Common Law 1malaysia

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Common Law 1malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,247
  • Pages: 21
Univ er sit i K eba ng sa an M alaysia Fakulti Undang-undang Sarjana Undang-undang Perniagaan Pembentangan cadangan Kertas Projek Musbri Bin Mohamed GP 00134

Tajuk Analisis terhadap pemakaian common law Inggeris di Malaysia : sejauhmana relevan pemakaiannya dalam masyarakat 1Malaysia ? 1

Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengambilalih kepimpinan Malaysia selaku Perdana Menteri pada 3 hb. April, 2009. Sejurus selepas dilantik maka beliau telah memperkenalkan 1Malaysia. Perdana Menteri telah mengutarakan konsep 1Malaysia sebagai teras pentadbiran beliau. Sejak gagasan ini diketengahkan begitu banyak perbincangan dan perbahasan telah berlangsung di kalangan masyarakat Malaysia di semua peringkat. Pelbagai pendapat telah dikaitkan dengan pelbagai isu bagi direlevankan dengan konsep 1Malaysia sesuai dengan kenyataan YAB Perdana Menteri.

2

Aspek Pertama – Teras-teras Perpaduan

3

Aspek Kedua - Nilai-nilai Aspirasi

4

5

YAB Perdana Menteri tidak secara khusus menyebut common law dalam penerangan beliau berkenaan 1Malaysia. Beliau cuma menyebut bahawa Teras Perpaduan dan Nilai-nilai Aspirasi ini akan tercapai dengan bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. Namun tafsiran undang-undang di bawah Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan undang-undang adalah termasuk common law Inggeris Isu common law Inggeris dari sudut pemakaiannya telah menimbulkan polimik serta persoalan daripada ahli akademik, peguam, hakim serta ahli politik di Malaysia. Pengenalan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri telah membuka tingkap akan isu pemakaian common law. Sehubungan itu maka saya mengambil ruang untuk membawa isu pemakaian common law Inggeris di Malaysia sebagai satu isu dan persoalan samada pemakaiannya di dalam sistem perundangan Malaysia sesuai bagi direlevankan dengan konsep 1Malaysia.

6

Penyelidikan ini merangkumi isu lama yakni common law dan isu baru iaitu 1Malaysia. Dengan itu sinergi common law dan 1Malaysia ini adalah merupakan perkara baru dan belum dibuat pengkajian perundangan oleh mana-mana pihak.

7

Bermula daripada Abad ke 21, pihak perundangan Malaysia yang diawal selesa dengan tagline “Modern English authorities may be persuasive , but are not binding” mulai berubah angin. Berikutan itu, Ketua Hakim Negara iaitu Tan Sri Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2007 telah mempersoalkan keperluan merujuk kepada common law Inggeris memandangkan Malaysia telah merdeka sejak 50 yang lalu dan beliau mencadangkan ianya diganti dengan jurisprudence perundangan Islam atau undang-undang shariah. Walaubagaimana pun Majlis Peguam membantah kenyataan Tan Sri Ahmad Fairuz dengan menyatakan bahawa common law adalah sebahagian daripada sistem perundangan Malaysia dan tiada asas untuk menggantikannya. Sejurus selepas kenyataan Tan Sri Ahmad Fairuz di atas maka kita dapati bahawa para ilmuan dan profesional di Malaysia telah teruja untuk melontar pandangan mereka sama ada berbentuk pro, kontra dan di jalan tengah.

8

Apabila YAB Perdana Menteri memperkenalkan 1Malaysia maka kita perlu berbuat sesuatu yang pro-aktif dan konstruktif dalam duduk perkara common law ini dan memutuskan apakah ketetapan rakyat Malaysia menangani perkara ini berdasarkan penilaian skala 1Malaysia. Perkara ini telah menjadi isu di masa terdahulu sehingga kini dan kita tentu tidak mahu ianya terusan menjadi isu di masa hadapan.

9

Objektif Kajian Mentafsir kenapa common law mahu digantikan. Mentafsir kenapa common law mahu dikekalkan. Meninjau kajian ini bagi merumuskan kehendak rakyat Malaysia secara saintifik berkenaan isu common law. Menilai satu pandangan semasa masyarakat Malaysia yang holistik bagi penggunaan common law dalam sistem perundangan Malaysia dan secara perbandingan kesesuaiannya dengan dasar 1Malaysia yang diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

10

Soalan Kajian Apakah itu common law ? Apakah itu dasar 1Malaysia? Pandangan mana yang mahu dipersetujui oleh masyarakat Malaysia :Mengapakah ada yang mahu common law digantikan? Mengapakah ada yang mahu common law dikekalkan? Mengapakah terdapat mereka yang berada di jalan tengah,harmonis? Bagaimanakah pandangan-pandangan ini relevan dengan 1Malaysia?

11

Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk meningkatkan pengetahuan pelbagai strata rakyat Malaysia yang merangkumi ketua masyarakat, legislatif, eksekutif dan umumnya rakyat Malaysia secara keseluruhan berkenaan common law di Malaysia. Kajian ini diharap menjadi peta jalan kepada perbincangan ilmiah yang lebih terperinci dan praktis kepada rakyat Malaysia dalam isu pemakaian common law bagi sistem perundangan di Malaysia . Kajian ini merintis dan membuka jalan kepada para akademik , profesional dan masyarakat mengaitkan relevannya common law dengan konsep 1Malaysia. Kajian ini adalah merupakan penyelidikan prinsip undang-undang yang pertama menyentuh konsep 1Malaysia di Malaysia.

12

Kerangka Teori 1Malaysia adalah dasar yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak bagi membentuk Malaysia sebagai negara maju. Dasar ini dibentuk dengan suntikan dua prinsip utama iaitu Teras Perpaduan dan Nilainilai Aspirasi berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. Tafsiran undang-undang merangkumi common law Inggeris, yangmana common law dicadangkan agar diketepikan oleh Tan Sri Ahmad Fairuz sebagai sumber undang-undang Malaysia kerana sifatnya yang lapuk bagi digantikan oleh syariah Islam. Cadangan Tan Sri Fairuz dibantah Majlis Peguam ; dan bermulalah polimik ini di Malaysia. Dengan senario ini maka penyelidikan diteruskan dengan mencari jawapan kenapa common law diketepikan ; kenapa common law ingin dikekalkan dan muncul pandangan mengharmonikan common law dengan syariah Islam. Jawapan telah diperolehi melalui kajian perpustakaan , internet dan soal selidik. Adalah dirumuskan bahawa dengan keujudan tiga kelompok alasan berkenaan maka adalah sukar mendapatkan jawapan mutlak bagi menentukan duduk perkara common law sebagai sumber perundangan Malaysia dan jawapan berkenaan juga kemudiannya diperlukan untuk direlevankan dengan 1Malaysia.

13

Namun sekiranya mengambil generalisasi daripada majoriti rakyat Malaysia yang diwakili kaum Melayu samada dalam bentuk artikel atau responden untuk soalan soalselidik yang diedarkan maka majoriti besar orang Melayu bersetuju agar common law diganti dengan syariah sepertimana saranan YAA Tan Sri Ahmad Fairuz. Oleh itu kerangka teoritikal mengenai gambaran kajian ini dapat dilihat dengan jelas seperti dalam gambar rajah berikut :-

14

1 Malaysia

Teras Perpaduan

Malaysia Negara Maju

Nilai-nilai Aspirasi

Berpandukan undang-undang Malaysia yangmana di antara sumber undang-undang Malaysia adalah common law – Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. 3 pandangan kritikal terhadap common law - Mansuhkan ganti dengan syariah - Kekalkan -Harmonikan dengan syariah Di antara 3 pandangan yang mana relevan dengan 1Malaysia ? Majoriti kaum iaitu Melayu memilih memansuhkan common law diganti dengan Syariah.

15

Penyelidikan ini boleh dikatogerikan sebagai interpretasi kritis . Ada tiga perkara yang perlu dalam interpretasi kritis :Hujah-hujah mestilah berasaskan fakta dan prinsip-prinsip yang diketahui di bidang yang dikaji itu. Hujah-hujah itu mestilah diutarakan dengan terang dan menasabah yang dengan erti kata , mereka mesti mengikut logik. Sebarang generalisasi yang ditimbulkan mestilah merupakan hasil daripada faktafakta dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh penyelidik itu, dan cara ia mengutarakan hujah-hujah mestilah boleh disokong. Sesuatu generalisasi akan timbul hasil daripada penyelidikan. Apa yang perlu diawasi ialah penyelidik tidak mengemukakan generalisasi mengikut perasaan atau mengikut sangkaan pengkaji.

16

Sorotan Literatur Bekas Hakim Mahkamah Rayuan iaitu N.H.Chan R.H. Hickling Prof. Shad Saleem Faruqi Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad

17

Metodologi Kajian Metodologi kajian adalah teknik-teknik kajian yang mengkaji secara teratur dan teliti mengenai aspek sesuatu masalah itu. Dalam mengenalpasti metode kajian , perincian mungkin tidak begitu penting memandangkan cara dan teknik mungkin boleh diubahsuai selepas kajian awal dilakukan.

18

Rekabentuk kajian Kajian kes, artikel, buku, internet dan soal selidik. Pensampelan Pemilihan sampel yang kecil jumlahnya iaitu 100 responden mencerminkan bahawa penyelidikan ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Pendekatan kualitatif juga bersifat lebih liberal, menggunakan teknik diskripsi secara mendalam dan menyeluruh. Sampel adalah terdiri daripada peguam, pegawai kehakiman, pegawai undang-undang dan pensyarah undang-undang.

19

Kaedah pengumpulan data Pengumpulan data dilakukan dengan mengumpul data-data yang diperolehi daripada data primer iaitu soalselidik dan data sekunder iaitu kajian perpustakaan dan internet. Jangkamasa menyiapkan kertas cadangan projek adalah selama 2 minggu. Manakala penyediaan sebenar kertas projek ini akan mengambilmasa masa penyelidik lebih kurang 8 bulan.

20

Analisis keseluruhan data bagi mendapatkan relevansi dengan 1Malaysia. Alasan bagi mengenepikan common law. Alasan bagi mengekalkan common law. Alasan bagi harmoni. Bagaimana untuk merelevankan pandangan-pandangan berkaitan di atas dengan 1Malaysia ?

Penutup Perbincangan Rumusan Cadangan Terima kasih

21

Related Documents

Common Law 1malaysia
May 2020 22
Common Law
May 2020 18
Common Law
October 2019 30
Common Law Lunes
October 2019 27

More Documents from "jose agustin"

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25