Laporan

  • Uploaded by: redzuan
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,092
  • Pages: 6
1.0 Pengenalan Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran malah merupakan tempat yang perlu ada pada sekolah. Menurut Abdullah Sani Yahya (2003), bilik darjah dapat dijadikan sebagai suatu tempat belajar yang menarik untuk membangunkan minat dan potensi belajar yang bergantung juga pada keadaan dan iklim bilik darjah yang menunjukkan adanya aspek keceriaan. Seterusnya, Noriati A. Rashid (2014) mendefinisikan bahawa persekitaran bilik darjah bukan sekadar melibatkan unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan serta mesra budaya dapat menggalakkan aktiviti intelektual, menggalakkan persahabatan, kerjasama dan sokongan di samping menggalakkan pembelajaran, pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

Terdapat pelbagai langkah

pengurusan bilik darjah yang mesra budaya daripada pelbagai aspek seperti fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.0 Langkah-langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya 2.1 Persekitaran Fizikal Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), pengurusan persekitaran fizikal harus mengambil kira semua aspek bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya merangkumi kedudukan dan keselesaan murid dalam proses pembelajaran. Guru boleh menyusun kedudukan murid mengikut ketinggian iaitu meletakkan murid yang rendah di bahagian hadapan sebaliknya. Persekitaran fizikal yang berkualiti akan dapat membantu untuk mewujudkan keselesaan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), selesa adalah merujuk kepada tidak sempit dan luas. Oleh itu, ini akan dapat memastikan setiap murid dapat memberi perhatian yang secukupnya kepada guru di hadapan kelas dan memberi keselesaan kepada murid. Seterusnya, menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada pencapaian murid dalam pembelajaran. Ini bermakna bilik keluasan ruang dan susun atur perabot yang sesuai di dalam bilik darjah juga memberi impak. Justeru, jumlah murid dalam sesebuah kelas perlu disesuaikan mengikut saiz kelas tersebut agar tidak menimbulkan pembelajaran.

sebarang

ketidakselesaan

murid

sewaktu

proses

pengajaran

dan

Umum mengetahui bahawa pada masa kini, setiap kelas di sekolah 1

menempatkan satu jumlah murid yang besar. Oleh itu, guru harus bersifat kreatif dalam menyesuaikan susunan meja dengan jumlah murid supaya dapat mewujudkan suasana yang selesa serta dapat menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa ada batas pergerakan yang ketara. Hal ini kerana keadaan kelas yang padat dan tidak selesa ini tidak lain tidak bukan hanya akan menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan murid-murid (Mok dalam Hasfarina Abas, 2012). Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pelbagai aspek dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satunya adalah berkaitan dengan kedudukan meja dalam kelas.

Antara contohnya, guru boleh

menyusun atur meja secara berkelompok untuk memupuk pembelajaran secara kolaboratif iaitu mewujudkan kerjasama antara guru dan murid secara aktif dan menyeluruh yang melibatkan pertukaran idea, pendapat dan pengetahuan antara murid-murid.

Malahan,

melalui pelaksanaan ini, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain dan suasana yang harmoni dapat diwujudkan serta seterusnya dapat mengurangkan jurang antara murid yang berbeza latar belakang kelas sosialnya. Antara langkah lain pula ialah kualiti bilik darjah boleh dipertingkatkan. Hal ini boleh dilihat dari aspek pencahayaan, kualiti udara dan sudut pembelajaran.

Guru perlu

memastikan kelas tersebut mempunyai pengaliran udara yang baik serta mendapat pencahayaan yang mencukupi agar sesi PdP tidak terganggu. Selain itu, sudut pembelajaran pula dapat membantu perkembangan intelek murid seperti komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan serta keterampilan diri. Sudut-sudut ini mampu meningkatkan interaksi sesama murid serta dapat memupuk nilai saling memahami dan tolerasi dalam kalangan murid kerana sudut-sudut ini dihasilkan oleh murid itu sendiri dengan bantuan guru. Secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya. 2.2 Persekitaran Sosial Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik mencetuskan perbezaan individu dalam aspek agama, pekerjaan, bahasa dan politik (Marshall, 1994). Justeru, dari aspek persekitaran sosial, guru perlu memainkan peranan dalam membina integrasi sosial dan hubungan sosial yang positif antara murid yang berbilang kaum.

Integrasi sosial

merupakan proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama tanpa menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing. Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan masyarakat, khasnya masyarakat berbilang kaum (Ting, 1997). Maka, guru perlu menggalakkan interaksi sosial dan budaya semasa dalam sesi PdP. Sebagai contoh, dalam pembahagian kumpulan, guru perlu memastikan setiap ahli kumpulan perlulah berbilang kaum. Hal ini supaya murid secara tidak langsung mendapat pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya pelbagai kaum di Malaysia. 2

Seterusnya, murid-murid dengan sendirinya dapat bergaul secara sihat melalui perbincangan dalam kumpulan atau aktiviti yang dijalankan, contohnya ialah explorace. Hal ini secara tidak langsung memberi peluang kepada murid untuk mengenali rakan-rakan mereka sendiri dan belajar untuk menghormati idea atau pendapat yang dikemukakan oleh setiap kumpulan dengan baik. Dengan itu, persefahaman dapat diwujudkan dalam kalangan murid yang pelbagai kaum serta dapat mengurangkan sikap perkauman dalam kalangan murid. Tambahan lagi, guru boleh meminta murid untuk membuat perkongsian mereka di hadapan kelas tentang perayaan yang disambut, makanan tradisi, pakaian tradisi dan sebagainya.

Perkara ini akan dapat memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dan

memahami perbezaan nilai budaya setiap kaum.

Semangat penerimaan kepelbagaian

budaya ini sekaligus telah memajukan masyarakat Malaysia dengan nama ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ (Zaid Ahamad et al, 2013). Selain itu, guru juga perlu mempunyai hubungan baik dengan murid seperti bersikap prihatin, beramah mesra sama ada dengan memberikan senyuman atau bertegur sapa ketika berada di dalam kelas. Hal ini penting bagi mengurangkan jurang yang timbul dan mendorong murid untuk bersikap mesra antara satu sama lain apabila mereka melihat perwatakan guru sedemikian. 2.3 Persekitaran Emosi Menurut Noriati A.Rashid et. al (2014), persekitaran bilik darjah mesra budaya bukan sahaja melibatkan aspek fizikal yang boleh dilihat dengan pancaindera, namun ia juga melibatkan aspek emosi dan hubungan kemanusiaan. Emosi bermaksud suatu perasaan dan fikiran yang khusus, suatu keadaan biologi dan psikologi yang mendorong kepada sesuatu tindakan (Daniel Goleman, 2002). Dengan erti kata lain, emosi boleh didefiniskan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek emosi akan dapat merangsang minat, bakat dan tingkah laku murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Emosi murid perlu dikawal dengan baik bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas. Antara langkah untuk mengawal emosi murid di dalam kelas ialah guru perlulah memberi galakan ataupun pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan betul latihan ataupun soalan yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi kepada murid-murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Hal ini bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Woolfolk dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012) bahawa motivasi atau kuasa dalaman akan dapat membangkit, mengawal minat dan tingkah laku murid. Selain itu, hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu mengongkong murid-murid mereka serta guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada 3

murid-murid. Menurut Noriati A.Rashid et. al (2014) lagi, Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh melalui peniruan. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya.

Oleh itu, guru perlu memainkan peranan dalam

membina hubungan yang positif antara murid dengan rakan sekelas. Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas sosial. Dengan itu, murid akan meniru perlakuan guru melalui pemerhatian mereka sendiri. 2.4 Persekitaran Sosiolinguistik Sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan fungsi variasi bahasa serta turut mengkaji pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan. Bahasa merupakan satu alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya. Sosio pula merupakan interaksi antara masyarakat (Abdul Rahman, 2001). Apabila diteliti laporan-laporan berhubung pendidikan, hampir kesemua laporan menekankan aspek penggunaan bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan merupakan satu bidang penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara (Noriati Rashid dan Boon, 2010). Maka , salah satu cara untuk membina bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan.

Guru memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya di samping menerap nilai-nilai meghormati perbezaan bahasa dan budaya semua etnik. Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid. Selain itu, aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Tambahan, aktiviti kokurikulum merupakan saluran terbaik dalam memertabatkan Bahasa Kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif, menyeronokkan dan bermanfaat. Namun begitu, terdapat sebahagian daripada murid terdiri daripada keluarga yang berstatus sosial yang tinggi atau berada. Keluarga-keluarga seperti ini lazimnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah. Maka, murid-murid tersebut akan berasa rendah diri dan kurang keyakinan dalam bertutur kerana tidak mampu untuk bertutur dengan fasih seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam

meningkatkan kemahiran berbahasa setiap murid dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Dengan merujuk maksud sosiolinguistik iaitu ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan 4

dalam komunikasi seharian, guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur etnik lain dalam proses pdp. Sebagai contoh, menggunakan cerita etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Malaysia, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pdp Muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani dan sebagainya. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etniketnik dapat digunakan dalam pendekatan belajar sambil bermain.

Seterusnya, dalam

menjalankan apa-apa aktiviti kumpulan yang ahlinya terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan bangsa, guru perlu memupuk penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Hal ini bertepatan dengan slogan “Bahasa menyatukan bangsa” yang membawa maksud tidak kira bangsa atau kaum sekalipun, murid-murid perlu bertutur dalam Bahasa Melayu dan dengan bahasa ini juga dapat memupuk perpaduan dan persefahaman antara murid yang berbilang kaum. Seterusnya. penggunaan sumber pdp dengan menggunakan pelbagai unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan cara ini dapat mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru meneruskan pdp dengan berkesan, setiap etnik tidak akan tersisih sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

3.0 Kesimpulan Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Sebagai seorang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah kita juga berperanan sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk memastikan murid-murid mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang terbaik yang perlu disediakan kepada muridmurid agar mereka boleh memaksimumkan penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama.

5

4.0 Rujukan Adeyemi, T. O. (2010). Principal’s Leadership Styles and Teacher’s Job Performance in Senior Secondary Schools in Ondo State, Nigeria. Journal of Economic Theory, 3 (3), 8497. Armstrong, G. D. Savage, V. T. (2002). Teaching in Secondary School an Introduction (5th ed.) New Jersey: Merill Prentice Hall. Bosch, K. (2006). Planning Classroom Management - A Five-Step Process to Creating a Positive Learning Environment (2nd ed.). California: Corwin Press. Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books. Goleman, D., Boyatzis, R., & McKee, A. (2002). Relation of employee and manager emotional intelligence to job satisfaction and performance. Journal of Vocational Behavior, 68, 461– 473. Hasfarina Binti Abas. (2012). Tahap, Amalan Dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah GuruGuru. Sekolah Menengah Daerah Segamat. Kamus Dewan. (2010). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Latif, N. A. (2019, Februari 7). Utusan Online. Retrieved Mac 9, 2019, from Bilik Darjah Ibarat Kediaman: http://www.utusan.com.my/pendidikan/bilik-darjah-ibarat-kediaman-1.836144 Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah:Perspektif Guru Besar. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran (2nd ed.). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (3rd ed.). Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Noorhidayah Abdul Latif. (2019, Februari 7). Bilik darjah ibarat kediaman. Retrieved Mac 29, 2019, from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/pendidikan/bilik-darjah-ibaratkediaman-1.836144 Noriati A.Rashid et. al. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Robinson, R. (1990). Power and Economic in Soeharto’s Indonesia. . Manila, Philippines: Journal of Contemporery Asia. Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

6

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"

Folio Sje R
May 2020 38
Science Report
May 2020 39
Laporan
August 2019 120
16464662-folio-sje-r
May 2020 53
Laporan.docx
August 2019 71
How To Paint Fish Koi
December 2019 48