TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam perancangan kerjaya setiap guru. Guru masa kini sering kali menghadapi cabaran terutamanya dari segi pertikaian mengenai tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru kerana pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. Antara isu berkaitan dengan pembangunan profesionalisme peribadi yang dihadapi oleh guru juga ialah dari segi menghadapi program-program seperti penilaian dan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh pihak atasan. Isu ini agak kritikal apabila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap HARAPAN (52%), MEMUASKAN (31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaiki (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf Pengajaran dan Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH. Aspek kelemahan yang telah dikenalpasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid secara “hands-‐on” yang kurang dipraktikkan. Selain itu, guru masa kini menghadapi cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Laporan Jemaah Nazir juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Menurut Salleh, M. J., & Agus, A. (2009), kebanyakan guru tidak mahir menggunakan teknologi yang ada. Walhal, kini Malaysia digempa gempurkan dengan Pembelajaran Abad ke-21 yang mana penggunaan teknologi merupakan salah satu elemen yang perlu dimahiri oleh setiap guru. Antara aktiviti pembelajaran abad ke-21 adalah seperti blended learning, flipped classroom dan banyak lagi yang memerlukan guru meneroka dan mahir dalam penggunaan teknologi. Di samping itu, guru juga menjadi satu isu apabila profesion keguruan dikaitkan dengan guru yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidangnya. Profesion guru dikatakan tidak berkualiti kerana hanya mengajar dan tidak mempunyai inisiatif sendiri untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka. (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon , 2013), mereka masih lagi mengamalkan gaya pengajaran dan pembelajaran tradisional. Perkara ini tidak selari dengan arus perkembangan semasa yang mana banyak menekankan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan lain-lain. Akibatnya, guru di Malaysia tidak dapat melahirkan 5
murid yang tidak kreatif dan kritis selari dengan negara-negara maju. Buktinya dapat dilihat daripada penilaian yang dilakukan ke atas aspek-‐aspek kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu aspek-aspek 4.1 hingga 4.9 (penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian dan teknik penyoalan), didapati sebanyak 30% masih berada pada skor MEMUASKAN dan ke bawah, manakala teknik penyoalan yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. Menurut (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, WongKiet Wah, 2010), guru masa kini menghadapi cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya. Guru juga perlu memiliki semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan yang dirancang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. William (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guruguru dilaksanakan secara berterusan. Perkara ini menuntut guru untuk menjalankan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan guru sentiasa bersedia untuk terus memajukan diri dan profesionnya. Pembelajaran sepanjang hayat memerlukan guru bersiap sedia dengan pelan pembelajaran peribadi yang antaranya memerlukan guru untuk melakukan pembelajaran di rumah. Pembelajaran di rumah dilakukan secara tidak formal di mana guru boleh belajar melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL). Guru tidak perlu menghadiri kuliah untuk berinteraksi secara bersemuka dengan pensyarah. Terdapat juga pembelajaran berbantukan modul. Selain itu, guru juga boleh menjalani proses pembelajaran dalam kalangan dewasa melalui kursus atau program pengajian lanjutan sama ada di kolej atau universiti. Pendidikan ini dinamakan Pendidikan Dewasa. Pendidikan ini terbuka kepada golongan yang telah bersara mahu pun kepada yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Guru-guru juga boleh mendapatkan Pendidikan Berterusan yang mana mereka boleh menumpukan pada usaha untuk menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.
Pelbagai aktiviti yang diboleh guru lakukan dalam Pendidikan berterusan ini. 6
Antaranya guru boleh mengadakan ulasan buku, menjalankan penyelidikan seperti penyelidikan tindakan, membuat inovasi, menghadiri kursus dan menjalankan professional learning community (PLC) di sekolah. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan mengikut profil prestasi guru semasa. Berdasarkan isu yang dianalisis, isu guru tidak berkualiti kerana tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidangnya serta tidak mahir dalam ilmu pedagogi semasa memerlukan guru merancang pelan pembangunan kerjaya yang sesuai agar dapat menghadapi alaf baru ini. Guru seharusnya membina pelan pembangunan kerjaya yang sesuai agar guru dapat menyesuaikan diri sekaligus memajukan dirinya serta dapat mengangkat martabat guru sebagai salah satu profesion yang tinggi selari dengan profesion-profesion lain. Berdasarkan Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, setelah tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia, seorang guru pelatih akan dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41. Pegawai ini merupakan pelaksana kepada segala sistem-sistem yang dirancang oleh pihak kementerian. PPP perlu menghadiri Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), Program Transformasi Minda (PTM), Kursus Induksi Nazir Baharu dan NPQEL (Kepimpinan). Program-program ini wajib dihadiri oleh PPP bagi memastikan dirinya layak disahkan jawatan sebagai seorang PPP. Selain itu, aktiviti ini bertujuan bagi memastikan PPP menguasai kompetensi asas dan orientasi kerja terlebih dahulu. PPP boleh memilih laluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada peringkat ini bagi memastikan mereka mahir dalam ilmu pedagogi khasnya. PPP juga akan menyambung pengajian di peringkat Master dalam tempoh ini sebelum bergred DG44. Kemudian, PPP yang bergred DG44 merupakan seorang penggerak. Pada peringkat ini, PPP perlu memastikan diri mereka mempunyai peningkatan dari segi akademik. PPP perlu sentiasa melaksanakan tugas dan tanggunjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum daripada pembimbing. PPP perlu terlibat dengan aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) seperti menjadi peserta Profesional Learning Community (PLC), mengulas buku dan menhadiri seminar -seminar berkaitan dengan pedagogi dan kemahiran. Hal ini adalah untuk memastikan guru sentiasa berkualiti dan sentiasa menggunakan pedagogi arus masa. Apabila guru menghadiri kursus seperti Kursus KBAT dan kursus I-Think, maka kualiti guru juga turut meningkat. Guru juga harus menghadiri kursus-kursus teknik mengajar seperti pembelajaran Koperatif yang diadakan di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia. Setelah itu, PPP akan dilantik ke DG48 dimana pada tempoh ini, PPP merupakan seorang yang berpengalaman, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan 7
educated guess
masalah organisasi yang mungkin timbul. Oleh itu, PPP perlu menjalankan
aktiviti seperti menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sekerja lain. PPP perlu terlibat dengan seminar-seminar seperti seminar kajian tindakan dan membuat ulasan buku. Pada peringkat ini, PPP sepatutnya meneruskan pembelajaran sepanjang hayat di peringkat PHD. PPP boleh memilih untuk ke laluan Kepimpinan atau laluan Kepakaran Pendidikan. Untuk menjadi guru yang berkualiti, PPP perlu memilih laluan Kepakaran Pendidikan. Hal ini kerana, PPP mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengkhususannya. PPP perlu membuat permohonan kepada institusi yang terlibat dan perlu melepasi syarat yang ditetapkan. Setelah itu, PPP akan mendapat gred DG52. Pada fasa ini, PPP merupakan seorang peneraju perubahan dalam bidangnya. PPP perlu menyokong pelaksanaan dasar atau keperluan khusus Kementerian Pendidikan yang terkini. PPP perlu memulakan dan memastikan setiap orang bawahannya mahir dalam setiap program yang dijalankan seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pembelajaran Abad ke-21. KBAT dan lain-lain. Justeru, tidak akan timbul isu guru tidak berkualiti kerana guru sendiri merupakan individu yang memulakan program-program tersebut.
8