Kisah Melayu di pintu Abad ke 21
Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1
"Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada kita satu peluang. Peluang untuk mempertahankan hak kita. Hak Melayu. Oleh itu bangkit dan bersuaralah atas nama Agama, Bangsa dan Tanahair" Musbri Mohamed Mac, 2009
2
Lebih kurang 10 tahun lalu bersajak seorang novelis dan karyawan Melayu
……………… Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka
Usman Awang 26 NOVEMBER 1999 3
Abad ke 21 kini dan kita telahpun berada di zaman globalisasi dan ICT. Apakah kita masih segan , kita masih malu atau kita takut mengatakan kedudukan sebenar kita dalam negara ini? Apakah kita tidak berani berdepan dengan realiti bahawa ini bukan lagi Tanah Melayu dalam ertikata sebenarnya - bukan lagi ada ketuanan Melayu dan bukan lagi milik majoriti orang orang Melayu dalam apa bidang sekali pun? 4
Apakah salah kalau dikatakan bahawa pegangan ekonomi Melayu yang tidak sampai 20% dan yang selainnya dipegang oleh bangsa lain khususnya Cina - tidak menjerumuskan kepada satu ketuanan baru menggantikan ketuanan Melayu? Dan kini mereka masih berani menyatakan syarat 30 ekuiti bumiputra yang ada perlu dimansuhkan demi menjamin pasaran bebas. Kita tidak boleh berbicara bahawa perjuangan kita adalah untuk menuntut hak yang telah tergadai kepada bangsa lain khususnya Cina - itu namanya provokasi ! Namun kita boleh berbicara mengenai menuntut memperjuangkan hak orang Melayu - taraf ekonomi orang Melayu - keistimewaan orang Melayu tetapi jangan sekali - kali menyebut dari siapa atau dengan siapa lawan kita dalam perjuangan ini. 5
Tidak menjadi satu kesalahan bagai kaum -kaum lain di dalam negara majmuk kita bertindak untuk meningkatkan prestasi bangsa - menaikkan taraf kehidupan mereka dan menuntut sekiranya dapat untuk mengubah kedudukkan mereka di Malaysia. Mereka berhak menjaga kebajikan kaum mereka - berniaga dengan bersungguh sungguh, memperolehi pegangan ekonomi yang besar, serta membeli dan memiliki harta. Mereka tidak merampas - mereka berusaha dan yang penting lagi mereka tahu membezakan antara isu ekonomi dengan falsafah politik. Mereka cuba dan terus mencuba dan dengan kekuatan ekonomi yang sedia terbentuk maka mereka mampu menggunakan kuasa ringgit dengan sempurna - dengan berhasil, atas apa cara sekali pun. Kita sama-samalah berfikir......... ........................................kita memberi, mereka merasa, generasi kita merana. 6
Sedikit demi sedikit kita bertolak ansur. Mereka tolak, kita beransur. Kita hanya beransur untuk kepentingan diri dan individu. Kita gagal melihat gambaran besar kebinasaan yang kita sendiri bentuk. Kita gagal membentuk infrastruktur yang kukuh kerana kita hadir untuk menentukan nasib diri sendiri tanpa memikirkan mengenai bangsa kita sendiri.
7
Kita tidak mahu mencari asas kenapa kita peru berjuang kenapa kita perlu mengembalikan hak - hak kita dan tidak mahu jujur mengatakan kepada siapa yang sebenarnya hak - hak sekarang berada. Kita terus digesa berjuang ketuanan Melayu - masih lagi menjadi satu bentuk idealisme perjuangan tetapi kita tidak ditentukan siapa saingan kita?
8
Alvin Tofler seorang futurulogis semasa yang terkenal meramalkan kemungkinan berlakunya pemindahan pusat tamadun Islam di Timur Tengah ke Alam Melayu pada Abad ke 21.
9
Orang bukan Melayu mesti mengakui beberapa hak-hak istimewa orang Melayu. Pertama kedudukan ugama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, dan sedikit keistimewaan, perlindungan diberikan kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan dan dalam bidang ekonomi. Ini yang disebutkan sebagai kontrak sosial. Inilah yang menjadi tapak kepada kemerdekaan. Kalau kontrak sosial ini cuba diceroboh, cuba diruntuhkan, maka dengan sendirinya persetujuan, persefahaman mencapai kemerdekaan itu akan runtuh.
10
11
Kata-kata Prof. Dr. Hamka: Orang yang bersahabat dengan “orang di atas” janganlah takut menyatakan cacat dan kekurangan yang harus diperbaiki. Kerana tiga orang yang beroleh celaka di atas dunia dan diancam oleh bahaya besar iaitu sahabat raja yang tidak mahu menerangkan kepada raja, apa cacat kerajaan. Orang sakit yang tidak mahu menerangkan kepada doktor apa macam penyakitnya. Dan seorang teman yang tidak mahu menyatakan rasa hatinya kepada sahabatnya. Ketiga-tiga orang itulah ialah orang yang khianat kepada dirinya sendiri. 12
Selama setengah abad kita berupaya mengendalikan pemerintahan negara kita secara aman dan dapat pula menerokai pembangunan dalam berbagai bidang. Dalam konteks bahawa negara kita mewarisi sifat kemajmukan masyarakat yang tidak ada taranya di dunia, ini merupakan satu-satunya 'success story' yang membanggakan.
13
Bangsa lain empayarnya luas. Melayu seolahnya hanya Semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Tanah Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. Hanya dipecah dan diperintah. Sultan A dihasut lawan Sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kena lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Angguk-angguk, geleng-geleng. Itulah wajah Sultan Melayu. Dari negeri-negeri Selat, hinggalah ke seluruh Tanah Melayu. Tergadainya Singapura? Kemudian Batu Putih. Peristiwa ini hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini.
14
Raja Melayu kini hanya berperanan untuk beri gelaran. Orang Cina apabila dapat gelaran buat niaga. Taraf diripun naik. Dan ada Melayu pun akan angguk-angguk kepada mereka. Dengan kuasa pengurniaan gelaran maka Raja-raja Melayu kini dah mula semai dan bangunkan dasar “ orang besar ” di Malaysia ? Agaknya kini semakin ramai bagsa Cina dapat gelaran berbanding Melayu. Bagaimana pahlawan Melayu? Sedih jika mempertahan tanah air di atas akidah Melayu. Setelah ditangkap dan diberi pencen; terus tak melawan lagi. Berbeza pula dengan pahlawan yang menyahut seruan jihad, beliau dibunuh dan jasadnya digantung. Mereka masuk syurga tanpa perlu dihisab. Alfatihah untuk pejuang Islam.
15
Sejarah adalah senjata orang Melayu dalam menghadapi tuntutan, kritikan, penafian dan tekanan serta kerenah daripada pelbagai puak-puak dan kelompok masyarakat terhadap legitimasi Melayu di atas buminya sendiri ; baik dari dalam atau luar negara.
16
Sebenarnya peradaban Melayu merangkumi satu kawasan yang luas, satu gugusan pulau-pulau yang terbesar di dunia yang berjumlah lebih daripada 21 ribu pulau dan mengandungi di dalamnya berpuluh-puluh sukuan dan puak dengan segala ragam loghat bahasa dan adat budaya yang berbeza-beza namun semuanya itu terangkum dalam satu kesatuan alam budaya atau satu ‘geo-cultural region’ yang dinamakan gugusan Pulaupulau Melayu, Alam Melayu, Dunia Melayu, Nusantara hatta pernah jua dirujuk sebagai ‘Malaysia Raya’.
17
Harus diingat bahawa nama atau istilah ‘Malaysia’ sebagai rujukan para sarjana kepada kawasan gugusan pulau-pulau Melayu telah digunakan berpuluh-puluh tahun sebelum negara Malaysia merdeka dan menjadi satu entiti politik yang tersendiri.
18
Konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayar. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifatsifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.
19
Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesinambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat teras dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai murni “ di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di Barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.
20
Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia.
21
Pemimpin berjaya dalam banyak hal memajukan negara tetapi gagal dalam perkara membimbing rakyat supaya faham Perlembagaan. Perlembagaan tidak diajar di sekolah supaya semua faham. Hari ini ada rakyat terpelajar yang sesat dengan berbangga menjadi rakyat keturunan ketiga daripada pendatang asing dan oleh itu tidak harus didiskriminasi. Mereka gunakan istilah diskriminasi dalam erti kata negatif bagi menyatakan orang Melayu tidak patut dilayan lebih dari mereka. Mereka itu nyata sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat lihat kepada sifat warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang kedudukannya berbeza dengan kedudukan dato nenek mereka sebelum merdeka.
22
Semasa Kerajaan Inggeris hendak memberikan kemerdekaan kepada negara ini , syarat diletakkan betapa ketiga-tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India; mesti membuktikan yang mereka boleh bersatu-padu. Orang Melayu mengiktiraf orang bukan Melayu, kaum pendatang pada masa itu sebagai warganegara yang mempunyai hak yang sama dalam sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka.
23
Apakah ekonomi bangsa Melayu yang diperjuangkan oleh Umno sejak lebih 50 tahun kebelakangan ini sudah hebat, kukuh dan ampuh sehingga sudah tiba masanya untuk kita membuka pintu pagar bagi mencetuskan suasana FREE FOR ALL tanpa kuota, tanpa peruntukkan khas, tanpa apaapa lagi perlindungan dan bantuan? Renungkan semula fakta hari ini pada 1.1.2008 di Malaysia iaitu 10 orang terkaya di Malaysia yang memegang nilai terkumpul 32 % ekuiti negara yang ada 26 juta penduduk ; cuma 2 orang daripada 10 individu tersebut adalah Melayu. Dasar apakah ini ? Sedangkan perangkaan hari ini menunjukkan pecahan bangsa Malaysia adalah Melayu 62 % , China 24 % , India 8 % dan Lain-lain 6%.
24
Malaysia telah menjalankan satu sejarah dunia tentang toleransi. Itulah unsur tentang memberikan hak politik bumiputera begitu luas kepada orang bukan bumiputera yang mana tidak ada sebuah negeri pun di dunia ini yang memberi hak sedemikian rupa kepada mereka.
25
Kita simpati dengan mereka yang mahu kesamarataan. Orang Melayu juga mahu kepada kesamarataan tetapi pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan oleh sebarangan pihak.
26
Kekuatan sesebuah negara di masa mendatang tidak begitu bergantung kepada kekuatan ketenteraannya, tetapi akan lebih bergantung kepada kekuatan ekonomi dan keunggulan diplomasinya. Sementara kekuatan ekonomi yang menjadi tunggak kekuatan negara itu pula tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kekayaan sumber alamnya atau jumlah penduduknya, tetapi akan lebih bergantung kepada kualiti manusianya - kekuatan intelek dan keunggulan wataknya.
27
SIRIH PINANG Sirih junjung sirih pinang Sirih kami susun bertingkat Adat dijunjung pusaka dikenang Bangsa berbudi hidup muafakat 28
Penulis
Marilah kita lihat kepada kajian-kajian yang dilakukan terhadap bangsa Melayu . Sedarlah di mana kelemahan kita dan binalah di mana kekuatan kita. Semoga Allah beserta kita di dalam segala usaha. Amin.
29
ABAD KE 21 30