E-dagang & Globalisasi

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View E-dagang & Globalisasi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,094
  • Pages: 21
Membuka Pintu Kerajaan Langit

Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1

Istilah perdagangan di bawah tafsiran perundangan di Malaysia agak kabur namun Kamus Dewan mendefinisikan ‘perdagangan’ sebagai sesuatu yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Black’s Law Dictionary menghuraikan ‘perniagaan’ (business) sebagai “Business: Employment, occupation, profession, or commercial activity engaged in for gain or livelihood. Activity or enterprise for gain, benefit, advantages or livelihood;…” 2

Menurut Colman adalah sukar memberikan definisi yang jelas dan tepat kepada kes perdagangan, dan apa yang menjadikan sesuatu kes itu boleh di bawa ke Mahkamah Dagang untuk dibicarakan. Bahkan terdapat para hakim dan pengamal undang-undang yang menghadapi masalah dan kerumitan dalam mengklasifikasikan kes sama ada untuk difailkan di Mahkamah Dagang atau pun tidak.

3

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil e-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) atau e-commerce adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

4

Di dalam buku oleh Thomas Friedman , yang bertajuk The World is Flat, di mana beliau telah membahagikan tempoh globalisasi kepada tiga peringkat :Peringkat pertama bermula apabila Christopher Columbus mengelilingi dunia pada 1492-1800, era globalisasi ini digerakkan oleh negara dan kudrat. Peringkat kedua globalisasi bermula pada 1800 hingga 2000 yang digerakkan syarikat multinasional. Manakala peringkat mutakhir globalisasi yang diistilahkan beliau globalisasi 3.0, bermula pada abad ke-21 yang digerakkan individu dan kumpulan yang memanfaatkan perisian bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 5

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra-syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.

6

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatkan penerimaan IT di kalangan masyarakat . Walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. 7

Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan.

8

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.

9

Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun. Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998.

10

Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna. 11

E-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa sesuai dengan ungkapan “ e-business or no business ”.

12

Menglobalisasikan undangundang adalah gaya baru di dalam pembangunan undang-undang dan sistem perundangan terkini di seluruh dunia. Ringkasnya the globalization of law is based on the globalization of business and trade.

13

Kesatuan Eropah telah meluluspakai Electronic Commerce Directive pada 8.6.2000 sebagai menandakan bahawa Eropah secara resminya telah memasuki era digital.

14

Di masa kini, proses globalisasi telah semakin pesat berlaku, dengan kemajuan-kemajuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikassi (ICT), yang mempengaruhi hampir semua aspek aktiviti ekonomi. Dalam banyak keadaaan, peraturanperaturan tidak lagi bermakna, kerana, Internet telah membolehkan penyampaian maklumat, tanpa batasan dan halangan.

15

Perdagangan, termasuk penyampaian perkhidmatanperkhidmatan profesional, seperti perundangan, boleh dilakukan, dengan membatasi segala sempadan yang ditentukan oleh UndangUndang dan Peraturan. Nasihat Perundangan, boleh diberi melalui Intenet, dan, dengan itu, sekaligus mengenepikan peraturan-peraturan sedia ada, tentang pemberian khidmat guaman antara negara-negara.

16

Pengunaan Internet telah memberi cabaran-cabaran baru kepada semua kerajaan, dalam penggubalan undangundang dan peraturan domestik, untuk menentukan skop dan bidang pembukaan pasaran, untuk mana-mana sektor. Bahkan Malaysia sendiri telah melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan kemajuan-kemajuan dalam ICT, seperti Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hakcipta 1997, Akta Tele-perubatan 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Electronic Commerce Act 2006 dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

17

Malaysia telah memperolehi keuntungan daripada proses liberalisasi perdagangan dunia kerana pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah ekoran dari pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara.Buat masa ini, Malaysia merupakan negara pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia.

18

Sebelum 1999 urusan jualan barang yang melibatkan pengguna di Malaysia dikawal oleh Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967. Kontrak pembekalan barang dan perkhidmatan merupakan dua komponen kontrak yang sering menyerlahkan ketidakseimbangan kuasa antara peniaga dan pengguna. Bagi menambahbaikan perlindungan pengguna maka kerajaan Malaysia memperkenalkan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Malaysia memerlukan rakan bagi memajukan e-dagang serta globalisasi.Setakat ini ASEAN adalah sekutu terbaik Malaysia. ASEAN dapat mengikut acuan Kesatuan Eropah. Sejak penubuhan ASEAN pada 1967 ianya telah berperanan di peringkat serantau dan antarabangsa. Potensi bagi pasaran dagangan serantau ASEAN dapat dikembangkan dengan kehadiran 520 Juta pengguna di rantau ASEAN. 19

Penggunaan teknologi maklumat termasuk e-dagang adalah amat signifikan dalam perdagangan global. Seluruh rakyat Malaysia adalah pengguna, jadi sewajarnya perlindungan undang-undang pengguna diberi keutamaan termasuk dalam e-dagang dalam memastikan kepentingan pengguna tidak terjejas.

20

Jelas bahawa impak proses globalisasi amat meluas, dan amat penting bagi Malaysia terus proaktif dalam menyediakan semua pihak yang terdiri daripada individu, swasta, awam dan kerajaan untuk mengatasi cabarancabaran globalisasi, dengan jayanya, serta berupaya pula untuk memanfaatkan, di mana wajar, proses globalisasi itu. Terima kasih.

21

Related Documents

E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Globalisasi
May 2020 26
Globalisasi
June 2020 24
Globalisasi
June 2020 30
Globalisasi
May 2020 46
Globalisasi
June 2020 32

More Documents from "velajave"

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25