Laporan Icompex.docx

  • Uploaded by: Nor Syafikah Ambotuo
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Icompex.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,126
  • Pages: 26
IPG Kampus Tawau

i-CompEx’18 “INNOVATION – THE CATALYST FOR TRANSFORMATION”

KIT DG≤90˚ Disediakan oleh: MUHAMMAD ZULFITRI BIN PAZLAN NURUL IZZAH AZIRA BINTI ISMAIL NOR SYAFIKAH BINTI AMBOTUO

KELAS H : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TEACHING AND LEARNING) 1

IPG Kampus Tawau

ISI KANDUNGAN

Maklumat Peribadi Isi Kandungan Tajuk Inovasi Abstrak Objektif Topik 1: Pengenalan Topik 2: Kreativiti Topik 3: Kesignifikanan Topik 4: Kecekapan Topik 5: Replicability Topik 6: Keberkesanan Topik 7: Potensi Pelaksanaan Rujukan

1

IPG Kampus Tawau

Maklumat Peribadi

IPG Kampus Tawau, Beg Berkunci 27 91009 Tawau Sabah

Nama Ahli Kumpulan

Muhammad Zulfitri Bin Pazlan Nurul Izzah Azira Binti Ismail Nor Syafikah Binti Ambotuo

Tel : 089-951250 Faks : 089-951255

Jantina

No. Kad Pengenalan

Lelaki Perempuan Perempuan

960217-14-5883 960909-12-5410 961026-12-6510

Tajuk Inovasi :

KIT DG≤90˚

2

IPG Kampus Tawau

ABSTRACT “Kit DG≤90˚” (Degree Less Than or Equal to 90˚ Kit) is a kit created for digging skill in volleyball game. This is a topic for Year 6 Pyhsical Education and Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP). It is designed to help the students practicing the technique of digging in easier and accurate way. In the past, teachers at school teaching digging skill in a common mode of using text book, pictures and videos. This kit can help students to practise with the right techniques, improve the skills in volleyball and increase muscle endurance. This kit was used as a teaching aid for 12 years old students to show their effectiveness. Kit DG≤90˚construction is simple, easy, low cost and high implications for consumers. With the concept of diversity of existing materials, the impact can be seen once tested and had been used in several schools in Tawau district within about 8 weeks. Positive effects and changes in the level of student understanding have been seen. This can be traced through the achievement between post-test scores and pre-test. In addition, interviews with students also show that this kit help students more easier to understand, remember and enjoy learning. Feedback from users, especially teachers, lecturers and peer educators also demonstrates the effectiveness of using this product when applied in the teaching and learning process.

3

IPG Kampus Tawau

ABSTRAK “Kit DG≤90˚” (Degree Less Than or Equal to 90˚ Kit) ialah suatu kit yang dicipta bagi tajuk kemahiran menyangga permainan bola tampar. Ia terkandung di dalam Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP). Kit ini direka bagi membantu murid memperbaiki kemahiran dan teknik menyangga mereka. Guru lazimnya menggunakan kaedah biasa seperti menggunakan buku teks, paparan gambar dan tayangan video. Kit ini dapat membantu murid untuk melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul, meningkatkan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar dan meningkatkan daya tahan otot. Kit ini dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada murid-murid yang berumur 12 tahun telah menunjukkan keberkesanannya. Pembinaan produk adalah ringkas, mudah, kos rendah dan implikasi tinggi kepada pengguna. Dengan konsep kepelbagaian fungsi bahan yang telah sedia ada, maka kesannya dapat dilihat setelah diuji dan dipraktikkan di beberapa buah sekolah daerah Tawau dalam tempoh lebih kurang 8 minggu. Kesan positif dan perubahan peningkatan tahap pemahaman murid telah dapat dilihat. Ini dapat dikesan menerusi pencapaian skor ujian pasca dan ujian pra. Di samping itu, hasil temu bual dengan murid-murid juga menunjukkan mereka lebih mudah memahami, mengingat dan seronok belajar. Maklum balas daripada pengguna, khususnya guru-guru, para pensyarah dan rakan-rakan siswa pendidik juga menunjukkan keberkesanan penggunaan produk ini apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4

IPG Kampus Tawau

Objektif inovasi adalah seperti yang berikut: Antara objektif inovasi Kit DG≤90˚ adalah seperti yang berikut: 1. Memudahkan murid untuk melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul menggunakan Kit DG≤90˚. 2. Meningkatkan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar menggunakan Kit DG≤90˚. 3. Meningkatkan daya tahan otot.

5

IPG Kampus Tawau

TOPIK 1 PENGENALAN 1.1

Pendahuluan

Permainan menjadi antara tunjang utama dalam sukatan pelajaran pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, setiap guru Pendidikan Jasmani mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar bagi melengkapkan diri murid-murid dengan kemahiran asas yang kukuh bagi sesuatu permainan. Antara kemahiran asas yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan permainan seperti bola sepak, badminton dan bola tampar. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam Pendidikan Jasmani bertujuan untuk melancarkan proses pengajaran supaya memudahkan kefahaman pelajar untuk lebih memahami konsep dan kemahiran sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan berkesan. Bola tampar merupakan salah satu komponen sukan dan permainan yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani Tahun 6. Permainan ini diperkenalkan bagi meningkatkan tahap jasmani murid di sekolah.

Menurut Bucher (1979) dalam Shaifol Bahary Sulaiman, Hasrul Faizal Hashim Amri dan Norazhan Chee Lam (2006) mengatakan bahawa pelajaran dalam Pendidikan Jasmani berkemampuan untuk memberikan sesuatu hasil yang berkesan kepada murid melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam sesuatu kurikulum. Menurut Shaifol Bahary Sulaiman, Hasrul Faizal Hashim Amri dan Norazhan Chee Lam (2006), Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Oleh yang demikian, Pendidikan Jasmani merupakan satu langkah bagi meningkatkan kemahiran dan menambah baik perlakuan murid dalam melakukan aktiviti fizikal di samping meningkatkan kesihatan diri agar lebih sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah menerima bola yang diservis menggunakan anggota badan, menghantar kepada rakan sepasukan, atau mengembalikan ke gelanggang lawan (Standard Pembelajaran 1.7.2 Tahun Enam). Kemahiran ini juga disebut kemahiran menyangga. Menurut Junaidah Salehudin (2009), teknik menyangga 6

IPG Kampus Tawau

digunakan untuk menerima servis daripada pihak lawan atau menyambut pukulan secara kuat dalam permainan bola tampar.

Sekiranya tiada pemahaman dan

penguasaan teknik yang betul berkenaan dengan kemahiran tersebut, sudah tentulah murid akan mengalami masalah untuk melaksanakan permainan dengan baik.

Menurut Sufean Hussin (2005), bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud berupa bahan yang nyata dan benar wujud (Poh Swee Hiang, Mohktar Affandi Amran dan Tajuddin Hassan, 1996). Penggunaan bahan maujud merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenal pasti oleh deria-deria kita, iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Kelebihan yang terdapat pada bahan maujud ialah penglibatan murid secara langsung dengan penggunaan bahan maujud menjadikan mereka aktif dan membantu menarik perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, kami sekumpulan memperkenalkan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru mengatasi masalah semasa mengajar kemahiran menyangga. Bahan bantu mengajar tersebut diberi nama “Kit DG≤90˚”. Alat ini dicipta untuk menyelesaikan masalah murid dalam mengawal bola semasa membuat pukulan menyangga (dig) dalam permainan bola tampar. Dengan terciptanya alat ini, kemahiran pukulan menyangga murid dapat diperbetulkan. Tambahan pula, penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dan dapat menarik perhatian murid untuk lebih fokus dan memahami kemahiran yang diajar. Murid-murid pun akan bertambah yakin, konteks pembelajaran yang tersedia, minda dapat dirangsang dan rasa bosan dapat dihindarkan (Tuan Jah & Faridah Nazir, 2011). Seterusnya, hal ini berkait rapat dengan matlamat negara seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Bab 4, iaitu memperhebat sokongan guru bagi memastikan kurikulum bertulis diterjemahkan dengan betul dalam pengajaran di dalam bilik darjah melalui bahan pengajaran yang lebih baik dan Bab 5, iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru.

7

IPG Kampus Tawau

1.2

Kedudukan Sebelum Inovasi dilaksanakan 1. Murid tidak dapat melakukan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar dengan betul. 2. Guru mengajar teknik menyangga dalam permainan bola tampar melalui tayangan video. 3. Guru menunjukkan teknik menyangga dalam permainan bola tampar melalui paparan gambar. 4. Guru mengalami masalah kawalan pelajar semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana mempunyai bahan bantu mengajar yang tidak berkesan. 5. Murid mengalami masalah dalam menguasai kemahiran menyangga kerana bahan bantu mengajar yang tidak berkesan. 6. Pengajaran dan pembelajaran sebelum ini mengambil masa yang lama bagi murid untuk menguasai kemahiran menyangga.

1.3

Masalah-masalah yang dihadapi 1. Murid tidak dapat melakukan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar dengan betul. 2. Murid tidak dapat mengawal bola dengan baik. 3. Murid tidak dapat membuat hantaran kepada rakan sepasukan atau mengembalikan bola ke gelanggang lawan dengan betul. 4. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan intervensi tidak mencukupi.

1.4

Tujuan

Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan murid untuk melakukan kemahiran menyangga dengan teknik yang betul.

1.5

Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun 6 (Tahap 2) sekolah rendah.

8

IPG Kampus Tawau

TOPIK 2 KREATIVITI 2.1

Berikut ialah perubahan yang diperkenalkan dalam inovasi ini Gambar 1: Bahan-bahan yang digunakan

Pelekat

Kain Terpakai

Getah Tayar

Besi

Besi Penyelaras

Tali Ikatan

9

IPG Kampus Tawau

Gambar 2: Proses Penghasilan Kit DG≤90˚

10

IPG Kampus Tawau

2.2

Mudah dikendalikan Rekaan Kit DG≤90˚ yang kecil dan ringan membolehkannya dibawa dan

dikendalikan di sebarang lokasi, bukan hanya terhad di dalam bilik darjah sahaja.

2.3

Mudah dibawa Konsep kit pelbagai fungsi yang sedia ada diperkenalkan menerusi inovasi Kit

DG≤90˚ ini membolehkan bahan yang berbentuk ringkas dapat dibawa ke manamana. Bahan bantu mengajar ini bukan sahaja dapat diguna selain mengajar kemahiran menyangga tetapi juga dalam senaman seperti pemanasan badan.

11

IPG Kampus Tawau

TOPIK 3 KESIGNIFIKANAN Penggunaan Kit DG≤90˚ dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 6 di beberapa buah sekolah. Suatu instrumen Ujian Pra dan Pasca juga telah ditadbir untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar tersebut. Hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

3.1

Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Pasca SK Kg Titingan Tawau

Jadual 1: Keputusan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca SK Kg Titingan Tawau BIL 1

MURID R1

PRA 1

PASCA 1 2

PASCA 2 3

PASCA 3 4

2

R2

1

2

4

5

3

R3

1

3

4

5

4

R4

1

2

3

5

CATATAN

Jadual 2: Keputusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca SK Kg Titingan Tawau BIL 1

MURID R1

PRA 20

PASCA 1 40

PASCA 2 60

PASCA 3 80

2

R2

20

40

80

100

3

R3

20

60

80

100

4

R4

20

40

60

100

CATATAN

Jadual 3: Skala Pemarkahan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca SK Kg Titingan Tawau MARKAH

GRED

80 - 100

Sangat Baik

60 - 79

Baik

40 - 59

Sederhana

0 – 39

Lemah

1 = 20 Markah

12

IPG Kampus Tawau

3.2

Graf Perbandingan Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Pasca SK Kg Titingan Tawau

Rajah 1: Graf Perbandingan Analisis Keputusan Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca SK Kg Titingan Tawau

Skor Pencapaian Ujian Pra, Pasca 1, Pasca 2 dan Pasca 3 6 5

4 3 2 1 0 UJIAN PRA

PASCA 1 R1

PASCA 2 R2

R3

PASCA 3

R4

Jadual 1: Graf Perbandingan Keputusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca SK Kg Titingan Tawau

Markah Pencapaian Ujian Pra, Pasca 1, Pasca 2 dan Pasca 3 120 100 80 60

40 20 0 UJIAN PRA

PASCA 1 R1

PASCA 2 R2

13

R3

R4

PASCA 3

IPG Kampus Tawau

3.3

Pencapaian Borang Senarai Semak Bagi Responden 4

Rujuk Lampiran A

3.4

Borang Ujian Kemahiran Menyangga Dalam Permainan Bola Tampar

Rujuk Lampiran B

3.5

Respon Guru dan Respon Murid 

Respon daripada murid dan guru adalah amat menggalakkan.

3.5.1 Respon guru; 

”...murid rasa seronok...”



”...murid tidak bosan...”



”...murid terlibat aktif dalam PdP...”



”...murid lebih faham teknik menyangga..”



”...murid dapat kuasai kemahiran menyangga..”



”...murid faham disebabkan pengalaman pengaplikasian...”



”.... pembelajaran lebih praktikal....”



”... membantu murid dalam meningkatkan kemahiran menyangga..”



”...kos yang rendah (manipulasi bahan sedia ada)..”



”...bahan mudah dibawa

3.5.2 Respon murid; 

”...seronok dan boleh belajar bersama-sama kawan...”



”...dapat bersaing dengan rakan...”



”...lebih mudah faham sebab alami dan cuba sendiri...”



“...menarik, saya boleh faham teknik menyangga....”



“...Saya baru sedar amalan/kebiasaan selama ini adalah salah..”

14

IPG Kampus Tawau

TOPIK 4 KECEKAPAN Gambar 3: Aktiviti Kemahiran Menyangga menggunakan Kit DG≤90˚

15

IPG Kampus Tawau

4.1

Analisis Keadaan Masalah Selepas Pelaksanaan Inovasi

Gambar 4: Kedudukan Tangan Sebelum Menggunakan Kit DG≤90˚

Jika dilihat secara fizikal pada Gambar 4, lakuan kemahiran menyangga permainan bola tampar yang ditunjukkan oleh responden adalah salah. Kesalahan yang berikut adalah:  Tidak meluruskan kedua-dua tangan semasa melakukan kontak bersama bola.  Sudut di antara lengan dan badan melebihi 90˚ semasa melakukan kemahiran menyangga.

16

IPG Kampus Tawau

Gambar 5: Kedudukan Tangan Selepas Menggunakan Kit DG≤90˚

Jika dilihat secara fizikal pada Gambar 5, lakuan kemahiran menyangga permainan bola tampar yang ditunjukkan oleh responden adalah betul. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkara yang berikut:  Meluruskan kedua-dua tangan semasa melakukan kontak bersama bola.  Sudut di antara lengan dan badan kurang atau sama dengan 90˚ semasa melakukan kemahiran menyangga.

17

IPG Kampus Tawau

4.2

Keadaan masalah selepas pelaksanaan inovasi.

i.

Murid dapat melakukan kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar dengan betul.

ii.

Murid dapat mengawal bola dengan baik.

iii.

Murid dapat membuat hantaran kepada rakan sepasukan atau mengembalikan bola ke gelanggang lawan dengan betul.

iv.

Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan intervensi adalah mencukupi.

v.

Murid berasa seronok dan menunjukkan minat untuk mempelajari kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar.

18

IPG Kampus Tawau

TOPIK 5 REPLICABILITY 5.1

Proses Penyebarluasan dan Perkongsian

Inovasi ini telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 6 di beberapa sekolah daerah Tawau seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 22 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Titingan. Rata-rata murid memberi maklum balas yang memberangsangkan kerana pelaksanaan inovasi ini menyeronokkan dan berjaya menarik minat mereka dalam proses pembelajaran kemahiran menyangga.

Hasil temu bual bersama-sama murid menunjukkan mereka berasa seronok, mudah faham, bersaing dan teruja semasa melaksanakan aktiviti. Guru juga memberi maklum balas bahawa peralatan yang diguna membantu murid untuk menguasai kemahiran menyangga. Pelaksanaan inovasi ini juga amat dialu-alukan oleh pihak pentadbiran sekolah, khususnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan yang berbesar hati memberikan ruang dan tempat untuk pelaksanan PdP tersebut. Beliau begitu teruja serta memohon agar perkongsian idea inovasi bersama-sama warga guru SK Kampung Titingan dapat dijalankan. Dalam nada yang sama, Guru Besar SK Batu 22 juga turut mengalu-alukan pelaksanaan inovasi di sekolah mereka dan memohon agar dapat dikongsi bersama-sama guru di sekolah beliau. Penggunaan KIT DG≤90˚ juga akan disebarluaskan di seluruh negara menerusi pengaplikasian oleh rakan siswa pendidik semasa menjalani aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (SBE) dan latihan praktikum. Selain itu, maklum balas positif juga telah diterima daripada beberapa orang pensyarah dan guru. Respon yang diberi antaranya memuji penggunaan bahan yang kreatif lalu dijadikan satu penyelesaian dalam kemahiran menyangga pasti memberi impak kepada murid-murid. Hal yang sama turut dikemukakan oleh beberapa orang siswa pendidik yang tertarik dengan idea inovasi tersebut. Rata-rata berpandangan bahawa pemanfaatan bahan terpakai tersebut merupakan satu daya kreatif yang berjaya ditonjolkan, lebih-lebih lagi apabila berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Di samping itu, penggunaan bahan maujud pasti membantu murid-murid untuk lebih fokus, faham dan mengingat kemahiran menyangga yang diajarkan.

19

IPG Kampus Tawau

20

IPG Kampus Tawau

TOPIK 6 KEBERKESANAN KOS

6.1

Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan dan jumlah kos i) Tarikh Inovasi dimulakan : Januari 2018– Mac 2018 ii) Jumlah Kos

:

Bil.

Bahan

Kuantiti

Jumlah

1.

Tali

RM 1.50 X 2

RM 3

2.

Tali Getah Tayar

-

-

3.

Besi Terpakai

RM 3 X 4

RM 12

4.

Cangkuk

RM 2 X 4

RM 8

5.

Kain Terpakai

-

-

6.

Kain Pelekat

RM 5 X 1

RM 5

7.

Kotak Terpakai

-

-

8.

Besi Penyelaras

RM 2 X 4

RM 8

JUMLAH KESELURUHAN

6.2

RM 36

Berikut merupakan faedah-faedah daripada inovasi yang telah

diperkenalkan:

6.2.1 Penjimatan masa : Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan maujud ini telah membantu murid menguasai kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar dengan lebih mudah dan cepat. Murid dapat melihat, menyentuh bahan-bahan dan melakukan sendiri secara nyata sekali gus membantu mereka mengingat teknik tersebut.

21

IPG Kampus Tawau

TOPIK 7 POTENSI PELAKSANAAN 7.1

Peningkatan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran: Murid dapat memahami dan menguasai kemahiran menyangga dengan betul dalam

permainan bola tampar semasa dan selepas menggunakan KIT DG≤90˚. Hasil temu bual bersama-sama murid dan guru membuktikan lagi keberkesanan inovasi ini. Murid juga tertarik untuk belajar kemahiran menyangga dan berasa seronok melakukan aktiviti pembelajaran. Akhirnya, penggunaan inovasi ini dalam PdP telah meningkatkan penguasaan kefahaman mereka.

7.2

Peningkatan tahap keyakinan dan kepuasan hati murid: Murid lebih seronok dan berasa yakin untuk mengaplikasikan kemahiran menyangga

dengan betul dalam permainan bola tampar kerana murid dapat melihat hasilnya secara terus selepas menggunakan KIT DG≤90˚. Hal ini pernah dinyatakan oleh Kamarudin Husin (1988) bahawa bahan bantu mengajar yang sesuai dapat menyingkirkan kebosanan murid seterusnya memberikan keseronokan.

22

IPG Kampus Tawau

7.3

Faedah-faedah lain 7.3.1 Faedah terhadap guru 

Keyakinan guru untuk berhadapan dengan murid



Persiapan pedagogi lebih mantap



Penyampaian isi pelajaran lebih mudah



Guru lebih bermotivasi



Kolaboratif antara guru dan murid atau murid dan murid dapat dilaksanakan



PdP lebih mudah dan menarik



Pengajaran tidak kaku



7.3.2 Faedah terhadap murid 

Pembelajaran berpusatkan murid menyebabkan murid bertambah minat untuk mencuba



Memudahkan dan menjimatkan masa intervensi murid



Memotivasikan murid



Keterujaan murid untuk melakukan aktiviti dapat dirangsang



Memudahkan murid mengingat dan memahami isi pelajaran

7.3.3 Faedah sejagat 

Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan



Pemanfaatan bahan-bahan yang sedia ada untuk proses pengajaran dan pembelajaran



Penjimatan kos dalam penyediaan bahan bantu mengajar dapat dioptimumkan

23

IPG Kampus Tawau

7.4

Pengendalian

Bil.

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah

4 Februari 2017

2.

Pengumpulan maklumat

5 Februari – 20 Mac

Catatan

2017 3.

Menulis Kertas Cadangan

10 Mac – 20 Mac 2017

4.

Pembinaan Kit

5 Februari – 15 Mac 2017

5.

Pengujian Kit

13 Mac – 15 Mac

Pengalaman

2017

Berasaskan Sekolah 3

6.

Penambahbaikan Kit

19 Jun – 22 Jun 2017

7.

Pengujian Semula Kit

18 Julai, 1 Ogos, 15 Praktikum Fasa 1 Ogos 2017

8.

Penyebarluasan ke Sekolah

4

Oktober,

11

Oktober, 17 Oktober 2017, 4 Januari, 9 Januari 2018 9.

Pembentangan untuk pemilihan ke 11 Januari 2018 iCompEx’18

10.

Ujian Pra

22 Januari 2018

SK Kg Titingan Tawau

11.

Ujian Pasca 1

15 Februari 2018

SK Kg Titingan Tawau

12.

Ujian Pasca 2

01 Mac 2018

SK Kg Titingan Tawau

13.

Ujian Pasca 3

15 Mac 2018

SK Kg Titingan Tawau

12.

13.

Penyediaan Penulisan

22 Januari – 15 Mac

laporan/powerpoint/brosur

2018

Pertandingan iCompEx’18

20-22 Mac 2018

Jadual Rangka Kerja Pelaksanaan Kit DG≤90˚

24

IPG Kampus Tawau

RUJUKAN Junaidah Salehudin (2009), Bola Tampar : Siri Kokurikulum. Selangor Darul Ehsan : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. (2013). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Poh Swee Hiang, Mohktar Affandi Amran dan Tajuddin Hassan. (1996). Sumber Teknologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Shaifol Bahary Sulaiman, Hasrul Faizal Hashim Amri dan Norazhan Chee Lam (2006). Pengenalan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn.

Bhd.

Sufean Hussin (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan: Satu Ulasan Ke Arah Penambahbaikan. Dalam Shahril @ Charil Marzuki (Ed.) Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. 3-18. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

25

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"

Laporan Icompex.docx
April 2020 6
Tamat
April 2020 13
Isi2.docx
April 2020 13
Pika.docx
April 2020 6