat. Menurut Encik Peter, anak yang diangkat harus mempunyai Sijil Kelahiran sebagai bukti butir-butir peribadi ibubapa asal (Natural Parents). Kedua-dua ibubapa yang mengangkat anak hendaklah
67 sekurang-kurangnya berumur 21 tahun, dan hendaklah berusia 20 tahun lebih tua daripada anak yang diangkat. Ibubapa yang mengangkat anak harus berada dalam keadaan serba mampu untuk menampung kebajikan anak yang diangkat mengikut status sosial ibubapa yang mengangkat sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun.
Menurut Encik Peter juga, ibubapa asal dan ibubapa yang mengangkat harus datang bersama supaya dapat menandatangani Sijil Anak Angkat. Sijil Kelahiran bagi anak yang diangkat perlu dibawa dan pemohon juga perlu menyediakan setem hasil bernilai RM2.00. Orang awam yang ingin membuat prosedur pengambilan anak angkat perlu mengemukakan dokumen berkaitan yang lengkap. Sekirannya dokumen yang dikemukakan adalah lengkap, pihak berkenaan perlu mengemukakan permohonan kepada Pegawai Pendaftar untuk kelulusan. Pekerja Mahkamah perlu menaip Sijil Anak Angkat setelah permohonan telah diluluskan. Seterusnya pekerja perlu mengemukakan Sijil Anak Angkat kepada Pegawai Pendaftar untuk tandatangan. Selepas itu, pekerja perlu meminta pemohon untuk menurunkan tandatangan di bahagian belakang salinan sijil anak angkat sebagai pengesahan pengambilan.
68
Selasa (17 Jun 2008)
Pada hari ini, pelatih diberi peluang untuk mengetahui prosedur bagi membuat probet, iaitu pindah milik senapang patah semasa hayat. Probet bagi pindahmilik senapang patah hanya terhad kepada anak lelaki atau anak perempuan sahaja. Pemilik senapang juga berhak pindahkan milik senapang semasa hayat sekirannya beliau telah mencapai umur 65 tahun, disahkan tidak sihat oleh Pegawai Kesihatan daripada Hospital atau Klinik Kerajaan, atau hilang keupayaan untuk menggunakan senapang patah.
Pelatih telah mempelajari cara-cara mengisi borang probet dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada orang awam yang ingin membuat permohonan. Mula-mula, pelatih menerima borang permohonan orang awam. Pelatih kemudiannya perlu menyemak borang, dokumen dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Pemohon perlu memeriksa senapang patah di Pejabat Polis Bau dan mengisi borang pengesahan pemeriksaan senapang
(Sila
rujuk
kepada
Lampiran K).
Sekiranya
keselamatan
senapang patah tersebut diluluskan, pelatih perlu membantu pemohon untuk mendaftarkan permohonan dengan menerima bayaran sebanyak RM2.00. Encik Peter juga memberi tunjuk ajar kepada pelatih untuk
69 membuat surat kepada Pengarah Hospital Bau untuk membolehkan pemohon menjalani pemeriksaan kesihatan.
Selepas
itu,
pelatih
perlu
menerima
pengesahan
pemeriksaan
daripada Pengarah Hospital Bau dan semak samada pemohon layak untuk memindahkan milik senapang patah tersebut. Sekiranya pemeriksaan kesihatan diluluskan, pelatih perlu keluarkan surat kepada Ketua Polis Daerah Bau untuk pemeriksaan senjatapi dan pengambilan cap jari pemohon. Jika diluluskan, Encik Peter akan mengeluarkan lesen baru kepada pemohon.
Rabu (18 Jun 2008)
Pada hari ini, pelatih diberi tugas untuk membantu Encik Peter mencari pemilik bagi senapang patah Stevens Model 1076 dengan nombor siri 48121. Ini adalah kerana pihak Kerajaan Sarawak sedang cuba sedaya upaya untuk mengesan pemilik senapang patah jenis Stevens Model 1076 bernombor siri 48121 tetapi nombor lesen senapang patah tidak diketahui.
Oleh
itu,
pegawai
mahkamah
di
Pejabat
Daerah
perlu
menyemak buku rekod daftar untuk mencari nama pemilik senapang patah tersebut. Pihak Pejabat diminta untuk mengemukakan jawapan kepada pihak Kerajaan Sarawak selewat-lewatnya pada 27 Jun 2008.
70
Maka, pelatih bersama-sama dengan Encik Peter perlu mencari rekod pendaftaran lama dan baru bagi senapang patah. Berdasarkan nombor siri dan model yang diberikan, pekerja dapat menyemak pemilik bagi senapang patah dengan mencari rekod pendaftaran senapang patah. Akan tetapi, pelatih gagal mengesan pemilik senapang patah tersebut kerana kemungkinan senapang tersebut didaftarkan di Daerah yang lain.
Khamis (19 Jun 2008)
Pada hari ini, pelatih diberi tugas untuk menguruskan perkara berkenaan dengan probet bagi penukaran hak milik harta (tanah) setelah pemegang harta meninggal dunia. Probet barmaksud urusan mengeluarkan surat kuasa kepada waris simati bagi membolehkan pemindahan hak milik ke atas
mana-mana
harta
simati
kepada
waris-warisnya.
Sebelum
memulakan tugas yang diberikan, Encik Peter telah memberitahu pelatih tentang proses-proses yang perlu dilakukan semasa membuat perkara berkaitan dengan pemindahan milik tanah.
Pada permulaannya, pelatih menerima borang permohonan daripada pemohon. Pelatih membantu Encik Peter untuk menyemak dokumen dan perkara-perkara lain yang berkaitan supaya ia adalah lengkap dan sesuai.
71 Selepas itu, pelatih perlu membuat rekod keterangan/maklumat berkaitan dalam Buku Probet. Pemohon diminta untuk menurunkan tandatangan di dalam Buku Probet tersebut. Pelatih kemudian membantu Encik Peter untuk menaip Suratkuasa Pentadbir/Probate of Will dan dikemukakan kepada Pegawai Probet untuk kelulusan dan tandatangan.
Jumaat (20 Jun 2008)
Pada hari ini, pelatih diberi tugas untuk menguruskan perkara berkenaan dengan pembayaran cukai senapang patah. Kerajaan menetapkan 30 Jun 2008 sebagai tarikh penutupan bagi pembayaran cukai lesen senapang patah. Pada pengetahuan pelatih, bayaran cukai setahun bagi senapang patah adalah berjumlah RM2.00. Pelatih akan mengeluarkan resit kerajaan kepada pemilik yang telah membayar cukai tersebut.
Di samping itu, pelatih juga diberi peluang untuk mempelajari cara mambuat
surat
sumpah
perkahwinan.
Pada
pengetahuan
pelatih,
bumiputera yang dilahirkan di Sarawak perlu membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Daerah Bau. Mereka dikehendaki menandatangani perjanjian atau surat sumpah perkahwinan. Pegawai mahkamah akan
72 menaip surat perkahwinan kepada pasangan yang mendaftar perkahwinan di Pejabat Daerah Bau.
Sabtu (21 Jun 2008) Cuti rehat