Laporan Analisis Temubual.docx

  • Uploaded by: Ainul Mardziyah
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Analisis Temubual.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 920
  • Pages: 3
TUGASAN 1 : LAPORAN ANALISIS TEMUBUAL

Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional Disediakan oleh : Mardziyah binti Muad Suatu temubual telah diadakan antara guru pelatih dengan seorang guru matematik di sebuah sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Guru pelatih telah mengemukakan beberapa persoalan mengenai peranan guru sebagai pemimpin professional dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru tersebut telah memberikan pendapatnya bagi setiap soalan yang dilontarkan oleh guru pelatih berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang guru selama 25 tahun. Guru tersebut menyatakan bahawa peranan sebagai pemimpin ini sebenarnya lebih tertumpu kepada pentadbir sekolah seperti guru besar dan penolong-penolong kanan. Walaubagaimana pun, guru itu bersetuju bahawa semua guru sememangnya memainkan peranan sebagai pemimpin profesional khususnya di bilik darjah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Antara kriteria-kriteria tersebut ialah guru merupakan individu yang telah dilatih dengan cara mendapat latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG). Guru juga mempunyai kod etika tertentu yang perlu dipatuhi. Selain itu, guru juga mempunyai pengetahuan yang khusus dan mahir dalam bidang pengkhususannya. guru juga mengetahui tentang teknik-teknik pengajaran dan pedagogi sekaligus dapat memimpin dan menarik minat murid-muridnya di dalam bilik darjah. Selain itu, guru yang ditemubual juga berpendapat bahawa guru sebagai pemimpin profesional haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berpenampilan dan berperwatakan yang menarik. Menurut guru tersebut, guru merupakan model bergerak kepada murid khususnya guru sekolah rendah. Penampilan dapat dilihat dari segi tatacara pemakaian yang mana tidak boleh melebihi 3 warna kerana warna memainkan peranan untuk menarik minat murid. Seorang pemimpin guru juga perlu berupaya untuk memimpin dan fleksibel dengan sebarang perubahan terutama dari segi perbezaan sistem dan sentiasa berupaya untuk mengikut perubahan masa walaupun, perkara yang pernah dipelajari tidak sama dengan keadaan semasa pelaksanaan. Pemimpin juga mesti mengutamakan mutu perkhidmatannya. Apa yang dilakukan, apa arahan yang diterima mesti dilakukan sehingga berjaya. Contohnya semasa di dalam kelas, guru perlu mempunyai objektif bagi setiap tindakannya di dalam kelas, dari segi perancangan pengajaran dan bagaimana pentaksiran dilakukan untuk mengenalpasti potensi murid-muridnya 2

pada hari tersebut. Sekiranya pembelajaran dan pengajaran tidak berjaya, guru perlu memikirkan cadangan penambahbaikan untuk pengajaran seterusnya. Ciri pemimpin di bilik darjah ini juga ialah guru perlu mengikut peredaran masa. Contohnya kini terdapat isu Pembelajaran Abad ke-21, Masyarakat Penyayang dan Pentaksiran Bilik Darjah. Dahulu, guru sememangnya mempunyai sikap penyayang dengan cara berdisiplin dengan murid. Kini, aspek penyayang dan disiplin merupakan dua perkara berbeza. Pemimpin profesional juga perlu memahami perkembangan teknologi. Hal ini adalah untuk menarik minat murid, maka guru perlu menyiapkan bahan pembelajaran dengan merujuk pelbagai sumber seperti menggunakan bahan bantu mengajar dan juga merujuk sumber-sumber di internet. Selain itu, seorang pemimpin professional ini juga perlu berani untuk mencuba dan mencari idea-idea baru terutama semasa pengajaran sedang berlangsung. Setiap guru perlu mempunyai ciri-ciri tersebut kerana guru merupakan model bergerak yang dilihat dari atas sampai ke bawah, dan ciri-ciri tersebut menjadi satu landasan kepada tarikan murid dalam bilik darjah. Ciri-ciri pemimpin professional ini mebolehkan guru menarik minat murid, mendisiplinkan murid dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, guru yang ditemubual itu juga menyatakan perkara utama yang perlu ada dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah ialah memastikan murid dalam keadaan sedia untuk belajar. Pengetahuan pedagogi yang meluas seperti menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)akan membantu guru untuk memimpin murid dengan berkesan. Teknik PdP yang pelbagai akan mempengaruhi keberjayaan PdP tersebut. Sebagai pemimpin bilik darjah, arahan guru mesti jelas untuk kawalan kelas bagi memastikan perkara yang dilakukan hari tersebut berjaya. Arahan haruslah jelas dan guru memainkan peranan seperti yang dirancang akan membolehkan PdP berjaya dijalankan. Seorang guru berjaya mempraktikkan peranannya sebagai pemimpin professional di bilik darjah kerana mereka memainkan peranan yang berbeza mengikut iklim kelas tersebut. Misalnya, guru akan menyediakan pentaksiran dan RPH yang berbeza antara kelas berprestasi baik dan kelas lemah. Cara kawalan kelas juga turut berbeza antara kelas. Guru matematik itu juga berpendapat wujud pelbagai implikasi sekiranya guru memainkan peranannya sebagai pemimpin professional dalam pengajaran di bilik darjah. Guru akan mampu mengubah muridnya ke arah yang lebih positif bukan sahaja semasa berlangsungnya PdP, malahan akan memberi impak yang berterusan kepada murid itu. Murid akan dapat mengenali sikap guru mereka dengan lebih baik. Contohnya, seorang guru itu memainkan watak tegas 3

dalam bilik darjah, maka setiap arahannya akan difahami murid. Apabila guru tersebut mengangkat tangan, menandakan murid perlu diam. Keberkesanan akan berlaku sekiranya guru selalu mempraktikkan amalan tersebut. Walau bagaimana pun, guru pasti akan menghadapi cabaran dalam menjalankan peranannya sebagai pemimpin professional. Contoh yang diberikan oleh guru matematik itu ialah untuk mewujudkan budaya Masyarakat Penyayang.Menurut guru tersebut, masyarakat penyayang sukar dibentuk kerana guru juga perlu menfokuskan kepada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek murid. Selain itu, tingkah laku ibu bapa juga turut menyebabkan budaya masyarakat penyayang ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Ibu bapa kini terlalu prihatin tidak seperti ibu bapa dahulu. Ibu bapa sekarang terlalu prihatin kerana mereka menuntut perkara yang mereka kurang apabila mereka bersama anak mereka sehinggakan sekiranya ada kesilapan teknikal yang dilakukan oleh guru, mereka akan menganggap itu sebagai satu masalah dan akan menviralkan masalah itu. Selain itu, guru juga perlu memikirkan tugas-tugas lain selain memimpin di bilik darjah. Guru perlu mengajar dalam masa yang sama perlu merancang aktiviti untuk murid yang sama tetapi dilaksanakan di luar kelas. Dalam pada itu, guru juga mempunyai masalah dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini menyukarkan guru untuk meneroka sumber-sumber baharu yang ada terutama mengenai mata pelajaran yang diajarnya. Tuntasnya, guru menyedari bahawa mereka merupakan pemimpin professional di dalam bilik darjah. Maka, semua pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbiran sekolah perlu menggmbleng tenaga bagi memastikan peranan guru ini dapat dijalankan dengan baik.

4

Related Documents


More Documents from "Izhmawati Izhma"