LAPORAN MINGGU SILATURRAHIM (MSR) SESI 1/2008
1.0
Pengenalan
Pada 7 Januari 2008 (Isnin) hingga 11 Januari 2008 (Jumaat) majlis MSR telah di jalankan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah di pertanggungjawabkan untuk mengendaliakn majlis MSR tersebut bagi menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:a) LDK b) Sukan c) Malam Muhasabah Diri
2.0
Objektif Majlis MSR ini adalah bertujuan agar pelajar-pelajar semester 1 dapat mengikuti aktiviti-aktiviti yang diaturkan dengan baiknya. Ia juga bertujuan pelajar-pelajar baru dapat berdikari, berkerjasama dan mengenali persekitaran dan pengajarpengajar di Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.
3.0
Laporan Aktiviti
3.1
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Aktiviti LDK telah dijalankan pada hari Isnin dan Selasa bermula jam 9.00 hingga 10.00 malam, bertempat di Dewan Besar ILP Kepala Batas. Ianya melibatkan semua MPP dan AJK MPP yang bertugas sempena majlis tersebut. Seramai 50 orang pelajar semester 1, lelaki dan perempuan turut terlibat. Tujuan aktiviti ini agar pelajarpelajar baru mengenali antara satu sama lain dan
berkerjasama dalam kumpulan serta mengeluarkan ideaidea baru. 3.2
Sukan Aktiviti ini telah diadakan pada hari Selasa , Rabu dan Jumaat. Sukan ini melibatkan 2 kategori sukan iaitu sukan padang dan sukan antara pelajar dan pegawai. Sukan padang di adakan pada Selasa dan Rabu antara jam 5.00 hingga 6.30 petang. Manakala sukaneka antara pelajar dengan pegawai di adakan pada hari jumaat diantara jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari.
3.3
Malam Muhasabah Diri Aktiviti ini telah diadakan pada hari Jumaat antara jam 9.00 hingga 12.00 malam bertempat di Dewan Besar ILP Kepala Batas. Ianya melibatkan semua MPP dan semua pelajar semester 1. Aktiviti ini juga bertujuan menberikan motivasi dan impak kepada para pelajar agar dapat mengenali serta memahami diri sendiri, erti persahabatan dan jasa ibubapa.
4.0
Kesimpulan Kesimpulanya majlis ini telah berjalan dengan lancar mengikut jadual dan masa dengan tepat. Keseluruhannya majlis ini berjaya dengan selamatnya. Dicadangkan agar majlis seumpama ini diadakan pada masa-masa akan datang.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
………………………………….. ………………………………….. (AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN) AHMAD) BIRO KEBAJIKAN MPP, ILP KEPALA BATAS.
(MOHD RIDZUAN BIN
PENGERUSI MPP, ILP KEPALA BATAS.