Isi2.docx

  • Uploaded by: Nor Syafikah Ambotuo
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Isi2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,000
  • Pages: 16
1.0

KONSEP BUDAYA

Pelbagai tafsiran telah diberi tentang budaya. Orang yang pertama memberi definisi budaya ialah Edward Bernard Tylor (1871). Menurut E.B Tylor, dalam Khairuddin Mohamad (2014), budaya atau peradaban adalah suatu kesatuan yang kompleks, mengandungi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan manusia sebagai anggota sesebuah masyarakat. Dari segi konsepnya, budaya bererti suatu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh setiap individu dalam satu-satu kumpulan. Fungsinya adalah menyediakan cara semula jadi untuk ahli organisasi atau masyarakat melakukan sesuatu perkara (Ember & Ember, 1993; Busher & Saran, 1992). Pengkaji tempatan, Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996) pula mentakrifkan “budaya” sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Seorang lagi tokoh budaya tempatan, iaitu Siti Zainon Ismail (2003) pula menyatakan bahawa budaya adalah merujuk kepada keseluruhan sistem dan gaya hidup (the way of life) sebuah masyarakat yang bertamadun. Berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa budaya merupakan suatu proses perkembangan kelakuan, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesebuah kelompok masyarakat. Dengan kata lain, budaya merujuk kepada cara hidup manusia yang membawa pembinaan tamadun dan budaya mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Lihat rajah 1.0 di bawah.

Budaya merupakan warisan turun temurun

Budaya itu hak milik bersama

Budaya itu bersifat sejagat

Budaya itu sebagai simbol perlambangan

Budaya itu bersifat dinamik

Rajah 1.0. Ciri-ciri Budaya

1

2

Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti dan jati diri masyarakat tersebut. Sikap, amalan dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Justeru, kebudayaan mempunyai ciri-ciri tertentu yang menggambarkan budaya itu terbit daripada tingkah laku dan akal manusia.

a) Budaya merupakan warisan turun temurun Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Dengan kata lain, kebudayaan merupakan sebahagian daripada elemen tinggalan nenek moyang terdahulu yang ditinggalkan untuk generasi seterusnya. Ini dapat dilihat menerusi ahli masyarakat yang menjadi pendokong kepada kebudayaan tersebut. Sekiranya tidak wujud ahli masyarakat, maka sesuatu budaya itu tidak mungkin wujud. Sebagai contoh, budaya Melayu seperti pantun teka teki yang diamalkan sehingga kehari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu yang diwarisi secara turun-temurun. Lihat rajah 1.1.

Papan panjang, papan berlubang, Rumah diisi berbiji-biji; Kalau termakan semuanya hilang, Papan kosong tanpa isi. (Jawapan : Congkak)

Rajah 1.1. Pantun Warisan Melayu

b) Budaya itu hak milik bersama Sesebuah budaya itu adalah dikongsi bersama oleh manusia yang menjadi anggota masyarakat. Perkongsian ini bermaksud bahawa setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Sebagai contoh, nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu pula adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian.

3

c) Budaya itu bersifat sejagat Budaya adalah bersifat sejagat. Kesejagatan budaya bermaksud kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Sebenarnya, tidak ada masyarakat yang tidak memiliki kebudayaan. Walau bagaimanapun, budaya yang sejagat itu berbeza-beza antara masyarakat kerana faktor pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. d) Budaya itu bersifat dinamik Budaya sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Sebenarnya, budaya berkembang dan berubah-ubah selari dengan perubahan masyarakat itu sendiri. Tidak ada mana-mana budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang yang tidak mengalami perubahan. Perubahan yang berlaku akan memperkaya serta mempelbagaikan lagi budaya tersebut. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. Sebagai contoh, rumah yang dahulunya beratap rumbia telah digantikan dengan rumah beratap genting. Dalam sejarah tamadun manusia pula, perubahan budaya bukan kebendaan dapat dilihat dengan jelas seperti perubahan sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis. Namun begitu, perubahan budaya kebendaan lebih cepat berubah.

Rajah 1.2. Perubahan Atap Rumah daripada Atap Rumbia kepada Atap Genting

e) Budaya itu sebagai simbol perlambangan Perlambangan ini sebagai satu lambang dalam budaya yang memberi makna tertentu kepada pendokongnya seperti bendera, warna, logo, lambaian tangan dan sebagainya. Perlambangan yang wujud turut membantu manusia berhubung dan berkomunikasi sesama mereka seperti isyarat memanggil dan sebagainya.

4

Selain mempunyai ciri-ciri budaya yang tertentu, budaya juga mempunyai proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Proses-proses itu ialah asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segregrasi. a) Asimilasi

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2004), asimilasi merujuk kepada pemaduan bermacam-macam jenis atau pelbagai unsur menjadi satu. Dalam konteks bidang kebudayaan, asimilasi merujuk kepada proses percantuman dan penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu etnik dan ras kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Zawiah Abd. Shukor dan Abdul Nasir Paisal (2011), asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A. Dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand yang telah mengalami proses asimilasi sehingga menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.

b) Akulturasi Akulturasi ialah satu proses di mana berlaku perubahan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan (Mardianah dan Hasnah, 2003). Ahli daripada pelbagai kumpulan perlu berkongsi pola kebudayaan. Konsep asimilasi ini diwakili formula A + B = AB. Contohnya, menggunakan bahasa yang sama supaya integrasi sosial tidak diganggu oleh perbezaan dan sempadan kumpulan. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.

5

c) Akomodasi Menurut Syamsul Amri (2007), akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B +C. A, B dan C di sini merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan serta mereka juga saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland merupakan negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

d) Amalgamasi Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru (Syamsul Amri, 2007). Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi iaitu satu kumpulan baru yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulankumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

e) Segregasi Segregasi merupakan pengasingan atau penyatuan antara satu kumpulan etnik dengan satu kumpulan etnik yang lain. Pengasingan tersebut berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan dan ciri-ciri lain. Pengasingan tersebut berlaku dalam beberapa kaedaan iaitu tempat tinggal, jenis pekerjaan, system persekolahan dan penerbitan akhbar. Contohnya, pemisahan Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

6

7

2.0

KONSEP MASYARAKAT MELAYU

Menurut Horton dan Hunt (1988) dalam Khairuddin Mohamad (2014), mentakrifkan masyarakat sebagai sekumpulan manusia yang boleh berdiri sendiri (berdikari), menghasilkan sistem ekonomi yang boleh menampung diri mereka tanpa bergantung kepada orang lain. Kelompok manusia tersebut mendiami satu kawasan yang sama di mana mereka berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi budaya yang sama serta mendirikan persatuan dan kumpulan dalam kalangan ahli mereka. Masyarakat juga akan membentuk kelompok tertentu sebagai memenuhi matlamat yang mereka ingini. Manakala, istilah “Melayu” ditakrifkan oleh Asmah Omar (1985), berpendapat bahawa istilah “Melayu” itu perlu dilihat berdasarkan pengertian yang sempit dan pengertian yang luas. Bagi pengertian pertama, istilah “Melayu” adalah merujuk kepada bangsa Austronesia yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, manakala kedua adalah merujuk kepada kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu yang meliputi negara Indonesia ketika ini. Malah UNESCO pada tahun 1972 pula telah memilih istilah “Melayu” untuk maksud pengenalan suku bangsa berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatera dan beberapa kawasan yang berhampiran. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah bahasa Melayu. Bahasa ini seterusnya menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal sebagai Bahasa Indonesia. Rumusannya, masyarakat Melayu merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama-sama dalam tempoh waktu yang cukup lama, tinggal di suatu wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan yang sama, mempunyai pemimpin yang dilantik dari kalangan ahli serta melakukan sebahagian besar kegiatan di dalam kelompok manusia tersebut. Masyarakat Melayu mempunyai sejarah dan latar belakangnya yang tersendiri. Lihat Rajah 2.0.

Melayu Proto

Melayu Deutro

Rajah 2.0. Teori Asal Orang Melayu

8

Menurut Nik Safiah Karim et al. (1994) terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia yang datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam bentuk gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang dikenal Melayu Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang kedua, iaitu golongan yang disebut sebagai Melayu Deutro. Golongan kedua ini telah mendesak golongan pertama, iaitu Melayu Proto berpindah menyebabkan mereka texpaksa membawa diri ke kawasan-kawasan pinggiran dan tempat-tempat terpencil. Melayu Deutro pula terus tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut hinggalah sekarang. Walau bagaimanapun sebab dan tujuan perpindahan keduadua golongan ini secara besar-besaran ke sini tidaklah jelas dan sukar dipastikan. Adakah disebabkan oleh faktor penolakan yang berlaku di negara mereka yang asal atau faktor penarikan yang wujud di kawasan Nusantara? Dipercayai bahawa, golongan Melayu Proto adalah terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Batak di Sumatera manakala Melayu Deutro terdiri daripada orang Melayu yang ada sekarang dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Puteri Roslina Abd. Wahab (2011) berpendapat bahawa terdapat teori yang mengatakan bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh beberapa pengkaji Barat seperti H. Kern, Henry Yule dan J .R. Logan. Menurut H. Kern, penduduk di Kepulauan Asia Tenggara dikatakan berasal dari Assam, iaitu di bahagian timur negara India. Ini adalah berdasarkan beberapa persamaan yang terdapat dalam adat resam beberapa suku bangsa di Sumatera dan Borneo dengan suku bangsa Naga di India. Sementara itu, Henry Yule sependapat dengan J .R. Logan yang menyatakan bahawa terdapat banyak persamaan adat resam antara penduduk di dataran Asia Tenggara dengan Kepulauan Melayu. Persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.

9

Budaya Melayu Sebagai Tunjang Kebudayaan Kebangsaan Aspek kebudayaan dan warisan merupakan perkara paling asas dalam pembentukan tamadun bangsa selain menjadi tunjang kepada kebudayaan kebangsaan dan pembentukan jati diri sesebuah negara. Budaya Melayu yang menjadi tunjang kebudayaan kebangsaan dapat dilihat daripada beberapa bidang seperti politik, sosial dan ekonomi. Lihat Jadual 2.0. Jadual 2.0. Budaya Melayu Sebagai Tunjang Kebudayaan Kebangsaan BIDANG POLITIK

BIDANG SOSIAL

Pengenalan :

BIDA

Pengenalan :

Firdaus Abdullah (2006), berpendapat Perkataan

Pengenalan :

“sosial”

membawa

makna Perkataan “ekon

politik bermaksud sebarang kegiatan yang segala yang berkaitan dengan masyarakat Yunani ada

hubungannya

pengambilan pembahagian

dengan

keputusan

proses atau

perihal

kemasyarakatan

yang

seperti rumahtangga ma

mengenai persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa istilah Kamus D

sumber-sumber

dan lapang (action and interaction) (Bryan & ilmu yang meng

ganjaran serta cara-cara mengatur hidup Rojek, 2001). Kata “sosial” digunakan dan pertukaran bermasyarakat.

untuk menunjukkan sifat dari makhluk manusia. yang

a) Sistem Pemerintahan dan

bernama

manusia,

Ada

sehinggalah ekonomi sebaga

munculnya ungkapan “manusia adalah sebab-sebab ke

Pentadbiran Masyarakat Melayu

makhluk sosial”. Budaya Melayu yang

Melayu

dala

menjadi tunjang kebudayaan kebangsaan menjalankan dalam bidang sosial ialah :

BIDANG POLITIK

ekonomi komers

BIDANG SOSIAL

Sultan atau raja ialah pemerintah yang a) Kesenian

e

BIDA a) Sara Diri

merupakan asas terpenting dalam susun Masyarakat Melayu begitu kaya dengan Ekonomi sara d lapis masyarakat Melayu Tradisional dan seni, sama ada seni persembahan seperti yang diikuti oleh pembesar, rakyat dan hamba.

Tarian

Inang,

seni

tampak

bertujua

seperti keperluan

ha

anyaman, seni muzik seperti ghazal dan kelebihan peng

b) Sistem Politik Masyarakat Melayu Konsep yang menjadi pegangan dalam

10

banyak lagi. Kesemua ini menjadi tunjang jualan tersebut

politik masyarakat Melayu zaman dahulu kepada

kekayaan

kebudayaan membeli barang

adalah “musyawarah” iaitu perundingan kebangsaan Melayu.

Kegiatan ekono

dengan

kalangan masya

pihak

lain

untuk

mencapai

kesepakatan.

Agama Islam merupakan agama rasmi

c) Sistem Kekeluargaan Dari

segi

b) Agama Islam

kekeluargaan,

Melayu sebagaimana yang tercatat bdalam masyarakat perlembagaan.

Islam

telah

menjadi

Melayu dibahagikan kepada dua kelompok, panduan hidup masyarakat Melayu. iaitu sistem dwisisi (Adat Temenggung) dan sistem nasab ibu (Adat Perpatih).

dahulu ialah : - pertanian - perikanan - berburu - ternakan

c) Bahasa Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan kaya dengan keindahan dan kesantunan, seperti pantun.

b) Ekonomi Ko

Ekonomi komers - perdagangan -perlombongan -perhutanan

11

3.0

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Di Malaysia kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ala Malaysia. Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei merupakan sejarah hitam bagi negara kita. Untuk mengelakkan berulangnya peristiwa hitam itu, kerajaan Malaysia telah mewujudkan pelbagai dasar dan rancangan untuk mengatasinya. Antaranya ialah Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baham, Dasar Pembangunan Nasional dan sebagainya. Salah satu daripada dasar-dasar tersebut ialah Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1971 iaitu pada 16 hingga 20 Ogos tahun berkenaan. Dasar ini lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan amat penting bagi sesebuah negara membangun terutamanya yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Malaysia. Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi negara ini adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif yang utama. Lihat Rajah 3.0.

(a) Membentuk kebudayaan kebangsaan merdeka dengan mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.

(b) Memupuk dan memelihara identiti keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan masyarakat Malaysia.

(c) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang melalui pembangunan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Rajah 3.0. Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan

12

Walaupun Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan oleh kerajaan, namun terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Cabaran pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat lihat dari beberapa aspek seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.0.

Cabaran

Politik

Ekonomi

Sosial

Rajah 3.0. Cabaran Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Cabaran pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dari aspek politik ialah, politik perkauman. Senario tidak sihat ini telah menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan semasa berkempen dalam pilihanraya untuk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat. Kesannya terbawa-bawa selepas pilihanraya tamat. Hal ini adalah tidak baik dan boleh menyebabkan perpecahan dan ketidaksefahaman. Cabaran pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang seterusnya dapat dilihat dari aspek ekonomi. Cabaran aspek ekonomi ialah, perbezaan pekerjaan dan dominasi sektor ekonomi. Dasar penjajah yang mengamalkan pengenalan status kaum mengikut komuniti ekonomi menyukarkan kelancaran pelaksanaan kebudayaan kebangsaan. Dasar pecah perintah telah diperkenalkan oleh pihak Ingeris dan banyak memberi kesan negatif. Kesan dasar ini memperlihatkan orang Melayu tinggal di kawasan kampung-kampung yang menj alankan aktiviti pertanian, orang Cina mengusahakan pemiagaan di bandar-bandar manakala orang India bekerja sebagai buruh di ladangladang. Seterusnya, pendominasian sektor ekonomi telah menwujudkan jurang pendapatan antara etnik. Perkara ini merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan masyarakat majmuk. Masalah ini telah menjadi “duri dalam daging” yang menjadikan keadaan yang tidak seimbang berlaku dalam sektor ekonomi di negara kita.

13

Cabaran pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang terakhir dapat dilihat dari aspek sosial. Cabaran dalam aspek sosial ini ialah pemisahan penempatan mengikut kaum dan pengasingan sistem pendidikan. Pemisahan penempatan mengikut kaum merupakan kaedah lama yang telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Kaedah lama ini bukan sahaja boleh merenggangkan hubungan dan interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota yang seterusnya menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan etnik terhadap etnik yang lain. Berikutnya ialah, pengasingan sistem pendidikan. Hal ini telah menyebabkan proses interaksi hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Berikutan berlaku akibat desakan tidak sihat beberapa pertubuhan tertentu yang terus menerus memperjuangkan sistem persekolahan berdasarkan kaum iaitu SJK(C) dan SJK(T). Kesannya produk yang dilahirkan kurang menghayati nilai patriotik terhadap negara untuk tempoh yang panjang. Justeru pelaksanaan sekolah satu aliran atau sekolah wawasan merupakan jalan terbaik untuk mengatasinya. Secara kesimpulannya, pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan menerima banyak cabaran yang boleh melemahkan keberkesanan dasar ini dalam mencapai objektif yang telah digariskan. Hal ini adalah tidak baik dan boleh menjadi punca keruntuhan sesebuah kerajaan. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyahut segala dasar-dasar yang telah diperkenalkan dan menggembleng seluruh tenaga dalam usaha mengekalkan keharmonian negara kita.

14

4.0

RUMUSAN

Kita berasa bertuah dilahirkan di negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia terdidik dengan nilai-nilai mumi iaitu penerimaan dengan menghormati perbezaan kebudayaan kaum masing-masing. Negara ini unik kerana dengan kewujudan pelbagai kaum seterusnya dilimpahi kepelbagaian budaya daripada segi perayaan, pemakanan, bahasa dan pemakaian. Persefahaman juga menjadi asas untuk mengekalkan keharmonian, keamanan dan ketenteraman di negara ini. Malah, rakyat Malaysia pada masa ini lebih bijak untuk menilai sesuatu perkara dengan mendahulukan perpaduan negara. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan sahaja. Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

15

16

More Documents from "Nor Syafikah Ambotuo"

Laporan Icompex.docx
April 2020 6
Tamat
April 2020 13
Isi2.docx
April 2020 13
Pika.docx
April 2020 6