Laporan Aktiviti Minggu Kesembilan

  • Uploaded by: Hui Fen
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Aktiviti Minggu Kesembilan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,234
  • Pages: 7
84 Laporan Aktiviti Minggu Kesembilan Isnin (7 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih diagihkan untuk bertugas di bahagian kaunter. Pelatih telah melaporkan diri kepada Encik Sahari yang merupakan pegawai rujukan bagi kaunter. Pada hari ini, pelatih membantu Encik Apat untuk mengeluarkan permit membeli peluru. Pembelian peluru senapang patah dihadkan kepada 10 butir sahaja sebulan. Oleh itu, pelatih perlu menyemak

secara

teliti

bahawa

pemilik

senapang

hanya

mendapatkanpermit mengambil peluru sekali sahaja dalam satu bulan. Untuk setiap urusan, pemohon diwajibkan untuk membawa kelongsong peluru yang telah digunakan untuk syarat pembelian seterusnya.

Namum

demikian,

pelatih

mendapati

bahawa

terdapat

banyak

pemohon permit membeli peluru masih tidak membawa kelongsong peluru kosong. Keadaan ini telah menyusahkan pelatih menjalankan urusan mengeluarkan permit membeli peluru. Oleh kerana pelatih hanya bertugas dengan mengikut arahan daripada pihak atasan, maka pelatih terpaksa menolak permohonan bagi pelanggan yang tidak membawa kelongsong pada bulan lepas. Kepada pelanggan yang tidak membawa kelongsong pada kali ini sahaja, pelatih terpaksa menanda pada buku lesen dan meminta mereka supaya mengikuti arahan yang diberikan. Untuk menjaga imej Pejabat Daerah Bau, pelatih memberitahu arahan ini kepada pelanggan-pelanggan secara perlahan dan sopan. Pelatih berasa amat nasib baik kerana kebanyakan pelanggan tidak marah dengan pelatih dan mereka bersedia mengikuti arahan tersebut.

85 Walaupun pelatih mempunyai pengalaman dalam mengendalikan perkara berkenaan dengan permit membeli peluru, namun pelatih masih perlu mengisi butir-butir peribadi pemohon dengan teliti. Pelatih juga perlu menyemak semula butir-butir yang diisi sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Di samping itu, pelatih juga membantu Encik Apat untuk untuk menguruskan perkara berkenaan dengan pembaharuan lesen senapang patah. Hal ini adalah kerana, pemilik senapang yang lesennya telah tamat tempoh tidak dibenarkan untuk mengambil permit membeli peluru di Pejabat. Mereka harus membaharukan lesen dengan membayar lesen tahunan sebanyak RM2.00.

Di samping itu, pelatih juga mendapati bahawa staf di Pejabat Daerah perlu mendaftar untuk menduduki penilaian prestasi. Pelatih juga dapat mengaplikasikan pembelajaran di universiti dengan penilaian prestasi yang dilakukan dalam Pejabat Daerah Bau. Pelatih juga mengetahui serba sedikit tentang kepentingan penilaian prestasi terhadap pekerja dan organisasi. Penilaian prestasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses membangunkan piawai kriteria prestasi secara bertulis dan disampaikan kepada pekerja dari semasa ke semasa. Pengurusan prestasi pula merangkumi semua proses yang dinyatakan dalam takrif penilaian prestasi yang akan diketuai oleh pengurus.

Selasa (8 Julai 2008)

86 Pada hari ini, pelatih telah membantu Encik Sahari dan Cik Rathna dalam memproses permohonan lesen baru dan pembaharuan lesen perdagangan. Bagi peniaga yang ingin memohon lesen perniagaan baru, mereka perlu datang sendiri ke Pajabat. Mereka juga perlu membawa Cop Perniagaan yang telah diluluskan berserta dengan Sijil Nama Dagang (Business

Names

Certificate).

Setelah

permohonan

pendaftaran

perniagaan diluluskan, pelatih perlu menyediakan satu ekstrak perniagaan kepada peniaga.

Bagi peniaga yang ingin membuat pembaharuan lesen perniagaan pula, mereka perlu membawa Lesen Perniagaan yang telah dikeluarkan pada tahun sebelum ini. Pelatih perlu menerima Lesen Perniagaan asal dari pemilik perniagaan berserta dengan cop perniagaan. Kemudian pelatih perlu meminta tandatangan Pembantu Tadbir Kewangan pada resit yang dikeluarkan. Pemilik perniagaan perlu membayar RM25.00 untuk membaharukan lesen perniagaan mereka.

Selain itu, pelatih juga membantu Encik Sahari mengendalikan perpindahan butir-butir perniagaan. Hari ini terdapat pelanggan yang datang ke Pejabat dan ingin menguruskan perkara berkaitan dengan perpindaan butir-butir perniagaan. Pelatih sekali lagi diberi tunjuk ajar oleh Encik Sahari tentang prosedur yang patut dilakukan apabila peniaga hendak memindakan perniagaan mereka.

Mula-mula,

pelatih

perlu

menerima

borang

permohonan

untuk

meminda butir-butir pendaftaran/lesen perniagaan daripada pemilik lesen. Selepas itu, pelatih perlu mengemukakan borang permohonan tersebut

87 kepada Pendaftar Nama-Nama Perniagaan untuk kelulusan. sekirannya permohonan diluluskan, pelatih perlu membantu pemilik lesen untuk membuat pindaan dalam Daftar Nama-Nama Perniagaan (R.20) dan lesen Perniagaan. Selepas selesai tugas, pelatih perlu mengembalikan Lesen Perniagaan yang telah dipinda kepada pemilik lesen.

Berdasarkan Seksyen 26 Akta Perkongsian 1961 (Pindaan 1974), sesuatu pindah milik atau pindahan syer rakan perkongsian hendaklah disertai dengan persetujuan bertulis dari semua rakan perkongsian yang lain sebelum ia boleh dicatatkan di dalam Daftar Perniagaan sebab segala urusniaga sedemikian tidak sah kecuali persetujuan telah diberi oleh semua rakan perkongsian.

Pelatih telah mempelajari perkara-perkara tentang pemindaan butirbutir perniagaan daripada tugas yang dilakukan. Kesudian tunjuk ajar yang diberikan oleh Encik Sahari dapat memberi gambaran yang jelas bahawa beliau sentiasa bersedia untuk mengajar junior-junior yang menimba pengalaman di Pejabat Daerah Bau. Ini juga menunjukan bahawa beliau sentiasa bekerjasama dan berganding bahu sesama rakan sepejabat tanpa mengira status diri.

Rabu (9 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu Encik Sahari untuk mengisi Borang TL (statistik perdagangan) bagi rekod pembayaran pembaharuan lesen perniagaan pada bulan Jun. Rekod ini perlu dikemaskinikan supaya dapat

88 mengembalikan borang tersebut kepada Jabatan Perangkaan Bahagian Kuching. Rekod ini merupakan Banci Pertubuhan-Pertubuhan Berniaga yang berlesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak. Antara maklumat-maklumat yang diperlukan termasuk butirbutir lesen (tahun bagi lesen yang dipohon, nombor pendaftaran perniagaan, nama perniagaan, alamat tempat berniaga, dan nombor telefon), butir-butir perniagaan (bidang/sektor perniagaan, jenis aktiviti perniagaan utama) dan pengakuan peniaga.

Di samping itu, pelatih juga membantu Encik Sahari untuk membuat rumusan berkenaan dengan jumlah lesen perniagaan yang dikeluarkan dalam bulan Jun ke dalam satu borang yang disediakan. Antara maklumat yang perlu diisikan ke dalam borang termasuk nombor lesen perniagaan, nama dan alamat firma, perseorangan atau perkongsian, nama setiap perniaga, nombor kad pengenalan, nisbah pembahagian, jenis perniagaan dan tarikh mula menjalankan perniagaan. Borang ini kemudian perlu dikemukakan kepada Pegawai Daerah Bau untuk ditandatangani.

Pada hari ini, pelatih dapat mempelajari cara membezakan sama ada sesuatu perniagaan dijalankan secara perkongsian atau perseorangan. Encik Sahari mengajar pelatih bahawa kita akan dapat membezakan jenis perniagaan itu perkongsian atau perseorangan dengan berdasarkan nisbah pembahagian pemilikan perniagaan tersebut. Pelatih juga dapat mengetahui bahawa orang-orang yang di bawah umur 21 tahun dan orang-orang bukan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk membuka perniagaan secara perseorangan. Mereka perlu membuka perniagaan bersama dengan seorang yang berumur 21 tahun ke atas dan rakyat

89 Malaysia di mana nisbah pembahagian pemilikan perniagaan yang dipegang oleh mereka tidak boleh melebihi separuh daripada syer perniagaan tersebut.

Khamis (10 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu Cik Rathna untuk mengutip cukai tanah bagi orang awam. Setakat minggu ini, pelatih telah mengetahui butir-butir yang lebih lanjut mengenai cukai tanah. Oleh kerana pelatih tidak mengetahui makna dan butir yang lanjut tentang cukai tanah, maka pelatih meminta tunjuk ajar daripada Encik Sahari.

Menurut Encik Sahari, cukai tanah perlu dibayar sebelum atau pada tarikh ulang tahun tanah tersebut didaftarkan atau pada tarikh yang tercatat pada buku cukai tanah yang telah disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian. Pembayaran boleh dibuat di semua pejabat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian atau di Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil (jika tidak terdapat Pejabat Jabatan Tanah dan Survei). Penalti sebanyak 50% daripada jumlah yang ditetapkan akan dikenakan ke atas pemilik yang gagal atau terlewat menjelaskannya.

Jumaat (11 Julai 2008)

Pada hari ini, pelatih membantu orang awam mengecop salinan dokumen atau surat untuk disahkan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bau. Sebelum mengecop pada salinan dokumen tersebut, pelatih hendaklah memastikan mereka membawa salinan asal untuk dijadikan sebagai bukti

90 bagi membuktikan bahawa salinan dokumen adalah salinan dari asal dokumen.

Selain

itu,

pelatih

juga

membantu

Encik

Sahari

merekodkan

pembaharuan lesen dalam bulan Jun ke dalam buku lejer atau fail serta mengemaskinikan fail-fail bagi nama-nama perniagaan (pembaharuan lesen perniagaan). Pelatih juga membantu Encik Sahari mengendalikan kerja-kerja pembatalan Lesen Perniagaan peniaga. Mula-mula, pelatih menerima permohonan pemilik lesen melalui surat Notis Penamatan Perniagaan dan disertai dengan salinan asal Lesen Perniagaan, Sijil Pendaftaran dan wang pos bernilai RM60.00. Kemudian pelatih perlu menguruskan pembatalan lesen perniagaan tersenut dengan mengikut prosedur yang disediakan.

Sabtu (12 Julai 2008) Cuti rehat

Related Documents


More Documents from "norizan bt awang"