Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Berdirinya pokok kerana batangnya, Berdirinya bangunan kerana tiangnya, Tetapi berdirinya saya pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan untuk menyampaikan syarahan saya yang bertajuk “Langkah-langkah Menjaga Alam Sekitar”. Hadirin sekalian, Dalam mengecapi kemajuan di persada global, pelbagai masalah timbul di negara kita terutamanya masalah yang berkait rapat dengan alam semula jadi. Pada hari ini, kita dapat lihat sendiri dengan pancaindera kita bahawa pencemaran alam sekitar seringkali berlaku. Persoalannya, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar? Antara membudayakan
cara
yang
amalan
boleh kitar
dilakukan semula.
ialah
Contohnya,
kita
mestilah
kita
boleh
mengasingkan barang buangan mengikut jenis seperti kaca, kertas dan tin. Dengan ini, sampah-sarap dapat dikurangkan. Alam sekitar juga akan menjadi lebih bersih.
Selain itu, pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran seperti kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dengan ini, masyarakat akan buka mata tentang pentingnya kepentingan menjaga alam sekitar. Di samping itu, pihak sekolah haruslah menerapkan nilai menjaga alam sekitar kepada murid sejak kecil seperti pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti menanam pokok, aktiviti mewarna dan sebagainya. Hadirin sekalian, Ringkasnya, kebersihan alam sekitar ialah tanggungjawab bersama. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar agar kehidupan kita sentiasa aman dan harmoni. Pohon ubi tegak berdiri, Apatah lagi pohon keladi, Jika ingin dunia berseri, Jagalah alam semula jadi. Sekian, terima kasih.